Friday, April 29, 2022

beri laluan covid menyerang


Terima kasih tak terhingga buat sayap dan tulang belakang  yang telah bekerja kuat tanpa jemu bersama saya ... 🎉🎉

Grop B telah memberikan komitmen terbaik dengan kudrat yang terhad. Alhamdulilah kita telah berjaya harungi fasa genting tersebut.

 Bukan mudah mengemudi pelayaran bahtera dari 22 orang nakhoda susut sehingga 7 dan 5 orang.. Kitalah  wira yang berjaya mendarat dengan selamat. Wira yang tak didendangkan. Kita telah menang. Alhamdulilah. Pelayaran kita turut membantu melayarkan 6 buah bahtera yang berangkai. Ancaman dan gangguan semasa dapat kita cari titik penyelesaiannya. Syukur. Walaupun ada ombak dan angin yang menongkah,  dengan kerjasama dan komitmen diberikan kita berjaya harungi bersama.

 Kini siren telah dibunyikan. Masa kita  untuk berehat. Berehat dengan erti kata diri terikat dengan gelang pink. Kita reza kita pasrah. Kita tidak perlu gusar kerana sepanjang pelayaran kita sentiasa mematuhi SOP dan mengikut  arahan dari atasan dari masa ke semasa.

*****

 BosMimit di  fasa recover - semoga cepat sembuh ye..

Azmi @Bon telah tampil ke gelanggang mewakili grop kita. Teruskan Bon.. Buat yg terbaik, kerja dengan amanah, jujur dan perbaharui niat.

Kami direhatkan seketika..dan akan kembali ke gelanggang apabila sihat dan selamat dari gejala c19.

Faisol @ Shoon.. Bina semula semangat juang dan kita kembali sihat.. Lawan tetap lawan. 💪Insya Allah beroleh kesembuhan. sakit adalah tanda sayang ALLAH. Kita dah usaha , ubat sudah. swab test sudah dan jaga sop di rumah

Gara gara close contact Fairen dan saya juga direhatkan. Diikat kemas dengan gelang pink. Ya kitalah wira yang bertugas disaat genting , dubble  shif dan saya pula akan pastikan semua dah under control barulah pulang kerumah. Risiko tinggi tapi ALLAHkan ada. Allah tahu dan memilih kami membantu RTM memantau siaran dan mengendalikan   pengagihan bahan siaran. Alhamdulillah dan terima kasih ALLAH

  

 

 

Fairen.. Anggap shaja kejayaan 'siakap' adalah petunjuk kesabaran. Orang sabar pasti akan beroleh ganjarannya. Sabaq sat ceq naa... Pasni pecut lain.

 

Akk.. Mengambil kesempatan menyusun jari sepuluh, mhn ampun maaf andai ada tergelincir lidah, terlajak perahu bicara dan tersilap mmbuat keputusan ketika kita sama sama harung fasa genting.

 

Kalian adalah  org baik2dan  yg akan terus sukses. Jaga diri, jaga solat, jaga iman dan sering2 mendoakan orang lain untuk beroleh doa yg makbul.

 

Mudahan kita semua selamat dan dapat berhimpun semula. Terima


No comments: