Thursday, August 20, 2020

Salam Maal Hijrah




Selangkah meninggalkan 1441H
Lembaran baru dibuka kini
1442H

Detik masa dan pengalaman
Telah mengajar kita
Hidup perlukan perjuangan    usaha, ikhtiar dan tawakal. 
Kunci kebahagian




Tuesday, August 18, 2020

Terjaga

Tidurku bagai terganggu
Ahh.. Persetankan
Inilah mainannya setan. Kenapa nafas turun dan naikku sebegini cepat...macam berada di trak. Apa bencana nii.. 


Ya  tapi tetap tak dapat ku lelapkan mata. 

Hakikatnya... Sy dikejutkan Allah kerana saya dalam status bekerja... Mencari sesuap dua rezki untuk hidup dan berkongsi kepada yg berhak. 
Tidur saya takkan sama dengan Orang lain. Tidur yang bertilamkan dan berbantal pillow. Di ulit mimpi indah  dan bermain dgan kekasih hati. 

Tapi tidur saya hanya tidur tidur ayam. Mengeleng ke kanan kiri, terhantuk dek meja di depan mata. Bertongkatkan siku dan berlengankan untuk menampak enaknya lena

Beginilah nasibnya seorang hamba yg bertugas shif. Iyala sebagai kuli, saya harus terima kenyataaan..  tak dapat dok selesa macam orang lain. Saya harus berkerja.  Dan saya harus bekerja kerana Allah. Rezki diperolehi bukan sahaja untuk saya tapi juga untuk dihadiahkan kepada family dan utk dikongsikan kepada orang lain.

Saya tak perlukan harta yang mewah untuk Hidup. Saya syukur dengan apa yg dianugerahkan Allah. Saya mohon dikekalkan nikmat sihat dan dianugerahkan Rezki berterusan. Saya dapat memberi sumbangan setiap hari dan boleh gembirakan family. 

Syukur.. 
Dapat juga berqiamulail.. 
Dapat bertahajud sepuasnya
Saya cuma perlu ruang waktu
Untuk berbisik Dengan Allah

Hanya Dia sentiasa ada dan tahu keperluan diri saya
Terima kasih Allah

Terima kasih Allah
Maafkanlah saya 
Terimalah Ibadah saya setahun yg lalu.. Dan setahun akan datang... 
Ya robbb


Sehari sebelum Muharam
349am





Salam Awal. Muharam

*_Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh_* 😇

29 Zulhijjah ialah hari terakhir dalam tahun 1441H.
 
Banyak kenangan yang Allah SWT telah beri untuk kita.

Menangis, ketawa, suka duka... semuanya hanya ujian.

Maafkanlah saya jika ada terguris hati dan marah.

Juga salah khilaf sama ada sengaja atau pun tidak. 

Tanpa niat kekadang terlepas kata tanpa diri sedar.

Yang buruk dari saya namun yang baik dari Allah SWT.

Semoga kita dilindungi daripada wabak Covid-19!

_HATI SEPERTI KACA 👉 Usah bagi retak._

_AKAL SEPERTI AIR 👉 Usah bagi kering._

_IMAN SEPERTI DEBU 👉 Usah bagi hilang._                     

_PERSAUDARAAN SEPERTI TALI 👉 Usah bagi putus._

*DIHARAPKAN AGAR TAHUN 1442 HIJRAH MENJADIKAN KITA INSAN LEBIH BAIK.*

 *_AAMIIN YA RABBAL 'AALAMIIN_...* 😇

Salam Awal Muharam & Happy New Year 1442 🎊
(dalam suasana norma baharu)




Sunday, August 16, 2020

Mencetak guru

 

di sinilah bermulanya proses pembelajaran

gedung melahirkan guru dan guru-guru

Melakar memori tersendiri


Dialah guruku

Mengajar 

tika usiaku 11 tahun

Juga diusia 14 tahun


Sukarnya jadi adik cikgu

Kena denda melebihi orang lain

Tapi tak dendam

Itulah hikmahnya belajar dan berguru. 



Tmkash kak aka cikguku


Dan di ti

Sakit


Saat dijentik
Ku tewas jua
Nangis dalam syahdu
Ku perlu kesembuhan
Ya robb

Ikhtiar ku sahut
 merawat  diri
Pedih yang mencengkam
Ku harus sihat
Ya Robb


Muhasabah
Sakit itu tanda sayang NYA
Ku  juga sayangNYA
Ku harus redza
Muga dosa semalam dapat dijernihkan
Dengan ujian ini

Ubat 
Hanya asbab
Pembakar semangat
Sebagai bukti
usaha bukan menyerah

Terima kasih
Ya RObb

Doakan sakitku seketika cuma
Bakal beroleh dapat kesembuhan jua. 

16/8/2020

Wednesday, August 12, 2020

Menangislah

Biarlah kita menangis kerana kesilapan kita, 

Biarlah kita menangis kerana amalan kita.

Biarlah kita menangis kerana dosa2 kita. 

Sesungguhnya airmata penghapus segala dosa2 kita. 

Sujudlah dan berdoalah pada Allah SWT agar kita tenang dalam menghadapi Ujian dr Nya. 🤲


raudah
                                                    rindunyA BERTAMU DI RAUDAH

Sunday, August 9, 2020

Air tangan family kita

Sedap sampai laa

Ni yg dibekalkan oleh kak Cik,kakak sulung saya. Menunya char keowteow, cucuq jagung& kucai dan buah nenas. MAU TAK MAU, dah siap sedia anak saudara saya telah packing. 😋Terima kasih nurul. Memang anak menakan saya mewarisi air tangan kakakku... Sedapnyaa  masih terasa.. 

Opp rindu cucu ku pula. Mana di mana ainul mardhiah..??


seketika di Puncak Geuruie

Tersangatlah cantik permandangan di puncak Geuruie ini.
Macam kita dok tengok dalam gambar dan poskad.
Membiru dan menghijau. 

Masa ni terpikir apa ye...
Subhanallah 
Alhamdulillah
ALLAH 
Terima kasih Allah rezkikan saya utk sampai ke puncak dalam Misi Meulabuh Aceh. 


bila turun dan sampai di bawah
kita berjemaah posing sat. Masya ALLAH dah sampai ke Acehjaya kita. 
Berpijak di bunyi nyata....


hentian



Perjalanan 
Pelayaran
KAN TERHENTI
di kota pelabuhan
 bila

10/8/2020

Saturday, August 8, 2020

jadilah diri kita

Perkara menjengkelkan yang kita perlu buang dalam kepala:

1. Jika ada yang benci kita tanpa kita tahu sebabnya, kata kepada diri: “hal dialah nak benci aku, aku tak benci aku. Aku sayang aku.”

2. Jika ada yang tak suka kita tanpa kita tahu sebabnya, kata kepada diri:  “hal dia nak tak suka aku, aku ok dengan diri aku sendiri, tak buat apa, tak berdosa dan tak ganggu dia.”

3. Jika ada yang tak pedulikan kita tanpa kita tahu sebabnya, lantakkan kita, cakap ini: “Syukurnya. Pasti Allah yang campakkan dalam hati masing-masing untuk menjauh. Pasti ada hikmah.”

Tak perlu terhegeh-hegeh ke sana ke mari nak cari jawapan. Banyak lagi benda penting nak fikir dan fokus. 

Kita yang bayar bil kita sendiri. Baik tumpu kepada pembangunan diri dari buang masa fikir perkara yang kita sendiri tak boleh kawal.Kita ubah cara berfikir, kita jauh lebih kuat dari itu.



Ingat ini, orang nak buat jahat ke kita, kita sabar. Jangan lawan. Kita terus buat baik. Kadang-kadang dengan jalan terus, fokus dan tumpu kepada hal-hal positif dan membangunkan diri akan buat diri jauh lebih selesa, tenang dan lelap tidur. Itu jauh lebih mustahak. 

Terus buat baik ok.  Bangkit gais! Bismillah.





Kredit :Khairul Hakimin Muhammad
💪