Friday, August 13, 2021

Al fatihah buat kak chik Rozaini

 29/7/2021 @ 19 Zulhijjah 1442H

Catatan Sebuah perpisahan

ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ

“Saya Noor Haliza Che Pi memaklumkan rakan kita, Rozaini Mohammad, Ketua kelas 5 sains A...anak arwah Pak Mat  Restoren Pekan Pendang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7 am td...Sama sama kita hadiahkan Al Fatihah kepada allahyarhamah...moga rohnya dicucuri rahmatNya. Sekian.”---29/7/21 sumber wassaap

[10:48, 29/07/2021] Smp Bakyah: Assalamualaikum...kak not..
[10:49, 29/07/2021] Smp Bakyah: Perkhabaran kwn sebaya kita yg depa panggil kak cik yg ada kedai roti canai kat pendang tu..meninggal..
[10:49, 29/07/2021] Smp Bakyah: Tak ingat nama betul dia...
[10:50, 29/07/2021] Smp Bakyah: Kak not tau kot

Innalilihi wainna ilaihi rojiun. Darinya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. ALLAH hu Robbi😭.. Pemergian kak Chik amat- amat memeranjatkan saya. Bukan sebab saya menafikan janji ALLAH tetapi merasai saya kehilangan seorang sahabat. Takdir ALLAH jua kita berpisah berpuluh tahun sejak zaman persekolahan. 

Mana mungkin saya melupakan sahabat  Sekolah Menengah Pendang di tingkatan 2P1-3P1 ni. Dialah ketua kelas yang sentiasa mempamirkan kepantasan dalam tindakan. Antara lain dia juga suka senyum dan peramah.  Yang segar dalam ingatan saya, acapkali tingkatan 3P1 beroleh "Anugerah Kebersihan"sehingga bergantungan anugerah di dinding papan kenyataan kelas.  Walaupun berkat kerjasama semua tetapi daripada kepimpinan kak chik lah sebagai nakhodanya. Dia akan pastikan papan hijau bersih dan sanggup beli baru pemadam menggunakan duit sendiri. Begitu juga kemudahan seperti penyapu, bulu ayam dan lain-lain dia yang menyediakannya kerana dia tinggal di pekan Pendang.

Walaupun di tingkatan 4-5 kita berlainan kelas kerana saya memilih aliran sastera dan kak cik meneruskan di aliran sains.   Namun setiap kali bertembung, senyuman terukir di wajahnya dengan matanya sedikit sepek. SPM telah memisahkan kami kerana masing-masing berbeza laluan.  Kali terakhir bertemupun hanya di zaman persekolahan. Lagipun kak Chik dan family berpindah balik ke Merbuk selepas itu. Sesekali sahaja jika saya balik kampung dan singgah ke kedai abang G( kedai Sri Merbuk)  barulah saya bertanya khabar kak chik. Tak banyak yang saya tahu selepas tamat pengajiannya di ITM Perlis.

 Tahun 2020 Almarhumah kak chik ada menyapa di FB. Sejujurnya saya menghargai dan beberapa kali saya mengajaknya berjumpa tetapi ada sahaja halangan tiba. Saya juga tak memaksa kak chik bagi  menghormati pendiriannya. Begitulah adab berkawan, banyak bertanya kan dibenci dan boleh dikata suka jaga tepi kain pula…hihii  

Selamat jalan kak chik. Terkasima bila dimaklumkan urusan dipermudahkan. Jenazah diurus oleh pihak surau di Kawasan perumahan dan  selamat dikebumikan menjelang petang. Turut serta mengiringi jenazahnya adalah familynya dari Kedah.  Alhmdulilah kak Chik, urusanmu selesai cepat tambahan pula  bebas Covid. 

Benar kematian adalah sebuah pengajaran. Hadiah terindah, almarhumah  Kak chik dapat mempersiapkan dirinya untuk menghadapi mati. Sakit merupakan barometer pengukur keimanan seorang hamba, peluang untuk tingkat keimanan di saat datangnya ujian. Almarhumah mengingatkan saya menghargai nikmat “sihat” dan amanatnya ‘ur among good fren yang bertaqwa n need ur prayers for me to be more taqwa “ dan “moga kita dilindungi dan dapat jumpa….jumpa di syurga” . Paparan di screen telefon ini saya baca berkali dan berulang…barulah saya memahami makna tersirat.  Kak Chik bertuah tau…sakit penghapus dosa, sakit adalah anugerah hanya kepada insan pilihanNYA dan ALLAH tahu Kak Chik mampu memikulnya.     Bersemadilah almarhumah  di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah Gombak, Selangor pada hari yang sama. Betapa mudahnya urusanmu ketika negara dilanda wabak yang mengganas dengan segala urusan perlu mematuhi SOP. Itulah rezkinya dan ALLAH memberi kerehatan buatnya di sana. Menjadikan ayat2 Allah sebagai peneman,lapangkan kuburan sahabat kami  yang kembali mendahului kami dan jadikan kuburnya  sebagai taman-taman syurga indah


Berita pemergiannya amat merobek jiwa saya.Ia mengingatkan saya  bahwa kita sebagai manusia itu adalah makhluk yang sangat lemah, tidak ada yang kuat dari pada kekuatan dan pertolongan Allah SWT. Rasa macam tak percaya dan penyesalan saya kerana tak pernah usaha untuk menemuinya. Dia hanya memaklumkan tinggal di KL  area Sentul.   Di segi logic, saya boleh terjah kerana saya juga pernah lalui area situ untuk menghadiri beberapa program agama di masjid dan surau. Begitulah takdir saya yang bermonolog pagi tu. Saya menghubungi nombor telefon yang biasa kami berkomunikasi dan menghantar wasap untuk pengesahan.  Namun Sepi…tanpa berjawab..

Khabar pemergiannya ini juga menjadi tanda tanya bagi sahabat seperti Ain, Sam , Sabiyah juga Fitriyah. Masing-masing mencari sumber dan punca kematiannya dan di mana lokasi jenazahnya tika itu. Menjelang malam saya dapat menghubungi adiknya. Alhamdulillah. Dalam sebak menahan gugurnya airmata, saya mengucapkan takziah buat family kak chik.


Selamat jalan kak chik. Baru kini ku tahu kau sebenarnya diuji kesakitan. Kak Chik adalah pilihan Allah yang diuji dengan tumor di kepala. Allahu robbi…Allah tak izinkan saya melihat kak chik ketika sakit. Menurut adiknya, 2010 kak chik pernah menjalani pembedahan tumurnya. Namun  April 2021 sekali lagi hasil imbasan MRI mengesahkan  tumornya kembali active di antara  otak kiri dan kanan.

Barulah saya perasan selepas menatap semula wassap yang diterima. Ayatnya ringkas tetapi tergantung.  Saya fikir mungkin almarhumah kak chik sibuk dan tak sempat melayan wassap saya.  Rupanya dia sedang menyimpan satu rahsia tahap kesihatannya kepada umum. Bak kata adiknya almarhumah jenis “reserved”

Penderitaan almarhumah dah berakhir. Sakit telah merubahnya semakin ingat mati dan berkat ketabahannya dia dapat menghadapinya dengan tenang. Menurut adiknya badan aruah agak susut berbanding yang saya kenali dulu.  Saya yakin almarhum sangat tabah. Almarhumah pernah bertanyakan pondok yang sesuai untuk menghabiskan usia tuanya. Allahu..betapa dia merasai dirinya dah tua berbanding saya yang masih lalai dan dia  berhajat menghabiskan sisa umurnya di pondok. Rupanya almarhumah tak perlu tunggu tua untuk mendiami pondok kerana dipanggil pulang lebih awal. Orang yang berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam hidupnya, pasti Allah juga akan berikan sesuatu yang terbaik kepada apa yang dia mahukan. Kerana ALLAH tak akan sia-siakan setiap usaha hambaNya.

 Jom hadiahkan al fatihah buat almarhumah ROZAINI BT MUHAMAD

ِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ

ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dan rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.... .َ .

Selamat jalan kak chik. Ya Robb, ampunilah sahabatku ini, berikan keluasan persemadiannya dan  ditempatkan bersama kalangan solihin.   Ya ALLAH rahmatilah sahabatku ini dan temukan kami di syurga nanti.

No comments: