Ahh.. Persetankan
Inilah mainannya setan. Kenapa nafas turun dan naikku sebegini cepat...macam berada di trak. Apa bencana nii..
Ya tapi tetap tak dapat ku lelapkan mata.
Hakikatnya... Sy dikejutkan Allah kerana saya dalam status bekerja... Mencari sesuap dua rezki untuk hidup dan berkongsi kepada yg berhak.
Tidur saya takkan sama dengan Orang lain. Tidur yang bertilamkan dan berbantal pillow. Di ulit mimpi indah dan bermain dgan kekasih hati.
Tapi tidur saya hanya tidur tidur ayam. Mengeleng ke kanan kiri, terhantuk dek meja di depan mata. Bertongkatkan siku dan berlengankan untuk menampak enaknya lena
Beginilah nasibnya seorang hamba yg bertugas shif. Iyala sebagai kuli, saya harus terima kenyataaan.. tak dapat dok selesa macam orang lain. Saya harus berkerja. Dan saya harus bekerja kerana Allah. Rezki diperolehi bukan sahaja untuk saya tapi juga untuk dihadiahkan kepada family dan utk dikongsikan kepada orang lain.
Saya tak perlukan harta yang mewah untuk Hidup. Saya syukur dengan apa yg dianugerahkan Allah. Saya mohon dikekalkan nikmat sihat dan dianugerahkan Rezki berterusan. Saya dapat memberi sumbangan setiap hari dan boleh gembirakan family.
Syukur..
Dapat juga berqiamulail..
Dapat bertahajud sepuasnya
Saya cuma perlu ruang waktu
Untuk berbisik Dengan Allah
Hanya Dia sentiasa ada dan tahu keperluan diri saya
Terima kasih Allah
Terima kasih Allah
Maafkanlah saya
Terimalah Ibadah saya setahun yg lalu.. Dan setahun akan datang...
Ya robbb
Sehari sebelum Muharam
349am

No comments:
Post a Comment