Thursday, October 27, 2011

27092011: perginya anak saudaraku,,,

kasihnya ibu...

apa???  sapa?? betul ke nie?? Menerusi telefon kakak telah memaklumkan berita sedih ini.
Semestinya saya menjadi seorang yang hilang punca...kerana berita yang mengejutkan ini...Dalam kebingungan dan kecelaruan melata di kotak fikiran, saya cuba menyakinkan diri...jika ini satu kebenaran...saya terima ya ALLAH..tapi berikan daku ketenangan...Saya cuba  menceriakan diri dengan meminta rakan sepejabat mengucapkan salam takziah....(hakikatnya saya cuba mnghantar info kesabaran dalam diri )  

"slm...abg Zul meninggal jam 3.30 ptd td." sms ringkas ini diterima pada 27 September 2011 jam 15:41:41 daripada Suriani , anak saudara kedua ku...Yakin..ini adalah info yang sahih lantas terus ku hubungi nya untuk pengesahan. Sue hanya mampu mengiyakan dan suaranya di seliputi ngn sendu tangis. Fahami dan ketahui lah saya ...bahawa....baru sekejap tadi ,anakanda saudara sulung dalam family saya  telah dipanggil mengadap ilahi..Perginya Allahyarham Zulkifli Awang di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam yang tercatat di sijil kematiannya 3.20 ptg dalam usia belumpun menjangkau 40 tahun.

Segalanya begitu pantas dan bagaikan sukar untuk dipercayai..Menurut adiknya , Mariani, abgnya tak menunjukkan petanda yang nyata akan meninggal dunia. Cuma dia lebih suka merenung sesuatu dalam tempuh yang lama dan mengalami batuk2. Paling terharu, dia ade menyatakan secara tak sengaja apabila di 'flashback' bahawa, aruah pernah berkata  hidupnya cuma ada beberapa bulan  lagi dan dia memang merahsiakan penyakitnya. Saya terharu bila adiknya menyatakan bahawa, betapa dia merasai tak puas menjaga abangnya tika dia sakit. Sebab aruah seorang yang tak menyusahkan dan seboleh mungkin akan menguruskan dirinya sendiri. Dia juga sengaja memilih untuk tinggal dengan adiknya sementara sakit kerana tak mahu menyusahkan emaknya .  Lagipun kakak saya bukanlah sihat sangat dan dia perlu rehat tanpa stress. Walau bagaimanapun, semasa dia tenat di hospital, kakak(emaknya di rumah) sempat menghabiskan 3 kali yasiin mendoakan untuknya.

Di saat hayatnya bersama kami, aruah seorang anak yang tak pernah membantah. Lebih suka berdikari dan seorang mekanik kereta yang berjaya. Dia telah mewarisi  kemahiran ayahnya membaiki dan meneruskan kesinambungan bengkel yang diusahakan. Aruah mempunyai pelanggan yang tersendiri ke bengkelnya kerana perkhidmatan mekaniknya tidak mngira masa. Sekiranya orang memerlukan bantuan kerosakan kereta dia  pasti dihubungi dan sebagai rescue. Dengan kata lain, hidupnya memudahkan urusan orang. 

Aruah juga rakan sepermainan saya. Dia lah anak saudara pertama dari keluarga saya. Saya pernah membesar dan menyusun patung combat bersamanya..Namun tiada aksi tanpa kematian jika berada di medan peperangan. Inilah lumrah dan lazimnya yang mati adalah watak yang saya pegang..Hero takkan mati...Hebatnya senjata dan machinegun milik aruah. Aruah selalunya menang.

Seketika membesar bersamanya juga saya pernah dikejutkan dengan kenakalannya menelan minyak "kobota. Segalanya berlaku denagn pantas dan memaksanya di bawa ke hospital.  Kemudian gara-gara menyarung kasut , kakinya di sengat labah lutung..Namun selepas itu dia membesar sebagai lelaki yang normal dan meminati engin dan menjadikan ianya sebagai kerjaya.

Namun, sebelum aruah meninggal, amat mengharukan bila dikenang..,aruah minta izin dari adiknya untuk 'nak balik umah " Hakikatnya dia hanya singgah seketika di rumahnya  dan kemudian di rumah tok wannya ( rumah emak ). Menurut jiran yang melihat... (ketika itu, emak berada di JB menziarahi cucunya Abang Ngah. disana) aruah hanya memberhentikan kereta dan merenung rumah mak sedalamnya dan kemudian merebahkan kepalanya di streng beberapa kali. Dengan kudrat yang ada dia kembali semula ke ruimah adiknya. Inilah langkahnya yang terakhir kerana selepas itu,pernafasannya amat sukar hingga memaksa ambulan dihubungi seketika dia sampai ke rumah adiknya. 

Mariani lah yang mengiringi bersama di dalam ambulan dan seterusnya bersama-sama doktor di bilik kecemasan. Membisik dan mengingatkan abangnya kalimah ALLAH sehingga penghujung walaupun tika itu amat kritikal. Seperti mana berlaku pada aruah ayah, apabila sejenis alat diletakkan di ibu jari, isyarat buzzeing berbunyi..itulah petandanya dia menghampiri kematiannaya. Namun  pakar perubatan terus berusaha Janji ALLAH adalah benar dan rezeki nya telah berakhir.. Dia pergi dalam waktu yang amat singkat dan mudah.. Semua bagaikan satu tanda tanya..Namun itulah kenyataannya

Saya juga tak berkesempatan bertemu dengannya buat kali terakhir. Kehendak ALLAH jua di saat ini d'va telah mengalami kemalangan dan diworkshopkan. Segala  urusan jenazahnya cepat dan mudah dilaksanakan. Dimandi dan dikafankan di hospital dan di bawa balik ke rumah seketika sebelum di kebumikan di kampung saya pada jam 930 malam pada hari yang sama. Bersemadilah almarhum anak saudaraku dalam dunia barunya selang beberapa meter dari kubur wannya. Al Fatihah buat mu nak...insyaLALAH doa akan sering ku hadiahkan buatmu..

Saya hanya menziarahinya esok pagi, melihat dan menyaksikan satu ketentuan ALLAH atas bersemadinya  jasad seorang lagi yang saya sayangi. Bersemadilah anakanda Aruah Zulkifli di sini.. Buat kak chik dan abg juga anak2ku yang lain- Suriani, mariani, Nurul,  norhafiza, dzulfarizan, dan Hafiz, bersabar dan redzakanlah..Titipkan doa dan kebajikan atas namanya..Apabila tiba masanya , takkan ditangguhkan walau sesaat...kita juga pasti menyusul.Merenung lebih lama di hujung kepalanya tanpa nisan, bagaikan satu tamparan buat diri....sejauh manakah ibadat dan amalanku untuk ku bawa mengadap ALLAH. Sejauh mana dosa2 yang ku kumpul dan dileraikan agar ianya tak mnggangu ibadahku...Urusan ku belum selesai...daku perlu bertaubat dan mhn pengampunan.    Anakku telah dipanggil ,,,,bila masanya pula emak saudaranya akan dijemput...

AL FATIHAH

setelah sebulan berlalu kini baru ku abadikan.....27/9/2011
Foto dirakam tika kunjungan 28/9/2011 ..usai yasin dibacakan....  
merah tanahnya..

kami sirami dengan bunga2 kasih sayang

nisannya belum bersemadi

Mudahan pokok ini turut  mendoakan aruah hendaknya

Damailah dirimu di sini nak..

di antara  anak2 dan cucu saya mengenal erti kematian

di baris yang sama dengan ayah..
pusara ayah...
 
Semuga dicucuri rahmat atas roh almarhum Zulkifli, Ayah, Yusuf Firdaus dan semua muslimin dan muslimat yang mndahului kita dan ditempatkan mreka dikalangan orang yang soleh dan mndapat kelapangan dan kenikmatan selama berada di alam barzah. Lapangkanlah kubur mereka dan hiasilah dgn taman2 syurga. insyaALLAH: AL FATIHAH

23 comments:

mama ju, said...

Al Fatihah.
Moga kuburnya lapang bak taman2 syurga.
Terharu baca N3 tu.

Acik Erna said...

Insyaallah..Al Fatihah buat semua yang telah pergi.

wahida said...

sedihnya...saya tumpang sedih kak..

semoga mereka berada bersama2 org yg beriman...amin..

al fatihah...

ainhany said...

salam mama,

Amin...terima kasih atas doa dipanjatkan..mudahan diperkenankn.

doakan anakanda juga.
terima kasih mama

ainhany said...

salam acik,

Amin,
Mudahan mereka bahagia menerima doa kita di jumaat yg dirahmati ini.

Terima kasih acik

anaMuslimah said...

salam, td saya komen dkat entry pasal Abdullah Ishaq tu...rupa-rupanya berlainan orang...maaf...salam takziah ya...dah sihat ke yang tu?

anaMuslimah said...

salam, td saya komen dkat entry pasal Abdullah Ishaq tu...rupa-rupanya berlainan orang...maaf...salam takziah ya...dah sihat ke yang tu?

Papa Mifz said...

alfatihah...semoga arwah tergolong dlm mereka yg beriman...

ainhany said...

wasalam ana,

terimaksih ats simpati pada AI..dia masih belum sembuh dan masih treatment hspital..muga AI kembali sihat.

Akak ni anak saudara ramai..mcm tu lah jadinya....yag sakit dan yang pergi...semuanya ATAS ketntuanNYA
terimaksih

ainhany said...

salam papamifz,

Amin.
InsyaALLAH...muga ALLAH perkenankan doa kita.

Terima kasih

Kakzakie said...

Sendu kakak Cu baca N3 ini. Sungguh Allah sayangkan dia. Kita pun akan menyusul yg entah bila masanya. Moga rohnya di sisi kalangan yg beriman. Al-fatihah...

Kamsiah said...

Al fatihah...telah sampai waktunya,tak terlewat atau tercepat walau sesaat...

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Assalamualaikum..Dari Dia kite dtg dn DariNya jua kite kembali...Salam Ziarah & Takziah, moge arwah bersama org yang beriman dan dirahmati Allah selalu..ameen..

alinac lover said...

Al-Fatihah..

salam takziah ya

anitadiana said...

al-fatihah...sedih baca....arwah lebih di sayangi..semoga dia tenang di sana..amin...bahagia baca..arwah seorang yg bagus dan baik sanggat...

ainhany said...
This comment has been removed by the author.
ainhany said...

salam akak zakie,

Amin.
terima kasih ats simpati dan memahami ..cu pun masih diselubungi rasa sedih.. ditatap foto saat dikafankan...pakaian terakhirnya..Muga ALLAH ampuni rohnya..dan ditempatkan bersama org2 soleh.

terima kasih

ainhany said...

salam kak kam,

Amin.
Benar janji ALLAH..mati itu benar, liang lahat juga benar...muga ALLAH pejamkan kita degn husnul qatimah

Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumus salam Nur_Ma"Khairatun Hisan,

Amin,
Salam ukhuwah fillah.
Kita hanya dipinjamkan ke dunia utk memakmur dan mntaatinya...Mudahan kita mnjadikan kematian sebagai iktibar...Muga ALLAH terima Taubat kita.

Terima kasih

ainhany said...

salam alinac lover.

Salam ukhuwah,

Terima kasih daun keladi
kalau sudi dtgla lagi
ats ucap simpati diberi,
Penguat semangat jati diri
Muga ALLAH terus berkati

ainhany said...

salam anitadiana,

insyaALLAH..
mudahan diperkenankan.
Sama2lah kita menjadikan kematian itu satu muhasabah buat diri,,muga ALLAH ampuni kelalaian kita.

eita said...

assalamualaikum...
takziah kak...
sedih sangat....tak sedar baca saya menangis...sebab saya pernah rasa kehilangan orang yang kita sayang dalam masa yang singkat......
harap seluruh keluarga akak tabah menghadapi semua ujian dari Allah...

ainhany said...

Waalaikumusalam Dik Eita,

Benar tu,hanya org yang pernah merasai kehilangan akan tahu makna kehilangan...tiada penawarnya..
Mudahan mereka yang kita sayangi bahagia di sana ....AL FATIHAH

Terima kasih dik atas kata semngat. berkongsi dan memahami...Semuga ALLAH rahmati kamu dik.