Friday, September 18, 2020

Sabar ke tak


1.  Orang yang sabar akan lebih tenang.  Diam sejenak dan banyak berfikir.  Orang yang tidak sabar akan terburu-buru.  Tidak boleh tunggu.  Mahu semuanya cepat selalu.

.
2.  Orang sabar tidak membuat tindakan ketika resah atau dalam gelisah.  Dia akan membiarkan semua kegelisahan berlalu.  Kemudian perlahan-lahan barulah mula buat sesuatu dalam keadaan yang tidak kalut lagi.    Orang yang tiada sabar segera bertindak.  Apa sahaja yang terlintas di kepalanya akan dia lakukan.  Tanpa dia berfikir dengan panjang.

.
3.  Orang yang sabar sering berdiam diri ketika marahnya memuncak.  Dia tahu apabila banyak bercakap menggunakan emosi akan membawa kepada rugi.  Orang yang tidak sabar akan menulis dan bercakap ketika marah.   Segala kata-kata dihamburkan begitu sahaja.  Asalkan dapat lepaskan puas dalam dada.  Akhirnya dia akan termalu sendiri...

.
4.  Orang yang sabar adalah orang yang menang.  Kemenangan dalam mengawal diri agar tidak bertindak melampau serta mengikut nafsu.  Mengekalkan minda yang tenang dan hati yang lapang.  Orang yang tidak sabar lebih kalut, serabut, penuh berontak.  Tiada tenang dalam hati yang tidak sabar.

.
5.   Belajarlah untuk berdiam ketika tidak punya kata-kata yang baik untuk dibicarakan.      Belajar untuk bersabar dari segala kemarahan.  Belajar mencari hikmah di sebalik setiap kesusahan.  Belajar untuk redha dengan apa sahaja ketentuan.  Belajar untuk menangis hanya kepada Tuhan.  Itulah sabar...

.
Sabar itu sangat mudah dan "tanpa modal".  Namun sukar bagi mereka yang lemah.  Rugilah bagi mereka yang tidak memiliki kesabaran dalam hidup.  Kerana di sebalik kesabaran akan datang banyak kemenangan.  Percayalah....

Sumber dan terima kasih :
Dzuriasikim Dzulkefli


I


No comments: