andai ini catatan akhir
Sampaikan salam sayang kepada semua yang telah menyayangi ku selama ini
Andai ini tinta terakhir..
Ku mohon maaf kepada semua yang pernah hadir mewarnai lanskap hidupku
Kalian mgg baik dan tak mungkin dilupai
Hanya Allah yg layak membalasnya
Andai ini aksara terakhirku..
Usah dikesali apa yang berlaku.
Hidup adalah pelajaran dan kutiplah pengalaman untuk mewarnainya. Usah dicalar bunga yang segar ditangkai dan usah di kucup bau yg busuk, di jalanan. Biarkan ia berlalu kerna setiap kita ada peranannya. Yang busuk di longkang tak semestinya kotor di mata Allah dan yang mewangi tak selamanya. Ingatlah hukum alam.. Yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan
Buat anak cucu generasiku, jagalah akhlak kalian. Elakan ego dan keakuan dalam pergaulan. Biar ramai kawan dalam satu persahabatan. Ingatlah anak cucu generasiku, apa yg ku perlakukan tentang pergaulan bukan muhrim bukan utk diriku tapi demi menjaga maruah kalian hatta semasa pertunangan. Tok dan wan dah ajar dan beri petunjuk terbaik untuk kami dan kini kami teruskan untuk anak cucu pula. Jaga adab, jaga akhlak dan jangan gedik dalam bergaul. Bezakan antara muhrim dan bukan muhrim.' Jangan sampai makan tak habis'
Anak generasiku
Ini pesanan dariku yg tua, hidup biar berbudi dan berbuat baiklah selagi daya. Lazimi lidah dengan zikir dan ubati hati dengan Al. Quran sentiasa. Senrtiasa senyum dan hulurkan lah bantuan tanpa diminta.
Hiduplah dengan memberi. Jadikan setiap hari kita memberi walaupun sekadar senyuman. Lazimilah berkunjung rumah Allah dan berdoalah untuk diri dan ummah. Kita teguh kerana ummah yang sering mendoakan.
Pesan akhir ku, andai telah ku disemadikan, cukuplah menghadiahkan daku doa dari masa ke semasa. Tiada waris ku tinggalkan, tiada ilmu ku berikan dan tiada amalan yg banyak ku sampaikan. Aku hnya insan lemah dan tak punya apa apa.
Andai ni yg terakhir
Maafkan segala salah silapku.
Sudah ku maafkan segalanya buat semua yg pernah bersamaku.
Chu sayang semua
Terima kasih Allah

No comments:
Post a Comment