di manapun berada
ALLAH bersama kita
Ajarilah anak
takut siksaan ALLAH
kerna kecuaian sendiri
Ajari mereka
Malu jika tak solat
**********
hmm.. ada cerita di sebalik gambar ni. Ni anak saudara saya yang bijak uata. Kekadang cair juga hati kita bila dia memberikan alasan jika nak kan sesuatu atau mencari alasan untuk memperkukuhkan kehendaknya
Kejadian ni berlaku ketika kami singgah sebuah villa homestay di Sidam. Cantik pemandangan dan lokasi ini menjadi pilihan untuk rehat seketika selepas menjelajah tree topWalk.. Untuk masuk ke kawasan ni kita akan melintas sungai semulajadi dan terdapat beberapa rumah rehat dan chalet. Kira sungai ni di dalam kawasan privasilah.
Bersama sepupu sepapat dia dah puas main air sungai yang jernih ni. Mandi sampai sejuk gedi, muka pucat lesi. Lepas mandi dalam rumah,dia pun ambil wuduk. Tapi kerana perasaan ingin meneroka homestay yang kami inap ni. Dia jadi excited. NAk cepat siap nak naik tangga ke loteng. Dari satu tangga ke tangga dan jelajah punya jelajah sampailah jam 6 petang lebih .
Bila semua dah masuk kereta, enjin telah dihidupkan, dia baru perasan kereta nak bergerak dah, laju-laju sahaja dia lari..tapi pelik kerana tak lari ke kereta tapi ke rumah homestay tu. Buka paip air dan amik wuduk. Bertuahnya anak oiiii......hat nak marah pun tak jadi bila tengok kat serambi, tut tut dok angkat takbir dah.
Masya ALLAH anak bertuah oiii......baru nak solat jamak zuhur asar rupanya.
maka bersabarlah hati dik kerana kerenah anak bertuah ni.
Lepas ja solat, bila tanya awat yang tak solat selepas mandi tadi..dengan selambanya inilah jawapannya....
'Am lupa tadi'
tapi SYUKUR ALLAH tak lupa Am kan
dan Am bakal anak soleh yang sentiasa mentaati ALLAH dan mematuhi syariatNYA
ingat ye ...dimanapun kita, kita sentiasa diawasi dan ada malaikat pencatat yang bertugas 24 jam. Jangan pernah cuba meremehkan perkara fardzu dan jadilah hamba yang sentiasa bersyukur.
Terima kasih ALLAH yang jaga hati anak2 sekecil ini. Sungguhpun ia bukanlah wajib lagi di usia 7 tahun , kitalah yang harus membimbing dan memberikan contohnya
 |
| cantik dan sesuai untuk menikmati nikmat alam |