Thursday, April 18, 2019

Misi Sentuhan Kasih Part 1@Masjid Semporna

Tajuk : Bersama Anak anak Bajau Laut di Semporna dan Pulau Mabul
Anjuran : Srikandi Jariah Qaseh
Tarikh : 7-10 April
Pengarah Program: Puan Natipah Abu
Ketua Penyelaras Program : Puan Zee Zainal
Ahli :  Hasnah Hj Mokhtar
           Julita Abdul Malik
           Siti Juliza Baharom
           Nur Helmi Mohd Yusof
           Nor Aini Mansor
           Fasha( eiyda)


terima kasih penaja
7/1/2019 Ahad.
Maklumat muktahir diterima, waktu penerbangan kami telah ditunda dari jam 6.20 pagi ke jam 8.55 pg. Ini bermakna kami tak perlu berkejar untuk solat subuh .. Alhamdulillah.Sekitar jam 4 am lagi sudah ada sahabat SJQ  yang telah sampai ke KLIA2. Saya hanya sampai sekitar jam 5.45 am dan terus ke surau bagi menunaikan solat subuh. Urusan check in diurus selia dengan baik dan sempurna oleh Ketua Penyelaras. Berat muatan yang telah dibawa sebanyak 140 Kg lebih untuk diedarkan semasa program. Manakala semua sahabat SJQ di syorkan membawa seminima mungkin barang keperluan diri. Terima kasih Puan Zee yang telah menguruskan urusan luggage dengan jayanya. Terima kasih kepada Prisma Optometris yang telah sudi menaja pakaian rasmi kami sepanjang misi ini. Seragam itu tanda sepakat.

Sekitar jam 11.55am  kami telah sampai ke Airpot  Tawau. Walaupun agak lewat dari perancangan asal, tapi kami sempat juga membuat kejutan kepada Pn Natipah Abu sempena hari ulang tahun kelahirannya. Sebanyak 43 kuntum bunga ros yang diulit dengan kasih sayang diserahkan ke tangannya dengan penuh kejutan.  Selamat ulang tahun kak pah. Doa diiring semuga perjalanan hidupmu dan family dilimpahi kasih sayang yang berterusan dan bahagia hingga ke syurga. Kita raikan bersama secara bermusafir. K Pah adalah  ketua misi ini. Dari cetusan ideanya, misi ini dilaksanakan. ALhamdulillah  perjlaan yang direstui Ilahi.

Happy besday kak pah

Apabila semua luggage  telah dimasukan ke van yang disediakan oleh En Naim, kami terus bertolak ke Semporna. Lokasi yang lebih tepat ke Masjid ArRahman Semporna,sebuah masjid yang berdiri gagah di Pekan Semporna, Sabah.  Sepanjang perjalanan saya tak tidur dan memerhati sekitar jalan  di celah2 panas  yang membahang. Tahun 2011, saya pernah lalui jalan yang sama untuk ke Lahad Datu dan tiada perbezaannya dengan hari ini.

 luggage  mencecah siling van
Kami tiba sekitar jam 2.30 pm di Laman Masjid Ar Rahman. Tersergam indah bunting program dim khemah yang didirikan. Mentari bagai di atas kepala. Ketua penyelaras telah memaklumkan tugas yang perlu dilakukan. Antaranya repack 100 set barang-barang untuk diserahkan  kepada 100 orang anak-anak bajau laut. Seramai 8 sahabat SJQ telah bertungkus lumus menyiapkannya.  Dalam setiap kit mengandungi tuala, sabun, selipar ,syampoo, berusgigi, ubat gigi, sikat rambut ,roti gardenia dan gula2. Ini adalah sumbangan  orang ramai juga yang  diterima oleh Ketua Program, Puan Natipah Abu setelah menghebahkan program ini di FB nya. Rezeki anak-anak bajau, ada juga syarikat yang turut menyumbangkannya. Terima kasih kepada para dermawan yang telah bersama menyokong program ini.
Pax lengkap sedia untuk diserahkan

 Keringat yang mengalir adalah satu stigma semangat untuk meneruskan tugasan diberi. Saya teringat definisi SUKA RELA WAN. Ringkasnya, buatlah  dengan suka dan rela (tanpa disuruh) dan ringanlah tulang membantu yang mana kurang. Hadirin semakin datang  memenuhi kerusi yang disediakan sejak awal lagi. Mereka memerhati dari jauh. Tertib mereka menghormati tetamu .

Ketika azan asar berkumandang, (jam 3.30 petang )saya dapati ramai jemaah memasuki ruang solat  masjid ini. Alhamdulillah indahnya ISLAM subur di mana-mana dan saya juga mengambil kesempatan untuk solat asar jamaah diikuti dengan jamak takhir zuhur.  Usai solat tuan imam memaklumkan program yang  akan berlangsung di dataran  laman Masjid dan mengajak jemaah memeriahkannya. Syabas masjid Ar Rahman yang mesra jemaah. Semuga jemaah sentiasa istiqomah


Usai solat Asar, tuan imam dan jemaah terus ke khemah yang disewa khas. Para tetamu yang hadir adalah di kalangan keluarga bajau laut dan juga asnaf di kalangan  warga tempatan  Acara dimulai dengan kata2 aluan daripada  Ketua Penyelaras. Pesanan tentang keperluan kebersihan diri antara intipatinya. Walaupun pendek ucapannya tetapi adalah diharapkan dengan pemberian kit yang disediakan membantu mereka menjaga kebersihan diri amnya. Mengikut perancangan awal, kita akan beri teori  dan praktikal mengurus diri dan menjaga kebersihan. Tetapi kerana kekangan waktu, berlaku sedikit perubahan..

keriuhan anak-anak menunggu program bermula
Pengarah Projek turut menyampaikan ucapan. Memulakan ucapannya, beliau bersyukur dan memuji kehadrat ALLAH kerana terlaksananya program ini adalah berkat sokongan dan prihatin seluruh  masyarakat  yang telah turut  menyumbang. Betapa ramai diluar sana para dermawan yang mencari peluang untuk merebut pahala. SJQ adalah perantara  yang diamanahkan untuk menyempurnakan hajat para penyumbang yang budiman. SJQ di anggotai oleh 8 sukarelawati yang turun ke gelanggang. Walaupun kami berbeza latar belakangnya namun bersatu hati melaksanakan tangung
jawab ini.
loghat kedah menjadi keutamaan_kak Pah
Ucapan berikutnya adalah daripada Tuan Imam yang menekankan ucapan terima kasih kepada pasukan SJQ  yang telah membuat kebajikan seperti ini. Beliau menyeru para hadirin untuk menyokong program dengan hikmah dan akan mengikuti langkah yang telah kami laksanakan. Andai ini untuk kebaikan bersama , ayuh teruskan. ISLAM itu indah dan perelokan dengan adab agar ramai tertarik dengan budaya hidup ISLAM.
Tuan Imam menyokong program ini 
Ketua Penyelaras juga turut menyampaikan taklimat ringkas perjalanan Program Sentuhan Kasih Bersama Anak-anak Bajau laut di  Dataran Masjid Arrahman ini. Selain itu beliau  menekankan aspek kebersihan diri. En naim selaku orang yang membantu melancarkan program juga merangkap  penterjemah. Beliau menterjemah Bahasa Melayu ke bahasa bajau bagi memahamkan semua hadirin yang terdiri daripada masyarakat bajau laut.


penyelaras menyampaikan amanat
Disebalik tabir:
Dalam masa yang sama kami semua telah diberikan task sepanjang program hari ini.
 [23:23, 4/5/2019] : Assalamua’laikum semua..
Agihan tugas di masjid nanti ya:
 Kak Pah & Kak Amy
bagi  satu set nombor berwarna:
1) untuk amik bag jerut/kit kebersihan , hijau
2) untuk ambil selipar,oren
3) untuk potong rambut, merah
4)untuk ambil sumbangan $ ,kuning
lepas tu pantau anak anak lelaki masa nak mandi

kehadiran mereka 

menunggu untuk mendapatkan kupon 
Perincian Tugas
Kak Ani dan Ezza
akan pantau anak anak perempun mandi
Zee jaga kaunter bag, lepas dah habis join kak pah pantau anak anak lelaki
Kak ju (Kad oren)_jaga kaunter selipar& sepersalinan baju.Selepas habis join kak ani pantau anak perempuan mandi
Aida amik gambar (kalau juru gambar tiada) kalau x jaga khemah rias rambut
Mak Lang Hasnah (Kadkuning) jaga kaunter ang pow $$$( lepas dah siap semua baru boleh ambil $$$) dan nasi bungkus.


Alhamdulilah..
Program ini berjaya menarik perhatian anak-anak bajau ini. Pada mulanya mereka berasa kekok untuk mendekati kami . Seolah-olah ada jurang juga masalah komunikasi. Tetapi dengan senyuman dan keramahan  Team SJQ  ianya dapat diatasi. Mereka mula melemparkan senyuman mesra dan senyuman tanda terima kasih.
penyerahan guddies

serahan gudies

kupon untuk sepasang baju dan selipar

stesen  gunting Rambut

stesen Mandi bersama



kaunter terakhir .

wajah sebenar mereka 

Kesimpulannya program pada hari pertama ni mencapai sasarannya.  Dapat saya saksikan wajah dan wangi anak2 ini selepas dimandikan . Walaupun apa yang telah dilakukan oleh sukarelawan SJQ ini adalah terhad tetapi ia mampu memberi gambaran sebenar penggunaan syampo dan sabun di kalangan mereka. Mungkin selama ini kebersihan mereka terabai, sedangkan mereka juga berhak untuk bergaul di darat dan tidak disingkirkan. 

Walaupun ada yang hampa kerana penyertaaan program ini terhad kepada 100 orang anak anak  bajau sahaja  tetapi mereka tetap terus berada  bersama hingga akhir. Sebelum berangkat ke penginapan, kami juga turut  membuat kutipan kilat sesama team dan menyerahkan wang tersebut kepada anak-anak bajau yang turut mengemas dan membersihkan kawasan masjid ini.

Ketika azan maghrib berkumandang, kami bergerak ke penginapan yang jaraknya 800 meter sahaja dari masjid. Masing-masing keletihan bercampur kepuasan.

Misi berikutnya bersambung
Salam sayang daripada Srikandi Jariah Qaseh




No comments: