Monday, May 11, 2020

1205 misi kita

Hadiah buat diri
Ertikan syukur
Pada terakhir ramadan
Mulakan.. 
Bismillahirohmanirohhim

๐ŸŒน❤️๐ŸŒน❤️๐ŸŒน❤️๐ŸŒน

*Task 10 Malam Terakhir Ramadhan*

Bermula Selasa malam Rabu
20 Ramadhan, 12/5/2020.
Jom rancang dari awal.

Selepas solat Isyak, terus laksanakan ikut urutan di bawah๐Ÿ‘‡

1. *Solat Sunat Ba'diyah Isyak 4 rakaat.* Cara dan fadhilatnya lihat link ini๐Ÿ‘‡( 1 rakaat bersamaan dengan 30,000 rakaat. 4 rakaat solat bersamaan dengan 120,000 rakaat)
https://youtu.be/OpyvSBKO2t0

2. *Teraweh*

3. *Solat Taubat*

4. *Solat Tahajud* (boleh dibuat awal jika risau tak sempat tahajud di sepertiga malam. Jika dah tahajud, dan terjaga lagi 3@4pagi, boleh buat tahajud lagi dan tak perlu witir. Tahajud di sepertiga malam lebih afdhal)

5. *Solat Witir*

6. *Istighfar 100x* (Allah akan kurniakan hujan, harta, anak pinak, kebun-kebun yang mengalir sungai-sungai. Tafsirannya adalah rezki yang mengalir tak putus-putus.

7. *Selawat 100x* ( 1x Selawat, Allah Selawat 10x bermaksud 10 rahmat diturunkan ke atasnya dan malaikat memohon keampunan untuknya sebanyak 10x, 100x = 1000x)

8. *Al-Mulk* 1x (Fadhilatnya terselamat dari siksa kubur)

9. *Al-Waqiah* 1x (Tidak akan miskin selamanya)

10. *Baca Quran* dan Makna ( Pahala 1 huruf = 10 pahala. Baca Alif, Lam, Mim = 30 pahala)

11. *Sedekah Duit/Infak/Wakaf* ( Rezeki digandakan hingga 700 kali ganda)

*Pilihan*

a) Transfer ke akaun penerima seperti sedekah pada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, orang miskin, anak yatim atau sesiapa saja asalkan dibuat pada waktu malam.

b) Jika tiada akaun transfer, masukkan duit dalam sampul dan masukkan dalam peti surat penerima pada malam yang sama. Maklumkan padanya melalui wasap. Paling dekat sedekah untuk jiran tetangga atau anak-anak jiran serendah RM1. Tidak mengapa sedikit asalkan penuh ikhlas. RM1 x 30 Hari x fadilat 1000 bulan = Rm30,000). Ini jika Rm1. Jika RM10? Jika RM100? 

c) *Infak atau wakaf surau, masjid, pam air boleh* Lihat link ini๐Ÿ‘‡

https://serantaumuslim.onpay.my/

Serantau Muslim tidak ambil 1 sen pun keuntungan dari sedekah anda. Semuanya disalurkan 100%

12. *Zikir* 

a) *Subhanallah 100x* (Ganjaran separuh timbangan)
b) *Alhamdulillah 100x* ( Ganjaran Seluruh Timbangan)
c) *Allahu Akbar 100x* (Ganjaran memenuhi langit dan bumi)
d) *Laa ilaaha illallah* (Wajib Syurga baginya)
e) *Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil aziimi 100x* ( Beratkan timbangan Mizan di akhirat dan 124,000 kebaikan akan dituliskan)
f) *Laahaulawalaa Quwwata illa billahil aliyyil aziim 100x* ( Seperti menanam tanaman di Syurga  untuk yang membacanya)
g) *Laa ilaha illallah al malikul haqqul mubin 100x* ( Rezeki mengalir deras)
h) *Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzoolimin 100x* ( Allah akan keluarkan kesusahan dari hidup kita)
i) *Hasbunallah wanikmal waqeel, nikmal maula wanikmannasir 100x* ( Pergantungan kepada Allah = Tawakkal = Allah akan berikan rezki yang tidak disangka-sangka)

13. *Sedekah al-Fatihah* 
Untuk diri sendiri 1x
Untuk Suami/Isteri 1x
Untuk Ibu 1x
Untuk Ayah 1x
Untuk Seluruh Umat Islam sama Ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia 1x ( Bayangkan kita sedekah hanya bacaan al-Fatihah tetapi kepada jutaan penduduk Islam dunia selama 84tahun)

14. *Ayat Qursi 3x* ( Merupakan ayat Allah paling Agung dan syaitan tidak dapat menghampiri hingga pagi)

15. *At-Takatsur 10x* ( Bacaan 1 surah seperti membaca 1000 ayat Al-Quran)

16. *Al Ikhlas 39x*
Niatkan setiap 10x utk bina Syurga mak, ayah dan diri sendiri dan setiap 3x untuk pahala seperti khatam al Quran buat mak, ayah dan diri sendiri
( 10x baca = Allah bina sebuah mahligai di Syurga)
(3x baca umpama khatam 1 Quran)

17. *Zikir Ya Ghani, Ya Mughni, Ya Razzaq, Ya Fattah 100x* 

18. *Baca Doa Khas Malam Lailatul Qadar*

19. *Doa apa saja yang dihajatkan*

20. *Dengar 1 majlis Ilmu* (5-10 minit atau lebih) Majlis ilmu adalah taman Syurga walaupun dari kaca tv atau youtube. Malaikat menghamparkan sayap bagi mereka yang menuntut ilmu hingga ke langit dunia. Jika ilmu itu diamalkan dan disebarkan akan menjadi pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia.

Bilangan zikir 100x hanya cadangan. Boleh buat setakat yang mampu. Jika dilebihkan lebih baik.

Pastikan diusahakan buat sebelum tidur setiap malam selama 10 malam terakhir ini. Insha-Allah tiada pilihan lain melainkan setiap amalan kita akan jatuh juga pada malam Lailatul Qadar.

 Allahumma aameen ☺





Sapaan kita



Selamat pagi dunia
Masih ada sisa usia


Pkpd
Ayuh stayathome


12052020
Untuk di syukuri


Misi Roti Naan



Misi pencarian belum berakhir
Naan yg sedap
Pernah dinikmati
Namun tiada hari ni


Tak salah mencuba
Rahsia rezki buat peniaga
Hari ni kita merasa
Ada rezki pakat merasa


 Tak perlu loket
Hanya duit poket

Rezki tak luak
Bencana tak ndak


Friday, May 8, 2020

Pandanglah dengan mata hati

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.




Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. 


Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.




Thursday, May 7, 2020

PKP1 ohh PKP




siaran tertunda

Terkesan dengan PKP, bisness online semakin femes. Di kawasan perumahan saya, jualan ikan dari Kota Kuala muda pun turut diadakan. Pelanggan hanya perlu isi borang online dan runner akan hantar ikan . Kita just  standby di rumah

alhamdulillah RM 20  untuk 3 kilo. Apa lagi bila dah dapat ikan segar bugar ini, Pilihan yang ada ialah dengan menyiang dan buat paking sikit sikit untuk kemudahan masa depan. Misi selesai dan hati pun girang. HAr5i-hari makan protin. Di jamin selamat dan sihat

Rahsia PKP , masing masing boleh tafsirkan mengikut sendiri. Bagi saya syukur alhdmulillah PKP mengajar kita menghargai nyawa dan belajar jaga kejiranan. Jika ada jiran yang perlukan bantuan, sama ada keperluan asas atau kehendak akan saya penuhi. Sebagai ketua kelurga diri sendiri saya bebas untuk keluar berurusan . Hati saya bahagia bila dapt menghulurkan bantuan biarpun nilainya cuma terima kasih dan sekuntum ucap terima kasih dan terharu.

Selagi ada daya , saya akan cuba bahagiakan semua orang sekeliling saya. Semuga pahalanya dapat mengalir buat almarhum emak ayah saya juga. Merekalah yang mengajar saya untuk berbuat baik dengan semua orang dan hargailah kebersamaan kita.

8/5/2020
622 am

Lumrah hidup


Ada masa di mana kamu akan jatuh sendirian. Barangkali kerana kehidupan dan ujian. Biarpun begitu, jangan pasrah sahaja. Bangkitlah selagi mampu. Meskipun lututmu terluka, atau sikumu berdarah dan matamu basah dengan air mata.


Moga semua berada dalam jagaan Allah

#Kitajagakita

Wednesday, May 6, 2020

Buat baik berpada


Biasanya seribu kebaikan hanya di ingat 5 minit 
tapi 
Satu kejahatan diingat selamanya



foto ingat mati

Teguran

#Nota 

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang- kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain.
Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. 

Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi,
kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, 

"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain."

Seharusnya beginilah resam kehidupan kita.
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri.

Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. 
Cuba bayangkan anda bercukur misai atau berdandan tanpa bercermin. 

Bukankah susah? 

Bersyukurlah, kerana masih ada yang mahu menegur kesilapan kita.

Begitu lah.


Credit to safiudin mohd advis
4 may 2020

Thursday, April 30, 2020

Kita jaga kita


Ketahuilah kawan,
untuk menjadi yang terbaik tidak perlu menjatuhkan, menyingkirkan atau menghina orang lain. 

Cukup lakukan kebaikan yang lebih baik secara konsisten. 

Tak perlu berpura-pura baik demi dianggap terbaik.

Biarkan waktu yang akan membuktikan kualiti kita.

Permata akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap.

Begitu lah.


Salam kemaafan 

Tuesday, April 28, 2020

PKP angkara C19

BERMULANYA PKP FASA 4
29 April 2020

Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Takkan sesekali aku lupa, 


18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ŒPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar ramadhan tiada terawih di masjid.

๐Ÿ“ŒTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

๐Ÿ“ŒTiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun, tiada bunga api mewarnai mlm raya. 

๐Ÿ“ harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

๐Ÿ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

๐Ÿ“Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what's app. 

๐Ÿ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 

๐Ÿ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 

๐Ÿ“ Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lps hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 

๐Ÿ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

๐Ÿ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

๐Ÿ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Xtvt riadah dan bersenam dalam rumah. 

๐Ÿ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 

๐Ÿ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn kahwin online. 

๐Ÿ“Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

๐Ÿ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

๐Ÿ“Taman permainan kanak - kanak ditutup.

๐Ÿ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

๐Ÿ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

๐Ÿ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

๐Ÿ“Rak - rak di kedai menjadi kosong.

๐Ÿ“Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

๐Ÿ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

๐Ÿ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

๐Ÿ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

๐Ÿ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 

๐Ÿ“ Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 

๐Ÿ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

๐Ÿ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

๐Ÿ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

๐Ÿ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain


Kita semua adalah satu ! ❤️๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ❤️๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#stayathome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang

Monday, April 27, 2020

Pkp

*PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN*

Yang Kita Nampak
*******************
Pergerakan terbatas
Tidak boleh lagi ke sana  kemari. 
Duduk dirumah setiap hari. 
Tiada bekerja hanya kutip gaji. 
Yang berniaga terputus pendapatan. 
Gelandangan makin gundah gulana. 
Anak- anak semua diri umah. 
Tidak dapat lagi pergi bercuti apatah lagi membeli itu ini

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Allah beri kita luang masa bersama keluarga. 
Jika dulu susah bersua muka walau serumah. 
Yang bekerja Allah beri rehat untuk tumpu ibadah. 
Jika dulu selalu kata asik tak sempat. 
Yang niaga Allah sedang menguji keimanan untuk dinaikkan lagi darjat. 
Yang gelandangan Allah mahu dia tahu dia masih disayangi
Disediakan tempat sempurna  terurus segalanya. 
Allah tunjukkan mereka masih ada harapan. 
Menguji si kaya adakah sudi bersedekah. 
Anak2 sentiasa didepan mata bergurau bercerita. 
Yang pemboros sudah dapat berjimat. 

PKP RAMADHAN 

Yang Kita Nampak
*******************
Tiada lagi Bazaar
Yang menjual pelbagai juadah. 
Tiada laki bini berpimpin tangan
Tiada sibuk iftar di mana
Tiada lagi terawih di masjid.
Tiada laki bini kalut nak 8 
Tiada lagi beli belah
Untuk persiapan Raya. 

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Puasa itu untuk kita merasa seperti yang tiada. 
Bukan kenduri melayan tekak membazir dan berlebihan. 
Allah mahu kita hidupkan ibadah dirumah. 
Terangi rumah dengan Zikrullah. 
Allah rindu hambaNYA sekeluarga memujinya. 
Allah mahu kita insaf. 
Puasa bukan tentang pembaziran tapi tentang menghargai Rezeki. 
Manfaatkan apa yang ada. 

PKP -RAYA BAKAL MENJELMA

Yang Kita Nampak
*******************
Tidak  dapat lagi melaram baju sedondon. 
Tidak dapat laki bini pos raya
Tak dpt tempah biskut raya selagi jenis yang ada. 
Tiada anak tiada duit raya. 
Tiada lagi duit raya untuk diberi sebagai sedekah. 
Tidak lagi dapat balik ke kampung. 

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Raya itu tanda kemenangan selesai berpuasa. 
Bersyukur dan bersederhana dgn apa yang ada. 
Allah mahu kita berjimat dan menghargainya bersama keluarga. 
Yang berlaki bergaya sakan
Tak lekang laki bini
Allah mahu kita didik  apa itu Hari Raya. 
Raya untuk disyukuri dan di rai bukan untuk kutip duit raya. 
Mahu ingatkan kita sedekah itu bukan hanya pada hari raya. 
Allah mahu kita rasa menyediakan segalanya sendiri.
Memasak juadah dan rai sekeluarga. 
Bukan balik melaram di malam raya. 
Ibu ayah berkeringat dikampung sediakan segala. 

PKP Yang Kita Nampak
***********************
Tiada lagi ibadah haji dan umrah kerana wabah yang melanda๐Ÿ˜ญ

Yang Kita TIDAK Nampak
***********************
Allah mahu memberitahu Dia yang menentukan rumahnya utk di lawat atau tidak. 
Bukan kerana kau kaya berharta boleh pergi bila2 masa. Tempah hotel 3,4,5 bintang. Kau berpendapatan atau tidak. Peduli apa orang di sebelah. Duit aku, laki aku, family aku.. Aku punya pasallah. Kau apa ada?? 


PKP
*****
Allah bukan menghukum. 
Allah sedang mendidik kita. 
Mengingatkan kita yang telah banyak terkeluar landasan terutama yg membudayakan agama Allah. 
Allah sayang hamba2 NYA. 
Yang dicipta sebegitu sempurna
Dengan penuh kasih sayang. 

Wabak ini hanya dihantar untuk memberi amaran, mengingatkan dan mendidik kita agar kembali ke jalanNYA.


#PKP
#staysafe
#juststayathome
#kitajagakita

Sunday, April 26, 2020

Bila jadual hidup berubah

Sunday 26 april 2020


715 am
Tamat sudah shif dutyku. Ternyata ramadan ni satu perubahan dalam Hidupku.
Jadual hidup berubah 360 darjah. 
Hidup kini terikat dengan jadual. Ia bukan pilihan tapi ketentuan Allah

Allah pilih saya untuk bekerja shif. Ya.. Itulah yang saya positifkan diri setelah 'down' beberapa kali. Jika diikutkan mulut orang... 
Berenti sahajalah, 
Dah tua pun
Cukup2lah keja.. Dunia ja
Apa yang nak lagi
Sebab tu lah orang option.. 
Dll

Tapi 
Pandangan family,  tetap dihargai. Terima kasih kakak2 dan abang2 yang tahu di mana adik mereka melangkah. Mereka memberi semangat dan kelainan yang berbeza. Ini peluang untuk cabar diri dengan masa yang ada. Masa tak berubah tapi kita yang mengaturkannya. Lepas tu boleh guna masa off untuk aktiviti amal tanpa  terikat masa kerja. Kata kakak lagi.. Jika ayah boleh hadapi dan berjauhan dengan family demi tugas, kita mesti boleh. Semangat dan cetusan ayah hidup bersama generasinya

Benarlah...
Saya harus melangkah dan menerima ketentuan ni walaupun terpaksa. Alhmdulillah..Allah sedang mengajar saya mendekati satu tugas baharu dan terlibat langsung untuk memantau siaran tv dengan kualitinyanya  yang beroperasi 24 jam. Ini menjadikan saya terikat bekerja 3 shif iaitu pagi, petang dan malam. 

Jika dulu kita perhatikan hanya jururawat polis dan tentera juga jaga yg terikat dengan jadual. Rupanya  backliner di RTM pun terlibat. 
Kini sayalah pekerja yang diamanahkan. 

Saya seorang pekerja biasa
Bertugas demi untuk negara
Ada amanah perlu dilaksana
Kita akur pilihan Allah


nhm






Friday, April 24, 2020

Kenali Tuhan yg mengujimu


Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk memujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhaiNya.

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba… 

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. 

Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”
\

Petikan dari blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi - Penulis buku Di mana DIA Di Hatiku?


Wednesday, April 22, 2020

Syukur & susuri


Pengalaman menyakitkan adalah pembelajaran hidup yang berharga 

Syukuri dan susuri
bukan dikesali atau dilupai
Terima kasih Allah