Sunday, August 26, 2018

raikan cinta anakanda kak pah

raikan cinta mereka

Selamat mendirikan mahligai kasih buat pengantin diraikan Ashikin dan Amir, anakanda kepada Puan Natipah Abu (kak Pah) dan suaminya . Majlis yang berlangsung di dewan Zaleha menjadi sibuk dan meriah dengan kedatangan para tetamu yang berpusu-pusu menjelang tengahari. Kesesakan melebihi 300 meter lebih semasa kami mula menjejaki dewan tersebut.

kesabaran itu perlu..

Walau bagaimanapun toleransi sesama tetamu amat dikagumi. Inilah adab yang masih kekal di uatara sana. Syabas negeriku tercinta.Kedah tetap dihati.  Saya perhatikan majlis kenduri ini seumpama majlis keraian negeri. Tetamu yang datang ada yang bertongkat, berkerusi roda, berpimpin dan mengilik anak syurga. Subhanallah ....sama ada yang  tua ataupun muda, kecik ataupun besar, jauh maupun dekat tidak melepaskan peluang bersama di sini.
suasana di dalam dewan
Malah yang lebih penting, di sini saya bertemu dengan orang2 hebat,ramah, pemurah lagi cintakan program amal kebajikan. Yang sentiasa ringan tangan hulurkan bantuan, ringan tenaga dan sentiasa istiqomah  menyumbang  untuk menjayakan program amal. Mereka yang berdiri di belakang tabir dan sentiasa bersedia memberi tanpa memperkenalkan diri.  Kami juga hanya berkenalan dan mengenali secara tak langsung menerusi FB NATIPAH ABU . Subhanallah. hebatnya magnet FB Kak Pah ni. 

Kebanyakan tetamu yang hadir juga adalah insan-insan  pilihan ALLAH yang diuji dan terlanskap di FB kak Pah. Cukuplah senyuman sebagai tanda salam perkenalan dengan mereka. Ini lah uniknya majlis perkahwinan ini. Selama ini saya hanya melihat mereka menerusi photo tetapi bila melihat sendiri kegigihan dan ketabahan mereka mendakap anak yang diuji terungkap ketabahan mereka adalah insan2 pilihan ALLAH           

Begitu juga jarak bukan ukuran untuk membataskan majlis ini. Ada tetamu yang datang dan bermalam di sekitar SP supaya tak terlepas menghadiri majlis ini. 

tangkap ibu pengantin dulu 
 sentiasa bersama menyokong program kak pah
Tidak terkecuali sahabat saya dari  KL yang terdiri dari Amiey, Ezza dan Azlina.
Hanya mengambil masa kurang lebih 6 jam untuk sampai ke Kedah dari K.L. Alhamdulillah ini lah janji ALLAH yang tak dapat di fikir dek akal.  Hanya perbincangan pendek dan keputusan akhir dibuat beberapa jam sebelum berangkat. Untuk pertama kalinya juga mereka menjejaki kampung kelahiran saya. Terima kasih kerana memilih Pendang destinasi rehat dan bermalam.


Bercerita  pasal majlis kenduri ini, bertemu mata dengan insan2  mulia, saya merasa begitu kerdil di kalangan mereka. Tapi mungkin kerana lumrah mereka yang senang untuk didekati dan sentiasa berlapang dada menerima dan menghadam yang baik-baik sahaja.  Bermula degn senyuman dan berakhir dengan salam pelukan tanpa merelakan perpisahan. TERIMA KASIH  kak pah menjadikan majlis ini sebagai singgahan perkenalan dan pertemuan.

Alhamdulillah, sambil menjamah nasi beriyani bermandikan gulai daging dan masak putih daging (kurma) dan acar  yang menyelerakan, mata mencari-cari insan yang dikenal menerusi Fb kk pah. Melihat mereka dari jauh, kita paham kehadiran mereka juga hadir untuk memenuhi undangan dari tuan rumah. Mereka berhak untuk menikmati pelbagai juadah yang  disediakan. Dengan aneka pilihan dari food truck sama ada chaw keow teow, ice cream, coq pisang, takoyaki , mee rebus , apam balik  dan lain lagi yang saya tak perasan. Tapi inilah satu satunya kenduri yang menghidangkan aneka pilihan dan tetamu berhak memilih sama ada berada di dewan ataupun di khemah biru yang disediakan dengan melayan bayu angin yang sesekali menghembus. Jadi tang bab menu  ni  memang  tak ada sebablah kata tak  dan makan kecuali berpuasa atau sampai lewat. betui dak?

Dengan penuh takzim dan kesyukuran saya, amiy , ezaa dan azlina juga dua anak saudara saya , ibrahim dan husaini mengucapkan TERIMA KASIH kepada  kak pah dan abg ijat yang telah menjemput kami seterusnya meraikan majlis perkahwinan anakanda putri tunggal mereka. Semuga ALLAH memberkati pasangan yang diraikan dan diberikan rahmat dan mawaddah yang berkekalan. (lupa nak bergambar dengan pengantin )    


Majlis kenduri ini bolehlah dikatakan sederhana tetapi  meriah. Anak2 yatim  CB adalah diantara mereka yang bertugas di belakang tabir dan menghiburkan pentas. Tetamu yang datang juga sama ada dari utaqa maupun selatan, timur dan barat malaysia.  Subhanallah.

K Pah bukan hanya seorang ibu, isteri tetapi seorang wanita kental yang sentiasa terjun membantu mereka yang memerlukan dari dalam hari hinggalah penghujung usia. Sama ada berseorang ataupun bersama NGO lain. Begitu juga di dalam Malaysia dan di luar negara.  Jiwa keibuannya sentiasa melekat di hati orang yang dibantunya jadi tak salahlah jika dia mempunyai ramai anak angkat dan di kasihi ramai orang. Bahkan ada yang pergi mendahului,  kak pah pula merintih kerinduan.
Dialah "the unsung heroin" di hati kami. 

Doa ku buat mu, semuga ALLAH melindungimu lagi dan lagi dan memberikan kerahmatan dan keberkatan buat mu dan family.
Terima kasih ALLAH yang meminjamkan Kak Pah untuk kami merasai pengalaman dan mengajar generasi kami tentang kemanusiaan, keprihatinan dan kasih sayang serta perkongsian.    Kami sentiasa bersedia untuk membantu perjuangan kk pah

Terima kash kepada sahabat2 kak pah yang saya kenal secara tak langsung dari program yang pernah kak pah anjurkan, sapaanku berbalas dengan pelukan. aLHAMDULILLAH . 
Terima kasih  

Siapa kak pah ( klik link itu _ catatan saya terdahulu) .

Lepas makan kenduri ....nak p mana pulaa ?? tunggu next n3

catatan pada  27/8/2018
hari kejadian : 18082018

Wednesday, August 22, 2018

eid adha 1439H

Al Fatihah buat ayah dan emak
Maafi anakanda tanpa kepulangan di hari raya.
kesunyian tiada tara
kerinduan tiada terubat
hanya doa mampu ku munajat
maafi emak dan ayah 
bahgialah mereka di taman2 syurga
berhias lampu yang benderang 
semaian dunia yang cemerlang .




22082018@ 1 Zulhijjah 1439H

pantai murni



indahnya 
senja semalam 
sesingkat waktu kehidupan
perbandingan waktu di akhirat

tafakur seketika
syukur dengan MAHA KUASA
nikmat ALLAH yang tiada taranya
untuk di kecapi kita bersama


 mentari melabuhkan  tirai
sang burung pulang ke sarang
kelam sudah menghias alam
tafakur sujud cari ketenangan.  


  with love pantai murni 


korban 2018

untuk dikorbankan
tanda kesyukuran
tanda kepatuhan
(foto: di masjid mizan)

di kemboja...1 zulhijjah 
dengan bismillah dan takbir sembelihan dimulai

alhmdulillah . ustaz fuad telah menyempurnakan sembelihan di kemboja.
AMIN YA ROBBAL ALAMIN

semuga ibadah kami diterima ALLAH
hadiahkan pahala buat kedua ibu bapa kami jua
semuga yang menerima pertingkatkan ibadah
berkongsi nikmat satu anugerah

Wednesday, August 1, 2018

germany Euro


Ini sebagai permulaan untuk shahmi di perantauan
pandai2 la guna ye dengan berhemah.

adik Nadia  nak merasa pegang duit euro
wah lumayan kan ..

d'Vva boleh


ni yang sayang d'Vva..boleh muat segala barang..tanpa ragu bimbang. Bukan hari ini saja setakat amik-hantar barang utk sumbangan kepada pihak yang berkaitan.
Alhamdulillah sehingga kirni aksober ok lagi cuma aksober mounting jer yang kerap di tukar. Terkini baru jer tukar dua tayar bernilai rm160

tapi amount semua mancecah rm 700.. paroh juga lah tapi pasrah je lah ....

Tuesday, July 31, 2018

Solat Sunat Tasbih dan Khatam Al Quran Muslimat Angkasapuri PUSPANITA


Laporan 2 : Program Solat Sunat Tssbih dan Khatam AQ Muslimat Angkasapuri, RTM
Tarikh:  5/6/2018 – Selasa.
Masa: 9 pagi- 1230 tengahari
Tempat: Ruang Utama Solat, Masjid Muhammadi, Angkasapuri, KL
 __________________________________________________________________
Dengan bertemakan ‘ Semarakkan Ramadan 1439H’ satu program Solat Sunat Tasbih dan Khatam Al Quran Muslimat Angkasapuri telah diadakan. Program anjuran PUSPANITA dengan kerjasama Masjid Muhammadi adalah antara aktiviti yang telah disusun sempena mengimarahkan Ramadan kali ini.

Penyertaan program ini  terbuka kepada muslimat Angkasapuri. Seramai  80 orang peserta (termasuk tetamu ) telah turut serta yang terdiri dari kakitangan RTM, IPPTAR, ahli dan bukan ahli PUSPANITA RTM. Turut hadir adalah isteri Pengerusi Masjid Muhammadi iaitu Datin Radziah. Pembimbing keseluruhan program ini ialah Ustazah Nourul Iman  binti Sheikh Nia’mat, seorang pendakwah bebas, ahli panel program Tanyalah Ustazah Tv9 dan program Fiqh wanita TV3.

Para peserta bukan sahaja dapat mempraktikkan solat tasbih secara berjamaah tetapi juga ukhuwah sesama mereka juga dapat dipupuk. Bagi yang biasa menunaikan solat tasbih ini mungkin tidak menjadi halangan tetapi bagi yang pertama kali mengerjakannya, ia memerlukan bimbingan dan ilmu. Solat tasbih diajarkan oleh Rasullullah s.a.w kepada Saidina Abbas bin Muthalib.  Sabdanya “ Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah, jika tak mampu maka lakukanlah setiap hari jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali” (Hadis riwayat Abu Daud dan ibnu Majah)


Munajat bersama 
Usai solat tasbih, tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustazah Nourul Iman dengan kupasan hadis berkaitan mudahnya wanita masuk syurga. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa di Ramadan, memelihara maruah dan taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki”.    Mudahnya seseorang wanita masuk ke syurga berbanding lelaki apabila wanita itu mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam agama islam.  Sama-samalah kita berazam untuk masuk syurga dan bermuhasabah.


Kemuncak pengisian ialah program Khatam Al Quran. Ini merupakan pelengkap kepada program tadarus Al Quran yang telah diadakan pada 31 julai 2018 yanglepas. Majlis Khatam AL Quran mempunyai banyak kelebihan dan digalakkan menyertainya. Dalam majlis ini kita dapat bersama-sama berdoa mengharapkan Al Quran menjadi sahabat kita di dunia dan akhirat. Menemani dan menerangi di alam kubur, menjadi pembela dan saksi di hari masyar juga menjadi  asas tindakan harian kita.  Orang yang berpegang kepada Al Quran akan dipelihara oleh Allah. Doa yang diaminkan juga sangat relevan dengan kehidupan semasa kita.


tafakur

Sebelum mengakhiri program, penyerahan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan kelainan upaya diadakan. Pihak urusetia telah mengenal pasti 17 orang anak yatim dan 7 orang anak kelainan upaya di kalangan staff RTM untuk menerima sumbangan tersebut.  (Senarai lengkap disertakan). Sumber kewangan ini diperolehi daripada sumbangan individu seperti Dato Ketua Pengarah Penyiaran,  Puan Norliza Ali, Puan Norehan, Kelab Sukan dan Rekreasi RTM dan lain-lain.  Turut menerima sumbangan cenderamata ialah 63 peserta tadarus yang diwakili ketua kumpulan masing-masing . Terpancar keceriaan di wajah semua penerima. 


sumbangan raya

ustazah pembimbing 



Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari. Para peserta diberikan slip kehadiran oleh urusetia. Diucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama semua peserta.



menyulusuri



kehidupan  Bagaikan Sebuah Pelayaran , 
Mengharungi samudra Luas , 
Bertemankan Badai disisi…..

masih adakah pelabuhan buat kita
cukupkah hanya memandang ke depan 

berolak itu kematangan 

pelayaran diteruskan ..


#ekpedisiRoyalBelumForest  

Wednesday, July 25, 2018

ku bersyukur


bersyukurlah
tidak semua berpeluang
menyaksikan 
alam yang terhampar luas
bukit yang memasak bumi 
dan langit yang melakar kebiruan
juga dihias dengan air yang menyejukkan.


terima kasih hutan Royal Belum

Carta Tekanan Darah: Wajib Tahu

  untuk mengetahui lanjut sila kelik ini:  SUMBER : INFO TENTANG DARAH TINGGI


Use the blood pressure chart below to see what your blood pressure means. The blood pressure chart is suitable for adults of any age. (The level for high blood pressure does not change with age.)
Blood pressure readings have two numbers, for example 140/90mmHg.

The top number is your systolic blood pressure. (The highest pressure when your heart beats and pushes the blood round your body.) The bottom one is your diastolic blood pressure. (The lowest pressure when your heart relaxes between beats.)
The blood pressure chart below shows ranges of high, low and healthy blood pressure readings.

Blood pressure chart for adults

Blood pressure chart
Using this blood pressure chart: To work out what your blood pressure readings mean, just find your top number (systolic) on the left side of the blood pressure chart and read across, and your bottom number (diastolic) on the bottom of the blood pressure chart. Where the two meet is your blood pressure.

Download the Blood Pressure Chart

Download the Blood Pressure Chart
 Download the Blood Pressure Chart(123.96 Kb)

What blood pressure readings mean

As you can see from the blood pressure chart, only one of the numbers has to be higher or lower than it should be to count as either high blood pressure or low blood pressure:
So:
  • if your top number is 140 or more - then you may have high blood pressure, regardless of your bottom number.
  • if your bottom number is 90 or more - then you may have high blood pressure, regardless your top number.
  • if your top number is 90 or less - then you may have low blood pressure, regardless of your bottom number.
  • if your bottom number is 60 or less - then you may have low blood pressure, regardless of your top number.

Monday, June 11, 2018

11 jun kembali

11jun 2009













SEMBILAN TAHUN BERLALU
Damai dan bahagialah
Duhai Ayahandaku di sana
Pasti ku menyusul
Namun entah bila

YA ALLAH ampunilah ayah
YA ALLAH ampunilah emak
Dua insan istimewa
63 tahun hidup bersama
pergi pula berselang masa
 3 tahun 3 bulan
indahnya caturan ALLAH

YA ALLAH berikan kedudukan yang tinggi
buat insan istimewa ku ini
dua hati yang padu
mengemudi bahtera kehidupan
tanpa terpesung dari landasan

Merekalah ayah dan emakku
tiada lagi
penantian mereka
 tiada lagi
doa mereka
yang ada  DOAKu buat emak dan ayah.

AL FATIHAH

catatan:
11062018@4.46ptg @ 27 Ramadan

tahniah kk ngah @uitm


Tahniah kak ngah on your graduation day 10/4/2018
Perjalanan bermula dengan diploma  dan diteruskan dengan ijazah. Sekalung tahniah buat anakanda ku FAIZAH SANIAH atas kejayaan ini.

Tumpang bersama meraikan kejayaan anak2 saudaraku merupakan satu kelaziman buatku. Seronok melihat kejayaaan mereka. teruskan kegemilangan generasi kita


Thursday, May 31, 2018

Program Tadarus AQ Muslimat RTM



BIRO KEBAJIKAN PUSPANITA RTM
Laporan : Program Tadarus AQ Muslimat RTM
Tarikh: 31/5/2018
Masa: 9 pagi- 1230 tengah hari
Tempat: Ruang Utama Solat, Masjid muhammadi


 Program Tadarus Al-Quran merupakan aktiviti tahunan PUSPANITA RTM. Melalui program ini, ukhwah antara ahli dapat dipupuk dan diperkukuhkan. Kali ini, ia dianjurkan bersama oleh Masjid Muhammadi RTM  dengan tema “SEMARAKKAN RAMADHAN 1439H”. Buat pertama kalinya, program tadarus ini di buat serentak pada satu hari sahaja yang melibatkan penyertaan terbuka kepada muslimat RTM.   

 Di ruang solat utama , Masjid Muhammadi, di penuhi seramai 62 orang peserta daripada  kalangan ahli puspanita, staff ipptar dan  staff RTM yang sedang berkhidmat maupun sudah besara.  Peranan hebahan amat penting bagi menyampaikan maklumat berkaitan. Diucapkan terima kasih kepada biro promosi dan iklan yang telah menyebarluaskan iklan tadarus ini. Pihak urusetia  menerima maklumbalas yang baik dan penyertaan menggalakkan.


Semasa program ini dijalankan, peserta di bahagikan kepada 5 kumpulan oleh urusetia. Setiap kumpulan disertai seramai 10-13 orang dan seorang di lantik sebagai ketua kumpulan. Mandat telah diberikan untuk setiap kumpulan membaca sebanyak 6 juzuk dalam tempoh masa ditetapkan.  Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada setiap peserta amat membanggakan. Semua fokus kepada kitab suci Al Quran dan membacanya dengan tartil.


 Apa yang pasti, ada penghayatan dan pengertian yang mendalam bagi setiap muslimat yang hadir kali ini  . Insya ALLAH.

Majlis berakhir pada jam 1240 tengah hari . Para peserta diberikan slip bukti kehadiran oleh urusetia. Di kaunter luar masjid pula diagihkan Bubuk Lambuk Kg Baru hasil sumbangan hamba Allah. Diucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Sebarang kelemahan adalah kecuaian kami dan mohon dimaafi.


Remark: Terima kasih ALLAH yang memberikan saya peluang sebagai Ketua Biro Kebajikan PUSPANITA RTM. Saya mendapat kerjasama dari semua AJK dan merekalah yang telah memandu arah saya. Dengan rendah diri, saya akui kelemahan diri dan mohon tunjuk ajar.

Tuesday, May 15, 2018

selamat jalan Shahmi

di usia remaja, kami melepaskanya pergi jauh nun ke bumi eropah untuk menuntut ilmu
Garap dan ceduklah sebanyak mungkin ilmu di sana. Memang di situ tempat yang terbaik untuk meneroka bidang kejuruteraaan . Semuga suksess berkat usaha doa dan restu family.

Terima kasih ALLAH ..doaku dimakbul ilahi.  Pernah ku berbisik pada diri..jangan jadikan saya sahaja pilihan  terakhirMU mengembara di bumi ini tapi berilah generasiku juga berpeluang menjejakinya ke sana. Alhamdulillah.. ternyata...selepas 19 tahun  salah seorang anak saudaraku terpilih untuk melanjutkan pelajaran di bumi Deuthsland.  Untuk tempuh 6 bulan pertama dia perlu mengikuti kursus pengukuhan bahasa Germany sebelum ke institusi pengajian terpilih.. Alhamdulillah ...Doakan shahmi dapat menyesuaikan dirinya di sana tanpa mengabaikan perintah ALLAH.

Tempuh perjalanan udara yang lama harus ditempuhi ..itulah hakikatnya.. Dengan flight MAS dari KLIA ke LONDON .Kemudian dengan flight British Airway, London Ke airpot Tegel. Inilah pengalaman pertama Shahmi pada 3/3/2018 untuk menjejaki bumi Germany bersama 19 pelajar tajaan JPA.

tajaan?? oppp pinjaman  JPA

euro

adik kata dia nak merasa pegang duit euro jugak
selamat jalan abg mi...berpeluh2 tu...kepenatan seharian 

di manapun kamu tetap HAMBA ALLAH dan anak

catatan 3/3/2018
9 malam

PRU 14-2018

kuasa rakyat
bermula
9/5/2018
SPR bekerja

kuasa rakyat
pilihan tepat
demi negara
tercinta

salam pilihan raya

#malaysiamengundi