715 am
Tamat sudah shif dutyku. Ternyata ramadan ni satu perubahan dalam Hidupku.
Jadual hidup berubah 360 darjah.
Hidup kini terikat dengan jadual. Ia bukan pilihan tapi ketentuan Allah
Allah pilih saya untuk bekerja shif. Ya.. Itulah yang saya positifkan diri setelah 'down' beberapa kali. Jika diikutkan mulut orang...
Berenti sahajalah,
Dah tua pun
Cukup2lah keja.. Dunia ja
Apa yang nak lagi
Sebab tu lah orang option..
Dll
Tapi
Pandangan family, tetap dihargai. Terima kasih kakak2 dan abang2 yang tahu di mana adik mereka melangkah. Mereka memberi semangat dan kelainan yang berbeza. Ini peluang untuk cabar diri dengan masa yang ada. Masa tak berubah tapi kita yang mengaturkannya. Lepas tu boleh guna masa off untuk aktiviti amal tanpa terikat masa kerja. Kata kakak lagi.. Jika ayah boleh hadapi dan berjauhan dengan family demi tugas, kita mesti boleh. Semangat dan cetusan ayah hidup bersama generasinya
Benarlah...
Saya harus melangkah dan menerima ketentuan ni walaupun terpaksa. Alhmdulillah..Allah sedang mengajar saya mendekati satu tugas baharu dan terlibat langsung untuk memantau siaran tv dengan kualitinyanya yang beroperasi 24 jam. Ini menjadikan saya terikat bekerja 3 shif iaitu pagi, petang dan malam.
Jika dulu kita perhatikan hanya jururawat polis dan tentera juga jaga yg terikat dengan jadual. Rupanya backliner di RTM pun terlibat.
Kini sayalah pekerja yang diamanahkan.
Saya seorang pekerja biasa
Bertugas demi untuk negara
Ada amanah perlu dilaksana
Kita akur pilihan Allah
nhm
nhm
No comments:
Post a Comment