Tuesday, October 13, 2009

Petua menghindari syihir

Nabi s.a.w. bersabda: “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.” Baginda ditanya: “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”(Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Tukang-tukang sihir ini telah banyak melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti para ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam al-Syafi’i r.h berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam al-Syafi’i mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.


Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri dari terkena sihir, janganlah pula dia turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka dari niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat-ayat al-Qur’an serta doa-doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah diantara beberapa petua yang di ambil dari hadis-hadis baginda.

§ Membaca ayat Kursi iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

§ Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.

§ Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.

§ Membaca doa أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ "
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.

§ Membaca doa بِسْمِ اللهِ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ "
Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.

Menurut Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz r.h bacaan-bacaan zikir dan permohonan perlindungan di atas ini merupakan sebab-sebab yang besar untuk memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.

Seorang sahabat saya pernah menyarankan agar menjadikan zikir dan wirid mathurat sebagai amalan di waktu pagi tika subuh dan petang( asar) .  Banyak khasiat dari kalam ALLAH ini namun kita tak pernah tahu kecuali diberitahu dan mengalaminya. wallah huaklam
Yang baik apa salahnya kita amalkan.muga kita terpelihara dari fitnah2 dunia....Insya ALLAH

sumber : CINAISLAM http://idhamlim.blogspot.com/

Sunday, October 11, 2009

simpan challenge


Boleh layari sesawang ini ___http://abangabu.com/ atau 
                                             http://www.irfankhairi.com/

November bakal datang...kita belum terlambat lagi..simpanchallenge.

Dapatkan tips yang membolehkan kita berkongsi teknik "simpan challenge" NOV 2009. Sikap dan tabiat yang perlu diubah kerana menyimpan itu mempunyai "seni" yang trsendiri. Menjana rm1k dlm masa sebulan??? anda boleh jika ada disiplinnya...jom join. Elok juga kita pakat ramai2 daftar maklumlah bukan mudah  cuaca sekarang..."ingtkan panas hingga ke petang, sapa tahu hujan ditengah hari " jadi kita beringat-ingat sebelum terlewat.

Syukur juga sambil melayari berita semasa saya dapat kongsikan info ini, menghebah2kan untuk tindakan bersama. Semuga kita sama2 dapat manfaatnya dan buat abgabu dan sdra irfan semuga ALLAH berikan kebaikan jua atas ide dan prkongsian ini.
      
        Ya ALLAH berikan kami kekayaan minda dan kehidupan yamg membahagiakan dunia& akhirat .

Kita menang

Jika intergriti menjadi ukuran, calon PAS N31 sudah mendahului...Itulah hakikatnya. Memadailah dengan 7-0 selama ini, kini kita memberi ruang berpihak kepada mereka pula. BUKAN untuk selamanya tetapi untuk membuat KOREKSI sebelum agenda perjuangan rakyat kita teruskan. Ayuh kita buat "post mortem" dan plan tindakan kerana kita perlu hamparan ilmiah dan pemikiran kondusif .Setiap kejadian itu ada hikmahnya



Kepada para pejuangku, tahniah dan syabas atas komitmen berhemah di N31. Kita tiada harta tapi ada maruah dan kita mohon pada ALLAH agar perjuangan kita direstui. Teruskan perjuangan dan doa adalah senjata kita: "Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah perjuangan kami, amgkatlah darjat kami, berikanlah rezeki kepada kami, afiatkanlah kami dan maafilah kami "






Wednesday, October 7, 2009

PMR 2009

SELAMAT PMR 2009

hari ini merupakan hari pertama anak saudara saya melangkah ke dewan peperiksaan utk PMR 2009. Percayalah nak, langkah seterusnya akan lebih mencabar dan mencabar.
     
"semuga dapat buat yang terbaik dengan keputusan  PMR 2009 yang cemerlang ".
Yakinilah bantuan ALLAH berbekalkan niat, usaha, redza ibu ayah beserta tawakkal . SEMUGA BERJAYA
  Faizah Saniah@ kak ngah BOLEHHHH!!

                   Oh ya, tidak dilupai juga  kepada anakanda siti zulaikho abd rahman-semuga along dapat buat kejutan lg. Pgi tadi Ibu kejutkan ucu jam 2 pagi bg mendoakan along...alhamdulillah. Bertuahnya anak2 sekarang empunya ibu ayah yang sporting yang mendoakan kejayaan anak2.

bencana alam ??

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. 


Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” 


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).” 


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut pengikutnya. 


AL FATIHAH dan semuga sabar menghadapi dugaan ini

sumber: eramuslim/ mimpi senja

Tuesday, October 6, 2009

cerita kita...

ku akhiri solat dengan sujud yang lama. Memohon keampunan dan keredaan ILAHI. Mugkinkah di temui lagi waktunya untuk bersamaMU lagi. Pada bonda ku cerita kan segalanya kerana doa bonda tiada hijabnya.
 terima kasih mak, teruslah mendoakan anak-anakmu


 

Monday, October 5, 2009

read more?

read more...readmore.....dlm proses "ujilari"
jgn terkeliru ngn read more kerana --ia adalah percubaan teknikal untuk mengapdate blog ini
harap2 saya dpt belajar dri kesilapan ini

apabila kamu....

" Saidina Ali menyebutkan..ada seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata; ajarkanlah kepadaku suatu amalan yang membuatkan Allah SWT. dan makhluk mencintaiku, Allah SWT menambahkan hartaku, menyihatkan tubuh badanku, memanjangkan umurku dan membangkitkan aku di padang Mahsyar bersamamu..Nabi Muhammad SAW. menjawab: Kamu memohon enam perkara jadi kamu perlu melakukan enam perkara juga;

1. Apabila kamu mahu Allah mencintaimu takutlah kepadaNya dan bertakwalah
2. Apabila kamu mahu makhluk mencintaimu, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan
mengharap sesuatu dari apa yang mereka miliki
3. Apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatkanlah harta bendamu
4. Apabila kamu mahu menjadi sihat banyakkan SEDEKAH mu
5. Apabila kamu mahu panjang umur, jalinkanlah silaturrahim
6. Apabila kamu mahu bersamaku di Mahsyar panjangkanlah sujudmu pada Allah yang Maha
Esa dan Maha Perkasa.

Sunday, October 4, 2009

mata berkedip-kedip lagi


mata kanan ini berkedip2 lagi...kerdipan yang di luar kawalan diri. Entah kenapa ini kali kedua kurasainya.....

Andaikata tadi subuh yang terakhir....izinkan husnulkhotimah terucap dibibir dgn penyaksian hatiku dan bersihkan jiwa ini dari fitnah dunia....
Andaikata ada tuntutan yng belum dselesaikan ku mohon kemaafan dan dihalalkan.

"Ya ALLAH aku berlindung padaMu dari rasa sesak dan gelisah, dan aku berlindung padamu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMU dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung padaMu dari dilingkupi hutang dan dominasi manusia"

Sihatkankah badanku.............
Sihatkanlah pendengaranku...
Sihatkanlah penglihatanku...YA ALLAH tiada TUHAN selain ENGKAU.)

Mudah2kan dijauhiku dan org disekelilingku dari perkhabaran yang "kurang enak" .
Bantulah kami YA ROBB..



Selamat Datang ke ainhany.blogspot.com Berbicara tentang kehidupan saya, kamu dan mereka.


Lawan tetap Lawan

uniknya Nabi ADAM A.S

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka kuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiri nya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam

Thursday, October 1, 2009

untuk pertama kalinya 1430H

Ramadan 1430H ini , merupakan tahun pertama emak menyambutnya tanpa ayah di sisi. Bahtera perkahwinan selama 63 tahun yang di nakhodai ayah dengan penuh tenang dan mendamaikan. Tapi kini sejarah itu tak mungkin berulang.

Terkenangkan salah satu soalan sejarah tika saya di tingkatan 2, apakah makna sejarah.? Kami diminta mendefinasikan makna sejarah dan setelah berhempas pulas mencarinya rupa-rupanya makna sejarah ialah sesuatu yang benar- benar berlaku dan telah berlaku. ( history mean happening)

Kini maksud sejarah amat bermakna dalam kamus peribadi saya dan family. Ramadan lalu merupakan satu “ketidak laziman” yang harus ditempuhi. Berbuka puasa tanpa ayah begitu terasa kerana lazimnya ayah akan berada di satu sudut dan hidangan yang memang khas untuknya. Secawan susu dan oat, beberapa biji kurma lembut, kuih serta hidangan nasi menjadi santapannya berbuka. Ayah amat menggemari masakan kari mak dan boleh dikatakan hampir setiap hari mak akan menyediakannya.

Maklah yang paling sibuk ke dapur seawal mungkin bagi menyediakan santapan berbuka. Pelbagai juadah akan disediakan bagi menepati selera anak-cucu dan ayah. Sesekali ayah juga turut memesin kelapa dan memberi sokongan moral pada mak. Ini lah rutin yang telah emak korbankan selama ini bersama-sama ayah Tapi Ramadan kali ini mak seolah-olah tawar hati untuk memasak.Mujurlah ada kakak yang boleh melayan emak dan juga jadual penggiliran menemankan mak. Setiap hujung minggu pula kakak/abg akan menjemput anak2 pulang dari asrama untuk berbuka bersama. Dengan keriuhan mereka dapatlah sedikit sebanyak mengubat rasa “ketiadaan ayah”.

Pada Ramadan ke 8, abg salleh pula di timpa ujian. Tangan kanannya yang terkena bisa gergaji menjadi semakin parah dan amat menduga kesabarannya. Sengaja saya tak menghebahkan berita ini kerana saya terkenang2kan saat ayah memegang erat tangan abg dan seolah2 ayah memberikan seribu satu harapan dan kedinginan tangan abg ipar saya ini dapat meredakan jiwanya yang bakal mengadap ilahi. Saya rasai seolah-olah ianya baru semlam berlaku…ayah memegang tangan bagai tdak mahu melepaskan abg tika berada di sisi kanannya dan kirinya. Abg soleh juga beberapa kali membisikan kalimah “ la ila haillahlah” di telinga ayah. Sebelum itu abg Soleh lah yng menjadi Imam/ketua membaca surattul yasin di katil ayah. Beliau membaca dengan penuh tartil dan kami sama2 mengikutnya. Diakhiri dengan doa yang amat syahdu yang sama2 di aminkan ayah. Saya dapat menyaksikan ayah seolah-olah diberi kekuatan dengan kelebihan yasin ini. Saatnya teramat sayu. Saya juga bersyukur kerana diberi kekuatan ilahi untuk membisikan kalimah tersebut buat kali terakhir untuk ayah dengan di pantau oleh saudara mara yang lain.

Ya ALLAH, berilah kesembuhan buat abg Soleh semuga dia dapat sama2 menjaga emak dgn amanah yang ayah dzohirkan di saat sebelum dijemput pulang. Apa yang saya ingat abg Soleh juga telah menyempurnakan fidyah puasa ayah dengan memberikan beberapa kilo beras kepada yang berhak. Walaupun secara zahirnya kata emak, ayah tidak pernah culas dan tinggalkan puasa tetapi demi kebaikan ayah wajarlah di laksanakan. Puasa itu hak ALLAH dan hanya DIA lebih mengetahui tahap puasa seseorang. Kini abang sdg beransur sembuh dan sedang mengqada puasa yang ditinggalkan ( hampir 17 hari).

Tambahan lagi, kakak sulung pula tidak dapat menyempurnakan penggiliran menjaga mak kerana suaminya ada komplikasi dalam perut hingga di rawat di hospital Sultanah Bahiyah . Kakak terpaksa seharian di hospital dan dia memerlukan rehat yang cukup pada waktu malamnya. Syukurlah abang ipar saya ini telah discharge dan memerlukan rawatan susulan shja. Begitu juga raya tempuhari, abg sudah menunjukan perkembangan positif walaupun pada dasarnya dia hanya diberi cuti raya.

Buat pertama kalinya Ramadan lalu mencatatkan kenangan sepi semasa waktu berbuka. Yang ada hanya ada emak, kak jah dan dua anak saudara ( abg sakit). Sesuatu yang jarang berlaku di rumah kita. Kak jah telah memaklum kepada abg2 supaya, suasana berbuka harus dihadiri oleh anggota keluarga yang lain bg mengurangkan rasa kesunyiaan mak. Syukurlah saya mempunyai satu keluarga yang besar tetapi saling memahami dan mengambil berat. Insya ALLAH


Untuk pertama kalinya juga, fitrah emak diuruskan oleh anak-anaknya dan suasana ini harus ditempuhi bagi menghadapi hari besok yang pastinya menjelang……….

Untuk pertama kalinya juga, ujian serentak buat dua kakak saya- kak Chik dan kak Jah apabila suami mereka di duga dengan kesakitan. Saya masih ingat ade ketikanya dulu abang zan di uji dengan kesakitan demi kesakitan, kemudian kak Wan dan kak Na . Segala ujian tersebut adalah untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran kita disamping mempertingkatkan pahala yang dimiliki. Wallahuaklam

Untuk pertama kalinya…….saya sambut “Ramadan” tanpa ayah

untuk pertama kalinya..........saya "cinta ramadan"


pejam celik ?

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan berpuasa enam hari dari hari raya, maka puasanya itu adalah menyamai setahun penuh. (H.R. Muslim)

Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk 13 syawal .. Di imbau semula sempurnakah puasa Ramadan kita yang lalu? Yakinkah diri bahawa ibadah puasa yang diamalkan sepanjang Ramadan lalu benar-benar menepati rukun dan adab- adab berpuasa yang dituntut syarak? Atau puasa kita sekadar berjaya menahan lapar dan dahaga sahaja bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, kerana sudah jadi ‘budaya’ masyarakat muslim? Tepuk dada tanya la iman..

Walaupun begitu, orang yang tahu fadilat ataupun keistimewaan bulan syawal ini pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk melakukan amal-amal kebajikan seperti bersedekah dan berpuasa sunat.. Ini kerana kesemua amal baik yang dilakukan pasti akan beroleh ganjaran yang sewajarnya dari Allah SWT..

Jangan tangguh2!!

SELAMAT BERPUASA DI SYAWAL INI


tahniah pada mak, abg mat , kak nab, abg soleh....... dah berjaya melaksanakan tuntutan hadis nabi ini

MATI itu benar

Sebanyak 113 org mati kerana tsunami, di kepulauan Samoa di Lautan pacifik. Banjir di Vietnam, ribut tiba2 di Malaysia. Pulau sumatera, Indonesia dilanggar gempa yang turut menggegarkan bangunan tinggi di semenanjung malaysia. Sekurang2nya 1000 penduduk Sumatera maut dlm malapetaka itu……….semuanya berlaku semalam, 30 sept 2009…..

Semalam juga, pemergian bapa saudara saya, MAT JAIS BIN SAMAD berusia 81 tahun di no 19, Kpg Banang, Hutan Melintang, Sabak Bernam . Penyakit yang tertera d sijil kematiannya adalah kerana sakit tua…hakikatnya
‘To Allah we belong and to Him is our return.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ، وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً
“Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untukku dan untuknya dan gantikanlah untukku selepas ketiadaannya dengan gantian yang baik”.

Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah bersabda; “Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang mati, maka ucapkanlah yang baik-baik kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Ummu Salamah menceritakan lagi; Tatkala suamiku (Abu Salamah) meninggal, Rasulullah datang menziarahi, lalu aku berkata kepada baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya Abu Salamah telah mati’. Maka Rasulullah berkata kepadaku; “Kamu ucapkanlah; …..(doa di atas)…”. Maka akupun mengucapkan doa tersebut, maka ternyata Allah telah menggantikan untukku dengan seorang yang lebih baik dari Abu Salamah iaitu Nabi Muhammad –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

Dengan suasana hujan yang mengiringi perkhabaran kesedihan ini, syukurlah d’viva Berjaya melaksanakan misinya. Pertemuan di masjid yang terletak di permulaaan kampong dengan abang Mat, abg Din dan paksu membawa erti kekeluargaan kita utuh walaupun mak di Pendang dan sepupunya di Sabak Bernam. Kami mewakili mak yang masih dalam eddah dan ketiadaan ayah tetap menjalinkan hubungan persaudaraan ini. Abang Nasir dan ank Zam pula sampai ketika solat mayat hendak ditunaikan. Kehendak Allah jua,tetapi ketika mayat hendak di bawa ke kubur hujan telah berhenti dan urusan pengkebumiannya menjadi lebih mudah. Kami mengiringi mayat hingga ke kubur dan menyedekahkan al fatihah buat aruah yang telah mendahului……

Ku saksikan sebarisan kubur…
# kak Habibah--perginya tika usia muda meninggalkan 2putera dan 3puteri
# Ngah Esah---seorang nenek yang penyayang membesarkan 5cucuyatim piatu
# Kak noi( noraini)--- seusia dgn ku tetapi telah menjejaki emaknya (angah esah) selepas 100 hari. Ketika itu usianya 22 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 2 putera. Sungguhpun satu ketika dulu saya pernah mengenalinya malah namapun hampir sama namun beliau lebih dulu dijemput ALLAH. Kematian ini memberi tekanan sementara buat ngah jais yang terpaksa memikul 5 cucu yang yatim piatu kerana kak noi bagaikan pengganti kak bibah dan ngah esah untuk sementara Cuma.


# Hari ini pula # Ngah Jais ( suami Ngah esah) menjejaki mereka tetapi kuburnya berjarak dalam 10- 20 meter sahaja.

Yang tak ku temui dan tak ku ketahui adalah kubur tok nyang “TEH BT MAT”. Sebelum ini Tok Nyang tinggal dkat rumah tetapi selepas Long Shahadan satu2nya anak tunggalnya meninggal Tok Nyang membawa kenangannya ke SB. Long meninggal ketika itu saya darjah 1. Cinta kasih dan sayangnya pada Long hingga kini masih sgar pada kami sekeluarga.Tok Nyang mencurahkan kasih sayang pada keluarga saya seperti kami juga anak2nya. Pada Syawal yang lalu, kami telah membersihkan kubur long dan saudara mara yang lain yng telah dikebumikan di kg . Namun di SB, entah kenapa kubur tok nyang dibiarkan tanpa tanda. Walaupun dia tidak ada anak lagi sepatutnya saudara mara di sana mengenang setiap kebaikannya. Hanya kata-kata aruah ngah jais pada emy( anak aruah kak bibah) bahawa kubur aruah moyang anjang di kuburkan dekat ngn kubur maknya(kak bibah) menjadi “klue”…namun sejauh mana kepastiannya. Saya cuba bertafakur di kubur yang dimaksudkan tetapi saya tak “merasai “ apa yang sepatutnya dirasai…Apa yang dapat saya simpulkan kemungkinan ini bukan kubur tok Nyang….

Andainya tok nyang masih hidup, maafilah kami anak2 saudaramu yang mengabaikan batu tandamu. Tok Nyang, Long tetap hidup bersama kami dan saya juga ada membuat tahlil dan wakaf quran utk mereka. InsyaALLAH pencarian ini saya akan teruskan dan mudah2an batu nesan juga akan disediakan.

Kepada cucu2 yatim piatu yng membesar dng kasih sayang tok dan atok…..jadilah cucu2 yang mendoakan kebahagiaan buat aruah, ayah, mak, tok dan atok. Usahlah yong, nuar, emy ,ana, dan eda bersedih diri tetapi jatilah anak cucu yang jati diri. Janganlah menangis di bahu ucu lagi kerana cu sebenarnya tidaklah setabah yang diharapkan….
Terimkasih pada anak2 yang buat pertama kalinya bertemu dengan ucu,usu dan maksu( hakikatnya berbeza panggilan tapi org yang sama) …pandai2lah jaga diri dan jaga agama.

AL FATIHAH
Semuga di cucuri rahmat keatas roh almarhum ngah dan ditempatkan di kalangan orng yang soleh dan mendapat rahmat yang berterusan.
____selepas 3 bulan 28 hari ayah _______