Wednesday, January 7, 2026

misi CSR zoo negara

Bersama kita ditugaskan sediakan makanan utk kera monyet ungka dan seangkatan dengannya


Dan sebagai penghargaaan team kami diberikan peluang utk jelajah seluruh zoo tanpa sebarang cas. 

                   
                     dan akhirnyaa.. 

Semua berpuas hati dan merupakan satu pengalaman bermakna.. Menjinakkan kuda di kandang, 
Menyental di kolam kura2
Memberi makan kepada binatang
Membersihkan peesekitaran sangkar.. 
Dan memotong dan menyusun buah2 untuk di gantung di sangkar monyet ungka burung dsb.

Terima kasih atas CSR ni.. 

Sunday, November 16, 2025

Tahniah Cucu Dr Amira

                                                  

Bukan mudah tapi BOLEH jika berani dan bersemangat segalanya boleh dilakukan. Dari alam persekolahan lagi dia telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang.

Dari SKP ke sekolah model khas dan seterusnya ke MRSM Pendang dan kemudian di SMKP beliau menimba ilmu. Alhamdulillah berkat usaha dan pencapaian baik dalam peperiksaan SPM telah melayakkan beliau meneruskan pengajian di Kolej Mara Banting.

Langkah demi langkah dia jejaki.
Kemudian beliau melangkah ke menara gading UNIKL sehingga berjaya mengenggam sekeping ijazah. Nilai tertinggi ketika belajar adalah kejayaan dan berjaya membahagiakan family. 

Tahniah  Anis Amira, cuchu  nombor dua family besar saya. ALHAMDULILLAH. Jika dulu gelaran doktor jadi cita-citanya kini jawatan doktor adalah profesionnya. Tahniah Dr Anis Amira. 
Kami hanya menyaksikan jerit payah dan kesukaran ditempuhi sebelum dirimu berjaya kini. Sekalung Tahniah anakanda Mariani sekeluarga.  

Tahniah UNIKL yg berjaya melahirkan para ilmuan dan graduan yg hebat untuk membantu masyarakat. YA ALLAH bantulah para pemegang amanah menunaikan tugas demi agama negara dan bangsa.

APA NAK BUAT KALAU DR SAHKAN CANCER



✅ 1. Fahami diagnosis betul-betul
Minta doktor terangkan:
• Jenis kanser (contoh: lung carcinoma – adenocarcinoma)
• Tahap (stage) kanser
• Adakah ia boleh dirawat / dikawal / dibetulkan / diperlambatkan
• Adakah ia agresif atau tidak

Tanya dengan jelas, walaupun banyak kali. Ini tubuh anda—anda berhak tahu.

๐Ÿ“ 2. Minta penerangan tentang rancangan rawatan
Tanya doktor:
• Apakah pilihan rawatan?
– Pembedahan
– Kemoterapi
– Radioterapi
– Targeted therapy
– Immunotherapy
• Berapa lama rawatan?
• Apa tujuan rawatan?
– Sembuh
– Kawal
– Kurangkan simptom
• Apa kebaikan dan kesan sampingan?

Doktor akan bentuk pelan rawatan lengkap ikut jenis kanser.

๐Ÿงช 3. Lengkapkan semua ujian penting
Biasanya termasuk:
• Biopsi (untuk tentukan jenis sel)
• CT scan, MRI, atau PET scan
• Ujian darah
• Ujian genetik kanser (EGFR, ALK, KRAS, PD-L1 untuk kanser paru-paru)

➡️ Ini semua penting untuk pilih rawatan paling tepat.

๐Ÿ‘จ‍⚕️ 4. Dapatkan pandangan kedua (second opinion)
Ini sangat digalakkan, bukan tanda tidak percaya doktor.

Anda boleh rujuk:
• Pakar onkologi lain, atau
• Hospital besar / pusat kanser

Kadang-kadang, pandangan kedua beri rawatan lebih tepat.

๐Ÿ‘ช 5. Beritahu keluarga terdekat
Jangan tanggung sendirian.
Sokongan keluarga penting untuk:
• urusan rawatan
• kesihatan emosi
• bantuan harian
• sokongan kewangan/insurans

๐ŸŽ 6. Jaga gaya hidup semasa rawatan
• Makan berkhasiat
• Rehat cukup
• Elak merokok
• Senaman ringan jika mampu
• Kawal stres & kesihatan mental

❤️ 7. Sokongan emosi sangat penting
Kanser bukan hanya penyakit fizikal—ia cabaran mental.

Boleh dapatkan:
• Kaunselor hospital
• Kumpulan sokongan kanser
• Sokongan agama
• Rakan dan keluarga

Emosi yang stabil membantu rawatan lebih berkesan.

๐Ÿ™ 8. Ingat: Kanser bukan hukuman mati

Banyak pesakit kanser hidup bertahun-tahun, malah ada yang sembuh sepenuhnya, bergantung kepada:
• jenis kanser
• tahap
• rawatan yang betul
• keadaan kesihatan individu

Yang penting: ambil tindakan cepat dan jangan tangguh rawatan.


Kuatkan mental bila baru tahu kena kanser

❤️ Tip mental & emosi:
1. Jangan hadap sorang-sorang
Cari keluarga/teman rapat.
2. Jangan google terlalu banyak
Maklumat internet tak sama dengan kes sebenar (boleh stress).
3. Terima keadaan step-by-step
Fokus rawatan satu masa, bukan terlalu jauh.
4. Buat aktiviti tenangkan hati
Solat, zikir, journaling, muzik lembut, berjalan.
5. Jumpa kaunselor hospital
Semua pusat kanser ada kaunselor psikologi.
6. Ingat: Kanser hari ini bukan macam dulu
Banyak rawatan moden yang sangat berkesan.

Bagaimana hadapi rawatan kemoterapi (cara, pantang, kesan)

๐Ÿ’‰ Apa yang berlaku semasa kemoterapi?
• Duduk/berbaring
• Jarum dimasukkan pada saluran darah
• Ubat kemoterapi masuk perlahan-lahan
• Ambil masa 1–4 jam bergantung jenis ubat

๐Ÿค• Kesan sampingan biasa
• Loya/muntah
• Rambut gugur
• Letih melampau
• Hilang selera makan
• Ulser mulut
• Kulit kering
• Mudah demam (sebab imun turun)

๐Ÿ‘‰ Doktor akan beri ubat anti-loya & ubat sokongan.

๐Ÿฅ— Apa perlu buat sebelum chemo
• Tidur cukup
• Minum banyak air
• Makan makanan ringan
• Bawa orang temankan (kalau badan tak kuat)

❗ Apa patut dielak semasa chemo
• Tempat ramai orang (risiko jangkitan)
• Makanan mentah (sushi, telur mentah)
• Orang yang sedang demam
• Herba pelik tanpa nasihat doktor (ada yang ganggu rawatan)


Ujian Untuk apa?
Darah Pantau kesihatan keseluruhan, fungsi organ, dan tumor marker – tidak sahkan kanser
Biopsi SAHKAN kanser, jenis kanser, peringkat sel → penting untuk rawatan
CT Scan Biopsi
Menggunakan sinar X untuk tunjuk gambar dalaman badan Ambil tisu sebenar untuk dilihat bawah mikroskop
Tunjuk lokasi ketumbuhan Tunjuk jenis sel kanser
Boleh mengesan saiz, penyebaran, & perubahan Boleh tentukan rawatan yang paling sesuai
Tidak boleh sahkan kanser Hanya biopsi boleh mengesahkan kanser
Tidak ada risiko pendarahan Ada risiko kecil (pendarahan, pneumothorax)
Ringkasnya:
• CT scan → tahu ada “ketulan” atau “suspect cancer”
• Biopsi → tahu betul-betul kanser atau bukan, & jenisnya

Kedua-duanya saling melengkapi. Doktor tak akan rawat kanser hanya berdasarkan CT scan.


Beberapa kanser tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal kerana tumbuh perlahan atau berada dalam organ yang “senyap”.

Contoh kanser yang jarang ada tanda awal:
• Kanser paru-paru (tanpa batuk atau sakit pada awalnya)
• Kanser kolon / usus besar
• Kanser ovari
• Kanser pankreas
• Kanser hati
• Kanser buah pinggang
• Kanser darah (leukemia awal kadang nampak macam letih biasa)

Pesakit biasanya hanya perasan bila:
➡️ Berat badan turun banyak
➡️ Letih melampau
➡️ Sakit berlarutan
➡️ Pernafasan terganggu
➡️ Darah keluar secara pelik
Tapi itu semua tanda tahap lebih lewat.

ADA kanser yang memang ada tanda awal

Sesetengah kanser mudah dikesan lebih awal kerana letaknya pada kawasan “nampak” atau “senang terasa”.

Contoh kanser yang selalunya ada tanda awal:
• Kanser payudara → ketulan di payudara
• Kanser kulit → tanda hitam / luka tak sembuh
• Kanser tiroid → bengkak di leher
• Kanser serviks → pendarahan luar biasa
• Kanser testis → bengkak / ketulan di testis

Tanda Awal Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru sering tiada tanda awal, tetapi bila ada, berikut adalah simptom yang biasa muncul:

✔️ 1. Batuk berpanjangan
• Lebih dari 3 minggu
• Tidak sembuh walaupun makan ubat

✔️ 2. Perubahan pada batuk biasa

Jika seseorang memang ada batuk kronik (contoh perokok), tapi tiba-tiba:
• batuk jadi lebih kuat
• lebih kerap
• bunyi berubah

→ ini amaran.

✔️ 3. Sesak nafas ringan
• Cepat semput bila naik tangga
• Rasa “tak cukup udara”

✔️ 4. Sakit dada ringan

Bukan sakit kuat, tetapi:
• rasa ketat
• tak selesa
• datang dan pergi

✔️ 5. Berat badan turun tanpa sebab

Turun 3–5 kg tanpa diet atau senaman.

✔️ 6. Letih yang pelik

Bukan letih biasa — rasa hilang tenaga walaupun tidur cukup.

✔️ 7. Kahak berdarah (hemoptysis)

Kadang-kadang darah sangat sedikit, seperti garis merah dalam kahak.

✔️ 8. Suara serak berpanjangan

Bukan sebab radang biasa.

๐ŸŽ—️ Tanda Awal Kanser Payudara

Kanser payudara lebih senang dikesan awal, kerana ia berada di permukaan.

✔️ 1. Ketulan di payudara
• Tidak sakit
• Keras
• Tidak bergerak (fixed)
• Membesar perlahan-lahan

Ini tanda paling biasa.

✔️ 2. Perubahan bentuk atau saiz payudara

Sebelah jadi lain bentuk.

✔️ 3. Perubahan pada kulit payudara
• Kulit berkedut seperti kulit limau (peau d’orange)
• Kulit menebal
• Kemerahan yang tidak hilang

✔️ 4. Keluar cecair pelik dari puting
• Bukan susu
• Warna kuning, hijau, atau darah

✔️ 5. Puting masuk ke dalam (inverted nipple)

Tiba-tiba jadi terbalik ke dalam.

✔️ 6. Sakit atau ketidakselesaan luar biasa

Walaupun banyak ketulan tak sakit, sakit yang tak hilang-hilang boleh jadi tanda awal.

✔️ 7. Ketulan di bawah ketiak

Ini tanda kelenjar limfa bengkak (awal penyebaran).


✨ Ringkasan penting

๐Ÿซ Kanser paru-paru → biasanya senyap, tanda awal ringan & mudah tersalah anggap

๐ŸŽ— Kanser payudara → lebih mudah dikesan, terutama jika ada ketulan


❗ Bila perlu jumpa doktor?

Jika mana-mana simptom berikut berlaku lebih daripada:
• 2–3 minggu, atau
• cepat bertambah teruk, atau
• kamu ada sejarah keluarga kanser / pernah merokok

→ sangat penting buat pemeriksaan.

Tuesday, November 4, 2025

Rencana Allah Terbaik


Terkadang Allah hantarkan kepada kita orang-orang yang baik, sebab kita masih kurang baik. 

Dan terkadang pula, Allah menarik kembali mereka, kerana Allah ingin lihat kita berubah menjadi baik sebab Allah atau dengan sebab manusia.



Sunday, November 2, 2025

Mati dan dilupai

                              

*۞ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ۞* 

*๐Ÿ“–Andai seseorang itu tahu betapa cepatnya dia dilupakan setelah kematiannya, maka dia akan berhenti mengharapkan pandangan dari semua orang dan akan fokus 
Rabb-nya saja.









cipta masa

❝ _ Jangan tunggu masa yang sesuai untuk berubah tetapi ciptalah masa yang sesuai sekarang untuk berubah sebelum terlambat._ ❞




╰┈➤ ainhany

Dari mana asal usul kita

Hidup ini adalah satu cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah. 
Lalu hisab (yang hanya menghasilkan dua kemungkinan): pahala atau siksaan.
Maka, hiduplah untuk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yang paling bahagia 




catatan rasa

A Beautiful Complete Duaa


May ALLAHswt, our Rabb, our Lord,  guide ,forgive n accept all our efforts. Ameen. ❤๐Ÿ’œ๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’›

ุฃุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ุงู„ุฑุฌูŠู…، 

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…، 

ูŠุง ุฑุจ ุตู„ู‰ ูˆุณู„ู… ุฏุงุฆู…ุง ุฃุจุฏุงً ุนู„ู‰ ุญุจูŠุจูƒ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฎู„ู‚ ูƒู„ู‡ู…، 


๐Ÿ”นO Allah, O my Rabb I turn to you in repentance, in submission. I beg of You Forgiveness.

๐Ÿ”นO Allah, Forgive my sins, a complete forgiveness that leaves no trace.
๐Ÿ”นO Allah, Forgive my transgressions of Your Commands & the violations of the rights of people
๐Ÿ”นO Allah, Grant me victory over my shortcomings - during & after Ramadan
๐Ÿ”นO Allah, Reform and upgrade me 
๐Ÿ”นO Allah, Accept my fasting, duaas, ibaadah & good deeds this Ramadan
๐Ÿ”นO Allah bless me with witnessing Laylatul Qadr
๐Ÿ”นO Allah, Guide me towards performing good accepted deeds for Your Sake only
๐Ÿ”นO Allah, Help me attain khushu' & ikhlaas in my ibaadah
๐Ÿ”นO Allah, Help me get closer to you as my end draws near
๐Ÿ”นO Allah, Make me love You, Your Prophet (Sallallaahu Alaihi Wassallam ), Your Deen, Your Quran
Increase my Imaan, tawakkul, taqwa, yaqeen in You
๐Ÿ”นO Allah, Help me to remember You, thank You and worship You in the best of manners.
๐Ÿ”นO Allah, Help me to always be grateful to You 
Give me the strength to be steadfast throughout the trials I encounter
๐Ÿ”นO Allah, Grant me a soft, sound heart, content with Your Laws.
๐Ÿ”นO Allah, Make the Quran be my companion in this world, in my grave & in the hereafter.
๐Ÿ”นO Allah, Guide me on Siraatal Mustaqeem until my last breath, never be deviated in shirk, kufr or bid'ah (big/small).
๐Ÿ”นO Allah, Make me amongst  the muhsineen, the mukhliseen, the sabiqoon
๐Ÿ”นO Allah, Increase me in beneficial knowledge.
๐Ÿ”นO Allah, Make me pleased with Your Qadr for me.
๐Ÿ”นO Allah. Protect me from sicknesses of the heart (envy, arrogance, pride, show off malice, hatred etc).
๐Ÿ”นO Allah, Purify my heart and purify my soul.
๐Ÿ”นO Allah, Bless me with happiness in this dunya and Akhirah, protect me from misfortune, sadness & depression.
๐Ÿ”นO Allah, Favour me with the ability to do tazkiyah of my soul and nafs throughout my life journey.
๐Ÿ”นO Allah, Remove the love of this world in its degrees & forms from my heart.
๐Ÿ”นO Allah, Invite me to Your House to worship You alone
๐Ÿ”นO Allah, Ya Rabb, grant me a good end. Make me love to meet You and You love to meet me and be pleased with me.
๐Ÿ”นO Allah, Make my grave & barzakh a peaceful, cool abode.
๐Ÿ”นO Allah, Grant me melodious recitation of the Quran as companion of the grave.
๐Ÿ”นO Allah, Grant me Your Shade of the Arsh on Yawmul Qiyaamah
๐Ÿ”นO Allah, Give me my record of deeds in my right hand and make my mizaan (scale) heavy with the good deeds
๐Ÿ”นO Allah, Grant me the favour to drink from the Hawd Al Kawthar very near Our Beloved Rasululallah (Sallallaahu Alaihi Wassallam) 
๐Ÿ”นO Allah, Quicken for me the crossing of the Pul Siraat  (bridges before Paradise)
๐Ÿ”นO Allah, Favour me O Rabb, the ultimate bliss of seeing You in Hereafter

๐Ÿ”นO Allah, Shield, increase & protect the love/mercy/barakah between me & my spouse and families & friends for as long as we live & be reunited together in the hereafter. 
๐Ÿ”นO Allah, Improve our behaviour with each other.
๐Ÿ”นO Allah, Reward my spouse Your best reward for her/his striving for the family.
๐Ÿ”นO Allah, Make the Quran & Your Commands be our guide and judge in all our matters and adhering to the Sunnah Of Nabi Sallallaahu Alaihi Wassallam in all expects of our lives. 
๐Ÿ”นO Allah, Strengthen our practice of the deen together.
๐Ÿ”นO Allah, Make us join together, reunite in bliss in Jannat al Firdaus with all our Loved ones. 

๐Ÿ”นO Allah, assist us with physical & emotional strength to be a good parents & example to our children.
๐Ÿ”นO Allah Save our children from the impact of our mistakes in their own lives.
๐Ÿ”นO Allah, Increase us in righteous children.
๐Ÿ”นO Allah, Make our children the coolness of our eyes and make them thawaab jaariya for me & my spouse .
๐Ÿ”นO Allah, Protect my family from evil, calamities, enviers & the shayaateen from man & jinn.
๐Ÿ”นO Allah, Protect our children from harm, sicknesses, disbelief, haraam and destruction.
๐Ÿ”นO Allah, Grant our children success in both worlds.
Ameen Ya Rabb


cnp

Saturday, August 2, 2025

Setenang air kolam




 

terkadang
perlu sadar
antara fantasi atau realiti

yakinlah
di mana pun
kita tetap ada dan bertanggungjawab 

time to healing

Tuesday, June 17, 2025

Tragedi UPSI:Takdir Allah terindah


Bas itu…
Sepatutnya dipandu oleh abahnya
Tapi malam tu, abahnya tak dapat bawa, sebab kena hantar anak-anak ke KL. 

Maka digantikan dengan pemandu lori yang baru sahaja masuk jadi driver gantian.

Dan malam itu…
Bas itu terbalik.

Di tempat  lain pula, ada seorang pelajar , yang terlambat 10 minit .
Lalu pada malam itu, bas pun berlalu pergi tanpa dia.

Mungkin masa tu dia menangis. 
Rasa kecewa. 
Rasa terkilan sebab tak sempat naik.

Tapi siapa sangka…
10 minit itu sebenarnya yang menyelamatkan nyawa dia.

Bila kita renung balik , kita nampak betapa semua ini bukan kebetulan.

Allah yang atur setiap detik.
Setiap siapa yang naik, siapa yang tak sempat.
Siapa yang bawa, dan siapa yang tak jadi bawa.

Hinggakan siapa yang duduk seat kiri, siapa duduk seat kanan, siapa duduk depan, siapa duduk belakang juga memberi kesan berbeza pada impact pelanggaran.

Namun… ini bukan bermakna mereka yang pergi itu tidak bernasib baik.
Sama sekali tidak.

Sebenarnya, Allah telah pilih mereka.
Kerana itulah hari yang Allah sudah tetapkan sebagai hari pulang mereka.

Hari yang sudah tertulis dalam Lauh Mahfuz bahkan sebelum mereka dilahirkan lagi.

Dan mungkin…
Mereka lah yang pergi dalam keadaan paling tenang.

Ada yang sedang tidur.
Ada yang tidak sempat rasa sakit.

Pulang di usia muda, lalu terselamat dari fitnah dan godaan dunia yang semakin dahsyat ini.

Mungkin itulah sebaik-baik penutup untuk mereka.
Suci. Redha. Terpelihara.

Dan pada pemandu bas gantian malam itu, pasti ada trauma yang menghimpit. 

Mungkin ada teguran dari Tuhan bukan untuk dia semata tapi untuk kita semua pengguna jalan raya yang kadang juga leka atau memandu sesedap rasa.

Dan abah yang sepatutnya bawa, pasti kerana  belum masa dia.
Allah masih beri peluang untuk menambah amal, menebus dosa, dan terus memberi kasih kepada keluarga.

Inilah Qada’ dan Qadar..
Rukun Iman keenam yang kita harus percaya…

Setiap orang yang pergi, yang tinggal, yang tertinggal, semuanya sedang berada dalam takdir terbaik yang Allah pilih untuk mereka.

Ya Allah…
Ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi.
Tempatkan mereka dalam kalangan hamba yang Engkau kasihi.
Dan kuatkan hati semua keluarga yang sedang merawat luka.

Dunia cuma tempat singgah… 
Bukan tempat tinggal, tapi hamparan mengumpul amal.

#AlFatihah buat semua mangsa tragedi bas ini.
#UPSIMalaysia
CnP

Korban 2025 @India



Alhamdulillah
Sempurna korban 2025
India jadi pilihan
Di hari raya ke 3

terima kasih adzan

Sunday, June 8, 2025

nahas UPSI

 9/6/2025, 0100 am

tragedi kemalangan bas mengejutkan

seramai 15 penumpang mati dan beberapa orang lagi cedera

mereka adalah para pelajar UPSI yang sedang pulang ke UPSi seleps cuti raya korban


benarlah

kita sering diekori dengan kematian

apa yang belaku hanyalah asbab musabab

yang pasti janji ALLAh itu benar

dan setiap kita akan merasai mati.


wallhu aklam


Tuesday, June 3, 2025

Elly 1205_2025


                                                         
                                                terima kasih elly 

Dia nak bagi juga, katanya mana aci jamu kek saja. Kita makan bersama pastu habis gitu shaja.

nah...ini untuk akak
sebakui 
Kali ni bertakhta bunga orkid dan koleksi foto 
sentuhan jemari yang tersusun atur
MasyaAllah tabarokallah... 
kreatifnya 

tapi kak sebenarnya saya nak beri ini
hah apa lagi???

adalahh...

Terima kasih adikku elly 
Agaknya selagi blm berakhir Mei, selagi itu belum berakhir dirai. SEDANGKAN KITA ni sama bulan kan.. JARAK cuma seminggu  elly 6.5.




***
Simpulan kisah
1305
Strategik Alina menjadi, mengajak saya makan petang  kat luar sekejap. Dijemputnya elly kunun nak join. Seketika dalam Mazda X5 tu dah ada aisya adik manis yang pandai memasak. meluncur pula ke Wisma TV, wanie turut serta.
Saya berpesan berkali-kali, cukup kawasan sekitar pejabat sahaja kerana saya sedang bekerja  dan keluar makan dengan izin bos saya. 


Makan besar dengan duta abu dhabi di Restoran Khan. Roti nan cicah dengan masakan kambing massalla sangat sedap dan enak sekali. Macam2 cerita hinggap di telinga bila sesekali bertemu.
Seketika, ruang yang luas dihiasi dengan lagu Happy Birthday dan kek bertatah kasih dibawa masuk dan diletakkan di depan mata. 

terharu dan tergejut
dalam kesibukan
mereka masih anjakan masa
untuk meraikan hari kelahiran saya
TERIMA KASIH ALLAH

pinjamkan usia saya lagi
untuk disyukuri bersama sahabat semua.
TERIMA KASIH ALLAH
hadirkan sahabat yang baik
mereka ada untuk kita bersama

terima kasih kepada Alina, Wanie, Aisya, dan Elly
1305 kita cipta bahagia bersama
  

Langitkan doa

Semakin sedikitnya doa yang kita langitkan, pertanda semakin sedikitnya pula kita bergantung pada DIA. Biasakan berdoa pada semua keperluan dan urusan, agar DIA sayang dan cinta.

Bukankah seseorang yang cinta dan sayang itu pasti akan memberikan segalanya untuk yang dicintai? Apatah lagi ALLAH, pemilik dunia dan isinya.

 credit Foto : shahmi

Tentang kakaku SITI KHADIJAH

Ketika kakakku masih bersama lagi, kami menyaksikan sendiri bagaimana anak2 melayannya dengan penuh sopan.  Mencukupkan keperluan semasanya. Tone suara yang rendah dan mengiyakan apa kehendak kakak. Anak-anak bergilir mengurusnya dan tidak membiarkan bonda mereka sendirian. Setiap langkah bonda pasti akan diekori supaya selamat. Apabila  ujian sakit dan memerlukan rawatan, mereka jugalah yang akan menemaninya. Memastikan apa yang bonda makan dan minum bersih dan cukup zatnya.

Terima kasih along, anak sulung yang paling rapat dengan kakakku. Along bijak berbagi waktu diantara tanggungjwapnya di sekolah dan rumah juga melayan almarhumah bonda dan ayahandanya. Terkadang makan minum dan tidurnya di ketepikan bagi memberi keselesaan pada syurga hatinya. Along melayan bonda dengan penuh kasih sayang. Hatta satu hari tu, saya meminta along, ketipkan kuku ibu tika ibunya sedang tidur. TAPI along tak nak sebab menggangu ibu tidur dan takut sakit jika terkepit isi kuku.  Allah mulianya along. Along meminta izin dulu baru dia memulakan ketip kuku semasa ibunya telah bangun. 

Bang Ngah@Don anak soleh yang kehadapan mengimami solat jenazah bonda tempuhari. Don(Ahmad Husaini) adalah panggilan manja saya kepadanya  mengambil ibrah dari zikir marhaban yg sering almarhum ayah lantunkan ketika melayan mereka waktu kecil. Muhamadon..ya nur aini.. 

 Hati mana tak remuk bila bonda yang ditatang diundang di awal pagi tanpa diduga. Saya menyaksikan sendiri bagaimana tenaga mudanya menggunakan kekuatan fizikal untuk mengurus bonda. Dia akan mengendung bonda dengan penuh kasih sayang. Dia jugalah yang menjadi orang tengah atau jurubicara bila berurusan dengan doktor. Bak kata don pada saya, chu kesiannya don tengok masa doktor nak pasang tiub melalui hidung ibu... Sakit dan lebih dua kali tak boleh. Ibu pun mcm sakit sangat  tapi apa yg keluar dari mulutnya ketika menahan sakit  Don cuba memberi teka teki pada saya. 

 ALLAH 
LAILAHA ILLAH
ALLAHUMA SALLY ALA MUHAMMAD

Kak...mengajar daku
tatkala sakit, bukan beradoi, bukan menyalahkan 
tapi membenarkan yang ini juga qada ALLAH
untuk membaiki dosa dan pahala kita
kerana kita adalah manusia yang paling lmah dan sentiasa berbolak balik iman.
wallahu aklam