Monday, October 29, 2018

sejambak kasih

Rupanya ini draf yang telah saya tulis pada 2010 tetapi saya tak postkan ..Alang2 buat house keeping saya kongsikan apa yang telah dihadiahkan kepada anak2 saudara angkat saya...
dah macam satu family ..
terima kasih acik, wanie dan syida
semuga akalian sentiasa bahagia di manapun berada.
************ 

Apakah yang akan dihadiahkan  kepada seseorang sempena majlis konvonya??
Bunga adalah makna istimewa buat mereka tetapi lebih istimewa jika di sulam dengan kasih sayang.
Ini adalah cerita saya....

"KonvO acik ucu datang tau"
"akak, jgn lupa, konvo kami 7.10.2010.Nak bunga.... "
Ini antara ayat keramat yg berlegar2 di kepala saya menjelang konvo mereka. Sudah ku recce jarak lokasinya namun masih konfius mencari waktu yg sesuai. Bebanan kerja mngganggu pemikiranku seketika. Cuti yang di pohon terpaksa dibatalkan di saat akhir. Gara2 kunjungan audit banyak urusan yang belum selesai.

Konvo Wanie dan Syida di sesi pagi manakala konvo acik di sesi petang. Saya cuba memungkinkan kehadiran untuk bersama syida dan wanie meraikan kejayaan mereka, dgn sekuntum bunga pengukir janji yang terlewat. Namun hanya menjadi hayalan dan saya tak berpeluang meraikan kegembiraaan bersama mereka. Walau bagaimanapun nukilan kasih pengganti diri sempat singgah di telepOn mereka. Kata wanie it's touching dan kata syida really appreciate. Bergumbirala duhai adik2 ku,..hari ini kalian antara mereka yang layak menerima anugerah atas usaha kendiri. Bermulalah lakaran kejayaan dengan memiliki diploma, bakal disusuli pulak dengan ijazah cuma 3 tahun lagi . InsyaALLAH.

keceriaan yang dikongsikan bersama sokongan family..satu rahmat buat mereka  
TAHNIAH Acik..ucu datang kerana kamu dan terima kasih kepada family kk robizan yang  sgt2 sporting..Lepas bergambar semua..kita pekena ikan bakaq di putrajaya pula...
Terima kasih ALLAH

anak saudara ke 56

nama saya :Muhammad AKHYAR HUWAYDI
14 jan 2018
Muga menajdi  anak sholeh yang sihat dan membahagiakan kita di dunia hingga akhirat.











Wednesday, October 10, 2018

menOngkah

sesuatau yang tak pernah dilakukan
telah dilakukan
mencabar keberanian


syukur



kita dan alam
hanya sementara
peliharalah untuk generasi
nikmat untuk semua

Friday, October 5, 2018

sapa makan cili







Alhamdulillah..terima kasih ALLAH

Menarik pulak catatan ini..jika dulu guru BM ku cikgu Tuan Yah (semoga ALLAH catatkan pahala berterusan buatmu guruku) sering menyuruh kami mencari keratan akhbar dan  mengolah makna isi  kandungan juga ciri-ciri kenyataan diberikan. Izinkan saya mencari apa yang tersurat...sebab yang tersirat milik penulis sapa makan cili.. Terima kasih pemilik FB ini.


Di segi ejaan nampaknya ini bahasa melayu 'termoden' ...auwww( ni spesis aww mungkin). Penggunan kata ganti ceq itu adalah gantinama diri pertama dalam loghat negeri Kedah. Sikap penulis yang tak perlu orang pura-pura baik adalah dikagumi. Tahniah. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pura-pura baik?? Sepatutnya jelaskan dengan terperinci apa yang menyebabkan pura-pura tu . Apakah ciri-ciri  Abdullah bin Ubai atau abu Jahal??

"hati-hati dengan orang yang jerat kita sebab nak jaga hati kawan baik dia"... ayat penegasan yang menarik cuba diketengahkan ...Penulis telah terjerat dan mungkin juga kelemasan. Cuma kedalamannya ?  Mengapa pula penulis merasakan dirinya terjerat dan mengapa dia merasakan terperangkap??  Apakah sebab nak jaga hati kawan baiknya....kesian nasib penulis dia menjadi mangsa dalam kisah sahabat dari sahabat untuk sahabat kepada sahabat


Syabas.. dua perumpamaan atau peribahasa yang sangat signifikan dalam masyarakat kita dimanfaatkan. 
pakai baju ukur badan sendiri : Berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
siapa makan cili dia rasa pedasnya: Whoever feels upset about it, it is because he is one of them who does it.

SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDASNYA' itulah satu perumpamaan atau peribahasa yang sangat signifikan dalam masyarakat kita . Nak ulas lanjut saya pun tak faham yang tersirat dan kita simpan sebagai kenangan. 

Semoga ALLAH ampuni khilaf saya dan beri panduan dan tunjuk ajarnya.


Thursday, September 27, 2018

Mati itu benar

perjalananmu bermula ...
"Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita akan kembali kepadaNYA."

Apabila mata sudah tertutup terus, maka berakhirlah tempoh pinjaman kita.
Segalanya yang dipinjamkan oleh Allah swt semasa hayat kita hidup perlu dipulangkan semula. Jasad, keluarga, sanak saudara, kenalan, pekerjaan, harta, dan kesemuanya yang hanya pinjaman semata-mata perlu dikembalikan.
Dan pulanglah kita menghadap pencipta. Bersiap sedia untuk dipanggil semula di Hari Perhitungan.
Selamat jalan bekas rakan seopis di BTP almarhum MUHAJI ABD KARIM. Tenang dan damailah dirimu di sana. Perjalananmu bermula 27092018 ,Khamis @818 pagi seminggu sebelum ualngthun kelahiranmu..Telah disemadikan di Sekincan selepas asar pada hari yang sama.
Yang tinggal kini hanya cebisan kenangan yang pernah kita lalui bersama. Seorang sahabat @abang yang baik hati, suka bekerja dan sentiasa berlapang dada bila di kritik. Agak pendiam jika tak mengenalinya , suka memasak dan belanja makan juga suka berkongsi ide. Penerbit dan editor berpisah tiada, pelengkap sebuah cerita. Di sinilah bermula pengalaman terindah.
Kali terakhir saya jumpa dia memaklumkan penyakitnya namun dari riak wajak dan percakapan masih ceria. Kami terputus hubungan biarpun bertugas di satu jabatan. Dia di bangunan dan bahagian yang berbeza dengan saya. Dia orang bakat dan seni dan saya orang kejuruteraaan..ini lumrah bila bertugas di RTM. Waktu kerja yang berbeza dan sebagainya .
Selamat jalan sahabatku,
Untuk seketika, ku bersyukur telah dapat menghubungi saudara terdekatmu ( Pn Roshastina Hassan@anak saudara aruah) bagi mengetahui biarpun terlewat perjalanan terakhirmu semalam. ALLAH telah susun terbaik buatmu . Mengakhiri kesakitan duniamu dengan diangkat dosa dgn mendapat pengampunan Ilahi.InsyaALLAH. ALLAHu robbi..
YA ALLAH, rahmatilah saudara ku ini , berikan kelapangan di alam kuburnya dan cahaya amal menemaninya. Ampunilah dosa-dosanya nya tempatkan aruah di kalangan solehin .
Andai ada khilaf antara kita mohon maaf dan halalkan segalanya. Semuga damaimu di sana ,,,,,Terima kasih ALLAH mengajar ku tentang kehidupan dan mengenalkan daku dengan sahabat2 yang baik dan kita bahagia bersama dan merasai kehilangannya..
AL FATIHAH ( jom sama-sama sedekahkan buat almarhum Muhaji Abd Karim)


Terima kasih Puan lizaKasa atas perkongsian foto terakhir ini

gii...semuga mengalir pahala berterusan untukmu
AL FATIHAH
28092018

Monday, September 24, 2018

UPSR 2018_ain & wawa

mhn restu @2018

Assalamualaikum tok dan wan yang dikasihi.

Apa khabar tok dan wan ? Ain dah hadiahkan AL FATIHAH dan AL IKHLAS untuk tok dan wan tadi.  Ain mendoakan muga dicucuri rahmat dan di ampuni  ALLAH  atas segala dosa tok dan wan. Ain mohon maaf, lama juga tak datang ziarah di sini. Ain harap tok dan wan maafkan ain ye.


Dulu masa wan tinggalkan ain, usia ain baru 2 tahun dan seingat ain wan tak pernah marah ain. Wan riba ain dan bagi duit raya. Terima kasih wan...walaupun tak lama bersama tapi ain ingat wan seorang yang baik dan sayangkan cucu.

Tok..terima kasih tok. Dah 5 tahun ain tak dengar tok panggil ain. Jika dulu, ain sering didahulukan dan tok suka melayan ain.. Kalau lapar, tok suapkan dan tidor tok yang sorongkan bantal. Masa tok berpindah ke alam kubur, ain dah 7 tahun. Tapi ain tak pandai baca AQ lagi..Bila semua dok depan jasad tok yang kaku, mereka bacakan yasin dan ain pun amik juga buku yasin tu dan ikut depa baca. Alhmdulillah ain duduk kt tepi kaki tok masa tu. Kak Huda ikatkan tudung ain dan ain pun duduk bertimpuh bersama sehingga selesai.

tok dan wan.
Hari ini 24/9/2018, ain akan hadapi peperiksaan UPSR. Ain mai sini nak habaq kat tok dan wan.
Ain harap tok dan wan juga turut doakan ain dapat jawap peperiksaan UPSR 2018 ini dengan mudah. Ain dah usaha di rumah dan tuisyen yang dianjurkan oleh sekolah. Ain harap peperiksaan ini tak susah dan doa daripada family  mengiringi. Doakan kejayaan ain. Terima kasih tok dan wan, Ain sayang tok dan wan dan rinduu..   Ain balik dulu . nanti datang lagi


Ain nak ucapkan juga  terima kasih kepada guru2 SRI Islah yang telah mengajar dan mendidik ain selama ini. Dah 6 tahun ain belajar di sini dan ini merupakan tahun akhir ain di sekolah rendah. Semuga Ain berjaya mengharumkan nama sekolah dan mencipta rekod kecemerlang untuk diri dan sekolah.

2012
Tambahan :

TERIMA KASIH Ain kerana berkongsi saat yang tegang bersama. Insya ALLAH ,berkat usaha dan disiplin diri sebagai pelajar dan hamba pastinya ALLAH memberi kejayaan buatmu. Semuga ALLAH berikan ketenangan untuk menjawap peperiksaan ini dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu exam.

Tidak dilupakan didoakan kejayaan juga mengiringi cucunda saya wawa yang turut mengambil UPSR 2018.  Good luck Ain dan Wawa. kami mendoakan semuga kalian dpat menghadapinya dengan tenang dan jayanya...Ini satu permulaaan ..jangan takut...jgan gentar..penanya pedang dan minda yang sihat...

Semoga berjaya anaksaudaraku Ain dan cucundaku Wawa.

24/9/2018

Wednesday, September 19, 2018

raikan cinta anas & shahira

15 sept 2018

Beralih satu fasa
Termeterai ikatan janji
Menggalas tanggung jawab
sebagai suami dan isteri
Anas ehsan
Jagalah hatinya
Sulam dengn kemanisan
Tegur dengan kasih sayang
Shahira
Jagalah dia
imam yang mampu memimpin
Tak goyah dek ribut
Tak tenggelam dek kelemasan
Baja dan semai
Dengan benih yg menjalar
Didikan lengkap
Dari family tercinta.
Semoga "masjid" yg dibina, kukuh sendinya, mantap tiangnya berbumbungkan keimanan dan ketaqwaan yg bahagia membawa ke jannah.
Doa family mengiringi perjalanan kalian..
Selamat melayari bahtera perkahwinan buat anaknda anas💞shera...

***************
Anak saudaraku ke 22 telah menamatkan zaman bujangnya. Tiada siapa menduga jodohnya telah tiba dalam masa terdekat. Berair juga air mataku ini seusai Anas selesai melafazkan akad nikahnya. Masjid Pendang menjadi saksi beralihnya tanggungjawap seorang ayah kepada menantunya.  Bila anas bersalam dan berpelukan dengan saya, ucap tahniah 'barokallah' saya bisikan dan sebak menyelubungi diri. Mungkin faktor usia, menjadikan diri ini cepat sense.

Anakku Anas, semuga menjadi seorang imam yang membahagiakan rumahtangga dan buat anakanda Shahera jadilah isteri yang taat menjaga keharmonian  dan kehormatan family. Semuga kalian saling berkasih sayang dan menghormati family.

   "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fii khoir "(Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan),.

Sunday, September 9, 2018

sahabat....


-->
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Friday, September 7, 2018

apa habaq


mak? alhamdulillah
cuma ahmad sakit mata...tak boleh dok asrama nanti melarat kat pelajar lain pula.. penyakit berjangkit nie.... bahaya !!


ayah


-->
" cu, buatla kisah wan, tulisan yang dihayati. Tulisan yg hidup lahir dari hati "
Pinta anak saudara saya, ank Sara dalam ym nye pagi ni. Terimaksih sudi melayari blog yang dalam proses pembelajaran ni. Bantula cu berilah komen lagi. Insya ALLAH. Ada dalam perancangan. Adik kena bagi sokongan dan bersabar. Banyak yang tertanam di sanubari ni dan akan kita kongsikan. Cuma buat masa ni, apabila cu terkenangkan wan sama ada tika bekerja, solat, menulis atau baca quran sudah pasti ada mutiara kaca yang mengiringi. Hanya doa, fatihah, surah al ikhlas yang cu kirimkan khas untuk wan tika itu . Selain itu yassin dan tahlil masih menjadi amalan setiap hari. Mudah2an cu dapat isqamah dalam beribadah ini.

malam tadi abg zan sms cu ( 1:.43: 10/7/2009 )
salam cu, kenangan manis bersama ayah- 27 thn dulu, lepas 1st istimak Malaysia di KT, abg dok tunggu kerje waktu baru balik UK. Kami-ayah, abg Din, ank zul & abg keluar jemaah 10 hari di kwsan KK, habis di Taiping. Lpas tu setahun later kami pi istima' Yala. Bleh confirm dengan mak. Ya ALLAH berilah ganjaran abadi untuk ayah pi istimak' KT & Yala dan kluar untuk berdakwah. Agama penting dlm hdup & dakwah menghidupkan ruh agama. Doa supaya semua umat ambil dakwah as kerja kita. Allah Akbar

sms daripada teh (22.54:9/7/2009)
Salam cu,malam nie ib, dik de dan hussaini tidur ngan tok. Abg Mat, kak nab, ank Siti dah sampai umah Nizam kt Sepang. A Din pi last night, anak Salleh dan 2 adiknya naik bas malam nie ke istimak. Husaini pi check BP tadi-106/65.

cik wan pun sms cu(18.57:9/7/2009)
cu, cu tau tak, group kakak cipta solar boat dapat tempat ke 3. 2 hari p SM Pokok Sena, Kepala Btas. Tempat 1 dan 2 boleh masuk prtandingan peringkat kebangsaan. cu mcmna? KW bukan nak kata tapi x boleh dok sorang pasti nak nangis. ingat saat akhir ayah..

terimakasih anak2 saudara, abang juga kakak2 saya yang berkongsi rasa dan kita saling membicarakan tentang ayah. Kata seorang sahabat cu bertuahla ayah masih diingati dan disayangi walaupun tiada di mata kini. Bercakap memang mudah tapi bila kita merasai barulah tahu erti "ketiadaan, " erti "kehilangan" dan "makna sepi ". Saya menghargai apa jua bentuk nasihat, panduan hidup, cerita suka dan duka kerana saya mahu semua orang bahagia dan membahagiakan orang2 yang saya sayang. Mungkin ini cara kita untuk saling bertanya khabar dan berutusan kerana masing2 berjauhan dengan kg dan kita bersaudara.
Utk itu, bersyukurlah kita, kita mempunyai ayah yang sempurna, melaksanakan tgjawp sebagai suami,ayah, guru besar SKCK, pengerusi SKAP, pengerusi SMP, bendahari masjid ar rahman yang amanah dan seperti kata mak ayah bekerja bukan kerana mengejar wang ringgit tapi kerana tanggung jawb.
ayah-----pakar matematik,
ayah-----berkemahiran dalam pertukangan & pertanian
ayah-----pembaca setia harakah
ayah-----mindanya sentiasa aktif dan suka membaca hinggalah saat akhir membaca artikel kejadia
n pembunuhan di masjid al ghurran di naratiwat 8/6/09 dan satu kisah isteri sambut suami bwh pokok.
"cukupla 'otak tak boleh nak pikiaq dah" itulah ayat yang cu dengar bila tanya nak baca lagi tak metro satu hari di penghujung hayat ayah.
ayah juga seorang yang memakmurkan masjid. Subhanallah.

Ayah lah yang teristimewa dan selayaknya ayah di jemput dengan begitu lembut dan tenang
berbahagialah ayah....terimaksih ayah.....
KAMI SAYANG DAN MENDOAKAN AYAH- ALFATHIHAH


ketika kaki dan tangan berbicara


Akan datang hari
Mulut dikunci
 tak terkata lagi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita
tiada pandangan
dari mata kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya


Tangan 
Kaki 
Mulut 
Mata hati 
Luruskanlah
Kukuhkanlah

Di jalan cahaya
yang sempurna
Mohon kurnia
buat HambaMu
Yang hina
hulurkan hidayah ILAHI
petunjuk AZALI

selagi belum terhenti


Nasihat untuk hamba

NASEHAT UTK PARA HAMBA

1. Brgsiapa masuk kubur tanpa bekal, maka seakan-akan dia mengarungi lautan tanpa perahu. Keadaan mayat di dalam kubur itu tak ubahnya seperti orang tenggelam yang meminta pertolongan

2. Kemuliaan dunia bisa diraih dengan harta benda; kemuliaan akhirat hanya bisa diraih dengan amal saleh

3. Kesedihan dalam urusan dunia dapat menggelapkan hati; kesedihan dalam urusan akhirat bisa menerangi hati

4. Brgsiapa mencari ilmu, bererti ia sedang mencari syurga; Brgsiapa mencari kemaksiatan, bererti ia sedang mencari neraka

5. Brgsiapa berbuat dosa, sementara dia tertawa (merasa bangga), maka kelak Allah akan memasukkannya ke neraka dengan menangis; Brgsiapa taat kepada Allah, sementara dia menangis (sebab amat takut kepada-Nya), maka kelak Allah akan memasukkannya ke surga dengan penuh kegembiraan

6. Tidak disebut sebagai dosa kecil apabila dosa tersebut dikerjakan secara terus-menerus; Tidak disebut dosa besar apabila disertai dengan istighfar mohon ampun kepada Allah

7. Nafsu dapat menyebabkan penguasa menjadi budak; Sabar bisa menyebabkan budak menjadi raja. Nabi Yusuf adalah adalah putra Nabi Ya'qub yang sangat sabar.

8. Berbahagialah orang yang dapat menjadikan akalnya sebagai raja, sedangkan nafsunya dijadikan tawanan; Celakalah orang yang menjadikan nafsunya sebagai raja, sedangkan akalnya dijadikan sebagai tawanan.

9. Bargsiapa meninggalkan dosa, maka hatinya menjadi lembut; Brgsiapa meninggalkan perkara yang haram serta memakan hanya yang halal, maka akal pikirannya menjadi jernih; Sumber segala dosa adalah cinta dunia

10. Orang yang berilmu tidak akan merasa asing di manapun ia berada; Orang yang tidak berilmu akan merasa terasing dimanapun ia berada; Orang yang beramal saleh akan selalau dihormati dan dimuliakan orang dimana saja ia berada


Thursday, September 6, 2018

memori 6 september

Genap enam tahun berlalu, suara mak tak kedengaran, masakan mak tak dikecapi, layanan mak tak diperolehi dan bilik mak kian  sepi.   Mak mengakhiri nafas terakhir pada 11.20pm pada 6.9.2012 @ 19 Syawal 1435H di KMC. Punca kematian: Decompensated cardiac fairlure


 Di penghujung hayatnya , saya tak sempat mentalkin mak untuk mengucap dua kalimah shahadah..Namun saya yakin abang2 dan kakak2 telah memimpin sebaiknya buat mak. Bertuahkan mak, anak2 tahu tanggung jawap masing -masing. Beberapa hari sebelum mak pergi, saya kerap ingatkan mak tentang kematian dan siksaan kubur. Saya kongsikan apa yang telah didengari dari kuliah2 sebelum ini dan merujuk juga kepada kitab ustaz ismail kamus "Panduan Ibadah' tentang doa. Mak sangat berlapang dada mendengar perkongsian saya dan saya pula suka bercerita secara bersahaja dan  tegas. Mak kena ingat tau...masa nak hampiri sakaratul maut...tegas  sebut ALLAH. ALLAH ..Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH..Tolak yang lain dan ingat ALLAH ja. Mak jangan takut....Begitulah ketegasan nada yang saya sampaikan..Mak mendengar dan mengangguk.

Saya merenung seketika, tentu ada hikmah ALLAH yang tak mengizinkan saya bersama mengadap mak di saat akhir.  Terasa ralat tetapi cuba dihadam kerana hanya sehari selepas saya kembali ke tempat kerja, mak meninggalkan saya selamanya. Sekitar jam 9 pagi -10 pagi pada 6 september itu, saya telah menghubungi mak dan bertanya khabar. Namun jawapan mak amat tenang ...'mak takpa ah, toksah risau laa. petang ni abang madet nak bawa p klinik". Tapi instinct si anak rasa tak puas hati tu tetap ada namun jarak membataskan kita.

Selepas menerima rawatan di Klinik Azhar, doktor di situ menyarankan mak di refer ke Hospital  Alor Setar. Status kesihatan sebenar mak tidaklah kami ketahui. Lagipun keadaan mak tak lah uzur dan boleh urus diri sendiri. Mak sangat jaga solat dan asbab solatlah leternya menjadi-menjadi tika saya masih kecil.

Hasil siasatan doktor KMC, jantung bengkak dan perlu dirawat segera  di CCU. Doktor pun agak terperanjat sebab mak kuat dan tabah melawan penyakitnya. Dia seolah-olah menyembunyikan kesakitan dari kami. Menurut family yang ada tika itu, mak nampak ceria dan berjalan ke katil sendiri. Kata mak kepada cucunya, Farizan "baik2 doktor dan jururawat di sini." Rupanya ini antara perbualan terakhir sebelum mak direhatkan.

Cukuplah saya katakan, situasi saya pada malam tersebut amat gelabah. Mulanya nak balik kampung dengan bas, kemudian tukar rencana naik my D'va. Keadaan jalan raya pula agak sesak.  Namun berita mak dijemput ALLAH hanya saya terima seketika kereta sampai di hostel Akasia UITM Puncak Alam untuk menjemput Faezah, cucu mak  turut balik bersama. Turut serta menemani kerana risaukan saya ke Puncak Alam keseorangan di malam hari adalah Yatt, cucu  angkat mak. Terima kasih abg Din dan Kak Wan atas maklumat awal.

Takdir ALLAH, Mak tinggalkan kami di usia 80 tahun. KMC menjadi saksi biarpun kurang dari 7 jam dirawat di situ. Terima kasih para doktor dan jururawat.  Selamat jalan mak...Saya sedekahkan AL FATIHAH berkali2. Saya terima berita ini bercampur baur...macam2 perasaan dan ulang tayang mak sepanjang pemanduan. Sesekali menyeka air mata, dan dalam diam saya cuba kawal perasaan. Di ulang putar bacaan CD ayat suci Al Quran berkali-kali dan saya turut mengalunkan dengan nada yang teresak-esak. Anak saudaraku di belakang walaupun sedih tapi dapat juga memejamkan mata. Yatt,cucu angkat mak di sebelah cuba menenangkanku.  Tak perlu berkata..cukup hanya berjaga sepanjang malam bagi memastikan emosiku stabil ketika memandu. Alhamdulillah...


Berkali juga telefon ku berdering. Anak saudaraku di Abu Dhabi turut menghubungi dan menangis2 bila mengetahui pemergian tok " Chu...tok dah takda" ..Sebaknya daku saat itu...Maklumlah mak antara yang turut menghantarnya dan familynya di airpot Kedah  sebelum berangkat ke AD. Abg Madet pula masih konfius, apakah dia punca kematian mak.".maafkan abg sebab bawa mak ke KMC dan mak meninggal di situ..maafkan abg..." Ya ALLAH dalam hal ni tak de sapa salah...."ALLAH dah jemput mak dalam keadaan yang elok dah "kata saya pada tika itu.." (air mata mengalir laju dan sebak untuk meneruskan percakapan...) Selain daripada itu  kakak2 dan abang2 menghubungiku untuk mengetahui lokasi terkini ku dari masa ke semasa. Al maklumlah mereka juga risau kerana memandu jam 12 malam ke atas..       

Saya sampai sekitar jam 5.30 pagi di laman rumah. Amat berat rasa kaki ini melangkah keluar dari kereta. Tak sanggup melihat perkara yang sama ketiadaan ayah berulang. Namun hidup lawannya mati dan setiap kita hanya berada di singgahan dunia untuk seketika.

 Melihat sekujur tubuh terbaring kaku di ruang depan, Ya ALLAH ampunilah mak saya dan jadikan segala kebaikannya sebagai saham di sana dan tempatkan dia di kalangan solihin. Mak meninggal malam Jumaat. Hari yang dicemburui oleh semua termasuk saya. Saya tak terus melihat wajah mak, saya menundukan kepala dan duduk di hujung kaki untuk seketika sebelum berwuduk dan solat subuh. Usai solat subuh saya bacakan yasin, baru saya memandang wajah mak yang saya kasihi. Saya kucup  lama dahinya, semakin sejuk semakin "deep".  Lembut anggota mak..itulah yang saya dapat katakan...  ALLAHU ROBBI... Bersama beberapa anak saudara kami meneruskn membaca surah yasin.

Ketika itu juga juzuk Alquran yang dibacakan sehingga surah Al Isra'. Saya cuba menyambung bacaan AQ surah tersebut  namun sebak  menyelubungi. Saya hanya mampu  beberapa baris sahaja sebelum meminta Yatt menyambungkannya. Terima Kasih Yatt..yang sangat memahami situasi keluarga tika ni .Beliau telah menyempurnakan beberapa juzuk bacaan AQ utk mak . Hanya ALLAH jua membalasnya. Dialah  teman ketika senang dan susah.


Masih segar dalam ingatan, tika menguruskan mandi mak, saya adalah anak terpilih yang dapat memangku mak di badan saya  dan mencium pp mak berkali-kali sambil mengusap mukanya. Kata kak jah, jeles tengok cu dok pelok mak di dada..ALLAH hurobbi...ALLAH beri peluang kita khidmat  terakhir bersama-sama untuk menguruskan mandian terakhir  bersama  anak2, menantu2 dan cucu2 mak sahaja.  Terima kasih kak Zainab yang menunjuk ajar tatacara menguruskan mandi mayat.

Alhamdulillah urusan mak dipermudahkan. Lebih kurang pukul 11pagi urusan persemadian selesai. Bolehlah dikatakan cuacanya dingin dan matahari agak suram.20 syawal yang suram.....

Damailah mak di sana
Di sisi ayah yang dicintai

YA ALLAH Ampunilah dosa emak dan ayah saya. Maafilah mereka dan kasihanilah mereka sebagaimna mereka mengasihani dan menyayangi kami. Belailah mereka dengan penuh kasih sayang rahmatMU dan berilah kelapangan mereka di kubur dengan nur MU. Berikan mereka kelazatan di alam barzah sebagaimana berada di taman-taman syurga. Tenang dan damailah mereka hingga ke syurgafirdaus.



 

setia mak mengunjungi pusara ayah

 
syawal terakhir kita. 

khatamAQ 

di sinilah rumah mak



dariNYA kita datang kepadaNYA kita dikembalikan...
AL FATIHAH buat mak juga ayah


catatan 6/9/2018

Thursday, August 30, 2018

merdeka !!

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA


Merdekakah kita dari EGO
Merdekakah kita dari DOSA

Capailah panji-panji agama
Luruskan keimanan
perbaharui nawaitu
Sadarlah
dunia jambatan akhirat
Merdeka


diambang merdeka 
30/8/2018@1846