Friday, February 14, 2020

Dva semakin tua

"Cu...cermin kereta ni tak boleh turun. Tadi ok sahaja." Persoalan atau ayat nyata daripada shahmi, anak saudaraku kepadaku pada satu petang ketika mengambilnya dari UNITEN. Dengan spontan, saya katakan, mungkin kena tukar motor  seketui ni.. Dah lama khidmat. Nantilah kita tukar.

Ya tepat sekali, 14/2/2020,dengan sela waktu siangku yang berbaki, telah ku rujuk kepada pakar dan pengujian dibuat. BENAR.. 

BerUntung juga kedai spare part kereta tak jauh. Nak beli yang ori kena ambil masa untuk di oder, jadi memadailah kita guna yang korea. Haha.. Korea pun korealah.. Asal bukan wuhan. Hihihi

Harga termasuk kos upah rm120. Eh kenapa detail pula saya tulis ni.. Sebab nak buktikan jika saya masih hidup..mungkin boleh update. Berapa lama jangka hayat power window non ori. 

Moralnya, kita semua tak kekal lama. Selagi ada yg baru pasti ada yg lama dan yg muda mengganti yg tua. Jadi beringatlah ketika di atas dan kemuncak. Bersedialah untuk sebaliknya dan terimalah kenyataan hukum alam ini. 



mahar yang perlu dibayar

dibalik inilah letaknya motornya
kes ditutup. 
Saya sayang D'VA


No comments: