Friday, February 10, 2023

Dunia ini terlalu singkat

Kawan,

"Ketika tidak dihargai, maka saat itu kalian sedang belajar tentang ketulusan.
Ketika pengorbanan mu dinilai tidak penting, maka saat itu kalian sedang belajar tentang keikhlasan.
Ketika hati mu terluka sangat dalam, maka saat itu kalian sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika lelah dan kecewa, maka saat itu kalian sedang belajar tentang kesungguhan. Ketika merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kalian sedang belajar tentang ketabahan..

Dunia ini terlalu hina untuk membuat kalian menangis, terlalu murah untuk membuat kalian bersedih, terlalu lemah untuk membuat kalian putus asa..

"Tersenyumlah, walau hati terluka kerana diri mu, kan lebih berharga."

Begitulah.

#share #nota #tazkirah

Thursday, January 26, 2023

Jumaat Pertama di bulan Rejab


Alhamdulillah,.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan hari ini. Semoga nafas ini selalu bersyukur. Semoga lisan ini selalu berzikir dan semoga semua gerak langkah ini selalu ibadah kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menikmati dan mensyukuri segala nikmat Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat yg mulia ini, berilah pertolongan kepada kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.

Friday, January 20, 2023

Jom dinner



Ada masa kita  berair mata
Ada tika kita berkongsi gembira
Ada jiwa kita rawat
Ada hati kita baiki
Biar bersama kita
Jangan ada salah sengketa
Berdamai kita untuk semua. 

Monday, January 9, 2023

Pasti ada sebabnya

Kalau ada orang yang mencaci mengata di belakangmu, jangan marah dengarkan sahaja. Boleh jadi itulah cara Allah mengajar dan menunjukkan kepadamu tentang kekuranganmu. Kalau ada yg menfitnahmu, tetaplah berbesar hati, barangkali itu cara Allah menutupi aib dan menghapuskan dosamu.

Semua masalah dalam hidup, boleh jadi menyenangkan selagi engkau meluaskan pandangan dan mengembalikannya kepada Allah. Jika besar tempat Allah dalam hatimu, maka akan nampak kecillah nilai selain Allah dalam pandanganmu.

Kredit : Habib Umar bin Hafidz

Sunday, January 8, 2023

Ikhlaskan


*Ikhlas itu*
Ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan.


*Ikhlas itu*
Ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman.


*Ikhlas itu*
Ketika dapat menolong sesama, namun tidak mengharap balasan.


*Ikhlas itu*
Ketika mampu berbagi rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit.


*Ikhlas itu*
Ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertikaian.


*Ikhlas itu*
Ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka.


*Ikhlas itu*
Ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka.


*Ikhlas itu*
Ketika dihujani kata kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan.


*Ikhlas itu*
Ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian.


*Ikhlas itu*
Ketika diberi setitik kejahatan melalui sejuta kebajikan.


*Ikhlas itu*
Ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak Allah, walau terkadang tidak seperti yang diinginkan.


🍁 Mungkin seperti surah Al-Ikhlas.
Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya,
tidak terlihat,
tidak tergambarkan,
tidak terdengar,
tidak terdefinisi.

*ikhlas*
Hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang dapat memahaminya

Wallahu aklam 


Terima kasih sudi singgah dan bertanya khabar di jendela. 

Friday, January 6, 2023

Permulaan 2023



Saling memberi mekar rasa kasih sayang

Kek Buah oleh Pn Noraini Maridi ni sedap dan bolehlah oder pula nanti. 

Puan Yang... Kita baru kenal 😍. 
Cantik tudung daripada warna hati si pemberi.

Pemberian ini meRapatkan ukhuwah yang terjalin. 

Terima kasih BSS. Biro Sukan & Sosial PCKKD  bersama gerak kan program utk tahun ini. 

Alhamdulillah
Sesi tukar tukar hadiah yang best❤️

Tuesday, January 3, 2023

Cukup sekali

Pengalaman amat berharga
Kalau nak tau kawan boleh jadi lawan. Kerana kawan lah kita berkawan dan kerana kawan juga kita boleh jadi  musuh. (nauzubillah) 

Moral nya, bijak lah memilih kawan dan berundurlah sebelum kamu di khianati.  Lepaskan dan cukuplah sekadar di pinggiran dan hidup lah di dunia nyata... Kawan boleh hilang apabila masa merubahnya. 

Saya sayang kawan saya. Terima kasih kawan.. Kita berkawan kerana Allah. 

Tahniah Ibrahim

Kejayaan bukan sahaja diukur dengan kejayaan menggenggam segulung ijazah,tetapi sejauh mana  itu berjaya membentuk akhlak dan nilai moral sebenar. 
Yang diimpikan adalah kebolehmampuan menghadapi rintangan dan berjaya hingga ke akhirat. 

Teruslah warnai kegemilangan dunia duhai anak. Familimu akan terus mendoa dan menyokongnya. 

Hari ni kita meraikan kejayaan Mohamad Ibrahim menerima ijazah di UPSI. Sessi pagi yg dingin dan hujan yang membasahi bumi Tanjung Malim turut mengiringinya. Saya bertolak dari KL manakala family bertolak dari Kedah. Kami bertemu di Tanjung Malim .

Melihat senyuman dalam jubah kejayaan yang menyalut dirinya, kami turut berbangga...tahniah Ibrahim. Anak yang pernah diuji dengan kemalangan tika menghadapi SPM , kini telah berjaya menggenggam sekeping ijazah dan bekerjaya. Syukur.  Pengalaman yang ditempuhi amat bermakna dengan nilai keluarga dan kasih sayang amat bererti untuk di kenang. 

Begitu juga ketika sesi lapor diri, ayah dan ibunya sedang menegerjakan haji dan hanya mak mak saudara menghantar dan menguruskannya. Ibrahim telah menunjukan sikap kepimpinan dan keberanian sebagai warga baharu UPSI. DIa pandai menyesuaikan diri dan tidak kekok dengan susana baharu itu.

Hari  ini senyumnya lebar kerana di hari bersejarah ini , ibu dan adik beradik turut datang meraikannya. Walaupun ayahnya tidak turut serta tapi mereka berhubung dengan VC. Tahniah ibrahim .  
Hargailah ibu dan ayah yang telah menjadi kota rahmat buat anak-anak. TAHNIAH buat abang Hj Soleh dan kakak Hjh Siti Khadijah atas kejayaan Ibrahim hari ini. Doa dan sokongan ibu ayah telah mengiringi kejayaan mu anak. 

Andainya mak ayah saya masih bersama, tentu ayah akan senyum lebar dan mak akan memeluk cucu kesayangannya ini. Cucu yang membesar depan mereka kini semakin dewasa. Alhamdulillah  

Alaaa foto ib ada di dalam telepon lain.. 


Saturday, December 31, 2022

Melangkah Tahun Baharu

*
       👇
🗓 -Tak Terasa
      -Tahun 2022
      - hanya kenangan 
      - telah meninggalkan kita
      - lembaran kelendar juga
      - telah BERAKHIR-

      -dengan
      -MENJELANGnya
      -TAHUN BARU
       2023

 ❤ *BUAT*
       *KELUARGAKU*
         Kamulah yang
         terpenting 
         dalam hidupku😘

💛 *BUAT YANG KU*
      *SAYANGI*
       Aku minta maaf
       atas sikap
       dan tindak tandukku
       yang menyakitkan
       hatimu🙏

💚 *BUAT KAWAN*
      *KAWANKU*
        Maafkan aku
        pernah khilaf dan
        salah padamu😥
     
🧡 *BUAT*
       *SAHABATKU*
        Jangan lupakan
        aku bila suatu
        masa nanti kita
        terpisah😭
    
💙 *BUAT YANG TAK*
      *SEPENDAPAT*
        Maafkanlah bila
        selama ini aku
        selalu salah
        dimatamu😓
     
💜 *BUAT YANG*_ 
      *SAYANG PADAKU*
       Aku juga sangat
       menyayangimu🤗
     
🤎 *BUAT YANG TAK*
     *KENAL DENGANKU*
       Salam kenal
       semoga kita bisa
       menjadi sahabat
       yang baik🤝
        
🙏 *TERIMA KASIH*
     *BUAT SEMUANYA*
       Karena telah
      *menghiasi* hidupku
       di tahun yang lalu.

🥳  Semua itu akan
       menjadi *kenangan*
      *yang indah* dan 
      *bermakna* bagiku.

🤲 *DOA DAN*
      *HARAPANKU*
        Semoga di tahun 
        2023 menjadi lebih 
        baik dari tahun lalu,
        sehat jasmani dan 
        rohani, serta sejah-
        tera semuanya...
        Aamiiin...🙏

  *selamat datang* 
  *TAHUN BARU*
  *2023*

Credit kepada penulis tanpa nama ini*
     *bagus isinya*👍
        
     🌹🌴🌷🌻🌳💐🙏🙏🙏

2022

Selamat Datang 2023
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
#اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Sabda Nabi saw:
“Jauhilah oleh kalian semua dosa-dosa yang tidak diampuni”. Dan baginda menyebutkan salah satunya adalah memakan riba“. 
(HR. At-Tabrani)

AMALKAN ZIKRULLAH SETIAP HARI 
Istiqfar 100 x
Selawat 100 x
Subhanallah hiwabihamdih..A’zim 100 x
TERUSkan


Maafkan atas segala khilaf ku setahun yg lalu. Lembaran 2022 di katup dan ditinggalkan dengan jutaan kenangan terindah. Terima kasih Allah, family juga sahabat kerna menjadikannya lebih imdah dan ceria. 

Semoga 2023 akan menjadi lebih baik dan dekat dengan Allah. 


01012023

Thursday, December 8, 2022

Tahniah Ahmad Handzolah

semalam kita lewati fasa penganugerahan. 

Satu kepuasan Ibu bapa bila melihat kejayaan anak anak diiktiraf dan dinobatkan sebagai mahasiswa yang telah berjaya. Syukur alhamdulillah,  Saya juga turut meraikan kejayaan anak saudara saya yang ke 33 di IIUM . Anugerah yang tertangguh kerana PKP. 

Tahniah Ahmad Handzalah. senyum terukir dan ceria dipamerkan. Turut menemaninya ialah family tercinta diwakili Fa, Adam, abas dan diana. 

Sepetang bersama meraikan kejayaan Ahmad adalah moment indah bagi saya. Cukuplah kita menikmati bersama pasemboq dan nasi arab dan bertemu mesra. Semasa covid kita dijarakkan...Dan kini kita bersama semula 


Terima kasih Allah.  Semoga kejayaan Ahmad  pemangkin untuk legarsi family besar kita. Anak didik Gontor ini bukanlah canang2. Bicara arabnya fasih dan disiplinnya terlatih. Usai sekolah rendah Hidayah (SRIH) Ahmad meneruskan di Gontor hingga selesai.  

Ilmu harus dicari, di hadam dan dibedah untuk kemantapannya. Semoga generasi kita akan terus menjadi orang yg berilmu dan beramal dan menjaga iman.  Jangan bangga dan lupa diri. 

Tahniah abg Norizan dan kak Rodzah, kejayaan anakanda Ahamd hari ini adalah berkat doa dan blessing daripada  ayahda dan umi tercinta.  Walau pun tak ada bersama atas faktor kesihatan namun itu bukan halangan utk meraikannya. Semoga abg dan kakak juga family kita semua sihat dan bahagia cara kita. 


Hencem boy

Kita ada. 

  

Sunday, November 27, 2022

Lupa atau melupai

Manusia tidak pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Manusia hanya melihat kelemahanmu.
Walaupun demikian, tetap dan berusahalah menjadi baik hingga ke akhir hayat.

Kebaikan tidak memerlukan pengakuan.
Manusia yg baik tidak perlu membuktikan apa-apa.
Manusia yg baik berpegang pada kejujuran hati nurani sendiri.

Tidak perlu menjelaskan apa dan siapa dirimu. 
Sebab manusia yg memahami kamu, tidak perlu penjelasan itu, sedangkan manusia yg hatinya iri dan dengki, tetap tidak akan percaya penjelasanmu itu.

Tetaplah istiqamah menjadi baik hingga akhir hayat. 
Cukup dengan Allah, Dia yang mencukupkan segalanya.

Friday, November 11, 2022

Pak SU Mid dalam kenangan

SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?

Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - 2022 )

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah :

1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star,  Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah 
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .

Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:

1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi 
3) Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja .

Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah. 

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim /  Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. 

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :

1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 

2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 

3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.

4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.

5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat . 

6. Sapa tak baca al-Quran,  dia benci kepada Allah. 

7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Berikut disertakan waktu ziarah Pak Su Mid di rumahnya .

● Waktu Pertama :  9.00 pagi - 12.00 tengah Hari
● Waktu Kedua : 3.00 petang - 5.00 petang

Adap untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran , pen & kertas dan ikut waktu lawatan tersebut .

Alamat rumah Pak Su Mid - Kampung Kuala Pai , Bukit Tembaga , Kuala Nerang KEDAH

Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau . Amin 



#KenaliUlamak
Kredit info

Monday, October 31, 2022

NOVEMBER

 selamat datang NOV

semoga nov  mengutip sejarah yang terindah


Friday, October 28, 2022

Surat cinta untuk diriku

Assalamualaikum wbkth

Untukmu diriku sayang

Apa khabar diriku. 
Pertamanya ku menyusun jari sepuluh memohon maaf atas kelalaianku terhadapmu selama ni. Ku jarang bersyukur dengan adanya kamu setia menemaniku selama ni.  Terima Kasih Allah atas penciptaanMU jualah ku belajar mencintai dan menghargai diri sendiri.

Duhai diri yang kusayang, 
Terima kasih bersamaku sehingga kini di usia tua. Kita bukan lagi setara mak atau makcik tetapi kini adalah nenek yang bercucu. Itulah kelazimannya di usia begini. NAMuN ku tahu, kamu juga tahu siapa daku. BANYAK rentas hidup telah kita tempuhi bersama. Tentunya ada manis, masam dan pahit. Lumrahkan... Kekadang kita gembira menangis dan bersedih bersama. Hidup perlu diteruskan.  Terima kasih memahami dan menemaniku.  


Duhai diriku yang dicintai, 
Betapa aku belajar mengukir rasa sayang dan cinta kamu. Baru kini ku disedarkan diriku perlu dihargai. Tentunya penat melayan fizikal dan mentalku. Kamu tahu kan diriku tak bisa kaku sendirian di rumah. Pasti ada sahaja langkah yang kita laksanakan. Tentu ada saja misi yang dilakukan. Ada kala jerlus di lumpur, lemas di daratan dan ada kala bagai layang-layang putus tali. Tapi daku sentiasa ingat, ini bukan ujian tapi satu cara Allah menyedarkan daku dari kelalaian sendiri.  Tak pe..hilang satu sahabat diganti 10 lagi yang lebih baik. Rezeki kita takkan surut dengan memberi dan jangan ego. 
Bukan salah emak yang mengandung. Tapi ia pilihan setelah dewasa dengan universiti kehidupan. Sudah cukupkah perjalananmu duhai diri yang dicintai?

Terima kasih diriku. 
Menemani dan merasai pedihnya luka semalam. Merawat dan menyembuh bersama. 

Berapa baiknya Allah pada kita kan. Kita dilenyet tapi kita boleh bangun semula. Tanpa perlu menunggu dan mengharap pada orang lain. 

Terima kasih diriku
Selagi roh kita belum berpisah
Setialah memandu saya ke arah kebaikan 


ainhany