Tuesday, November 23, 2021

Teratai segar



Semalam mungkin layu
Tapi hari ni kian segar
Menghiasi pentas alam

Biarpun arus melanda
Hujan yang tak reda
Namun menongkah tidak sekali

Andai
Takdirnya berakhir
Pasti nyata diwarisi
Teratai takkan layu
Yang patah kan tumbuh
Yang lama berganti baharu

Lokasi :  Tasik Pendang 

Monday, November 22, 2021

Hati

Hati manusia ini kita tak boleh duga. Terkadang luarannya nampak seperti riak, tetapi hatinya sedang tunduk berserah bulat-bulat kepada Tuhan. Terkadang luarannya nampak tawaduk tetapi hatinya sedang berbangga megah kerana dilihat sebagai hebat. 

Sebab itu kita tidak dituntut untuk menilai seseorang cukup berdasarkan perwatakan luaran mereka semata-mata, kerana masih banyak perkara tersirat yang tidak mampu kita lihat.  

Jangan semudah-mudah itu kita labelkan seseorang itu sebagai riak ataupun bongkak.  Maklumlah wajah manusia boleh menipu. Tapi hati manusia tiada siapa yang tahu. 

Sama-sama belajar tundukkan hati.

Sumber :CnP

Pesanan buat diri🎊
Zoom in hati kita sebelum hati org lain. Sama-sama kita bawa hati yg suci dan bersih bertemu Allah 

Friday, November 19, 2021

Apabila pintu rumah diketuk



Alhamdulillah
Plan hari  ini untuk iftar, hanya simple dan makan apa yg ada sahaja.

Menghampiri maghrib, pintu rumah diketuk. Sat sat.. Sambil mengenakan tudung. Tentu ada sapa sesat delivery atau barang online lah ni. 

Masya Allah tabarokallah
Ini bukan sebarangan
Ini  kiriman dari kayangan
Alhamdulillah

Terima kasih Puan Mik dan Tuan Rizal yang sentiasa baik hati dan pemurah memuliakan jiran. 
Syukur. Terima Kasih Allah

Menatap pemberian rezki ni, ucap syukur didahului.. Benarlah janji Allah akan dihadiahkan kepada kita pada masa dan waktu yg tepat. Hanya kita yakin, reda dan terus buat baik dan berdoa untuk orang lain. 

Hari ni mereka bahagiakan kita dan kelak kita pula mengembirakan mereka. Hidup kita umpama tayar.. Akan terus berputar dan berputar dan akan berhenti di lokasi diperlukan. 

Siapalah kita.. 
Apa yg ada segalanya dengan izin Allah. Ya Ghani Ya Rahman. 

Buat kalian berdua
Terharu bercampur sebak menikmati rezki yg tiba tepat masanya. Masa ni ingat apalah sumbangan saya buat jiran semua. ALlAH sedang mengajar saya.... 
 Biarlah saya patrikan di sini.. 


Menu dari kayangan with ❤️
Saya sangat menghargainya. RASA SAYANG NAK MAKAN. 
Mak ayah... Terima kasih mendoakan anakmu di rantauan.


Wallahu aklam


#usahtakutuntukmemberi

Wednesday, November 17, 2021

terkapai


mendasari 
mengajar erti syukur

terkapai di darat
dibiar tinggal sendirian

terkapai di laut
dibadai gelombang ombak 

     andai tiada tambatan  
siapakah penyelamat kita di sana  

bersyukurlah
kita masih bernafas
masih ada waktu
untuk menginsafi dan memaafi
bertaubat dan bertawakal 
pegang erat tali iman 
                                
   

Tuesday, November 16, 2021

Mandi Fajar

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

jom biasa-biasakan diri mandi sebelum tahajud insya ALLAH

sumber : CnP

Bersahabat


Jika kamu bersahabat didunia. Maka, bersahabatlah dengan orang yang baik.
Kerana ketika kamu tiada, mereka akan merasai kehilangan kamu.
Ketika kamu lalai, mereka mengingatkan kamu.
Ketika mereka berdoa untuk diri mereka, mereka tidak pernah untuk melupakan kamu.
Mereka itu seperti bintang-bintang yang menjadi petunjuk ketika perahu kamu tersesat di lautan kehidupan.

🌹

tinted

Tips pemilihan tinted kereta yang berkualiti dan yang terbaik untuk kereta. Cewahh. 



Tinted cermin kereta ni ada tiga kategori/sifat.

No satu VLT (Visible Light Transmission), kedua UV (Ultra-violet) dan ketiga IR (Infra-red).

Secara detailnya penerangan seperti dibawah,

VLT (Visible Light Transmission): Consider this carefully if you do not want to get into trouble with JPJ. As above stated, please do not exceed the amount. Please be also advised that our stock glass / window do have a certain negative percentage of VLT simply meaning do not choose tint VLT up to 70% exactly for your windscreen as your stock windscreen may have, e.g. -2% VLT, simply brings to 68% VLT only

UV (Ultra-violet) Rejection: Having a high UV % is recommended. Most of the high-end good tint brand usually have up to 99% UV rejection. It is important as UV radiation can lead to faster ageing of the skin and risk of having skin cancer caused by ultra-violet rays.

IR (Infra-red) Rejection: IR simply mean heat. The higher IR rejection a tint have, the better it will do in head shielding. If you guys are looking for tints that can really keep your car cool, look for tints that have high IR rather than VLT. However, high IR tints usually cost a fortune.

Secara ringkasnya apa yang kita perlu tahu, untuk UV Rejection kebanyakan tinted memang 99% memantulkan radiasi ini.Dan jika kita nak kereta kita sejuk pilih tinted yang IR Rejection tinggi %nya. Semakin tinggi, semakin mahal. Dan VLT tak berapa penting sebab bukan nya bila lebih gelap cermin kereta kita,lebih sejuk. Yang mempengaruhi sejuk kereta kita selepas tinted adalah kadar peratus balikkan IR. Kesimpulannya, jangan habiskan duit beli tinted yang gelap, tapi beli tinted yang tinggi peratus balikan IR. Yang biasa2 tinted pantulan IR sehingga +-50% dan yang terbaik 99% keatas.

Jika anda diberi pilihan sewaktu beli kereta baru, voucher tinted atau voucher servis. Pilih la voucher servis sebab mungkin boleh dapat free atau %%%. Jika anda ambil voucher tinted, katakanlah RM300. Tapi selepas siap pasang tinted semua dan ditolak dengan voucher harganya still mahal macam pasang biasa tanpa voucher atau discount. Seeloknya cari kedai yang boleh dipercayai dan buat servey2. Kalau ada member2 yang buka kedai tinted lagi baik. Boleh dapat murah.

Harga tinted biasa +-50% IR untuk satu kereta (depan kiri kanan belakang), kecuali MPV selalunya dalam RM200~400. Tapi kalau anda bernasib baik ada member2 mungkin boleh dapat dalam RM1800~200. Manakala untuk tinted +-99% IR, range harga dalam RM1000~3 00,tapi kalau pandai cari boleh dapat dalam RM800~1500. So selalu2 lah cari info dan pengatahuan untuk penjimatan berganda.



Tinted Type A : RM 180 
(VLT : 55%, IR : 55%, UV : 99%)
Grey, Blue, Green, Brown
5 years warranty.

Tinted Type B : RM 280 (Deluxe)
(VLT : 56%, IR : 68-70%, UV : 99%)
Silver, Blue, Green, Gold
7 years warranty.

Tinted Type C : RM 480 (Master)
(VLT : 52%, IR : 76-80%, UV : 99%)
Silver, Blue, Green, Gold
8 years warranty.

Safety film 4mil (Nano Technology) : RM 499
(VLT : 55%, IR : 70-80%, UV : 99%)
Silver, Grey, Gold
8 years warranty.

High Performance Solar Film
(VLT 67%, IR 90%, UV 99%)
Solar Blue : RM 980 (8 years warranty)

High Performance Solar Film
(VLT 70%, IR 94%, UV 99%)
Solar Green : RM 1080 (8 years warranty)

go highways blogspot 

sumber : kereta sewa pokok sena 

 http://keretasewapokoksena.blogspot.com/2019/02/tips-pemilihan-tinted-kereta-yang.html

Saturday, November 13, 2021

Friday, November 5, 2021

Di sini

Tak ade apa apa
Melainkan sepasang kasih
Yang saling menyintai
63 tahun sehidup bersama
Bersanding pula
Bergandingan pusara

Tak ada yang kurang
Semuanya sempurna
Itulah mereka
Ayah emak tercinta

YA Allah, ampuni dan cucurilah rahmat berterusan buat almarhum/mah ayah dan emak. Berikan mereka kerehatan dan lapangkan singgahan mereka di taman syurgaMU. YA RAHMAN YA RAHIM Sayangilah mereka sepertimana mereka pernah memelihara kami dulu.. Kami tak mampu membalasnya.. Tapi kami amat manghargai dan kagum dgn pengorbanan mereka memdewasakan 11 orang anak. 

Ya Allah temuikan kami di syurga firdaus tanpa ada sempadannya dan ampunilah semua dosa kami, jiran dan sahabat taulan juga seluruh muslimin Muslimat






#Syoknyadikampung
#emakdanayah

Tuesday, November 2, 2021

Luka

Lukanya
parut berkekalan

Cermin yg retak
Boleh diguna
Tapi kesannya tetap ada
Sama ada berderai atau bertahan

Peritnya luka dan calar
Menjauh lebih baik

Pinggan tak retak
Nasi tak dingin

2 nov 2021

Monday, November 1, 2021

Nasi lemak singgit



😎

Hanya seringgit
Makan pasti tak puas
Nak lagi
Beli Lagi

Terima kasih nasi lemak adikberadik
Moga terus suksess
Fatiya+syu
Secukup rasa
Sesedap air tangan ibu

Jika tak dipecah ruyung
Manakan dapat sagunya
Terima kasih Allah
May Allah protect us

1/10/2021

Wednesday, October 27, 2021

Nizuan dalam kenangan

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Selamat jalan wira kami, 
MOHD NIZUAN. 
Al Fatihah

Diusia 38 tahun, kau pergi tinggalkan kami di samping isteri tercinta. Di waktu pagi yang tenang, seindah waktu duha...subhanalllah. Nama Allah  kau ucapkan berkali-kali. Kematiannmu husnul qatimah. Menurut waris yang menatapmu buat kali terakhir.. Peluh ada didahimu.. ALLAH... Tanda kemuliaan mu disisi Nya.. 

Disemadikan usai asar dengan kehadiran jemaah yg ramai. ALHAMDULILLAH.
REZEKIMU anak saudara menantu.. Allah muliakan mu di donia..

Flash back...
Bila chu cadangkan, untuk mengimarahkan Ramadan buat  nenek di Mesrahome, maka menantuku inilah sasarannya.  Imam isya dan terawih bersama. MASYA Allah... Lunak bacaannya dan tertib ibadahnya, bersaksilah... Kita pernah solat berjamaah bersama..di mesrahome. 

Katakan sahaja... Jika untuk membantu chu... Memang tak pernah menolak. ALLAHU... TERIMA KASIH almarhum anakanda Nizuan. Memang terserlah, mewakili unit Amal baju merah, kau sering turun ke lokasi membantu dengan keringat dan tenagamu..

Hari ni....doa diiringi...dgn ratusan orang yang tak dikenali.. Tapi datang memberi khidmat terakhir.. Sepertimana yg pernah dilakukan semasa hayatmu

Bersemadilah dengan damai di MATIN atas permintaan mudirnya. Biarpun jasadmu tiada tapi semangat dan auranya tetap di kenang. Yang pasti.. MATIN kehilangan seorang  imam dan orang muda yang sentiasa ringan tulang membantu.

Bersamamu..
5 permata hati  pasti akan sentiasa mengirim doa. Anak-anakmu menjadi tanggung jawab kita bersama. Mereka tak akan diabaikan. Anak yatim kesayangan Rasullullah. 

Buatmu Sara
Kau wanita hebat seindah namamu. Seorang ibu yang tabah dan sentiasa setia di samping suami walau apa situasi. Berpisah seketika di dunia.. Kelak bertemu lagi di syurga.

Buat cucu-cucu saudaraku..
Muaz, Hamzah,Khaulah, Nafisah dan Muna...
Kalian menjadi amanah kami. Insya Allah. Biarpun Abi tiada lagi.... Tapi Abi sentiasa sayang dan menyayangi..
Ada rezki  untuk kita kongsi bersama. 

24/10/2021@17 Rabiul Awal 1443H.. Akan sentiasa dikenang






Foto: wasap family
Terima kasih

sahabat syurga

Andai kita tidak mampu menjadi kekasih (eh! memang tak lah),
Cukuplah hanya sekadar sahabat.

Jika tidak mampu menjadi sahabat,
Cukup sekadar teman.

Andai teman membebankan, 
Cukup sebagai kawan.

Andai kawan menyusahkan, 
Cukup sebagai kenalan,

Dan bukannya lawan.

"Sahabat adalah umpama bintang, walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya."
Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan akan sentiasa dikenang."



#keranaAllah

Wednesday, October 20, 2021

Bila air tak ada

Dalam situasi semasa, air adalah satu keperluan. Bila bekalan air terputus, semua jadi resah gelisah. Walaupun kawasan saya tidak terlibat dengan masalah air Syabas, tapi saya perlu prihatin kepada orang lain.

Ye... Seketika saya dalam perjalanan pulang, panggilan dari Mesrahome diterima. Kami cuba mencari solusi. Sebagai langkah awal, saya bekalkan air mineral 1.5L x 34 botol. Malam tu jugak saya hantarkan sebelum masuk kerja malam. Alhamdulillah

Untuk bekalan air mandi dan basuhan.. Mesrahome menyediakan tong air besar di hadapan rumah dan MPAJ berjanji akan bekalkan air apabila stok air telah kehabisan.

Saya juga memantau dari masa ke semasa keperluan air di sana memandangkan 23 orang nenek memerlukannya.
Kenapa saya menyibuk ni... Sebab saya akan muncul bila saya terpanggil untuk membantu....Siapa yg gerakkan?? Allah... Ye. TANPA HUBUNGAN DARAH pun kita boleh membantu... Apa yang penting... Pengorbanan... Korbankan masa, tenaga untuk turun ke lokasi.



ALHAMDULILLAH
Saya bawakan lagi 500ml x 148 botol air untuk diminum setelah saya ketahui air yang dibekalkan sebelum ini telah menyusut. Memahami situasi yang dihadapi owner Mesrahome yang merayau ke kedai-kedai berdekatan untuk membeli air namun hampa.


Mendengar lori air datang, nenek di dalam rumah dah seronok girang. Apa taknya mereka terpaksa dicatu penggunaan air. Tangki air dipenuhkan dan saya turut mengangkat air dari tong ke bilik air. Terasa jugalah lenguh bahu dan lenguh betis berulang alik  mengangkat air dari tong air di laman rumah ke bilik air di dalam rumah.
Kesannya memang memenatkan apatah lagi saya kerja shif malam pula selepas itu.  

Saya kongsikan di sinipun sebagai catatan pengalaman.  Semua orang berbeza  pengalaman. Tambahan pula berada di zon selesa dan ada yang menguruskannya. Saya pula suka mengambil risiko kerana kebahagiaan nenek di Pusat Jagaan Sri Mesra adalah sebahagian dari khidmat amal yang dihadiahkan buat Almarhum/ah kedua ibu dan ayah saya. 

Terima kasih Allah memilih saya untuk turun di lapangan
Saya suka dan biarlah saya dlam  kepenatan daripada rehat yang panjang. 


Terima kasih Dva yang sentiasa ada dan sedia khidmat
    
                                                       
Nahh.... Kita minum dulu

Alhamdulillah
Melihat nenek2 ceria.. Saya tumpang bahagia ye. 

Wallhu aklam


Tuesday, October 19, 2021

Salam Maulidurrasul 1443h




12 Rabiul awal  bersamaan hari Isnin merupakan hari kelahiran baginda Rasul kita. Salam Maulidur Rasul.  Lazimnya baginda akan berpuasa pada hari ini dan wajarlah kita menzahirkannya dengan bersyukur dan  berpuasa, membaca al Quran, flashback kisah kelahirannya, bersedekah dan melakukan segala perbuatan baik. Sama-sama kita berazam untuk menghidupkan sunnah di dalam seluruh kehidupan kita.
Jika tak hari ini, bila lagi? 


Menghadirkan diri di majlis maulid dengan pengisan berselawat dan adalah sesuatu yang dirindui. Sebak serta berjuran air mata mengenangkan pengorbanan yang telah disusuri oleh baginda untuk menyampaikan dakwah dan menyelamatkan ummah. Masya ALLAH   


Teguran seorang ustz bagai  satu cabaran, Hayat baginda rasul penuh dengan kasih dan mencintai ummahnya. Andai ada seorang yang meninggal dalam keadaan kafir, baginda rasa ralat kerana tak berupaya menyampaikan dakwah untuk kembali fitrah. Kita? Berapa ramai yang telah kembali fitrah kerana peranan kita? Sejauh mana kita mengajak menreka kembali ke agama islam? Berazamlah satu hari semua akan menjadi muslim asbab kita 
Renung dan fikirkan 


Ya benar. Hidayah milik ALLAH dan kita juga perlukan cahaya petunjuk ALLAH.  

Di kesempatan ini juga saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan silap saya selama ini. Semoga ALLAH maafi kita dan menjadikan kita sentiasa beroleh petunjukNYA 

Terima kasih Ya Rasulullah
Salam maulidur Rasul