sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Wednesday, May 26, 2021
Makna Persahabatan
ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT:
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..."
(Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa:
"Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua.
Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya:
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan."
(Surah Az-Zukhruf :67).
Semoga kita semua bersahabat kerana Islam dan Taqwa serta Hubban Limaanan. InshaAllah.
Tuesday, May 25, 2021
Thursday, May 20, 2021
Terhiris luka
Entah keberapa kaliTelah ku robak jiwanyasakitNamunMampu senyum dalam kepaksaanmaaftanpa sadarada jiwa meranakerna kebodohanku
cukuplah
Tuesday, May 18, 2021
Monday, May 17, 2021
Menikahlah
Jangan menikah hanya kerana jatuh cinta.
Nanti hatimu bisa terluka saat ia tak lagi mempesona.
Jangan menikah hanya kerana bagus rupa.
Nanti hatimu kecewa jika ia tua tak serupawan saat muda.
Jangan menikah hanya kerana hartanya.
Nanti hidupmu menderita jika ia jatuh bangkrut hingga tak punya apa-apa.
Jangan menikah hanya kerana rangkaian kata indahnya,
Nanti hatimu tak berdaya saat ia tak lagiromatis bak sedia kala.
Jangan menikah hanya kerana menaruh kasihan padanya.
Nanti ia kecewa karena kau menerimanya hanya sekedar iba.
Tapi menikahlah dengan seseorang yang menyejukkan mata hatimu.
Niatkan hanya kerana Allah swt.
Menikahlah dengan seseorang yang sanggup menerima kekuranganmu, pun bersyukur atas kelebihanmu.
Bangunlah rumah tangga bersama dia yang siap untuk berjuang bersama menggapai redha Nya.
Dan kau yakin bahawa Syurga semakin dekat saat kau bersamanya.
Semoga kita semua mendapat pasangan yang setia, sholeh/sholehah dan menjadi keluarga yang sakinah mawadah warahmah,
Aamiin Aamiin Yaa Rabbal'Aalamiin.
CnP
#AllahJagaKita
#KitaJagaKita
Friday, May 14, 2021
Sayang di sayang
Sayang kepada manusia
tapi sayang itu disia-siakan,
Sayang kepada teman
tapi sayang itu diabaikan,
Sayang kepada keluarga
tapi satu-satu akan meninggalkan kita bersendirian.
Ketahuilah bahawa;
menyayangi,
mengasihi dan
mencinta yang satu itu tidak akan dikecewakan,
tidak akan ditinggalkan dan
tidak akan kehilangan kerana Allah bersifat kekal,
cintailah, sayangilah,
rinduilah pencipta-Mu melebihi segalanya
kerana cinta itu tidak akan pernah dipersiakan.
Wednesday, May 12, 2021
In Reality
Assalamualaikum
ππ»π€
Many People will walkπΆ♂️πΆ♀️
in and out of your Lifeπ,
but REMEMBER☝️
only True Friendsπ♂️π♀️π§♀️π§♂️ leave FOOTPRINTSπ£π£!
Have a fabulous day today πand Stay Safeππππ
12052021@ramadan 30
#thankyouAllah
πππππππ♥️π
πΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏπΏ
1205
Andai dapat diputar masa
Ingin ku lafaz lagi
Terima kasih buat mak dan ayah
Tanpa mengenal penat
Kalian telah mendewasakanku
Telah mencorakkan
Hingga masa tuaku kini
Maafkan daku
Ampunilah anakmu ni
Terima Kasih Allah
ANUGERAHI emak ayah yg sempurna
Memayungi kami hingga dewasa
Tuesday, May 11, 2021
Ukhuwah
Moga ukhwah yang terbina bukan sahaja terbina di sini malah mekar hingga ke syurga. Jika sayang, selagi hidup nyatakanlah kepada sahabat kita dan teruslah menyokong dan mendoakan.
Jika ditakdirkan berjauhan atau ada kesilapan, belajarlah memaafkan dan tidak mengaibkan. Hargailah kenangan yang pernah tercipta. Sesungguhnya kita semua ini bersaudara.
Untuk semua sahabat, terima kasih! Ukhwah fillah abadan abadaa, Insya-Allah.
Dari Ibnu Mas’ud RA berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Rasul mengenai seorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya (di akhirat). (HR. Bukhari dan Muslim
Sumber Copy FB
Monday, May 10, 2021
Berbaik baik
Teruskanlah berbuat baik,
berkata yang baik,
memberi nasihat yang baik,
walaupun tidak ramai orang yang mengenali kita.
Cukuplah Allah swt mengenali kita lebih daripada orang lain.
Bahagia itu bergantung kpd sebanyak mana ‘ ketenangan ’ yang dirasai oleh diri seseorang itu.
Nikmati bahagia cara kita
Bila tenang, kita akan bahagia.
Ketentuan hidup kita hanya ALLAH sahaja yangg tahu penghujung ceritanya.
Semoga ianya berakhir di syurga.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Sunday, May 9, 2021
Sangka baik
Bersangka baik dengan semua orang tapi usah letak 100% kepercayaan kepada sesiapa.
Sikap dan keikhlasan seseorang hanya akan dapat diketahui bila kita tak lagi ada kepentingan kepada dirinya. Jauhi mereka yang membuatkan dirimu tak jumpa lagi ketenangan di jiwa.
Inner PEACE itulah keBAHAGIAan sebenar
Lihat apa yang patut dilihat.
Dengar apa yang patut didengar.
Cakap apa yang patut dicakap
Wallahuallam...
❤️☺️πͺ
Sumber :Raffidah Asnawi RA
Monday, May 3, 2021
Redza
"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka."
In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.
#AllahJagaKitaJagaAllah
Sunday, May 2, 2021
tahniah ilah
sessi terima anugerah --
u will fly ilah
Syukur dah masuk tahun ke dua berada di Jepun dah cucu ayah saya ni.
Semuga Allah jaga ilah dan sahabatnya jua
2021
Bangkit
Pahit atau manis ianya akan berputar dalam fikiran kita.
Tapi kita boleh mengubahnya menjadi titik tolak agar kita bangkit dari kekecewaan.
Kita mampu mengubah menjadi lebih baik.
#nota #tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)










