Sunday, May 26, 2019

Misi Sentuhan Kasih Part 4 @ Pulau Mabul

Tajuk : Bersama Anak anak Bajau Laut di Semporna dan Pulau Mabul
Anjuran : Srikandi Jariah Qaseh
Tarikh : 7-10 April 2019
Pengarah Program: Puan Natipah Abu
Ketua Penyelaras Program : Puan Zee Zainal
Ahli :  Hasnah Hj Mokhtar
           Julita Abdul Malik
           Siti Juliza Baharom
           Nur Helmi Mohd Yusof
           Nor Aini Mansor
           Eiyda ( fasha ku)

09/4/2019 HARI SELASA (hari ke 3)

Alhamdulillah...Sayup kedengaran suara azan subuh dari masjid, Jam menunjukan pukul 4.35 pagi.    Saya bangun, mandi dan mengerjakan solat subuh dengan tenang sekali. Bilik yang memuatkan dua katil bujang  ini agak terbatas ruangnya.  Hari ini cuacanya agak sejuk bukan sahaja kerena aircond tetapi cuacanya juga. Saya sebilik dengan Ezza. Beliaulah sahabat yang menggerakan TEAM MAHLIGAI QASEH. Walaupun kumpulan kami kecil tetapi tidak membataskan kami untuk melakukan kerja amal. Kami bertemu dalam program yang sama tetapi ruang waktunya agak terhad. Dia mempunyai tanggung jawab terhadap familynya. Jadi peluang waktu inilah kami berbual dan berkongsi pengalaman.

Sekitar jam 5.20 am, saya telah keluar dari bilik penginapan dan berada di atas jambatan. Menyaksikan pemandangan pagi yang mendamaikan. Warna-warni yang menghiasi langit  pagi begitu memukau. Saujana mata luas memandang.. Semakin tinggi saya berada, semakin jauh pemandangan saya saksikan. Dalam masa yang sama saya merenung perahu2 yang berlabuh nun di sana. Walaupun anggaran jaraknya 300-500 meter jauhnya dari daratan tetapi sayup2 kedengaran suara anak-anak menangis.  Ada 2- 3 buah perahu yang berlabuh di situ. Dari sampan itulah memuatkan satu keluarga. Patutlah  ada anak  yang tidur  di atas bumbung. Saya cuba amati mereka dari jauh...Sang ibu telah bangun dan mundar-mandir beralih ke perahu kecil. Mungkinkah menyediakan susu bagi meredakan tangisan di anak?? Saya lihat seawal pagi itu mereka telah bangun...
Di sini saya memandang selautan 

antara perahu bajau laut bermalam di situ
panorama pagi
Inilah wajah sebenar kehidupan P' LAUT. Panggilan untuk orang Bajau Laut. Mereka mendiami perahu itu dan itu rumah dan kehidupan mereka. Apabila siang mereka meraih rezeki sebagai pelaut atau menjaja hasil laut kepada orang tempatan. Mereka adalah penduduk tanpa kad pengenalan kerana asal usul mereka tidak dapat dipastikan . Mungkin generasi terdahulu mereka adalah berasal dari negara jiran yang berdekatan samada Filipina ataupun Indonesia.  Mereka berteduh di situ kerana faktor keselamatan dan bebas dari angin kuat. Menurut mereka juga sekiranya hujan dan laut berombak kuat mereka akan berteduh di jambatan ataupun berhampiran darat.  Dapatlah di katakan secara puratanya dalam sebuah perahu sekitar 5-11 orang mendiaminya. Ini adalah maklumat diperolehi secara tak langsung hasil temubual dan pengalaman di sini.

Ketika saya asyik memerhati alam sambil menghafal zikir mathsurat, saya bersyukur kepada ALLAH kerana terpilih untuk menyertai Misi Sentuhan Kasih bersama anak bajau laut ini.
Di antara ramai sahabat maya Ketua Program saya dipelawa ikut serta. Walaupun pada mulanya saya sekadar berkata ya tetapi sayalah yang paling lewat menyerahkan duit untuk kos penerbangan dan penginapan.  Andaikata penyertaan di tolak saya tak nafikan inilah kelemahan saya lewat membuat keputusan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada ketua dan penyelaras program yang sabar dan pantas dalam tindakan.

Melihat kebesaran ALLAH  yang terbentang luas Saya juga tak dapat bayangkan betapa luasnya anugerah alam ni dan betapa kerdilnya seketul saya di sisi ALLAH. Untuk sapa dan mengapa diciptakan ??? Apakah impaknya Pulau Mabul yang leper  dan terpencil tetapi ada keistimewaannya tersendiri. Teringat2 surah ar Rahman..Nikmat ALLAH yang manakah kamu dustakan?? Subhananallah
untuk seketika
mencari sesuatu yang hilang

subhanallah


Pagi itu saya berkesempatan menyaksikan matahari naik . Dari  Kapalai Resort lebih jelas nampak perubahan matahari naik. Saya dapati ada profesional cameraman  telah standby sejak awal lagi memacakkan tripod dan memilih port mereka. Biarlah mereka merakam pemandangan yang terbaik dan kita juga ada kreativiti untuk merakamnya.

SUBHANALLAH.
ALHAMDULILLAH
ALLAH AKBAR

Saya dan zee menjadi saksi kejadian ALLAH. Indahnya peredaran malam dan siang dan betapa kita perlu mengetahui ALLAH lah pencipta alam ini. Hati saya  bertasbih dan merakam momen indah ini. Berdiri di celahan batu batu dengan berlatar belakangkan laut yang menghijau.  Apakah ini percutian terakhir kita wallhuaklam.

Sebelum balik ke penginapan. kami singgah kedai makan berhampiran dan bersarapan dulu. Tika itu baru jam 7.30 pagi tapi suasananya terang benderang.

hari ke 3 adalah hari untuk para sukarelawan bersantai. Bak kata Ketua Penyelaras free and ezy.  Apa lagi bila sahabat SJQ mengajak.  Pakej ditawarkan sebanyak Rm 200 utk discovery dan Rm 100 utk snocking ...... saya memilih kedua-dua pakej ini bagi merasai pengalaman. Kos perbelanjaan ini adalah tangung jawab sendiri.

Jam 1030am
misi pengembaraaan
Tetapi sebelum kembara di lautan bermula, kami diberi taklimat ringkas cara2 pernafasan dan kaedah yang perlu digunakan sepanjng berada 8 meter di dasar laut. Ini adalah sesi pertama saya mendengarnya dan memahaminya. Keterujaaan saya bercampur antara kemahuan atau kehendak. Bukan persoalan mati tetapi mampukan saya dan apa yang akan saya saksikan....? Mengapa ALLAH memilih saya , diantara kesepuluh saudara dlam family,  di kalangan anak buah seramai 55 orang juga sahabat2 saya yang lain...Tentu dan pasti ada sesuatu penyaksiaan...

Ayuh saya berani kerana saya yakin....ALLAH jadikannya bersebab dan supaya saya lebih mengerti  ERTI SYUKUR di saat tiada apa lagi mambantu dan BERSERAH apabila tiba masa dan tikanya...

----bersambung

Saturday, May 11, 2019

Perlukah

perlukah aku hapus
airmata yang mengalir ini

perlukah ku hapus
sendu sebak di jiwaku ini

perlukah 
ku membenam kisah semalam

perlukah???




11/5/2019

Tuesday, April 30, 2019

Misi Sentuhan kasih Part 3 @ Mabul

Tajuk : Bersama Anak anak Bajau Laut di Semporna dan Pulau Mabul
Anjuran : Srikandi Jariah Qaseh
Tarikh : 7-10 April 2019
Pengarah Program: Puan Natipah Abu
Ketua Penyelaras Program : Puan Zee Zainal
Ahli :  Hasnah Hj Mokhtar
           Julita Abdul Malik
           Siti Juliza Baharom
           Nur Helmi Mohd Yusof
           Nor Aini Mansor
           Fasha( Eiyda)

8/4/2019 ISNIN (HARI KEDUA)


Waktu subuh sekitar jam 4.30 pagi.  Lenaku bagai dikejutkan sekitar waktu tersebut. Ku cuba pejamkan mata lagi ...tapi tak mampu ku teruskan . Akhirnya ku bangun untuk mandi, solat subuh dan membaca al mathurat. Alhamdulillah. ketikar jam 5.30am..Dari jendela ku lihat dan dengar bunyi kenderaan dan bot.  Diri ni menjadi bosan bila berada lama di dalam bilik yang diinap kami bertiga. Jadi saya pun mengambil keputusan keluar meninjau kawasan sekitar. Jam di telefon belum menunjukan angka  jam 6 pagi tetapi suasananya macam jam 7 pagi di semenanjung.

Mulalah saya melangkah ke kanan dan kiri dan mengukur keluasan Dragon Inn . Kami memilih penginapan di sini memandangkan ia dekat untuk menyeberang ke Pulau Mabul dan berdekatan dengan bot.Di awal pagi suasananya selesa dan kedengaran desiran air apabila ada bot yang bergerak. Penginapan atas air itulah yang sinonim di sini dan bolehlah review jika berminat. Sambil berjalan dan melihat indahnya panorama alam di siang hari berbanding malam. Untuk kemudahan pelancung juga kedai cendemata dan baju T juga disediakan di sini. Di sini juga saya, k pah, zee dan amiey membeli topi . Ala-ala pelancong gitu. Abaikan sampah yng memburukan pandangan air di sini

Dengan  hanya menyeberang jalan raya, sekitar 50meter sahaja, dua deretan kedai makan disediakan. Jadi ia memberi kemudahan kepada pelancong dan penduduk tempatan menikmati sarapan pagi. Alhamdulillah, kami berlapan menikmati sarapan pagi di sini dan makanannya memenuhi selera dan agak banyak. Dipendekan cerita makanan pagi ini telah dibayar oleh sahabat yang pemurah . Muga ALLAH gantikan dengan rezki berganda atas keiklasan di beri)

Jam 1100 pagi :
Perjalanan seterusnya kami akan ke Pulau Mabul.  ,Setelah beg dimuatkan ke bot, kami melangkah masuk dengan penuh semangat. Semua penumpang bot diwajibkan memakai live jacket sebagai langkah keselamatan.  En Naim sebagai pemudahcara merangkap pemandu pelancung bot kami ini. PElbagai cerita dan kisah tentang masyarakat Bajau laut, asal usul dan sejarah persekitaran disampaikan. Namun keterujaan saya bila berada di air dan sebagai musafir saya cuba membisikan ayat2 suci sebagai kekuatan dalaman dan "protection' Tambahan pula, suara En Naim terkadang terhalang dengan bunyi  enjin motorboat. Jadi saya lebih kepada pemerhati apa yang saya lihat dan pendengar apa yang saya dengar.Subhanallah airnya membiru dan suasana panas bahangnya terasa. Percikan air laut juga sesekali menempis baju, Saya tak pasti berapa kelajuan yang dibawa oleh pilot tersebut.


sekitar jam 12 tengahari
Kami membelah lautan biru sekitar 30- 40 minit. Pandangan air yang membiru bersaksi langit yang cerah sesekali daratan yang menghijau. Mata saya juga melihat dari jauh rumah laut dan tempat ternakan kerang. Suhu kepanasan juga yang memuncak bila sinar matahari memancarkan cahayanya dari balikan air laut.  Deruan angin juga tak mengalah.  Apabila menghampiri lokasi kawasan menginap ,saya perhatikan deretan rumah2 atas air yang berbaris seolah menggamit kedatangan kami  Saya tak pasti sama ada ini adalah rumah penduduk tempatan atau rumah transit sehinggalah bot kami berhenti. Subhanallah..

Mata saya terpukau, saya bagai bermimpi dapat menyaksikan satu anugerah ALLAH  . 
Subhanallah❤️
Pandangan pertama
Mataku memukau
Indahnya nikmat alam

Yang direntasi

Biarpun dibadai ombak

Di panas yg membahang

AnugerahMU
Untuk dinikmati
Untuk Disyukuri
Alhamdulillah

tangkapan pertama bila bot mematikan injinnya

Ahamdulillah..Syukur, Saya telah berada di bumi Pulau Mabul. Mabul merupakan pulau yng berbentuk bujur kecil yang dibentuk oleh pantai berpasir dan dikeliling terumbung karang yang cantik. Melihat kehijauan dan kejernihan airnya hingga ke dasar adalah satu yang pelik bagi saya. Lantas memijak anak2 tangga untuk naik ke jeti dan mata terus melirik ke pemandangan yang baharu . Subhanallah....
Andainya saya ditanya tika itu...subhanallah. 
bagai berdiri di cermin

Penginapan Anjung Hayat juga telah menyediakan makan tengahari pada kami. Sambil menanti bilik dibersihkan kami menjamu selera dahulu sambil menikmati pemandangan luas dari anjung dewan makan tersebut. Kelihatan beberapa perahu kecil anak2 bajau laut menghampiri. Kagum dengan mereka yang tahan panas yang membahang dgn mencari rezeki menjual hasil laut .


Pengarah Projek, Puan Zee telah memaklumkan selepas makan dan solat zuhur, aktiviti berikutnya ialah melawat kawasan sekitar pulau ini. Berbekalkan roti gardenia dan jajan yang dibawa, kami memulakan langkah meniti jambatan penghubung antara AH dan daratan. Di situ kami menemui Ketua Kampung yang sedia menyambut kami.  Selepas memperkenalkan diri, lokasi pertama dibawanya ialah ke Masjid maqbul yang merupakan pusat pengajian dan aktiviti agama islam. Di sini juga dibangunkan madrasah agama dan kelas KAFA yang mengajar anak2 tempatan dan anak2 bajau laut yang berminat.  Di sini anak2 sedang menghadapi ujian lisan dan kami tak mengambil masa yang lama untuk bersama mereka.  Saya juga dapati Muslim care sentiasa menjalankan aktivitinya di sini bagi mempastikan dakwah disampaikan dengan sempurna.


Kehidupan di sini sangat damai dan rumah yang didirikan juga adalah dari kayu sahaja.Tiada pencemaran udara dan asap motor kenderaan di sini.  Kami terserempak dengan kumpulan kecil anak2 dara bajau laut bersama ikan kering untuk di jual. Mereka ini pemalu dan tidak tahu berbahasa melayu. Ketua kampung memberitahu ciri2 orang bajau laut dan sikap mereka yang tidak terdedah dengan orang luar. Kami cuba senyum tapi dibalas tawar. 

bawa stok untuk edaran
Dalam perjalanan kami juga ...ada perkataan yang menjadi trade mark....agak2 apa ye? 
Hmmm...perempuannnn.  Ye bila pengarah projek  melihat kebelakang dan kami yang ketinggalan agak jauh dek kerana berposing ataupun kagum melihat suasana kampung dan persekitaran.  Beliau akan memanggil dengan panggilan itu dan sambil senyum. Fahamlah kami yang  itu adalah satu signal supaya speed berjalan di lajukan dan berada dalam kumpulan.   Jadi sahut menyahut itu menjadi trend .  



Kami juga menemui peronda Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).Mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan di sini dan kawalan darurat dikekalkan. Ini bagi mengelakkan  kedatangan pendatang dari Indonesia dan Filipina.





Suasana yang meriah lagi mencabar apabila kami masuk ke Kg Rama Relau. Pada mulanya jajan diberikan kepada kanak-kanak di sini dalam keadaan terkawal. Tetapi apabila jumlah yang datang serbu lebih ramai  hampir gawat dibuatnya.  Saya nampak dari riak wajah sukarelawan kita, mereka mampu senyum dan sekadar bersuara. Tiada kekasaran dan keganasan berlaku. Walau bagaimanapun tindakan pantas ahli ESSOM turut membantu mendisiplinkan mereka. Kita faham situasi mereka yang tak pernah melihat apatah lagi merasai sesuatu yang baharu dan mereka berebut untuk memperolehinya. Masyarakat bajau laut atau dikenali sebagai Pe Laut hanya bekerja mencari hasil laut dan bertukang membuat sampan.  Keupayaan mereka di laut tidak diragui lagi.


dah habiss
Semua jajan habis diberikan kepada anak2 yang ditemui. Sampai satu tahap, kami hampa kerana tiada apa lagi yang boleh diberikan dan berazam akan membeli dan memberi lagi kepada mereka..Selesai aktiviti petang itu, kami pulang ke penginapan dengan kepuasan walaupun peluh membasahi baju yang disediakan oleh Prisma Optometris.


tumpang teduh
Jam 4.30 petang,kami di jemput oleh Puan Faezah dan En Razali ke kawasan  penginapan mereka pula. Mereka datang bercuti  sehari lebih awal daripada misi sentuhan kasih.  Sekali lagi kami mengatur langkah dan singgah pekena ketam rebus yang telah diordernya . Alhamdulillah...Terima kasih Ezaly yang  melaksanakan aktiviti amal cara mereka. Di kwasan penginapannya,suasananya amat selesa kerana diteduhi dengan pepohon kelapa yang merendang. Pepasirnya pula memutih dan halus. Di sini saya mula berjinak dengan gigi ombak pantai . Ada juga sahabat yang telah mandi dan ombak lautnya selesa sekali. 



Di sini juga kami dihidangkan jualan fresh dari laut. Ketam , lobster yang masih hidup ditawarkan dengan harga yang boleh ditawarkan. Alhmdulillah, tidak ketinggalan, kami bersepakat dan membeli hasil laut tersebut sebagai menu makan malam.


Misi berikutnya ada sahabat yang menyambung mandi,berenang dan bermain air di pelantar depan penginapan sahaja . Manakala saya pula lebih selesa bersama kamera dan telepon untuk mengambil sebanyak mungkin moment indah selama di sini. Subhanallah saya katakan, satu kelainan teramat bila mata menyaksikan sendiri perubahan mentari menjelang malam dan sang rembulan yang mengambil tempatnya. Apabila menjelang magrib, saya melupakan seketika  pandangan tersebut kerana ada tuntutan yang wajib dilaksanakan .


di pelantar

Jam 8.00 malam. 
Menu seafood sedia terhidang. Masya ALLAH pelbagai citarasa menu  ketam,kerang dan lobster menjadi jualan bersama. Dengan Bismillah.....kami menikmati keenakannya.

;
;



Usai makan kami masih agak keletihan dan mohon undur  diri untuk merehatkan badan.
Alhamdulillah.....nikmat hari ini adalah satu anugerah bersama.     


..bersambung..

catatan 30/4/2019

Friday, April 26, 2019

Pulau Mabul

Sumber: Christian Loader Photography
Pulau Mabul ini boleh dikatakan antara pulau yang terkenal di Sabah kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan yang merupakan salah satu kawasan menyelam yang terbaik di dunia.
Tarikan lain di pulau ini adalah pilihan penginapannya yang cukup banyak mengikut kesesuaian bajet anda, dari penginapan dengan kemudahan asas hinggalah kepada penginapan mewah.
Namun begitu, magnet tarikan utama di Pulau Mabul ini sebenarnya adalah kerana ia merupakan salah satu destinasi yang sangat kaya dengan hidupan marin yang penuh dengan warna-warni. Pelbagai jenis ikan dan sotong yang eksotik dapat dilihat melintas di depan mata jika anda  menyelam skuba di sekitar lautan pulau ini.
Apa lagi yang boleh dibuat di sini? Anda boleh memenuhkan aktiviti di sini dengan melawat perkampungan masyarakat Bajau Laut, menikmati pemandangan matahari menaik dan terbenam yang sungguh mengujakan, dan apabila malam menjelma, anda boleh bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan cahaya bintang galaksi dari langit sekitar pulau ini. Cukup mengagumkan.
LOKASI: Pulau Mabul, Sabah
SUMBER : MAI SINGGAH

Friday, April 19, 2019

Misi Sentuhan Kasih Part 2@ Dragon Inn Floating Resort in Semporna


8.00 malam

Program jalan-jalan makan seafood dan meninjau suasana malam di perahu Bajau laut terpaksa di batalkan . Ini kerana team SJQ kepenatan dan ada yang magrain.  Namun begitu, kelaparan menguasai diri.  Barulah kami ingat kali terakhir kami makan adalah pada jam 9-10 pagi semasa dalam penerbangan'. Syukurlah atas niat yang suci, ALLAH bekalkan tenaga berterusan.   Terima kasih ALLAH.

Oleh itu kami menikmati makan malam di restoran berhampiran sahaja. Turut kami raikan En Naim dan sahabatnya yang tertungkus lumus bersama menjayakan program siang tadi. Pilihan menu dari Puan Jue,Pn Emiy tidak mengecewakan. Cukuplah ALLAH bagi kami dan rezki hari ini. Terima kasih yang menghadirkan sahabat yang baik dan suka berbelanja.  Terima kasih Pn Jue dan K pah yang menaja makan malam kami ini. Jazakillahukhoironkathiran (may ALLAH reward both of you)

Nabi bersabda, “Barangsiapa yg memberi makan kpd seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yg tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

Semuga ALLAH memberkati tiap langkah kami untuk terus mudah beribadah dan membahagiakan semua orang.

berseafood kita

terima kasih

ceria kembali 
pulun sakan ceq nooo

Usai dinner, masing2 kekenyangan dan menikmati suasana malam di atas air . Subhanallah sepoi2 angin ini mengindahkan ukhuwah antara kami. TErima aksih ALLAH menghadirkan sahabat-sahabat yang baik dan bersatu hati dalam membuat kebajikan. Semuga ALLAH jaga hati hati kita dari sifat2 Mazmumah ( HATI Terkeji,)

dah nak masuk tidor pun dan lagi ni

truly coral
Alhmdulillah, suasana dan pengalaman tidur di atas air di sini  juga mengujakan.  Akibat kepenatan semua tidur dengan nyenyak untuk menanti esok yang lebih advanture.


Pic akan menyusul

---bersambung

catatan
19/4/2019@908mlm


Thursday, April 18, 2019

Misi Sentuhan Kasih Part 1@Masjid Semporna

Tajuk : Bersama Anak anak Bajau Laut di Semporna dan Pulau Mabul
Anjuran : Srikandi Jariah Qaseh
Tarikh : 7-10 April
Pengarah Program: Puan Natipah Abu
Ketua Penyelaras Program : Puan Zee Zainal
Ahli :  Hasnah Hj Mokhtar
           Julita Abdul Malik
           Siti Juliza Baharom
           Nur Helmi Mohd Yusof
           Nor Aini Mansor
           Fasha( eiyda)


terima kasih penaja
7/1/2019 Ahad.
Maklumat muktahir diterima, waktu penerbangan kami telah ditunda dari jam 6.20 pagi ke jam 8.55 pg. Ini bermakna kami tak perlu berkejar untuk solat subuh .. Alhamdulillah.Sekitar jam 4 am lagi sudah ada sahabat SJQ  yang telah sampai ke KLIA2. Saya hanya sampai sekitar jam 5.45 am dan terus ke surau bagi menunaikan solat subuh. Urusan check in diurus selia dengan baik dan sempurna oleh Ketua Penyelaras. Berat muatan yang telah dibawa sebanyak 140 Kg lebih untuk diedarkan semasa program. Manakala semua sahabat SJQ di syorkan membawa seminima mungkin barang keperluan diri. Terima kasih Puan Zee yang telah menguruskan urusan luggage dengan jayanya. Terima kasih kepada Prisma Optometris yang telah sudi menaja pakaian rasmi kami sepanjang misi ini. Seragam itu tanda sepakat.

Sekitar jam 11.55am  kami telah sampai ke Airpot  Tawau. Walaupun agak lewat dari perancangan asal, tapi kami sempat juga membuat kejutan kepada Pn Natipah Abu sempena hari ulang tahun kelahirannya. Sebanyak 43 kuntum bunga ros yang diulit dengan kasih sayang diserahkan ke tangannya dengan penuh kejutan.  Selamat ulang tahun kak pah. Doa diiring semuga perjalanan hidupmu dan family dilimpahi kasih sayang yang berterusan dan bahagia hingga ke syurga. Kita raikan bersama secara bermusafir. K Pah adalah  ketua misi ini. Dari cetusan ideanya, misi ini dilaksanakan. ALhamdulillah  perjlaan yang direstui Ilahi.

Happy besday kak pah

Apabila semua luggage  telah dimasukan ke van yang disediakan oleh En Naim, kami terus bertolak ke Semporna. Lokasi yang lebih tepat ke Masjid ArRahman Semporna,sebuah masjid yang berdiri gagah di Pekan Semporna, Sabah.  Sepanjang perjalanan saya tak tidur dan memerhati sekitar jalan  di celah2 panas  yang membahang. Tahun 2011, saya pernah lalui jalan yang sama untuk ke Lahad Datu dan tiada perbezaannya dengan hari ini.

 luggage  mencecah siling van
Kami tiba sekitar jam 2.30 pm di Laman Masjid Ar Rahman. Tersergam indah bunting program dim khemah yang didirikan. Mentari bagai di atas kepala. Ketua penyelaras telah memaklumkan tugas yang perlu dilakukan. Antaranya repack 100 set barang-barang untuk diserahkan  kepada 100 orang anak-anak bajau laut. Seramai 8 sahabat SJQ telah bertungkus lumus menyiapkannya.  Dalam setiap kit mengandungi tuala, sabun, selipar ,syampoo, berusgigi, ubat gigi, sikat rambut ,roti gardenia dan gula2. Ini adalah sumbangan  orang ramai juga yang  diterima oleh Ketua Program, Puan Natipah Abu setelah menghebahkan program ini di FB nya. Rezeki anak-anak bajau, ada juga syarikat yang turut menyumbangkannya. Terima kasih kepada para dermawan yang telah bersama menyokong program ini.
Pax lengkap sedia untuk diserahkan

 Keringat yang mengalir adalah satu stigma semangat untuk meneruskan tugasan diberi. Saya teringat definisi SUKA RELA WAN. Ringkasnya, buatlah  dengan suka dan rela (tanpa disuruh) dan ringanlah tulang membantu yang mana kurang. Hadirin semakin datang  memenuhi kerusi yang disediakan sejak awal lagi. Mereka memerhati dari jauh. Tertib mereka menghormati tetamu .

Ketika azan asar berkumandang, (jam 3.30 petang )saya dapati ramai jemaah memasuki ruang solat  masjid ini. Alhamdulillah indahnya ISLAM subur di mana-mana dan saya juga mengambil kesempatan untuk solat asar jamaah diikuti dengan jamak takhir zuhur.  Usai solat tuan imam memaklumkan program yang  akan berlangsung di dataran  laman Masjid dan mengajak jemaah memeriahkannya. Syabas masjid Ar Rahman yang mesra jemaah. Semuga jemaah sentiasa istiqomah


Usai solat Asar, tuan imam dan jemaah terus ke khemah yang disewa khas. Para tetamu yang hadir adalah di kalangan keluarga bajau laut dan juga asnaf di kalangan  warga tempatan  Acara dimulai dengan kata2 aluan daripada  Ketua Penyelaras. Pesanan tentang keperluan kebersihan diri antara intipatinya. Walaupun pendek ucapannya tetapi adalah diharapkan dengan pemberian kit yang disediakan membantu mereka menjaga kebersihan diri amnya. Mengikut perancangan awal, kita akan beri teori  dan praktikal mengurus diri dan menjaga kebersihan. Tetapi kerana kekangan waktu, berlaku sedikit perubahan..

keriuhan anak-anak menunggu program bermula
Pengarah Projek turut menyampaikan ucapan. Memulakan ucapannya, beliau bersyukur dan memuji kehadrat ALLAH kerana terlaksananya program ini adalah berkat sokongan dan prihatin seluruh  masyarakat  yang telah turut  menyumbang. Betapa ramai diluar sana para dermawan yang mencari peluang untuk merebut pahala. SJQ adalah perantara  yang diamanahkan untuk menyempurnakan hajat para penyumbang yang budiman. SJQ di anggotai oleh 8 sukarelawati yang turun ke gelanggang. Walaupun kami berbeza latar belakangnya namun bersatu hati melaksanakan tangung
jawab ini.
loghat kedah menjadi keutamaan_kak Pah
Ucapan berikutnya adalah daripada Tuan Imam yang menekankan ucapan terima kasih kepada pasukan SJQ  yang telah membuat kebajikan seperti ini. Beliau menyeru para hadirin untuk menyokong program dengan hikmah dan akan mengikuti langkah yang telah kami laksanakan. Andai ini untuk kebaikan bersama , ayuh teruskan. ISLAM itu indah dan perelokan dengan adab agar ramai tertarik dengan budaya hidup ISLAM.
Tuan Imam menyokong program ini 
Ketua Penyelaras juga turut menyampaikan taklimat ringkas perjalanan Program Sentuhan Kasih Bersama Anak-anak Bajau laut di  Dataran Masjid Arrahman ini. Selain itu beliau  menekankan aspek kebersihan diri. En naim selaku orang yang membantu melancarkan program juga merangkap  penterjemah. Beliau menterjemah Bahasa Melayu ke bahasa bajau bagi memahamkan semua hadirin yang terdiri daripada masyarakat bajau laut.


penyelaras menyampaikan amanat
Disebalik tabir:
Dalam masa yang sama kami semua telah diberikan task sepanjang program hari ini.
 [23:23, 4/5/2019] : Assalamua’laikum semua..
Agihan tugas di masjid nanti ya:
 Kak Pah & Kak Amy
bagi  satu set nombor berwarna:
1) untuk amik bag jerut/kit kebersihan , hijau
2) untuk ambil selipar,oren
3) untuk potong rambut, merah
4)untuk ambil sumbangan $ ,kuning
lepas tu pantau anak anak lelaki masa nak mandi

kehadiran mereka 

menunggu untuk mendapatkan kupon 
Perincian Tugas
Kak Ani dan Ezza
akan pantau anak anak perempun mandi
Zee jaga kaunter bag, lepas dah habis join kak pah pantau anak anak lelaki
Kak ju (Kad oren)_jaga kaunter selipar& sepersalinan baju.Selepas habis join kak ani pantau anak perempuan mandi
Aida amik gambar (kalau juru gambar tiada) kalau x jaga khemah rias rambut
Mak Lang Hasnah (Kadkuning) jaga kaunter ang pow $$$( lepas dah siap semua baru boleh ambil $$$) dan nasi bungkus.


Alhamdulilah..
Program ini berjaya menarik perhatian anak-anak bajau ini. Pada mulanya mereka berasa kekok untuk mendekati kami . Seolah-olah ada jurang juga masalah komunikasi. Tetapi dengan senyuman dan keramahan  Team SJQ  ianya dapat diatasi. Mereka mula melemparkan senyuman mesra dan senyuman tanda terima kasih.
penyerahan guddies

serahan gudies

kupon untuk sepasang baju dan selipar

stesen  gunting Rambut

stesen Mandi bersama



kaunter terakhir .

wajah sebenar mereka 

Kesimpulannya program pada hari pertama ni mencapai sasarannya.  Dapat saya saksikan wajah dan wangi anak2 ini selepas dimandikan . Walaupun apa yang telah dilakukan oleh sukarelawan SJQ ini adalah terhad tetapi ia mampu memberi gambaran sebenar penggunaan syampo dan sabun di kalangan mereka. Mungkin selama ini kebersihan mereka terabai, sedangkan mereka juga berhak untuk bergaul di darat dan tidak disingkirkan. 

Walaupun ada yang hampa kerana penyertaaan program ini terhad kepada 100 orang anak anak  bajau sahaja  tetapi mereka tetap terus berada  bersama hingga akhir. Sebelum berangkat ke penginapan, kami juga turut  membuat kutipan kilat sesama team dan menyerahkan wang tersebut kepada anak-anak bajau yang turut mengemas dan membersihkan kawasan masjid ini.

Ketika azan maghrib berkumandang, kami bergerak ke penginapan yang jaraknya 800 meter sahaja dari masjid. Masing-masing keletihan bercampur kepuasan.

Misi berikutnya bersambung
Salam sayang daripada Srikandi Jariah Qaseh




mutiara diri



Friday, April 12, 2019

bersabarlah duhai diri


adakala
rasa ria 
ingin dikongi

adakala 
rasa sedih
ingin diluahkan

ada kala
kita tak punya siapa siapa
tak perlu berkongsi cerita
tak perlu bersemuka

Cukuplah ALLAH bagi kita
DIA menanti kita bercerita
meluah rasa, menumpah air mata
kerana cerita kita
telah ada tafsirnya


Semangat kembali 
apa yang terbuku
apa yang tersulit
telah dialir bersama
sungai air mata

pulanglah kesedihan
gantikan kegembiraaan 
kerana kehidupan perlu diteruskan
selagi jasad di kandung badan


-nhm-
30mac2019

Saturday, April 6, 2019

Bermula perjalanan

Dengan lafaz  bismillah
Perjalanan bermula
Moga misi berjaya
Bersama 7 srikandi sukarelawan
Misi semporna
Misi mabul

7/4/2019

Friday, April 5, 2019

Dia penyelamat_ dJNurul

Bismillahirohmanirohim


Pengakuan Dj Nurul
Masya Allah... dia mentafsir, siapa kita di matanya
Inilah kelebihannya, anugerah terindah ciptaan ALLAH
Matanya memerhati
Telinganya merakam

Dilontarkan dengan tenang
Dihias dengan senyuman..



agak-agak mana satu deejay nurul
Terima kasih DJ Nurul merangkap emcee majlis hitea #jom cantik bersama nenek. Manis senyumannya dan ada penampilan tersendiri. Riak mukanya begitu tenang sekali.Sehari sebelum hari kejadian, kami  bertemu dan bersua mata, saya yakin dia mampu menggalasnya dengan mudah. RO yang diberikan telah disemak dibawa bersama .Pertama kami bertemu dan berurusan dengannya. Turut bersama dalam discusion ini ialah deejay wawa. Prinsip saya bila mandat telah diberikan, saya tak kan ulang benda yang sama kerana saya yakin dia faham dan tahu. Walau bagaimanapun jika ada perubahan akan kita bincangkan bersama pada hari kejadian.  Ye, tepat sekali, efisionnya terserlah pada hari Sabtu, 30/3/2019. Perubahan dan penambahan dalam tentatif  diterima dgn berlapang dada dan reaksi positif.
Beliau bijak mengendalikan majlis dan menutup kelemahan kami tanpa disedari hadirin. Beliaulah penyelamat yang berjaya mengemudikan tanggungjawap dengan jayanya.  Terima kasih Nurul
deejay wawa kaya dengan senyuman dan turut memberikan sokongan moral. Tqvm 

masa kita pula untuk potong kek. credit kek to azie klang.  
Bila saya kenang semula, saya malu dengan tindakan saya di hadapannya  yang agak kasar dan tegas ketika memberi tugasan kepada volunteer. Saya terpaksa buat keputusan begini kerana  kekangan masa dan 'woman power'. Antara lain tiada reheasel dan briefing dibuat. Ini kelemahan saya kerana tak sempat memberikan komitmen untuk mengadakan pertemuan demi pertemuan bagi mengagihkan tugas dan tangungjawab. Kekangan tugas hakiki yang ketat memaksa saya memfokuskan kepada urusan pejabat semata-semata sehingga lewat malam. Saya cuba tapi sampai satu ketika saya rasa "otak ketat" . Pemanduan saya hilang fokus  dan tidur saya amat minima. Saya cuba bermain2 dengan perasaan ...apa yang kita buat , ALLAH dah rencanakan  dan ALLAH  memilih  kita kerana yakin kita boleh menggalasnya. Saya cuba meminta  idea atau  pandangan daripada  sahabat yang mengenali, Ada yang positif dan ada yang awal awal lagi menolak. Kita buat cara kita. Ini majlis kita. Syukurlah dari masa ke semasa ALLAH ilhamkan saya dan memberikan jalan keluar nya. Alhamdulillah

Saya cuba menjadikan majlis ini supaya padat tapi ringkas, Berkesan tapi santai dan kepuasan hadiran terhadap makanan, layanan dan persembahan. Sebab itu saya cuba memastikan proses pendaftaran, hadiah, teknikal dan movement atas stage tidak drag. Sebagaimana saya bosan majlis yang 'lembab' begitu juga  orang lain.  Playback video  telah diuji dari  sistem PA dan di dapati OK. Banyak yang nak diurus sehingga  saya lupa untuk maklumkan  kepada pihak hotel  supaya lampu bck stage dimalapkan  sepertimana biasa saya buat. Saya akui ini kelemahan saya. 

MESRAHOME telah berjaya menganjurkan program charity. Sekalong ucap tahniah buat MESRAHOME. Ini merupakan program charity  ke 3 yang dianjurnya.  Terima kasih kepada Faezah Ali merangkap Pengurus MH yang berani  menyampaikan  kata aluan yang santai dan ada kelainannya . Beliau mengikut setiap kerangka yang dirancang dengan baik sekali . Tahniah Iza dan mak lang. Objekif kita, warga tua dibuang jangan dan santuni mereka dengan hikmah dan hargailah mereka ketika masih bersama. .
Saya dan dJ nurul  juga hampir membatalkan pertunjukan fesyen kerana kegagalan modeling tiba  tepat pada waktunya. Mereka sepatutnya hadir awal untuk taklimat dan rehease  skill memimpin warga MESRAHOME  berjalan.  Apa yang dirancang kurang cantiknya  tetapi dengan adanya  dJ yang bijak mengawal majlis dengan lontaran bahasanya yang lunak  dan bersopan, kelemahan segmen itu bagai dikaburi. Lagu pretty woman diulang-ulang bagi memberikan semangat kepada mereka di atas stage dan hadiran. Begitu juga ketika sesi  penerimaan anugerah. Ketika dipaparkan di skrin, masalah audio dikesan. Tetapi kebijaksanaan emCee  meng'cover' dengan ayat ayat biodata dapat mengurangkan  kelemahan teknikal yang tak dijangkakan berlaku walaupun sebelum itu ujian playback telah dibuat. Alhamdulillah dan terima kasih dik..

Namun ada sesuatu yang menyentuh hati saya tentang dia. Dia yang dikenali dalam tempuh 24 jam sangat amanah. Kenapa?? "bila den terkona kejutan"... Mengikut perbincangan awal sebanyak 10 kategori anugerah akan disenaraikan tetapi last minit saya dimaklumkan hanya 9 sahaja disenaraikan. Dari masa ke semasa faezah akan updatekan info. Saya percaya kepadanya. Tiada langsung sangsi saya  kepadanya  setelah  3 tahun mengenalinya. Tetapi apa yang terjadi pada hari itu seramai 10 penerima anugerah ikon pilihan MH telah dinobatkan dan salah seorangnya adalah saya . Ini amat mengejutkan kerana sbg volunteeer di MH, saya cuma menjadi pemudah cara buat mereka. Melayani apa kehendak semasa mereka dan selebihnya berbual mesra bagi melenturkan hati yng ego dan memanfaatkan usia yang berbaki.  Saya malu untuk menerima anugerah ini dan kaki saya bagai terpaku dan telinga saya 

Saya kongsikan apa yang saya rasa tika itu.Bila emCee  umumkan nama saya  untuk kategori berikutnya (lebih kurang kot ayatnya). Saya terpinga kaku,Tergejut, terhilang fokus, kaki pula bagai dipaku. Fikiran saya mula mengulang tayang apa yang telah saya buat tadi semasa meminta urusetia hadiah menyusun hadiah mengikut kategori dan senarainya. EmCee Nurul diminta menyemak susunan senarai nama-nama dan hadiah ikon  dengan dibantu Ina cantik, Lynn seroja dan 2 wakil MahligaiQaseh. Saya ingin memastikan kelancaran untuk segmen pemberian anugerah. (kalu nak tahu masa ni memang muka saya garang.Mungkin mcm anak rimau...muka stress agaknya ) .dan dahi mesti berkedut punya lah.. 
 Saya sendiri malu dengan tindakan saya  yang agak 'keras' . Maafkan saya.  Saya akui kelemahan diri ini kemaafan dipinta.   Saya ucapkan terima kasih kepada semua volunteer yang turut menjayakan majlis ini . Allah jua yang membalas kebaikan diberikan.  

Rupa-rupanya ini adalah perancangan pihak MH dan dirahsiakan daripada saya.  Kebanyakan sahabat MH yang berkhidmat di belakang tabir mengetahuinya. AMANAH dijunjung disempurnakan   Tahniah duhai adik2ku dan kakak2 yang amanah , zally, ina, lynn, acik maya, k mass, amiey, ezza ,dj wawa  dan yang terakhir dJ yoyo nurul. Mungkin ada lagi yang tahu dan tidak memaklumkan kepada saya hingga kini. 

Terima kasih dejay Nurul. Kamu juga seorang yang inner beauty. Saya hanya mampu menghadiahkan ucapan  terima kasih atas pengalaman ini. Terima kasih sudi bersama MESRA HOME dalam majlis kali ini. Yang baik diilhamkan daripada ALLAH jua dan kelemahan adallah dari kami sendiri yang mengendalikannya.Semuga sinar gemilang menanti di perjalananmu.  Harapan saya tiada terselit luka dalam yag berparut kerana khilaf saya. Maafkan saya dan semuga Nurul terus  sukses 

Belajarlah mengenali
Kelak kita tak rugi
Kawan datang dan pergi
Yang tinggal hanya memori.
Hanya kita    
Terima kasih nurul kerena sudi melipat dengan sempurna selendang "congratulation" dan menyerahkannya kepada saya dengan penuh kesopanan daripada  seorang adik kepada kakak.. Subhanallah. Walaupun kecil pada pandanganmu tapi tidak buat saya. Saya bahagia dikelilingi oleh adik-adik yang baik, mudah mesra dengan  kasih sayang yang melimpah. wallhu aklam

pssst..Dj Nurul bertugas di radio Nasional.RTM

salam kemaafan & kasih sayang
1017,dpalma Hotel Ampang
31/3/2019