Saturday, January 23, 2021

Angkara

Aku bagaikan
Merpati di awan
Berkelana di langit tak pasti
Antara bulan

Terlihat jelas rahsia hati
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini

Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta

Mengapa kau kembali merayuku
Aku pencinta
Ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan

Sampai waktunya
Ku harus teguh pertahan jiwa
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti

Biarlah aku bahagia begini
Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta


Mengapa kau kembali merayuku
Ku bukan yang dulu
Terdiam dan kaku
Hanya berserah mengenang takdir

Kini aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)

Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku


24012021




Wednesday, January 20, 2021

Di mana kita

Hebatnya orang yang  sabar mampu berdiam diri walau pun hatinya luka berbicara.
Hebatnya orang mampu memberikan senyuman walaupun berguguran air matanya.

#AllahJagaKitajagaKita
#nasihat_buathati

Sumber:en jamaludin




Monday, January 18, 2021

Sama




Bila kita berada di hadapan, jangan pernah lupa orang yang di belakang.
Apabila berada di atas, jangan sesekali lupa yang di bawah.
Saat kita senang, jangan lupa mereka yang susah.
Jangan pernah SOMBONG dengan 'pangkat' yang kita ada.
Kita semuanya adalah SAMA.
di dunia mungkin tak sama
tapi hakikat kejadian
dari tanah jua
kembali ketanah jua

mana milik kita?


#AllahJagaKitajagaAllah
#meraihcintailahi

Saturday, January 16, 2021

Tuesday, January 12, 2021

catatan kembara kehidupan

 Membelek blog ni..rupanya banyak juga catatan saya yang tak dipostkan  masih terperap  di status draf. takpe naa..nnti kita lepaskan..

Cuma catatan saya ini adalah untuk pesanan buat diri , juga buat generasi saya sendiri . Saya sedar kehidupan saya pun tak lama dah. Meniti usia tua tiada apa yang mampu saya lakukan lagi,. segalanya telah jadi memori. Yang ada kini adalah semangat dan jika ada yang boleh dikongsi saya kongsikan sebagai motivasi diri.

Buat anak generasi, saya akan pergi tetapi tinta saya akan hidup bersama kalian. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jangan diikut sama sekali.  Jika ada waktu saya akan terus melakar kisah kehidupan dan pengalaman kendiri. 

Buat sahabat yang singgah menatap blog ini. saya juga amat menghargai. kita berukhuwah kerana ALLAH dan yang baik ambillah sebagai iktibar. Saya hanyalah insan kecik yang menumpang hidup di sudut dunia. Tiada apa yang perlu dibanggakan. 

Terima kasih yang melakari kanvas kehidupan saya. nanti kita sama sama ke syurga firdaus ye.

Doakan beberapa target saya untuk 2021 tercapai.

Terima kasih


ainhany

13/1/2021(hari pertama pkp2.0) 


Pesanan buat kita

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: 

“Wahai anak ku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan bertanya kesusahan kamu;
# Jika datang sesuatu bencana menimpa diri mu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
# Dia membantu mu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
# Dia mendorong mu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Jadi, berhati-hatilah jika memilih, kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Bak kata pepatah Arab;

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Begitu lah.

Sumber: 
Mohon baca kan surah Al-Fatihah (baca betul-betul, jangan hanya taip atau tulis - DIBACA) dan hadiah kepada  Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.

kerana minat

 

lepas edit

show on Tv sreeen

puas hati?

buat sampai puas2


 

Fikir dulu


Setiap ini, sebelum berkata, sebelum menulis fikir dulu akibatnya. Kadang kala apa yang kita cakap, apa yang kita tulis; kita rasa betul, tapi tidak pada orang lain.

Mungkin saja ianya akan mengguris perasaan, dan akan menjadi dosa jariah dan paling takut akan berbalik kepada kita.

Terlajak perahu boleh kita undur, terlajak kata?

Nak undur dengan meminta maaf, belum tentu orang boleh ikhlas memaafkan. Memanglah kita akan kata, sangka baik saja, dah minta maaf cukuplah, dia tak maafkan itu urusan dia dengan Allah.

Berbalik kepada kita jugalah, hati-hati mengawal lidah dan jari. Ianya nampak ringan tapi amat berat akibat dari kesilapannya.

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ 

Maksudnya: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Qaaf 50:18)

Begitu lah.

#saa

MUHASABAH DIRI

Dalam hidup ada waktu sedih....
Ada waktu bersendirian.....
Ada waktu terluka....
Ada waktu airmata jatuh tanpa kita sedari.....
Ada waktu kita kena redha walau apapun yang terjadi dan kita tidak suka....

Andai kita tidak di uji dengan semua waktu itu, bagaimana kita mengenal erti kehidupan sebenar?
Kita takkan pernah sempurna di mata manusia. Biarlah ALLAH yang menilai kita, kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.

Di Dunia ini tidak ada yang lebih mententeramkan hati, selain menggantungkan segalanya pada Ilahi Robbi.

Air ada pasang surutnya, senang dan susah datang silih berganti dalam hidup ini.
Tak ada kesenangan terus menerus terjadi di dunia. Kadang berada di atas, kadang berada di bawah. Pesta pun pasti berakhir.

Maka, ketika senang ingatlah akan diri ketika susah. Demikian juga sedang susah, jangan anggap kesusahan tersebut akhir segalanya. Sesudah kesulitan ada pasti kemudahan.

Apa yang perlu kita ingat adalah bahawa masalah yang kita hadapi tidak akan seberat yang kita fikirkan. Allah pasti sudah memberikan masalah yang sesuai dengan kemampuan kita.....

Allah tidak menjanjikan hidup ini mudah, tetapi Allah berjanji dibalik setiap kesulitan ada pasti ada kemudahan...

"Sesungguhnya dalam setiap kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan) tetaplah kerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmu lah engkau berharap"
(QS. Al Insyirah 6-8)

Allah akan membuatmu lebih tangguh menghadapi segala hal yang membuatmu merapuh, maka pastikan keluhan mu itu hanya kepada Allah, dan bukan kepada selain dariNya.


CnP

#AllahJagaKita
#KitaJagaKita

Fasa kedua PKP 2021

PKP bermula Rabu, 13 Januari -26 jan 2021 selama dua minggu bagi :

1. Pulau Pinang 
2. Wilayah Persekutuan KL
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya
4. Wilayah Persekutuan Labuan
5. Selangor
6. Melaka
7. Johor
8. Sabah

*Tidak dibenarkan rentas daerah dan negeri
*Pergerakan hanya 10km radius sahaja 
*Hanya dua anggota isi rumah dibenar keluar memberi barangan
* Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi dalam suasana terkawal
* arahan bekerja dari rumah atau work from home untuk sektor non essential services
*Hanya 5 sektor dibenarkan beroperasi: pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
*kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away
* Anda dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja dan bukan berkumpulan. Jangan lebih dua orang

Dengan musibah kita rasa senang bila temui hikmahnya 
Ayuh kita teruskan kerja.
Berulang alik seperti biasa dan sesekali kita ber'rnr' di'hotel 
kurangkan pergerakan dan sahut saranan kerajaan.  Semoga ALLAH pelihara dan lindungi kita semua.
terima kasih


#kitajagakitaAllahjagakita
#kitabelummenang
#pkp2.0

Tanam



Apa yang kita tanam
Itulah hasil tuaiannya

Hati

Berhati-hatilah dalam setiap perkataan yang kita ucapkan. Sering orang sakit hati atau berkecil hati kerana kegagalan kita mengawal lidah.

Orang yang sentiasa berjaga-jaga dalam percakapan adalah orang yang sedar bahawa jika dia di tempat itu pasti juga dia akan merasa marah.

Memanglah kita ini tak sempurna, tak ada manusia hebat yang tak ada buat silap. Usahlah mencari salah orang sedangkan kita sendiri penuh dengan aib,ego dan hilang kejujuran.

Mana nak datang rasa tenang jika asyik berburuk sangka dan berhasad dengki. Masing-masing ada kehidupan, ada keluarga, jika kita tak buat silap, mungkin anak cucu kita pula yang buat kesilapan.

Hidup ibarat roda, usah menuding jari, kau salah, dia salah dan aku baik. Itu sombong namanya. Belum kena batang hidung sendiri tentulah tak akan sedar ada kelemahan diri.

Gunakanlah anugerah yang Allah beri.
Mulut berkata yang baik.
Tangan menulis yang baik.
Telinga mendengar yang baik.
Mata melihat yang baik.
Maka yang datang pun insya-Allah yang baik.

Orang buruk sangka dengan kita,
Benci kita,
Menyampah dengan kita, 
biarkanlah.

Memang jika ikutkan perasaan mahu saja membalas semula.
Tapi kalau dibalas, kita sama seperti mereka.
Tiada nilai diri.
berdiam lebih baik

Mahukah kita memberi imej diri yang buruk?
Maka bersangka baiklah dalam apa jua perkara.
Diuji itu rezeki.
Diberi nikmat alhamdulillah.

Allah sayang hamba-Nya walaupun ada yang ingkar perintah-Nya titipan rezeki masih dirasai. 
Jangan kata nanti untuk bertaubat. Masa tak akan menanti tapi kita yang kena mengejar.

Ada kekurangan perbaiki segera. Usah ada alasan bertangguh takut pergi nanti tak sempat bertaubat.

Begitu lah.

Pesanan pada diri.

Tahun baru


Lembaran baru di tahun baharu

Cerita baru
Kisah baru
Kita lakarkan

Sunday, January 3, 2021

Hero



Semuga sembuh tanpa meninggalkan kesannya
Insya Allah

03012021

1.1

Selamat ulang tahun diney

Semuga Allah berkatimu sebagai anak solehah yg membahagiakan family dan ummah. 

Dulu.. Tokchu jemput Diney dari KMC ke rumah. Dan itu juga pertemuan kita degn aruah tok wan diney.. Selang 5 hari shja lepas tu aruah meninggalkan kita 
Al fatihah buat abg iparku jua 
Abg Awang Hj Che Mat. Abg ipar sulong dlam fmily besar saya. Alhamdulillah  abg ipr yg sayang saya dan menggelarkan saya dengan sportlight sebab mata saya. hihi