Monday, December 3, 2018

tentaNG SHUNT angah

Ini adalah draf asal yng ditulis tahun 2011 

Abg ngah boleh tak buka mata tu…?Tak yah la layan cengkaman mata lagi..Buka matamu dan lihatlah siapa yang mengunjungimu, di mana kamu dan berfikirlah kenapa harus ke sini lagi. Cukup2lah lena yang panjang.. dari Asar hinggalah ke Subuh hingga mengundang resah daripada family.. Kenapa nie..merajuk ke hingga memaksamu memejamkan mata dan mengabaikan waktu solat. Aduh sayang seribu kali sayang….perkara ini tak berlaku di Ramadan yang lalu. Walaupun terlentang di HDU, terbaring di katil, namun dirimu masih segar mengingat ayat2 AQ dan di peringatkan solat walaupun kekadang dipimpin umi atau saudara2mu. Solat mesti dilakukan dalam apa jua keadaaan ...
Situasi beginilah yang memaksa abg ngah berehat di unit neuro HAS lagi. Bulan lepas hampir sebulan umi ayah berkampung di HAS. Terkesan dengan jangkitan kuman(infection) memaksanya menyerahkan air tulang belakang, diambil sample cecair dari kepala, darah demi darah untuk pengujian  hingga kedua lenganmu sudah mangli dengan kesakitan. Kesan dadah mula menguasai dirimu  dari ubat demam, sawan, antibiotic juga ubat manegitis.  Secara umumnya saya mengklasifikasikan penyakit abang ngah adalah satu ujian dan cabaran. Cabaran buat pihak perubatan mencari solusinya, menemui penawarnya dan mengakhiri penderitaaannya.

Perubatan moden telah menemui kaedah tertentu bagi menangani kesakitan abg ngah iaitu dengan mengeluarkan cecair yang terkumpul di kepalanya. Subhanalah…hebatnya doktor2 di TanaH Melayu yang tak pernah dijajah ini, menebuk kepala manusia dan memasangkan tiub bagi mengeluarkan cecair ini secara manual. Cecair yang dikeluarkan ini berwarna putih jernih yang disambung ke kantung. Sekali pandang seolah-olah kantung urine yang dipasang kepada pesakit yang terpilih. Bagi menghiburkan hati dan menggembirakan abang ngah, kami lebih suka menamaknnya sbg  arial. Inilah kelebihan abg ngah…dia perlukan antenna dan arial bagi mendominasikan keseimbangan tubuh. Alhamdulillah setelah air ini dikeluarkan, dia mampu bercakap, ingatannya kembali pulih dan dia takketerlaluan tidur lagi. Oleh itu bagi mengekalkan menggantikan arial ini, keedah seterusnya diperkenalkan.

Shunt :Apa dia sebenarnya shunt ni?
It is a drainage system which will transport the excess of CSF collected in the head to other parts of the body where it can be reabsorbed. The most frequent places are the abdomen and the heart."
Dengan ertikata lain menanamkan tiub dari kepala hingga ke perut untuk memudahkan cecair yang terkumpul dikeluarkan... Tiub ini berada d iats kulit dan kita dapat merasainya seperti sebahagian dari urat-urat.  Terdapat kesan2 tebuk di leher dada dan perut semasa proses memasangkannya.  Pemakaian shunt juga bergantung kepada kesesuaian. Untuk mencari kesesuaian itu, pakar perlu mencuba ke atas seseorang pesakit tanpa mengetahui apakah natijahnya pada si pemakai. Maksudnya mana² pakar sekali pun takkan tahu sampai bilakah shunt itu akan bertahan.


Macamana ia berfungsi?  rujuk link ini:shunt 
Each shunt has 3 parts:1- Ventricular catheter: a small flexible tube which goes in the brain, in one of the cavities where the CSF is being retained.

2- Reservoir : a small pump which regulates the amount of fluid that goes out. Through this the doctor can also check the working state of the shunt, as well as take CSF samples, when necessary, with a needle.

3- Distal catheter: another flexible tube that will take the fluid to the place where it is going to be absorbed. It is usually left with sufficient length, thinking in the child's growth..

The shunts regulates the draining pressure. There are different levels of pressure, as high, medium and low. There are also some differences in the design but the means is always the same.


Namun kita hanya merancang, ALLAH lebih mengetahuinya .. Cabaran mengundang buat ke dua kalinya setelah  hampir 3 minggu ditanam di badan , berlaku kebocoran dalaman yang menyebabkan   pengumpulan cecair  di kepalanya berulang.  Untuk sementara waktu, dokor telah mengeluarkan cecair ini secara manual menerusi  reservoir yang jika di lihat di kulit kepalanya seperti satu benjolan.  Kesian abg ngah, kepalanya dah jadi bahan uji. Hilanglah seketika, rambut yang mula bercambah dan kini botak kembali Botal sebelah..Demi kesembuhan, segalanya bersifat sementara… yang patah kan tumbuh, yang botak kan berambut kembali..insyaALLAH  .namun kewajarannya kenapa harus berlaku lagi shunt untuk kali ke 2? Kenapa pakar tak membuat kesesuaian...wallhu aklam

No comments: