Monday, June 15, 2020

Terus melangkah

#Nota #tazkirah

Jadikan kisah semalam sebagai satu motivasi untuk kita melangkah ke depan dengan lebih yakin dan semangat.

Apabila kecewa, usah putus asa kerana orang yang berjaya bangun dari kegagalan. Kuatkan tekad yakin bahawa aku boleh.

Asam garam dalam kehidupan, ada manis ada pahit. Ada suka ada duka. Apa juga yang  berlaku kita kena terima. 

Perjalanan hidup akan dilaui dengan pelbagai ujian. Jangan cepat mengalah apabila apa kita inginkan tidak kesampaian.

Kejayaan itu pasti akan dicapai dengan usaha, doa dan bertawakal.


Insya-Allah.

No comments: