Ye... Seketika saya dalam perjalanan pulang, panggilan dari Mesrahome diterima. Kami cuba mencari solusi. Sebagai langkah awal, saya bekalkan air mineral 1.5L x 34 botol. Malam tu jugak saya hantarkan sebelum masuk kerja malam. Alhamdulillah
Untuk bekalan air mandi dan basuhan.. Mesrahome menyediakan tong air besar di hadapan rumah dan MPAJ berjanji akan bekalkan air apabila stok air telah kehabisan.
Saya juga memantau dari masa ke semasa keperluan air di sana memandangkan 23 orang nenek memerlukannya.
Kenapa saya menyibuk ni... Sebab saya akan muncul bila saya terpanggil untuk membantu....Siapa yg gerakkan?? Allah... Ye. TANPA HUBUNGAN DARAH pun kita boleh membantu... Apa yang penting... Pengorbanan... Korbankan masa, tenaga untuk turun ke lokasi.
ALHAMDULILLAH
Saya bawakan lagi 500ml x 148 botol air untuk diminum setelah saya ketahui air yang dibekalkan sebelum ini telah menyusut. Memahami situasi yang dihadapi owner Mesrahome yang merayau ke kedai-kedai berdekatan untuk membeli air namun hampa.
Mendengar lori air datang, nenek di dalam rumah dah seronok girang. Apa taknya mereka terpaksa dicatu penggunaan air. Tangki air dipenuhkan dan saya turut mengangkat air dari tong ke bilik air. Terasa jugalah lenguh bahu dan lenguh betis berulang alik mengangkat air dari tong air di laman rumah ke bilik air di dalam rumah.
Kesannya memang memenatkan apatah lagi saya kerja shif malam pula selepas itu.
Saya kongsikan di sinipun sebagai catatan pengalaman. Semua orang berbeza pengalaman. Tambahan pula berada di zon selesa dan ada yang menguruskannya. Saya pula suka mengambil risiko kerana kebahagiaan nenek di Pusat Jagaan Sri Mesra adalah sebahagian dari khidmat amal yang dihadiahkan buat Almarhum/ah kedua ibu dan ayah saya.
Terima kasih Allah memilih saya untuk turun di lapangan
Saya suka dan biarlah saya dlam kepenatan daripada rehat yang panjang.




No comments:
Post a Comment