Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
 |
| buat mak dan ayah dirindui |
Mak Ayah...
ini untuk mak dan ayah
mak dan ayah yang lebih layak menerima penghargaan ini
mak dan ayah lah yang mengajar saya tentang kehidupan
tentang keikhlasan dan tentang kasih sayang
mak dan ayah juga telah mengajar saya
erti menghargai dan mensyukuri
sebagai anak yang sipi-sipi bungsu dalam keluarga, membesar dalam keluarga yang ramai dan penuh kasih sayang, saya akui tidak pernah diajar tentang kesusahan,kepayahan dan kesempitan hidup.
Ayah telah memberikan kecukupan untuk saya dan keluarga. Walau dia terpaksa berhempas pulas mengurus perbelanjaan kesebelasan anak2nya namun kami tiada kesulitannya.
Begitu juga mak..dalam mendidik anak-anak saya akui saya tak merasai perbezaan dalam kasih sayang. Saya juga dihukum sama ada di cubit paha...dipulas telinga kerana membuat sesuatu yang tidak disukainya. Dia amat menekankan nilai murni dalam family. Larangan 'hang aku' kekal sehingga sekarang. Inlah dikatakan proses pendidikan itu bermula dari rumah.
HARI INI 30/3/2019 adalah hari bermakna buat anakanda.
Hari yang jika masih ada mak dan ayah, pasti ku menyaksikan senyum mereka dan pujian kehadrat ALLAH hinggap ditelinga .
Apa yang chu buat hari ini adalah aliran pahala yang mengalir untuk mak dan ayah dan siapalah saya tanpa mak dan ayah..
mak ayah...terima lah penghargaan ini bersama..kita raikan bersama,.kita kongsi gembira bersama...TErima kasih mak dan ayah dan seluruh legarsi besar family Hj Mansor
 |
| baru tengok jer dah telioq |
 |
| ini untuk mak dan ayah ye |
 |
| masih konfiuss |
 |
| bersama Kak Pah yang memang wirawati disegani |
 |
| bersama ikon influencer_miznina |
 |
| touching |
 |
| credit foto-natipah abu |