Sunday, September 22, 2019

sahabat


Sahabat,
kaulah cahaya dalam kehidupanku. 
Lentera yang siap menyala di saat aku merasa gelap di dunia ini. 

Jadilah abadi selamanya dalam hidupku tanpa pernah hilang seperti bayangan.
Agnes Davonar


Saturday, September 21, 2019

misi Umrah

Surat Jemputan : Surah Al baqorah ayat 196.
"DAN Tunaikanlah haji dan umrah kerana ALLAH"

Kiblat :
tetamu ALLAH telah berada di hadapan kaabah
Di kaabah  ada 120 rahmat./day
             40 rahmat bagi yang solat dan
             60 rahmat bagi yang bertawaf dan
             20 rahmat bagi yang  yang memandang dengan mata hati dan akal.


Kenapa nak pergi umrah
- memohon keampunan ALLAH
- Nak ziarah Nabi & tempat kelahiran NAbi
- beribadah di tempat yang sangat mustajab doa di Mekah dan Madinah
= muga ALLA berkati hidup


Kenapa tawaf
kita mesti dalam tetaatan kepada ALLAH dalam perkara yang sama.
LArutkan diri dalam lautan ibadah  tawafdan tiada perbezaan dgn manusia lain





sapa


Sahabat, Kawan, Teman atau Rakan,
Satu definisi berlainan ejaan,
Merupakan pengaruh terbesar dalam kehidupan ,


team Tadarus RTM 2019 

Indahnya perjalanan hidup

Assalamualaikum

Hidup ini satu perjalanan dan setiap hidup kita melalui perjalanan yang berbeza.

Setiap kehidupan ada jalan cerita yang tersendiri.

Paling penting kita kena yakin dan percaya bahawa perjalanan kita

ALLAH dah susun cantik dan terbaik.

Allah punya aturan ni sangat cantik.

Kadang-kadang Dia biarkan kita bergelumang dengan dosa dulu, kemudian dia bersihkan kita dan kita menjadi orang yang paling takut kepadaNya.

Kadang-kadang Allah biarkan dulu dia hanyut dalam percintaan dengan dunia, kemudian Allah kecewakan dia dengan dunia supaya selepas itu dia orang yang paling mencintai Allah.

Allah tak pernah zalim. Manusia sahaja yang suka menzalimi diri sendiri.

Kedamaian dan ketenangan itu hadir
Jika kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan dapat melihat serta menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.

#AturanTuhan

6 september

Assalamualaikum
Salam  jumaat.

6.9.2012, jumaat
Tarikh keramat

Maafkan saya mak
Untuk kali ni anakanda tewas
Gugur air mata
Menanggung rindu tak berkesudahan

Saat ini
Ujian getir membungkam
Lelah menahan rasa
PASRAH mengikut arahan.

Dah ku bisik
Ku pinjam semangat mak
Ku saut kepintaran ayah
Kehidupan perlu diteruskan


Mak..
Restulah perjalanan ku
pelukan dan ciuman kasihmu
masih terasa
walau sekadar satu memori

6.9.2019








Saturday, September 7, 2019

ku cuba

sungai kehidupan

ku kira bicara ini tentang alam
anugerah terindah untuk kita
tapi bukan sesuatu yang mudah
berada di puncak
dentuman air yang gemersik
senyum nyaman yang sukar ditafsirkan
anugerah alam
dari bumi royal Belum

alhamduliullah

Thursday, September 5, 2019

Nikmat mana

Bila Allah sindir kita...
Malunya kami.. Hamba yg tak tahu mensyukuri manghargai nikmat anugerahMU
Maaafi kami ya RObb..

Jom kita back to Allah
Jadi Hamba Allah yg syukur dan patuh

Friday, August 30, 2019

Pasrah

gelombang jiwa
Banyak urusan yang belum selesai
tapi saya yakin
ALLAH taqdirkan sesuatu kerana ada sesuatu rahsianya.


Mungkin kita serupa tapi takkan sama cara dan corak pemikiran.
Apatah lagi bila jiwa tua dan bagai kain buruk. Nak dibuang mungkin ada gunanya seketika lagi.

Biarkanlah 

Ayuh KK,kita teruskan perjalanan dan bangunlah

Fokuskan pada  kerjaya, kerana kerja itu ibadah
Fokus kepada ibadah  kerana itu tiang seri agama


Namun saat ini ku tak bisa bersamaMU
ada jurang pemisahnya
namun ku yakin KAU memahami apa yang terbungkam 
Ku mohon padaMU
redakan kekusutan hati ini
luruskan lorong  hayatku
izinkan ku kembali
fitrah
kerana padaMU 
ada pintu kemaafan yang LUAS

nhm
30082019


sabar



Dari Isma’il sendiri kita dapat belajar bagaimana seorang anak muda karena keimanannya rela mengorbankan nyawanya karena Allah. Ketika ayahnya menyampaikan kepadanya perintah Allah untuk menyembelihnya, Isma’il menjawab (QS 37: 102): “Ya abatif’al ma tu’maru satajiduni insya Allahu minashshabirin” (Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar)



masa yang baik untuk menghadam ayat ayat cinta ini dan hafal dan hafal


SABAR ye duhai diri...

Thursday, August 29, 2019

maafkanlah



maafi daku ALLAH
terlalu banyak khilafku
terlalu payah ku melepaskan
dunia yang ku genggam

hari ini 
ku sedia
ku serahkan
SEGALANYA MILIK ALLAH

Ku lepaskan kepadaMU
ya robb
maafilah daku
atas dosaku yang menggunung
padamkan dosa-dosa ku
Pandulah daku kembali
pulang ke jalan yang diredhai
pandanglah dengan kasih kemaafanMU



  

Wednesday, August 28, 2019

kenapa


kenapa harus  menangis
sedangkan  masih boleh  senyum?

kenapa harus airmata yang keluar
saat sedih mulai menyapa?


Kenapa?

Ya ALLAH pandulah hayat kami selagi masih di sini

nhm@28 Ogos 2019

ampunilah

ya ALLAH
ampunilah dosa dosaku

dosaku terlalu banyak
sudikah ROBB memaafkan ku?
maafkanlah duhai Pemilik alam 
\
plzz ya robb
padamkanlah dosa-dosa
kejahilanku
kebodohanku
keegooanku
ketamakkanku



                                                                          28/8/2019

wanita dan umrah

SUMBER disini (terima kasih )
Soalan
Saya akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Setelah dikira, haid saya datang pada hari pertama penerbangan. Ini bermakna, sepanjang di Tanah Haram, saya tidak berada dalam keadaan suci. Apakah amalan dan nasihat ustaz? Nak ubah tarikh tidak boleh.

Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Ibadah haji dan umrah ialah ibadah yang wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Allah SWT berfirman:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ
Maksudnya“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah: 196)
Menjawab persoalan di atas, kami mengesyorkan untuk berbincang semula dengan pihak agensi pengelola umrah. Mungkin perlu buat sedikit tambahan bayaran, kemudian ubahlah tarikh ke tarikh lain yang bersesuaian.
Hal ini kerana matlamat kita adalah untuk pergi melakukan umrah. Tiba-tiba apabila pergi ke sana, tidak dapat pula untuk membuat umrah. Ini melainkan apabila tiba di sana baru disedari bahawa datang haid. Akan tetapi, dalam keadaan seperti ini, lebih baik kita tukar awal-awal dan pilih tarikh yang bersesuaian.
Di sana terdapat juga pandangan-pandangan untuk mengatasinya seperti mengambil pil dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, ini perlu kepada nasihat doktor yang pakar dan yang faham dengan sebaik-baiknya.
Sila baca juga artikel kami berkaitan isu ini dalam siri berikut:
  • Al-Kafi #894: Tompokan Darah Kurang daripada 24 Jam Sewaktu Umrah[1]
  • Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-255: Hukum Umrah Berulang Kali Dalam Satu Perjalanan[2]
Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita. Amin.
Nota Hujung:

Tuesday, August 27, 2019

kelmarin

kelmarin
kenangan yang panjang
disisakan 


hari ini
kisah baharu
di muka lembaran

Monday, August 26, 2019

amalan memohon hentikan haid sementara waktu

di sini

nak tau mcamna
nak tau buat apa
klik dan baca ye
memohon hentikan semsntara haid bagi menyempurnakan ibdah umrah


kredit kepada  Tuan Hj Mohd Saad Hamid