Saturday, November 9, 2024

Haji Kasim dalam kenangan

10 November 2024
8++ am.

Huaweiku berdering dan tertera  panggilan daripada telefon abgkasim/kk saba.
Pelbagai kemungkinan... 

KakSaba: assalamualaikum ani, apa khabar

Saya: baik. (hati berdebar2) akak ok ke)? Abg kasim? 

Kak saba: ni, nak bagi tau abg kasim kau dah takde. Pagi ni. Dalam Pukul 615pagi.

Saya: Allah... Innalilahi wainna ilaihirojiun. Patutla ani rasa teringat2je nak tanye khabar.. Tapi...
Kat mana sekarang?

Kak Saba: semalam dibawa balik ke rumah. Kat Hospital pun dah banyak hari dah... Pagi ni takde..

Saya: ohhh.. Abg kasim nak balik rumah dulu rupanya. Syukurlaa abg kasim pergi depan kk saba dan anak2. Tenang dia dpt tatap anak dan isteri yg byk kekangan berbanding di hospital. 
Kak saba.. Satni ani pergi sana ye.
Ani keja lani. 😭

InsyaAllah syurga la selayaknya buat almarhum  abg kasim. Dia yg saya kenali seorang insan yg suka membantu dan memudahkan urusan ramai. Solat waktunya berjemaah di surau taman ahmad razali dan masjid kg melayu ampang.

Rajin dan peramah itulah abg kasim di kenali ramai di kawasan perumahan kami.

Semasa saya berjiran dengan mereka, apa yang kak saba(isterinya) masak, saya pasti diajak mereka menikmatinya bersama. Bahkan kunci pendua rumah saya pun mereka yg pegang. Maklumlah kekadang ada kerja plumber ataupun pembersihan mereka yg uruskan. Hubungan kami bukan sekadar jiran tapi seumpama bersaudara. Selagi motor KAC/KAW tak parking depan pintu, abg kasim tak akan tutup lampu luar. Betapa bertuahnya saya, ada jiran yg memastikan saya masuk ke dalam rumah dengan selamat.  Tambahan pula abg kasimlah yang kan jadi perantara memudahkan urusan membayar sewa rumah kepada tuan rumah yang banyak kerenahnya. Dia terus membantu walaupun di fitnah menyalahguna duit. Wallahii, saya menjadi saksi kebaikan almarhum abg kasim.

Terima kasih abg kasim. Tika saya menziarahi di hospital ampang, hati telah berkata dirimu amat baik dan pahala amalanmu terus mengalir biarpun tak mampu lagi. Semoga Allah berikan istirehatmu di syurga dan dilapangkan istirehatmu.


Ya Allah muliakan almarhum dan ampunilah dosanya.. Cucurilah rahmat berterusan dan tempatkannya di syurga firdaus. AMINN 

Salam Takziah utk kak saba. Semoga akak sabar dan reza dengan pemergian cinta kasih akak.

Anak2 - Along, amiy, hasni dan nita... Kalian masih ada syurga dunia. Jagalah emak dan bahagiakan dia sepertimana tika baba masih bersama. Semoga Allah pandu dan jaga kita semua.

Maafkan saya seorang jiran yg menumpang gembira dengan kebahagiaan jiran seperti almarhum abg kasim dan kak saba sekeluarga 

Terima kasih dan salam Takziah


Al Fatihah

Ya Allah ampunilah dan cucurilah rahmat berterusan buat saudara kami ni. Dan tempatkannya di kalangan org yg beriman dan bersama Rasulullah di syurga.  Amin

Ex- K7, 
Taman dato Ahmad Razali

No comments: