"Salam kak aini. buat mase ni sy xde transpot sb kereta sy juga kene banjir hari tu x siap lagi. kereta suami pun sama. xpe nanti bile sy masuk keja nanti sy ambil pada akak. boleh ke? akak simpankan dulu"
Memahami situasi dihadapi, saya berjanji akan menyerahkan sendiri disamping dapat saya menziarahi sekali lagi family ini. Pn Syahriza seorang staf yg telah diuji bencana banjir di Tmn Sri Nanding, Hulu Langat. Ketika ini beliau masih dalam pantang melahirkan anak ke tiga.Saya bertemu di rumah ibu bapanya dan wajah ketabahan ibu tiga anak ini kian terserlah. Puan Sya diantara mangsa banjir yang diuji dengan kemusnahan harta benda hampir 90%. Syukur mereka semua selamat dan kini dalam proses membaikpulih peralatan rumah.
Dia tergejut degn kunjungan kejutan saya. Anak-anaknya girang menerima beg sekolah dan terpancar rasa syukur kerna tak perlu membeli lagi beg dan peralatan sekolah tersebut
Alhamdulillah... Saya hanya perantara dan Allah hadirkan penyumbang yg baik di waktu yang tepat . Alhamdulillah
Moralnya..
Terus bahagiakan orang dan aura bahagia juga akan kita rasai bila diungkap rasa syukur. Subhanallah.
#MisikamiPrihatin #MKP-adalah task yang dicipta bagi membantu mereka yang memerlukan. Untuk kesekian kalinya selepas pendamik, Malaysia diuji dengan Musibah Banjir 2021. Kami dari Biro ICT , seranta dan dokumentasi K-KOMM melahirkan rasa prihatin dan membantu seadanya . Sumbangan dan bantuan diberikan kepada anak2 mangsa banjir in. Harapan baru untuk mereka kembali ke sekolah dan memadam truma kehilangan harta benda akibat banjir. Kepada para penyumbang...kami amat hargai.
30/1/2022

No comments:
Post a Comment