Thursday, March 8, 2018

Rindu

Al fatihah
lima patah perkataaan yang punya erti tersendiri
R.I.N.D.U.

saya merindui
emak
ayah

semuga mak dan ayah damai di sana

adakah mak dan ayah terima
fatihah yang dikirimkan
doa yang dibekalkan
saham kebajikan yang diinfaqkan
juga kebaikan yang dikongsi

ku yakinkan diri
YA, ALLAH  itu MAHA mendengar dan tak pernah mensiakan doa kita
kan terus ku ukir nama kalian dalam perjalananku ni
biar kita sama-sama walaupun dunia berbeza
kerna kelak ku pasti kita bersatu
di jannahtul firdaus
seperti mana zikir yang sering mak lagukan..

Tuhanku, Aku tidak layak
masuk ke syurgamu
tapi aku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU
dari itu ALLAH
kurniakanku TAUBAT
dan AMPUNIkan dosaku
sesungguhnya engkau, mengampunkan dosa-dosa hamba...

mak, ayah...
ampunilah anakanda ni..
luaskan persemadian mereka dan berilah mereka kelazatan syurga .

Al fatihah
jumaat 9/3/2018
   

Monday, February 12, 2018

pusara tok guru

12 february
jasad Almarhum tinggalkan kita
namun  wanginya hingga sekarang

12 feb
hari yang pilu
hari mendung buat kita

semuga dicucuri rahmat atas almarhum tokguru kita
DATOK NIK AZIZ NIK MAT 

my soul

 mereka sentiasa mengiringi
terima kasih mak dan ayah
terima kasih familyku

2001

Monday, January 29, 2018

satu tika dulu


Anak2 buah nak bermain dengan api...kita bagi peluang mereka membakar.......mari2 membakar, lepas bakar kita makan.

Ini cerita lama tahun 2010...dah lama berlaku. Sekarang mereka masing2 dah belajar di IPT. Kejap saja masa berlalu . Tiada lagi suara rebut kipas, kena panas dan hangit...

semalam indah bila  ada pengisian
semalam seronok bila ada bahagia
semalam bahagia kasih ada kasih sayang
semalam adalah satu kurnia
dan hari ni adalah doa semlam..

Sunday, January 28, 2018

kasihnya kakak

2014

2016

kasih kakak
manja si adik sejak kecil lagi
kakaklah mangsa bulinya
nak itu kakakkkkk
nak ini kakakkkk
kadang kakak letih
tapi adik hanya ada satu kakak

bertabahlah ain demi irham

Thursday, January 25, 2018

andainya masih bersama..

apakah yang difikir
jauh sekali renungmu
sedang hati berzikir
mulut menjadi kelu

apakah si kecil harapkan
sebuah  pengakuan 
menjawap persoalan
memakna pengalaman

dua jiwa yang berpisah
hanya secebis perkongsian
untuk rawat segala resah  
rindu yang kian mengundang

AL FATIHAH 



nak susu?


 bila ada kasih dan sayang
tiada batasan untuk memberi

teloq ikan punya pasai

asalkan teloq ikan
Dulu -dulu ayah sering beli dan mak pasti masak gulai teloq ikan ini. Tapi zaman dulu tu teloq ikan tidak mnjadi tarikan seperti sekarang. Dulu teloq ikan ada sebesar ibu jari dan sedapnya bila dimakan panas2 bersama gulai dan 'toyu'. MAsak seperiuk boleh makan dua kali.

Tapii la ni teloq pun kecik ja..Ikan pun tak sempat membesar dan jika yang ada telor penuh pasti peniaga dah asingkan awal-awal. segalanya jadi rare sekarang...
Bagi saya, setiap kali balik kg, saya pasti akan cari teloq ikan di pekan sabtu pendang ataupan di pasar tani kilang kecik. Itulah lokasi nak dapat ikan segar dan tidak jauh dari rumah.

Orang kedah panggil telog ikan peloktan dan orang keyel kata ikan duri. Tak pelah asalkan ikan itu ada teloq dan saya peminatnya. Dan saya  juga rindu masakan gulai air tangan mak..

Al fatihah buat mak dan ayah,


Saturday, January 20, 2018

al fatihah buatmu Abd Rahman

Khabar diterima 
Payah ku hadam
Kau telah pergi 
Bertemu DIA yang MAHA PENYAYANG

diimbau semula pertemuan terakhir kita
Tika aruah bersama isteri berangkat menunaikan umrah tempuhari. Subhanallah terpancar riangnya dikau menerima jemputan ALLAH.
“ucu, orang minta maaf jika ada salah silap” dan doakan kami selamat pergi dan kembali.
Selamat jalan man, ucu lepaskan kalian kepada ALLAH dalam menahan sebak di dada.
Man dan saba…ku wakilkan kalian jagakan familyku di JB.
Cukuplah ALLAH menyaksikan kebaikkan kalian
Man..ucu juga mohon ampun maaf dan sangat terhutang budi kepadamu. Hanya ALLAH jua selayaknya mambalasnya. ALLAH lebih menyayangimu..
Ku menyaksi kebaikanmu dan muga kita dihimpunkan di syurga tertinggi nanti. Selamat jalan almarhum Abdul Rahman
Lambaian perpisahan tempuhari ku ulang biarpun ku tahu kau takkan kembali lagi
Tapi yang pasti lambaian ku juga pasti terhenti dan bakal menyusul juga
Semuga ALLAH mencucuri rahmat dan dihadiahkan dengan doa2 berterusan
Tempatkan almarhum di kalangan para solehih dengan mendapat pengampunan ALLAH. Luaskan pembaringannya dan MUdahan2 alam kuburnya seumpama taman2 syurga.
Salam takziah buat adikku Sabariah Abd Hamid juga anak2 along dan ikmal..maafkan ucu tak bersama di saat ini tapi doa di iringi buat semua... bertabahlah dengan ujian perpisahan ini. ucu sayang kalian.
AL FATIHAH



Friday, January 12, 2018

bersolatlah am.


di manapun berada
ALLAH bersama kita

Ajarilah anak
takut siksaan ALLAH
kerna kecuaian sendiri

Ajari mereka
Malu jika tak solat
**********

hmm.. ada cerita di sebalik gambar ni.  Ni anak saudara saya yang bijak uata. Kekadang cair juga hati kita bila dia memberikan alasan jika nak kan sesuatu atau mencari alasan untuk memperkukuhkan kehendaknya

Kejadian ni berlaku ketika kami singgah sebuah villa homestay di Sidam. Cantik pemandangan dan lokasi ini menjadi pilihan untuk rehat seketika selepas menjelajah tree topWalk.. Untuk masuk ke kawasan ni kita akan melintas sungai semulajadi dan terdapat beberapa rumah rehat dan chalet. Kira sungai ni di dalam  kawasan privasilah.
  Bersama sepupu sepapat dia dah puas main air sungai yang jernih ni. Mandi sampai sejuk gedi, muka pucat lesi. Lepas mandi dalam rumah,dia pun ambil wuduk. Tapi kerana perasaan ingin meneroka homestay yang kami inap ni. Dia jadi excited. NAk cepat siap nak naik tangga ke loteng. Dari satu tangga ke tangga dan jelajah punya jelajah sampailah jam 6 petang lebih .

Bila semua dah masuk kereta, enjin telah dihidupkan, dia baru perasan kereta nak bergerak dah, laju-laju sahaja dia lari..tapi pelik kerana tak lari  ke kereta tapi ke rumah homestay tu.   Buka paip air dan amik wuduk. Bertuahnya anak oiiii......hat nak marah pun tak jadi bila tengok kat serambi,  tut tut dok angkat takbir dah.
Masya ALLAH anak bertuah oiii......baru nak solat jamak zuhur asar rupanya.
maka bersabarlah hati dik kerana kerenah anak bertuah ni.  

Lepas ja solat, bila tanya awat yang tak solat selepas mandi tadi..dengan selambanya inilah jawapannya....
'Am lupa tadi'
tapi SYUKUR ALLAH tak lupa Am kan
dan Am bakal anak soleh yang sentiasa mentaati ALLAH dan mematuhi syariatNYA
ingat ye ...dimanapun kita, kita sentiasa diawasi dan ada malaikat pencatat yang bertugas 24 jam. Jangan pernah cuba meremehkan perkara fardzu dan jadilah hamba yang sentiasa bersyukur.

Terima kasih ALLAH yang jaga hati anak2 sekecil ini. Sungguhpun ia bukanlah wajib lagi di usia 7 tahun , kitalah yang harus membimbing dan memberikan contohnya   

cantik dan sesuai untuk menikmati nikmat alam


Wednesday, January 3, 2018

2017 dalam kenangan

ada-ada-saja

alhamdulillah
2017 mengimbau kenangan dalam family 

alhamdulillah 
Kita menerima sepasang anak saudara baru
Saiful & Saliza
Fatiyyah & Asmirul
Selamat datang dalam family besar HJ MANSOR buat liza dan asmirul
Jadilah pelengkap yang sempurna untuk abg saiful dan dik tiyyah 
Mudahan rumahtangga yang dibina dengan benteng iman dan islam
membawa sakinah dan mawaddah 
Amin

alhamdulillah
4 orang cucu perempuan dan seorang lagi lelaki 
satu anugerah ALLAH buat family kita 
generasi ke 3 
Aness Safeeya 24/4 - anak kedua salleh & amily
Nurul Qairina Imani 29/7 -anak kedua Qdin & mira
Zyedan 14/9 - anak sulung Dikbas &Diana
Nur aiena adnin 27/10 -anak sulung kak Azan & muhd
cucu ke 34-37 dalam family kita
Jaga molek2 amanah dan anugerah ni
Muga legarsi kita sarat iman

  Terima kasih ALLAH
Jagakan familyku sepanjang mereka menunaikan haji 2017
Alhamdulillah urusan mereka sangat sempurna
Mudahan haji mabrur milik mereka
kk cik, abg din, abg soleh, kk jah ,kk nah juga iwan
aturan terindah jemputan dariNYA
juga jemputan umrah family abang nasir  
semua selamat beribadah

selamat menuntut ilmu
 di Kolej Mara Banting
buat cucu kedua dalam keluarga
teruskan mengejar impian
 bakal dicetak Dr anis amira 

selamat berangkat buat adik kembar
destinasi Jepun telah digengam
tentu aruah wan bangga, cucunya di negara 'arigato kosiamas'
bermusafir dirantau, Hanya ALLAH jadi pedoman
Muga sukses bersama pengalaman bermakna

selamat kembali ke mesir
langkah ahmad husaini perlu teruskan
misi menuntut ilmu 
doa juga kami titipkan

jom masuk upsi
tahniah buat ib
kekalkan prestasi
buatlah yang terbaik


tahniah buat arif, graduasi KKM
tahniah buat irfan , graduan polytech mara 
juga imad graduan kolej mara
teruskan teroka ilmu, selagi hayat masih di badan  

Diuji sakit tanda sayang
Buat Qdeen dan Imani
bermastautin seketika di hospital
Mencari hikmah memohon keampunan

coret2 ini adalah sebagai tanda kenangan tahun 2017 yang  dilalui. Masam manis kehidupan yang dilalui sepanjang bergelar musafir di bumi ALLAH ni.
Yang baik daripada ALLAH jua dan kelemahan dan kekurangan ini adalah dari diri saya sendiri.

salam 2018
ainhany

Tuesday, January 2, 2018

coretan pertama 2018

assalamualaikum wbkh

SELAMAT TAHUN 2018

semuga tahun ini lebih baik dan menjadi kan kita lebih mentaati ALLAH, mensyukuriNYA dan menjauhi laranganNYA
❤❤❤

Ya ALLAH
sinari cahaya MU
menerangi hati-hati kami

Mudahkan urusan kami
Jadikan kami family yang bahagia
adik beradik yang sentiasa saling memerlukan
saudara-mara yang saling bertanya khabar

Mudahkan perjalanan hidup kami
mencapai redha Ilahi
memadam sisa dosa
melangkah tanpa salah
menuju destinasi abadi

Ya ALLAH
jemputlah kami
mengerjakan Haji dan umrah
dengan sempurna 
TAHUN INI

Ya ALLAH
ampunilah segala silap salah kami
selama kami hidup ini
Tutupkan ruang mungkar
tebarkan ruang kebaikan dan kebajikan
biar kami berlomba merebutnya
award terbaik
untuk bukti 
untuk saksi

Maafkan kami ya ALLAH
Maafilah kedua ibu bapa kami
yang banyak melebur pengorbanan
demi anak waris yang dicintai.

Ya ALLAH perkenankanlah...
Ya ALLAH

mengalirlaa.....



3/1/2017@ainhany

Monday, January 1, 2018

top tree walk

tang mana?
 nuuu di Sg Sedim,  Karangan kulim
signboard mengalu-alu kedatangan
Nak pi sana memang disyorkan pakai google map atau wase .
Sebab kita tak biasa laluan tu lagipun signboard pun tak banyak. Dah dekat nak sampai barulah ada...
Tapi yang best jalan nak masuk ke sana macam masuk hutan ..ada nampak buah durian baru menjadi dan pokok2 lain.

Untuk masuk laluan ke situ....
kita kena bayar parking RM 3 utk sebiji kereta. (rasa mcam tak logik dalam hutan pun kena bayar ka)

Bayaran masuk pula ke TTW ialah Rm10 utk dewasa dan rm 6 utk kanak2
Patuhi peraturan yang disediakan. Trip kali ni saya bersama 13 ahli keluarga dan seorang yang dikecualikan( bawah umur) . Terima kasih abang dan kakak yang menaja keseluruhan kembaraan hari ni . Dengan  MPV naza dan exora, anak2 saudara saya lebih  selesa dan riang ria. 
kita dah semakin sampai tapi kena beli tiket masuk dulu  
harga pada hari ni 20/12/2017 (tiada keistimewaan kepada pemegang kad pelajar) 



ada apa?
tu dia gayat lah jugak mula dok perati
bila dah naik tak pe dah...
Sebelum ni dok terbayang ingat ka  serupa naik titi gantung..

TTW telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Kedah. Satu lokasi pelancongan bagi negeri Kedah. Tapi masa kami sampai macam takde orang sahaja.. Sunyi..mungkin orang pergi mandi manda dulu sebelum jalan2 ke TTW tu
2009 telah dibuka dengan rasminya 

dengan bismilah kita mulakan perjalanan..dengan 13 orang sanak saudara

apa yang dirasa
SUBHANALLAH
damai dicari ditemui
suara unggas dan hutan
air terjun yang  mengalir
salju bayu yang bertiup
memecah sunyi seketika
segalanya percuma
nikmat ALLAH untuk dikecapi


Penat??
berbaloilah juga, nak sihat kena korbanlah karbo2  terbakar

laluan yg sehala memudahkan misi

membelah pucuk pokok benantara

oooo syukur


nun dibawah sungai tegar mengalir

apa ada di bawah nuuuuuu

patuhi peraturan ditetapkan

Alhamdulilah ambil mood mendengar suara ketenangan dan alam yang diciptakan ALLAH 

Tuesday, December 26, 2017

Disember team


mereka yang terakhir
dari bulan yang paling bongsu

langkah bermula 
tika orang lain telah berlari
kayuhan mereka perlahan 
tetapi mereka cepat sampai
punya kekuatan tersendiri
untuk berdikari

generasi bulan disember 
jauh perjalanan
harus ditempuhi

hari ini bukan semalam
teruskan langkah mengejar jannah
dalam perjalanan mencari iman
capai jaya dunia
bawa ke akhirat bersama

Selamat ulang tahun generasiku
abang Ngah, Naeem, Shahmi, shahira dan ain
juga cucu saudaraku Amira Zulaikha 1712,Balqis 2712  dan Munawarah 1112( tiada pic dalm simpananku)



Saturday, December 9, 2017

Bersama mereka




menjadi rutinku bila pulang ke kg. Destinasi wajib ku ziarahi ...rumah ayah dan mak.

ayah dan mak
apa khabar
lama anakanda tak mai kan
tentu mak tertungu-tunggu kan  
ayah ternanti-nanti 

maafi anakanda mu ini 
sejujurnya saya semakin sebak
jika sendirian di sini 
menangisi kenangan lampau
yang takkan berulang lagi

bersimpuh di kepala ayah
saya tenung dalam-dalam
hati makin kuat berbicara
ayah ..
apa khabar di sana
maafi saya 
 adakah ayah menerima doa harian saya
adakah ayah menanti ziarah saya


mengorak ke pusara bonda
mak
saya minta maaf
saya tau mak tentu rindukan saya
anak mak yang paling banyak dosa
anak mak yang paling nakal
di hujung usia mak
kita banyak masa bersama
tentu mak telah maafi saya
kan mak

mak dan ayah
saya tahu kalian sentiasa bersama
menemani anakmu ni 
jiwa dan semangat mereka 
tega bersamaku
darah ku jua adalah dari darah kalian

YA ALLAH
berikan rahmat berterusan buat kedua ibu dan ayahku
lapangkan semadian mereka
luaskan kubur mereka 
sinari cahaya berterusan buat mereka
dan berikan kerehatan mereka di taman2 syurga
juga ketemukan kami di jannahtul firdaus
amein


8dis2017