sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Monday, December 7, 2020
Air nyok muda
Saturday, December 5, 2020
Kerna
Friday, December 4, 2020
Rezeki kita tak sama
![]() |
| Trenggg.... 💗💗💗 |
![]() |
| Bekasnya pun kemas |
![]() |
| Test dulu katanya😍😘 |
Saturday, November 21, 2020
Hargailah Umur tua
Monday, November 16, 2020
Saturday, November 14, 2020
Cukuplah
Mykaw
|
Alhamdulillah urusan pun cepat dan mudah. Cuma bayar kos rm 150 untuk road tax dan insuran. Saya sayang KAW Kerana KAW Hanya satu Alhamdulillah KAW Masih sama Biarpun ayah tiada lagi. 11112020 |
Wednesday, November 11, 2020
Pahala
Hanya yang pernah kehilangan akan memahami makna ketiadaan.😭 Missing❤️
Seketika saya di Mesrahome, adik ina dtg bersama secebis kenangan. Ini adalah kali pertama kunjungannya bersama sumbangan pampers utk nenek-nenek kita di mesrahome.
"Banyaknya dik.." Kata saya.
'Kak..doakan ayah saya ye kak. Ayah meninggal pada 1.11.2020. Dan ini saya hadiahkan dan pahala ya buat ayah saya ye kak. Allah robbi' . Saya faham situasi itu... Menyebut meninggal pun tak sanggup inikan pula mati. Pergi tak kembali... Saya menerima bagi pihak Mesrahome sumbangan ni dengan lafaz jazkillahu khaironnkasiro. Semoga dicucuri rahmat atas almarhum ayahmu dan digolongkan di kalangan solehin.
Terima kasih juga sudi membeli buku Bisikan Hati AKU Penjaga Nenek. Ku lakarkan kisah indah dan salam kasih sayang untuk dik. Semoga kita jadi anak yang membahagiakan family.
Catatan KK 12112020
Tuesday, November 10, 2020
Malam
Saturday, November 7, 2020
Indah di mata
Ya.. Warna hijau yg mendominasinya.
Kenapa hijau.. Sebab hijau kesukaaan Rasul kan?? Sebab hijau juga warna alam. Alhamdulillah..
INI adalah di antara kenangan yang diterima seketika bersama team sahabat srikandi. Dan yg terindah lagi.. Ia adalah hasil daripada penyumbang yg budiman. Mereka berebut untuk sama sama memberi..
Oh ya ada lagi tu... Dua helai jersi rasmi yang digunakan sepanjang aktiviti amal juga dari insan budiman.
Eh ada lagi nie..
Nahh ber'base'kan honey, kit penjagaan diri juga merupakan sumbangan. Ohh memang lengkaplah pakej wanita.. Dari wanita untuk wanita.
Baik betui hati budi mereka yang 'memiliki'. Tak pernah berkira-kira memberi tetapi sentiasa merebut peluang.
Masa ni terdetik di hati... Apa yang mampu saya beri pula untuk melancarkan program ni..memadaikah dengan hanya berbekal tenaga tua. Tapi bukan itu yang didambakan oleh sahabat srikandi ini. Ukhuwah dan jalinan kemesraan yang tersimpul disatukan dengan satu niat.. Buat kerana Allah dan kita adalah khalifah yang melaksanakan amanah.
Alhamdulillah
Secebis kenangan jika diabadikan menjadi sejuta makna. Kita belajar dari kehidupan dan saling melengkapkan.
Terima kasih Allah hadirkan sahabat yang baik di tempat yang baik. Semuga legarsi ni berkembang mekar dan kekal selamanya
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para penaja sahabat srikandi untuk melaksanakan aktiviti. Nampak keseragaman dan seiringan menggalas tanggung jawab.
Nak juga saya sebutkan nama mereka sebagai satu memori bersama. Terima kasih utk sahabat srikandi sendiri yakni kak pah (Natipah Abu), a ZeeZainal, Lynn hijab, Alya, Ezaly, Pn Jun, Leez Honey, linda Florist, Mieza SPA, juga Amiey Prisma Optometrist juga kepada yang tak saya kenali secara langsung dan tak langsung. Allah curahkan ganjaran pahala buat kalian.
Ini pula cenderahati daripada KP. Saya suka dan ada kisah disebaliknya. Terima kasih kepada semua. Hanya Allah yg layak membalasnya jua.
alhamdulillah
Tuesday, November 3, 2020
Sahabat Srikandi bersama Aziz owesome
Kami meneruskan perjalanan ke Jerantut. Sasaran kami ke Desa Bina Diri Jerantut (DBD). Lokasinya agak terpencil dan mengambil masa lebih kurang dua jam dari bandar Kuantan, Pahang. DBD memberikan penjagaan , perlindungan dan pemulihan kepada yang 'layak'. Ia juga bagi menyesuaikan diri mereka dan dapat mengintegrasikan mereka kembali ke masyarakat. Ia berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Di DBD Jerantut ini Sahabat Srikandi telah bertemu saudara Aziz seorang mualaf ' anak istimewa'. Kisahnya dikongsi berkali-kali di FB Natipah Abu. Aziz pernah tinggal di Rumah Perlindungan Bedong, Kedah. Usaha pencarian keluarganya berjaya dengan bantuan media massa dan FB kak pah sendiri. Tetapi ada kisah luka yang menghantui dan dia trouma.
Akhirnya Aziz ditangkap pihak berwajib kerana 'merayau hingga ke Perlis' dan mengikut undang-undang beliau ditempatkan di DBD ini. Secara perjanjian juga K pah telah memperakui dirinya sebagai waris dan bertanggung jawab atas segala urusan berkaitan Aziz selama dia berada di sini. Kehadiran Kak Pah juga bagai seorang kakak merindui adiknya. Kami menjadi saksi kegembiraan mereka . Mereka bertanya khabar setelah hampir setahun tak bertemu. Menurut kak Pah untuk lawatannya kali ini, jelas nampak perubahan Aziz. Dia agak ceria dan mahu berbual. Selain dari faktor fizikalnya, dia juga berkomunikasi dengan jelas dan dapat menghafal beberapa ayat lazim sebagai kemudahannya untuk solat. Waktu makan ubat yang berjadual dengan peraturan disiplin telah merubah kebiasaanya.
Apa yang menarik tentang Aziz ialah radio. Beliau suka mendengar radio bersama kawan-kawannya. Permintaannya telah disempurnakan walaupun kami menghadapi kesukaran mencari kedai yang menjual radio. Menurut kak Pah lagi, ini bukanlah kali pertama Aziz minta dibelikan radio. Ketika diserahkan radio , dia begitu teruja. Ia seperti seorang kanak-kanak yang tak sabar untuk bermain bola setelah diberikan sebiji bola. Matanya tertumpu pada radio dan tidak kisah dengan pertanyaan kak Pah. Dari segi bentuk fizikal, usianya sekitar 50an tetapi perangainya seperti kanak-kanak. Kadang kita juga turut ketawa dengan aksinya yang mencuit rasa
Kami memberi masa untuk Kak Pah dan menyaksikan sendiri bagaimana kak Pah melayan seperti seorang emak yang bertanya khabar anaknya yang tinggal di asrama. Penuh dengan kasih sayang dan senyuman . Secara undang-undang kak pah adalah pewaris terdekatnya sekiranya berlaku sesuatu. Dia juga tak mahu lagi kembali kepada keluarganya yang berbeza agama.
En. Riduan yg ceria menemani kami.Sebelum mengakhiri pertemuan, kami diberitahu bahawa Encik Riduan selaku Pegawai bertanggungjwab di DBD ini akan melanjutkan pengajiannya ke sebuah universiti di Bangi. Ini satu berita sedih kerana sepanjang sejam kami di sini, dialah yang mengiringi kami. Dia sangat ramah dengan pelatihnya. Apa yang menarik tentangnya lagi, Dia mengasingkan wang RM1 di koceknya dan akan memberikan kepada pelatih yang baik dan meminta wang darinya. Katanya ini adalah cara untuk berkongsi rezeki dan berbuat baik. Beliau seorang yang mengamalkannya. Aziz juga ada mengucapkan sayangnya kepada En. Riduan bila diminta memilih antara kak Pah maupun En. Riduan. Jelas sekali pelatih pun suka dengan bos mereka
Aziz pula meluahkan permintaan agar jangan lupa celebrate birthdaynya dengan KFC tahun hadapan.. Wow hebat permintaannya . Kami mengiyakannya namun ia bergantung kepada keadaan semasa kelak. Terima kasih Aziz dan sahabat Srikandi yg.menyantuni warga oku.
Moral of story
1) aziz adalah insan pilihan Allah. Seorang insan istimewa. Apa yg dihadapinya adalah peluang untuk kita membantunya
2) usah bertangguh. Antara kita tiada pun jaminan Hidup untuk selamanya. Berbuat lah kebaikan dan bantulah mereka yg memerlukan
3) usah berkira-kira dalam perhubungan. YANG PENTING ADA BATASAN dan jaga akhlak. Siapa pun mereka tetap saudara seagama kita.
4)jika bukan sekarang bila lagi.. Life is too short.




























