Monday, October 19, 2020

Misi Jelajah Amal 2.0_hari ke dua

 27/9/2020

Pagi ni ada program qiyamulail di Masjid Khadijah. Sudah menjadi kelaziman, waktu tidur saya akan dikejutkan seawal pagi. Hati berbolak bagi. Memandangkan Sahabat Srikandi yang  nyenyak di ulit kepenatan siang hari, saya cuba berhati-hati untuk ke bangun dan ke bilik air. Kak Pah , Amiy dan Lezz berada bersama dalam bilik ni. Manakala bersebelahan pula diinap oleh  Lyyn, Meeza dan Alya. Bilik yang bertentangan pula diinap oleh Hjh Zee,  :inda dan Ezza. Sharing is caring. Kebetulan pula ada masalah tekanan air di bilik sebelah dan ini menjadikan bilik kami sebagai tumpuan. Saya suka suasana begini. Kita berhimpit di bilik yang sederhana luasnya dan mula mengenali satu sama lain. Berganti-ganti mencari ruang solat dan rehat.

Alhmdulillah, memandangkan berkumandang bacaan ayat suci dari speaker masjid oleh pelajar tahfiz,  saya memaksa diri untuk turut serta. Lengkap bertelekung saya di antara muslimat yang hadir menghidupkan pagi hari. Sebak rasa bila berpeluang hadir untuk bersolat dan iktikaf di masjid. Rindu dengan suasana yang terhalang kerana pendamik Covid melanda. Terima kasih MUSLIM CARE bukan sekadar nama tetapi juga memberi makanan jiwa bagi mendidik hati untuk mengenal ALLAH. Kenapa saya katakan begini. Sebab pada tika ini juga sedang berlangsungnya program tahunan MUSLIM CARE bersama ahli-ahlinya. Antara mereka ada yang bergelar doktor dan pakar dalam hal-hal tertentu. Namun mereka tidak menyarung sarung keangkuhan tetapi menyarung sarung sebagai seorang muslim yang memerlukan petunjuk ALLAH. Tahniah adik-adik sekalian. Kalian masih muda remaja tetapi semangat juang kalian lebih TUA dari orang dewasa. 

Saya perhatikan muslimat di sebelah saya dalam saf solat dan dia juga melebarkan senyum. Dalam hati saya terdetik, semoga satu hari nanti akan anak2 saudara dan cucu-cucu saudara saya juga akan turut serta secara sukarela.   Walaupun tanpa anak tetapi bukanlah bererti ia akan bernokhah bila saya mati kelak. Saya yakin ALLAH pasti kabulkan, di antara keturunan family saya akan ada yang mencintai kerja kerja sukarela ini . Mereka cuma tak diberi ruang dan tiada pendedahan lagi. Saya telah dedahkan mereka secara tak langsung dan mereka pasti nampak apa yang telah dilakukan.

Usai solat subuh, sesi tazkirah pendek disampaikan ustaz. Kali ini terfokus kepada untuk apa kita hadir. Niat dan niat ditekankan.Niat nak bantu ummah. Niat nak jadi baik dan muslim mukmin



Pagi ini juga kami akan meninggalkan Maahad ni dengan kenangannya tersendiri. Semoga kami dapat hadir lagi dan menghadiri kuliah ilmu di taman syurga ini lagi. Ya ALLAH peliharalah Maahad ini dan jadikan ia berupaya melahirkan para huffaz yang berjaya di dunia dan akhirat. 


MORAL OF STORY

Tautlah ukhuwah dengan penuh kasih sayang. Antara kami bukanlah saling mengenali tetapi kami sama atas perjuangan.   

Patuhilah agenda yang direncana. Bak  kata orang putih, follow the flow..its will be ezy to all.

Saling menghargai dan membantu dalam team adalah satu benteng yang utuh.

Kita bergerak atas satu pasukan dan kita bawa nama SAHABAT SRIKANDI. Jaga akhlak dan perilaku seiring dengan langkah yang disusun.


Catatan ainhany


 

Tentatif Misi Jelajah Amal 2.0

SUMBER dan TERMA KASIH : ZeeZainal 

Alhamdulillah.. Misi Jelajah Amal Pantai Timur bersama Team Sahabat Srikandi berjalan lancar.

Di beri peluang bersama sama aktivis terkenal tanahair, Puan Natipah Abu dan Muslim Care Malaysia menyantuni Asnaf Dan Anak Anak Istimewa sekitar Jertih dan Besut, Anak Anak Tahfiz An Nur Besut serta Anak  Anak Yatim Di Baitul Husna Kuantan.

Semuanya di rancang dalam masa lebih kurang sebulan.


26 September 2020
-melawat 4 anak syurga (istimewa) sekitar Jerteh dan Besut 
-acara kejutan buat Dr Riduan, pengasas Tahfiz An Nur Besut, dengan pemberian sebuah van untuk kegunaan mereka 
-acara pemberian sumbangan barang asas dapur kepada 100 keluarga asnaf 
-acara pemeriksaan mata dan pemberian reading glass percuma buat penduduk kampung 
-acara pemeriksaan kesihatan oleh doktor doktor dari Team Muslim Care Malaysia
-forum Sukarelawan di Masjid Siti Khadijah, Besut 

27 September 2020
-lawatan mesra sekolah rendah dan tadika di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil 

29 September 2020
-ziarah kasih Anak Anak Baitul Husna, Kuantan 

30 September 2020
-beramah mesra bersama adik Irwan, seorang OKU berusia 31 tahun di sekitar Pantai Beserah 
-ziarah kasih En Aziz seorang muallaf, penghuni Desa Bina Diri, Jerantut 

1 Oktober 2020
-ziarah kasih adik Ilham, bekas pelajar tahfiz yang tiba tiba terkena penyakit asma menyebabkan Cerebral Palsy pada umur 11 tahun di Puchong 


#sahabatsrikandi 
#jelajahamalsukarelawan 
#jelajahamalpantaitimur

Sumber :FB Zeezainal

Misi Jelajah Amal ke Pantai Timur@Sahabat Srikandi 2.0

26/9/2020
Jam 4.00pagi.

Waktu itu, saya masih dalam waktu bertugas. Tetapi saya telah memohon kebenaran meninggalkan pejabat 3.15 jam awal dari waktu tamat bertugas. Ye saya ambil time off. Itulah bahasanya dengan mengambil kira waktu bertugas berganti. Ye saya takut dengan rezki haram. Biar lebih waktu berkerja berbanding ngam ngam..nanti nak top up dengan apa atas kecuaian waktu. Wallhu aklam


Perancangan Allah sama seperti yang kita rencanakan.  Rencana untuk bertolak awal pagi ke terengganu bersama amiy, ezza dan alia. 
Seketika saya menaiki si Pot Merah milik Amiy, seorang optom yang berdikari dan sangat baik hatinya. Lampu hijau diberikan untuk saya melelapkan mata sepanjang pemanduannya. Bagai disurung bantal, saya boleh lelap sehinggalah berhenti kami untuk menunaikan solat subuh di salah sebuah petronas di hiway. 

Masya Allah untuk seketika, saya disapa oleh satu satunya adik angkat paling lama saya. Terima kasih Saba, ucu pun rindu kamu dan kita berpelukan mesra dan erat. Kita solat dan syukur di surau yang sama namun berbeza destinasi. Saba dan rakannya dari Johor akan ke Jengka dan saya bersama rakan  pula ke Trengganu.  Terima kasih Allah atas pertemuan dan perpisahan ni. Ucu rasa rindu bagai terawat dan terjawab setelah beberapa hari mata ini berkedip- kedip. Almarhumah mak pernah berkata dulu, itu petanda nak jumpa orang jauh yang kita sayang. Alhamdulillah.  Sifatmu yang sopan dan sangat baik telah menjalinkan ukhuwah kita berpuluh tahun dan kekal hingga sekarang. Terima kasih juga kerana singgah di opis ucu tempuhari bagi melepas rindu. 


Meneruskan musafir adalah masa terindah untuk saya mencover waktu tidur. Masya Allah tabarokallah, saya dapat nyenyak tidur sepanjang siMerah meluncur laju sehinggalah kami singgah di rnr untuk menukarkan pakaian mengikut schedule yang disusun.  

Kereta siPot merah kami bertolak dari KL pada awal pagi sabtu. Si Putih 70 bertolak pada jumaat malam  dipandu oleh hjh zee, lyyn Meiza dan linda.  Manakala si Hilux bertolak dari Kedah dipandu oleh kak Pah dan Lezz bersama muatan untuk sumbangan bertolak pada pagi jumaat lagi.
JADI 3 buah kereta ni akan bercantum dalam SATU  misi. Kami  sering berhubung untuk mengetahui lokasi semasa dan perkembangan.  Syukur network telekomunikasi juga tidak terjejas. 

Disebabkan misi ini terikat dengan waktu dan masa,Penyelaras Program telah mempercepatkan program bertemu anak syurga dengan memaklumkan mengenakan  pakaian jubah hitam.  Memandangkan kami baru mengenakan baju jersi, maka kami memaklum tentang pakaian kami yang pastinya berbeza. 

Kami ke destinasi yang dimaklumkan dan hanya sempat turut serta bersama seorang anak syurga yang tinggal bersama ibunya . Manakala ayahnya  telah menghilang diri. Sebak rasa melihatkan situasi ibu muda ni menjaga anak syurganya sendirian. Mengikut tentatif seramai 5 anak syurga terpilih untuk diziarahi oleh Sahabat Srikandi. 

   
                                                   
                                                             

Inilah kehidupan yang mematangkan kita. Ada tikanya taufan melanda dan kita terpaksa berhijrah dan ada masanya langit yang cerah dirundung awan gelap. Kita harus pasrah dan tidak menyalahkan sesiapa. Bermuhasabah dan mengadulah kepada ALLAH agar segalanya dipermudahkan.

ALhamdulilah destinasi seterusnya kami dijamu makan tengahari di sebuah restoran oleh pihak tahfiz annur Besut. Terima kasih ustz Dr Riduan dan team MuslimCare. Sekitar jam 3  petang kami telah sampai ke bilik tetamu yang disediakan oleh pihak maahad tahfiz. Usai solat zohor, saya sekali lagi merebahkan diri dan lelap seketika.

Jam 5 pm, program diteruskan di Masjid Siti Khadijah.  Masjid ini dibangunkan di kawasan maahad dan pembangunan maahaad masih dalam proses pembinaan. Walau bagaimanapun pelajar tahfiz telah tinggal  dan belajar di sini. 


Agenda pada petang ini  adalah pemberian keperluan dapur kepada asnaf dan  pemberian kaca mata membaca percuma kepada warga emas setelah pemeriksaan dibuat oleh Pakar Optom dari PRISMA OPTOMETRIS . Sudah tentulah Pengarah Projek, Pn NATIPAH ABU, aktivis masyarakat yang aktif menjadi orang penting program ini. Seketika berlangsungnya program, nama kak pah dipanggil untuk mara ke hadapan sebagai tetamu jemputan untuk penyerahan barang dapur nie. Beberapa kali namanya dipanggil di corong speaker.


Sahabat Srikandi telah sedia maklum tentang plan ini. Kami cuma menjawab tak tahu kerana kehilangan kak pah untuk seketika ini satu prank buat ustaz dan maahad tahfiz. Dengan lancar sebuah van masuk ke perkarangan masjid  dan hon dibunyikan beberapa kali sebagai simbolik ada kejutan berlaku, MAsyaALLAH  tergejut ustaz.  Kak pah yang memandu van itu rupanya . Dan lebih terharu bila van silver ini tertera nama MAAHAD TAHFIZ AN NNUR BESUT dengan gagahnya. 


Kejutan yang menjadi dan  Ustaz sungguh terharu. Tiada ucapan melainkan syukur dan kami daripada Sahabat Srikandi yang menyaksikan peristiwa ini juga turut terkasima. Tak tahu nak cakap. Nak tanye apapun tak tau..Sesungguhnya saya dan semua yang hadir menyaksikan kesungguhan dan amanah yang dijunjung dan dilaksanakan oleh Puan NATIPAH ABU. Dana yang dikutip dari sumbangan Sahabat FB nya telah dimanfaatkan. Hari ini kita menyaksikan tetapi hari-hari lain beliau melaksanakan amanah tanpa dirakamkan. Yang jelas, andai ada yang sakit dirawatnya, andai ada yang terbeban dihiburkannya dan andai ada yang  kesulitan dirungkaikannya. .


Terima kasih  ALLAH, hantarkan Natipah Abu untuk bersama kami, memerhati dan menilai kebaikannya. Siapalah saya untuk berdiri disebelahnya jika bukan dengan izin ALLAH. Terima Kasih kerana memilih saya sebahagian dari team Sababat Srikandi.

                                                      

  catatan ini dibuat sehingga 26/9/2020. 

Darah B


                                         

Monday, October 12, 2020

Melangkahlah


Kita kan terus melangkah
Jejak baru kita tinggalkan
Semalam adalah kenangan
Esok adalah harapan.


Hidup adalah perjalanan

Thursday, September 24, 2020

Catatan musafir umrah

Genap setahun 

Ya Allah.. 

Sepertimana doaku di sana.. Di sini juga ku lafaz semula.. 

Bekalkan daku ketenangan dan anugerahilah keberkatan dalam rezkiku. Hadirkan orang yg baik2  ikhlas dalam persahabatan dan leraikan parasit dalam hayatku.

 Didiklah diri utk terima dan lepaskan sesuatu yang elok bagiku tapi tak sempurna bagi Ilahi. Berikanlah petunjukMU atas perjalananku.Ampuni dosa ku dan kedua ibu bapa juga saudara2 dan guru2 serta semua sahabat2ku di dunia hingga akhirat

 
Terimalah Iman dan amalku dan matikan dgn Husnul qatimah. 

Jemputla daku datang lagi sebagai tetamuMU. Aku sudah jatuh hati



#pecinta sunnah dan jannah. 
setahun berlalu
25092020

Wednesday, September 23, 2020

Sapaan atau ugutan

Nota itu

Ringkas tapi sendat 


Bagai halilintar
Menikam hati

Membuka mata
Mengenal diri

Hati  bagai dicarik
Jambatan bagai runtuh
Jurangnya sangat dalam
Misterinya penuh persoalan


Kenapa dan mengapa
Tinggal tandatanya tanpa noktah
Nangisku dalam musafir
Melangkah hingga ke baitullah


Penunjuk
Petanda
Jalannya sudah mati🛤️


230ptg@24/9/2019
 30jam sebelum berlepas ke tanah suci. 🛤️




Terima kasih mengajar daku tentang kehidupan. Dunia kita berbeza. Seorang makcik tua yang sering menimbulkan ketegangan dalam hubungan. Kononnya  bisa mendidik generasi tapi sebaliknya katamu. Biarkan dia dengan labu-labi. . Jalannya kian pendek dan dia semakin dimamah usia. Tunggul tua itu akan mati dan hiduplah kalian selamanya. 

-ainhany-

Monday, September 21, 2020

Anak saudaraku ke..



Selamat ulang tahun
Anakanda Mariani
Semuga Allah sentiasa jaga kamu dan memberkati seluruh hayatmu. Terima kasih nak kerana sentiasa ada untuk jaga fmily kita dan doakan chu selama ni juga. 

Kenapa saya sayang anak anak saudara saya??
Sebab mereka membesar dengan saya
Mesra kami tak kira masa
Hatta berkahwin masih sama
Menghormati dan menghargai
Semasa kita

Ehh apasal melalut nie
Saya sekadar berkongsi
Saya punya ramai anak saudara
Baik dah dewasa maupun baru dilahirkan
Mereka tetap anak generasi yang bakal mewarisi
Family kita

Jaga dan ikatlah mereka
Dengan tali kasih sayang
Ajari mereka akhlak bila berkawan
Tuntuni mereka apa yang kurang
Kita manusia lemah
Iman jangan goyang
Cinta jangan dibutakan
Hati jangan ditutupi

Kerana kita
Bukan untuk hari ni
Tapi untuk masa depan mereka
Menyusuri kehidupan

Selamat ulang tahun anakanda mariani. Sebaya dengan adik bungsu ku. Sesekali mereka bagai sepasang kembar. Padahal seorang bapa saudara dan seorang anak saudara
 
Selamat ulang tahun untukmu

Saturday, September 19, 2020

Jalan cerita kita berbeza

Maafkan aku
Aku juga kecewa
Tak sepatutnya
Kau dipisahkan
Bukan satu 
Tapi dua

Maafkan aku
Tak pasti
Apa lagi yg kurang
Ku tahu 
Asbab banyak dosa
Akan ada yang kurang
Allah jentik
Allah ambil

Usah dikata
Salah letak
Salah sangka
Akui sahajalah
Kecuaian kita

Dah ku bilang
Aku tak marah
Cuma kecewa
Kerna dVa
Bukan Audi
Hilang satu
Beribu ada


Ingatku pada semua
Waspada tika cuci kereta
Akan ada berharga pada kita
Tp mereka ambil leka
Dah chuci tak simpan semula
 

Salam perpisahan 
Terima kasih utk selama
Setia menemani
Setia menghuni dVa

Jejak selama ni
Muga menjadi saksi
Arah mana kau di bawa
Menemani selama ni. 


Rawat diri yg hilang. Tmksh eon equince.nostalgia kasut berganti. 

Asbab tak cukup pasangan.. 

Nah fresh dari kedai sukan

Ceritra kita, 
segalanya asbab 
menjadi sebab
Alhamdulilah. 
 21092020

#hilangdahberganti
#belibaruterus
#shopingdulu
#sangkabaik



Friday, September 18, 2020

Rezeki milikNya jua

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam (as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.

Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah (ra). Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa (as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih Neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh (as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. 

Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! 

Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. 

Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. 

Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir dan rahsia Allah ini misteri sifatnya. 

Entah-entah airmata reda yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan mu ke Syurga.

Jadi,

“Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Allah beri.”

Ya! yang penting, kamu percaya. Kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima. Begitu lah.
CnP

#nota #tazkirah #share

Belayar menuju pantai harapan


Kita adalah perahu kokoh yang sanggup menahan beban, terbuat dari kayu terbaik, dengan layar gagah menentang angin.

Kesejatian kita adalah berlayar mengharungi samudra, menembus badai dan menemukan pantai harapan.

Sehebat apapun perahu diciptakan tak ada gunanya bila hanya tertambat di dermaga.

Dermaga adalah masa lalu kita. Tali penambat itu adalah ketakutan dan penyesalan kita.

Jangan buang percuma seluruh daya kekuatan yang dianugerahkan pada kita.

Jangan biarkan masa lalu menambat kita di sini.

Lepaskan diri kita dari ketakutan dan penyesalan. Berlayarlah. bekerjalah.

Yang memisahkan perahu dengan pantai harapan adalah badai taufan, gelombang dan batu karang.

Yang memisahkan kita dengan keberhasilan adalah masalah yang mendatang.

Di situlah tatkala kesejatian teruji.

Hakikatnya perahu adalah berlayar menembus segala rintangan.

Hakikat diri kita adalah berkarya menemukan kebahagiaan 👈💙👉






#Kekuatankelimabesardunia

Pilih sahabat

Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala berpesan;

"Pilih lah sahabat yang;

jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, 
jika engkau diam, dia mula menyapa mu dahulu, dan 
jika engkau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu."



love it




Kun fayakun

🌞🌻 UDAH TAU BELUM? ? ?🌻🌞

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. hal ini sdh dijelaskan dalam al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..

🌻Udah Tau Belum....?
bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mulai dr lahir sampai mati, karena itu, terkadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru, tp seolah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita.

🌻 Udah Tau Belum.....?
di saat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah mati, ini terjadi dalam hitungan detik, setelah itu berfungsi normal kembali, inilah kenapa dalam islam di sunnahkan membaca alhamdulillah setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

🌻Udah Tau Belum.....?
menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita butuh tambahan oksigen

🌻Udah Tau Belum.....?
bahwa memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah, karena itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam jumlah ganjil, agar berubah menjadi karbohidrat.

🌻Udah Tau Belum.....?
bahwa tepat setelah dikumandangkannya azan itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

🌻Udah Tau Belum.....?
di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita shalat?
Nabi Muhammad saw bersabda: "sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan shalat, dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu d taruh di atas kepala dan kedua pundaknya, maka ketika tiap kali ia ruku' atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut".
wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam shalatnya, tenanglah... dan tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.

🌻Udah Tau Belum.....?
diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kubur, mereka mencium harumnya mawar dr dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan, bahwa istrinya itu semasa hidup selalu membaca surah al-mulk, setiap mau tidur..
sesungguhnya surat al-mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur.

🌻Udah Tau Belum.....?
ketika kita membaca ayat kursi tiap usai shalat, maka tidak ada penghalang antara kita dan surga kecuali maut.

🌻Udah Tau Belum.....?
bahwa para malaikat mendoakan kita ketika usai shalat, karena itu jangan terburu untuk beranjak dari posisi duduk shalat kita.

🌞🌻Ilmu agama... Silakan Share untuk kawan-kawan yang lain..🌻🌞
.
☘️🌷Ya Allaah semoga yg bilang Aamiin dijauhkan dari segala perbuatan keji munkar dan selamat dunia akherat sampai ke Syurga.. Aamiin

☘️🌷Semoga bermanfaat
Aamiin yaa rabbal'alaamiin


Kredit: ummu naurah