Sunday, June 28, 2020

Ingat ingat


Berprasangka, jangan sampai Salah Sangka..

Salah Sangka, jangan sampai Mengumpat..

Mengumpat, jangan sampai jadi Fitnah..

Fitnah, jangan sampai dosanya menjauhkan kita dari Syurga..

"Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba)." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Fikir sebelum bercakap.
Fikir sebelum menulis.
Fikir sebelum bertindak.
Fikir sebelum komen dan kongsi perkara yang tak pasti.

Jika benih yang disemai sihat, 
pokoknya juga tumbuh sihat, 
Pohon-pohonnya kuat, 
buah-buahnya lebat, 
dan hasilnya lebih berkat.
Insyaallah.. 

💚 sk
(26 Syawal 1441H)

Credit shuha Khamis

Sunday, June 21, 2020

Terangi kubur sendiri


Seorang ayah


Allah petunjuk jalan
Ayah penunjuk jalan
Langkahlah dengan sempurna
Di sana ada bahagia. 

Happy father day
Utk orang yg ada ayah sahaja
Tidak ada makna bagi yang tiada


Diam

waktu

berlarilah waktu
cepatnya berlalu

berlari arah
hilang pegangan

berlarilah
mengejar waktu yang berbaki
sesingkat manapun
kita masih ada ruang
untuk kembali
kepada Tuhan
bermuhasabah tentang diri
mencari kelemahan sendiri
mencari refleksi
mencari solusi


kembalilah ke azali
kita tak memiliki
Tapi kita di milikiNYA

mana milik kita
tiada satu pun jua
SEgalanya milik NYA

Berlarilah kepadaNYA
selagi ada waktu
sebelum wisel penamat ditiup
Biar penat
ganjarannya
syurga selamanya


ayuh bermuhasabah
18/6/2020


Friday, June 19, 2020

Dia lebih tahu

Aku minta pada  Ilahi
setangkai bunga segar
ia beri aku kaktus berduri

aku minta kupu-kupu
diberi ulat berbulu
aku sedih dan kecewa
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik

Itulah jalan Ilahi
Indah pada masanya

Allah tak memberi apa yang kita harapkan
Tapi ia memberi apa yang kita perlukan
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka
tapi jauh di atas segalanya
ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita




Thursday, June 18, 2020

thanx ALLAH

Never blame anyone in your life.
Good people give you happiness
Bad people give you experience,
Worst people give you a lesson and
best people give you memories.




Wednesday, June 17, 2020

Buat baik berpada

Bersangka baiklah sesama kita.
Agar hati lapang fikiran pun tenang
Jangan guna kelemahan orang lain
Untuk peluang baik pada kita.



Jangan hebah kelemahan orang
Untuk orang tertarik pada kita
Allah Ta'ala jaga aib kita
Jagalah aib sekeliling kita.


Jangan kerana lidah badan binasa...
Cerita yang baik2
Dengar yang baik2
Sebarkan yang baik2.

InshaAllah segalanya akan menjadi Yang baik...

Jadilah hamba yang terbaik.

Aamiin.




#AllahJagaKita
#KitaJagaKita

Tuesday, June 16, 2020

we truth

We often think that when things change,
we will happy


But
the truth is, when we are happy,
things will change



Monday, June 15, 2020

Ego

Ego   is just a small THREE letter word,
which can destroy a big TWELVE letter words called Relationship

Terus melangkah

#Nota #tazkirah

Jadikan kisah semalam sebagai satu motivasi untuk kita melangkah ke depan dengan lebih yakin dan semangat.

Apabila kecewa, usah putus asa kerana orang yang berjaya bangun dari kegagalan. Kuatkan tekad yakin bahawa aku boleh.

Asam garam dalam kehidupan, ada manis ada pahit. Ada suka ada duka. Apa juga yang  berlaku kita kena terima. 

Perjalanan hidup akan dilaui dengan pelbagai ujian. Jangan cepat mengalah apabila apa kita inginkan tidak kesampaian.

Kejayaan itu pasti akan dicapai dengan usaha, doa dan bertawakal.


Insya-Allah.

Sunday, June 14, 2020

nangislah



Menangislah kerana khilaf kita
menangislah kerana amalan kita
menangislah kerana dosa kita
Menagislah kerana  diri kita

airmata itu  penghapus dosa
airmata itu teman setia
airmata itu penawar duka

sujud dan doa
taubat dan ampun
agar kita tennag dengan ujianNYA


mati itu satu perjalanan

Wednesday, June 10, 2020

11 tahun berlalu tanpamu

Bismillahirohmanirohim

11 jun 2009, detik waktu sekitar jam 11.30 malam, merupakan hari perpisahan kita dengan satu jasad yang amat disayangi lagi dihormati. Bagai semalam kejadian itu berlaku..tak pernah ku jangka, hayatnya akan terhenti di sini dan pemergiannya begitu mudah dan tenang....
Di kelilingi anak-anak dan isteri, kita merestui pemergiannmu....
11 tahun berlalu tapi masih segar di ingatan. Bila mak menghampiri ayah di katil PMC no bilik 401  untuk memohon maaf dan  halalkan segala makan minumnya kepada ayah...Ayah bagai memahami dia akan pergi dan emak juga dengan rela hati melepasnya kembali ke ALLAH

Dalam tenang kami menyaksikan inilah akhiran yang terbaik buat ayah. Pertemuan dan perpisahan  cinta sebati mereka yang kekal selama 63 tahun di dunia dan selamanya.
Tenang wajah ayah sukar ku nukilkan..

Ayahlah wira kami...Ayah yang bersusah payah menyediakan segala kemudahan,  makan, minum guna,dan  pakai dalam keluarga besar kami. Kalau saya fikir-fikirkan, dengan 11 orang anak tentu kepayahan menguruskan sumber kewangan dan keperluan untuk hidup. Tapi itulah ayah....demi untuk pelajaran dan keselesaan anak-anak dia tak pernah kedekut.

Perbelanjaan harian saya ke sekolah tak pernah dilupakan bahkan mak pasti menyediakan sarapan pagi yang menyelerakan setiap hari. Saya mendapat RM 1 sehari dan ayah akan beri pada setiap malam ahad RM 5 yang lazimnya saya tak gunapun sama sekali.
Ketika masuk tingkatan pula perbelanjaan harian di beri sebanyak rm3. Ini juga lebih dari mencukupi kerana saya adalah jenis yang tahu makan di kantin. Masakan emak di rumah pasti menjadi sasaran yang akan dimakan selepas pulang dari sekolah...Ohh indahnya saat itu

Oh ayah adalah pelengkap family kita, seorang perwira yang sentiasa mengambil berat perihal anak. Memastikan tiada seorang anaknya yang tercicir dalam persekolahan dan pembelajaran.
Ayah akan pasangkan lampu goselin sebagai lampu untuk kemudahan anak-anaknya  belajar sebelum ada tenaga elektrik disediakan.
Ayah juga pernah menyediakan sebiji enjin letrik menggunakan minyak petrol  bagi menghidupkan elektrik di rumah setelah wiring dibuat.
Air pula disalur dari perigi yang digali menggunakan mesin letrik air. Seolah-olah kemudahan air paip dinikmati. HAkikatnya air bersumberkan dari air telaga yang penuh mineral.
Oleh itu, tak perlu lagi setiap pagi ayah akan timbakan air dari perigi bagi  memenuhkan baldi untuk anak2nya mandi...Tapi yang ajaibnya air perigi di waktu pagi agak panas tetapi selepas mandi barulah terasa kesejukannya...Subhanallah..

Ayah
11 tahun berlalu
11 orang warismu
11 Jun berulang kembali




Ayah
ku rindu ayah
kedut kulit tua tangan ayah diusap
sesekali ku cuba gengamkan tanganku pada tangan ayah
ayah tenang sahaja
membiarkan daku menyentuhnya

Ayah
kagum tika itu
ayah turut melafazkan laila ha illallah
kalimah akhiran yang sempurna
bagai dalam satu majlis tahlil
ayahlah pemimpinnya


Ayah memang hebat
seorang yang tegas berpendirian tetap 
Guru  sepanjang hayat
Mudah mesra dan penasihat
Merungkai kekusutan jiwa


Ayah
maaf daku andai leka
mengirim doa untukmu di sana

Janjiku tetap sama
setiap kebaikan adalah sahammu jua
Kita kongsi suka
kita kongsi bahagia
tiada benteng antara kita
Keranaku generasimu
Terima kasih ayah


11.6.2020
@peroduaservisampang






Friday, June 5, 2020

selamat jalan dikwan

innalillahi wainna ilaihirojiun.
Selamat jalan almarhum dik wan.
Mulianya kamu,diundang pada hari Jumaat kedua bulan Syawal. ALLAH lebih sayangi kamu dik wan. Semuga ALLAH mencucuri rahmat berterusan buatmu dan ditempatkan di kalangan solehin.
Ucu hanya mampu menahan sebak dan menangis mengenang kita satu ketika dulu. Selama dikwan di rawat di PPUM, ucu rasa tiada hari tanpa melawat menemanimu. Ada tika ucu pergi awal pagi( sblum bekfas) , tengahari maupun selepas waktu kerja. Katakan apa saja permintaaanmu pastikan dikotakan. Senyuman dan tutur katamu bersopan. Kau insan istimewa untuk kami.

Perasan saya : Sebak.

selamat jalan duhai anak
kamu pasti temui kebahagiaan di sana
tiada lagi kesakitan
tiada lagi tangisan
tiada lagi peperangan jiwa
pergimu tanpa karat dosa
pergimu penuh kerelaaan
pergimu bersama sekudus doa
ya ALLAH ampunilah almarhum dik wan.
Muliakannya di sana dan berikan kerehatan berterusan buatnya di taman-taman syurga.
AL fatihah buatmu dik wan.

5/6/2020
Maafkan ucu
teringin nak makan bawal 3 rasa.


ros sedang beri semangat

bersama tok dan mak tok

sentiasa murah senyuman


tok teringin kek coklat, Kami suprisekan tok  di wad jantung  pula. Dik wan happy tok sihat


sentiasa dikunjungi

sedang solat

tak bermaya

selepas kena AD.

dah nyenyak tu..boleh balik dah..

dia tertidur dalam kerinduan pada tok selepas serangan AD. Tak nak saya tinggalkan dia