Tuesday, December 31, 2024

Juna kena servis

Pejam celik pejam celik, golek tayar ke sana ke sini. Tengok meter cukup masanya.

Tudia, sepatutnya bulan 3,  ini bulan 12/2024 dah kena jumpa pakar. Mau taknya. Dua kali balik kg, sekali ke kelantan...berpinau meter. Takpe asalkan siap siaga dan sedia untuk diguna.. 




RM438/

Urusan selesai jam 3.30 ptg dan jumpa lagi 5bulan.
Ok juna.. Nanti kita jalan lagi

30/12/3024

Wednesday, December 25, 2024

Rule of life

Usah terlampau baik dengan orang sebab tak semua orang sama macam kita.
Tak semua akan buat baik dekat kita. Ada juga yang akan ambil kesempatan dengan kebaikan kita . 

Just be neutral okay. If they don't like you , just ignore. you don't have to be someone else .




Doa

Ya Allah , aku tidak tahu bagaimana cara menyusun kata-kata untuk berdoa kepada-Mu , maka kabulkanlah apa yang ada dalam hatiku 🤲🏻 .

Tuesday, December 17, 2024

Ayuh berjalan

Berjalan itu indah
Ambil semangat
Sihat bersama


Dataran kemerdekaan 
Shah alam




Sahabat yang soleh



Pesan Imam Syafie: “Jika engkau punya teman yang selalu membantumu dalam merangka ketaatan kepada Allah S.W.T, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang sebaik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.”

Setiap kita menginginkan sahabat yang soleh. Sahabat yang selalu mendorong kita untuk membuat kebaikan ke jalan yang dirahmati Allah. Sahabat yang tidak akan membiarkan kita lalai dari melaksanakan kewajipan. Sahabat yang sentiasa membantu dan menguatkan kita dikala senang mahupun susah.

Lihat kisah Nabi Musa ketika munajat mencari sahabat sebagai pembantu:

‎وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي

dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,

‎هَارُونَ أَخِي

(yaitu) Harun, saudaraku,

‎اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي

teguhkanlah dengan dia kekuatanku,

‎وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي

dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku,

‎كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا

supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,

‎وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا

dan banyak mengingat Engkau.
(Surah Taha: 29-34)

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, beberapa petunjuk  dapat kita ambil dalam bersahabat, antaranya:

1.  Ayat ini menceritakan bagaimana Nabi Musa A.S meminta kepada Allah SWT agar diberi pendukung atau teman dalam kerja dakwah dan menyifatkan sifat pendukung dakwah yang baik.

2.  Oleh kerana setiap mukmin itu pembantu bagi mukmin yang lain dalam urusan bermasyarakat dan bernegara, maka perlulah seorang mukmin untuk menghiaskan dirinya dengan sifat-sifat seorang rakan seperjuangan yang baik - sifat 'Harun' (antaranya petah berbicara) bagi nabi Musa A.S. 

3.  Meneguhkan sahabat kita dalam usaha sama-sama memperkukuhkan Islam dan menyebarkan Islam dengan membantu dia melalui pelbagai cara. Kehadiran kita bersama sahabat kita hendaklah menatijahkan rasa kekuatan dalam diri setiap kita. Kehadiran kita merupakan aset bukan beban.

4.  Sentiasa bersama dalam kerja. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kita sentiasa membiarkan sahabat bersendirian melaksanakan kerja Islam sedangkan kita berehat di rumah. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kita tidak merasa bersalah untuk datang lewat atau pulang awal sehingga sahabat kita harus memikul kerja yang lebih dari kita untuk menyempurnakan sesuatu urusan. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kita sentiasa menolak kerja kepada sahabat kita sehingga kerja kita menjadi kerja dia dan kerja dia kekal menjadi kerja dia.

5.  Saling mentarbiahkan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perbanyakkan tasbih dan zikir. Sebagai rakan seperjuangan, kita menjadi inspirasi bagi sahabat kita untuk beribadah dan menggandakan amal bukan melekakan dia atau menjadi sumber lagho (kelalaian).

6.  Kehadiran sahabat memantapkan perasaan kita bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan

Sunday, December 8, 2024

Mencari kawan yang baik


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

#اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Nabi S.A.W telah bersabda, dari Abu Musa yang maksudnya, 
“Perumpamaan kawan baik dan kawan buruk, bagaikan penjual minyak wangi, sedangkan kawan yang buruk bagaikan peniup api tukang besi. Maka penjual minyak wangi adakalanya memberimu atau engkau membeli padanya, atau mendapat bau harum daripadanya. Adapun peniup api tukang besi, jika tidak membakar bajumu atau engkau mendapat bau yang busuk daripadanya.””
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

AMALKAN ZİKRULLAH SETIAP HARI

Selawat 100 x
Astaqfirullah 100 x
Subhanallah wabihamdihi A’azim 100 x

TERUS ISTIQOMAH




Thursday, November 28, 2024

Mana milik kita




Tidak mungkin daun yang gugur itu menyalahkan angin atau pun ranting yang menjatuhkannya, ia akan menerima pada setiap takdir jatuh dan perpisahannya.

Walau ia harus gugur di usianya yang masih muda dan baru saja tumbuh. Sebab apapun yang digariskan Allah, sudah pasti ada kebaikannya, bagi mereka yang sabar dan mahu berfikir. Sabar, dunia ini memang tidak kekal abadi bukan?

Tuesday, November 26, 2024

KonVo Huda @uiam

Bila Anak saudara  ke 46 beraksi.
Tahniah duhai anak

Andai tok dan wan masih ada, pasti mereka juga akan turut bersama meraikannya untukmu dikhuda
Satu tika dulu, cucu inilah yg menjadikan mereka 'murid' untuk mengajar abc dan 1234...kepura-puraan almarhum wan(ayah) menjadikan  wan lebih pandai dari tok(emak) untuk mengeja dan menjawab teka tekinya.. Segalanyanya bermula ketika Nabiatul Huda mula belajar mengenal huruf di PASTI. . 

Kini cucu ni dah berjaya membuktikan tiada yang sukar selagi ada kemahuan.
Tahniah dik huda
Tahniah abg dan kakak ku jua Tanpa sokongan family siapalah kita semua . 

18/11/2024


    



Thursday, November 21, 2024

Sahabat

Sahabat yang baik adalah orang yang kita percayai dan membuat kita tenang apabila bersamanya. Dia menjadi tempat kita berkongsi kebahagiaan, keluhan dan juga kesedihan. 

Sahabat memang bukan matahari yang boleh menerangi dunia ini, tetapi sahabat adalah sinar kecil yang boleh menerangi hati kita. 

Persahabatan yang indah membawa kepada persahabatan yang jujur.
Hargai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan hidup kita menjadi sempurna




Saturday, November 9, 2024

Haji Kasim dalam kenangan

10 November 2024
8++ am.

Huaweiku berdering dan tertera  panggilan daripada telefon abgkasim/kk saba.
Pelbagai kemungkinan... 

KakSaba: assalamualaikum ani, apa khabar

Saya: baik. (hati berdebar2) akak ok ke)? Abg kasim? 

Kak saba: ni, nak bagi tau abg kasim kau dah takde. Pagi ni. Dalam Pukul 615pagi.

Saya: Allah... Innalilahi wainna ilaihirojiun. Patutla ani rasa teringat2je nak tanye khabar.. Tapi...
Kat mana sekarang?

Kak Saba: semalam dibawa balik ke rumah. Kat Hospital pun dah banyak hari dah... Pagi ni takde..

Saya: ohhh.. Abg kasim nak balik rumah dulu rupanya. Syukurlaa abg kasim pergi depan kk saba dan anak2. Tenang dia dpt tatap anak dan isteri yg byk kekangan berbanding di hospital. 
Kak saba.. Satni ani pergi sana ye.
Ani keja lani. 😭

InsyaAllah syurga la selayaknya buat almarhum  abg kasim. Dia yg saya kenali seorang insan yg suka membantu dan memudahkan urusan ramai. Solat waktunya berjemaah di surau taman ahmad razali dan masjid kg melayu ampang.

Rajin dan peramah itulah abg kasim di kenali ramai di kawasan perumahan kami.

Semasa saya berjiran dengan mereka, apa yang kak saba(isterinya) masak, saya pasti diajak mereka menikmatinya bersama. Bahkan kunci pendua rumah saya pun mereka yg pegang. Maklumlah kekadang ada kerja plumber ataupun pembersihan mereka yg uruskan. Hubungan kami bukan sekadar jiran tapi seumpama bersaudara. Selagi motor KAC/KAW tak parking depan pintu, abg kasim tak akan tutup lampu luar. Betapa bertuahnya saya, ada jiran yg memastikan saya masuk ke dalam rumah dengan selamat.  Tambahan pula abg kasimlah yang kan jadi perantara memudahkan urusan membayar sewa rumah kepada tuan rumah yang banyak kerenahnya. Dia terus membantu walaupun di fitnah menyalahguna duit. Wallahii, saya menjadi saksi kebaikan almarhum abg kasim.

Terima kasih abg kasim. Tika saya menziarahi di hospital ampang, hati telah berkata dirimu amat baik dan pahala amalanmu terus mengalir biarpun tak mampu lagi. Semoga Allah berikan istirehatmu di syurga dan dilapangkan istirehatmu.


Ya Allah muliakan almarhum dan ampunilah dosanya.. Cucurilah rahmat berterusan dan tempatkannya di syurga firdaus. AMINN 

Salam Takziah utk kak saba. Semoga akak sabar dan reza dengan pemergian cinta kasih akak.

Anak2 - Along, amiy, hasni dan nita... Kalian masih ada syurga dunia. Jagalah emak dan bahagiakan dia sepertimana tika baba masih bersama. Semoga Allah pandu dan jaga kita semua.

Maafkan saya seorang jiran yg menumpang gembira dengan kebahagiaan jiran seperti almarhum abg kasim dan kak saba sekeluarga 

Terima kasih dan salam Takziah


Al Fatihah

Ya Allah ampunilah dan cucurilah rahmat berterusan buat saudara kami ni. Dan tempatkannya di kalangan org yg beriman dan bersama Rasulullah di syurga.  Amin

Ex- K7, 
Taman dato Ahmad Razali

Monday, October 28, 2024

Sayang menyayang

  

#اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Sabda Nabi SAW,

ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ.

Artinya: "Sayangilah siapa yang ada di muka bumi, niscaya kamu akan disayangi oleh siapa saja yang ada di langit"
 (HR At-Tirmidzi no. 1924).

AMALKAN ZİKRULLAH SETIAP HARI


Enjoy your life

Alone I can 'Say' but together we can 'Talk'.
Alone I can 'Enjoy' but together we can 'Celebrate'  
Alone I can 'Smile' but together we can 'Laugh'

That's the BEAUTY of Human Relations. 
We are nothing without each other 
So Stay Connected!



Sunday, October 20, 2024

Hidangan malam

Semalam di glamping, 
Menunya cukup sedap 
Setalam utk dimakan bersama
Alhamdulilah 

bila outing sesama rakan setugas
banyak moment kita cipta bersama


                                                        
ketat perut

LOVE Putrajaya Glamping

Sunday, October 13, 2024

Hikmah disebalik ujian

Kan, betul kan..
Bahawa setiap ujian itu datang dengan hikmah yang tersembunyi. Allah tidak akan membebani hamba-Nya di luar kemampuan mereka.

 Setiap kesulitan pasti ada kemudahan yang menanti. 

Setiap air mata yang jatuh, pasti akan digantikan dengan senyuman kebahagiaan.

InsyaAllah 
Aminn ya robbal alamin




Thursday, October 10, 2024

Jom lari


                                                

Yeayy
 berjaya 
Alhamdulillah


Ni jer