Tuesday, December 26, 2017

Disember team


mereka yang terakhir
dari bulan yang paling bongsu

langkah bermula 
tika orang lain telah berlari
kayuhan mereka perlahan 
tetapi mereka cepat sampai
punya kekuatan tersendiri
untuk berdikari

generasi bulan disember 
jauh perjalanan
harus ditempuhi

hari ini bukan semalam
teruskan langkah mengejar jannah
dalam perjalanan mencari iman
capai jaya dunia
bawa ke akhirat bersama

Selamat ulang tahun generasiku
abang Ngah, Naeem, Shahmi, shahira dan ain
juga cucu saudaraku Amira Zulaikha 1712,Balqis 2712  dan Munawarah 1112( tiada pic dalm simpananku)



Saturday, December 9, 2017

Bersama mereka




menjadi rutinku bila pulang ke kg. Destinasi wajib ku ziarahi ...rumah ayah dan mak.

ayah dan mak
apa khabar
lama anakanda tak mai kan
tentu mak tertungu-tunggu kan  
ayah ternanti-nanti 

maafi anakanda mu ini 
sejujurnya saya semakin sebak
jika sendirian di sini 
menangisi kenangan lampau
yang takkan berulang lagi

bersimpuh di kepala ayah
saya tenung dalam-dalam
hati makin kuat berbicara
ayah ..
apa khabar di sana
maafi saya 
 adakah ayah menerima doa harian saya
adakah ayah menanti ziarah saya


mengorak ke pusara bonda
mak
saya minta maaf
saya tau mak tentu rindukan saya
anak mak yang paling banyak dosa
anak mak yang paling nakal
di hujung usia mak
kita banyak masa bersama
tentu mak telah maafi saya
kan mak

mak dan ayah
saya tahu kalian sentiasa bersama
menemani anakmu ni 
jiwa dan semangat mereka 
tega bersamaku
darah ku jua adalah dari darah kalian

YA ALLAH
berikan rahmat berterusan buat kedua ibu dan ayahku
lapangkan semadian mereka
luaskan kubur mereka 
sinari cahaya berterusan buat mereka
dan berikan kerehatan mereka di taman2 syurga
juga ketemukan kami di jannahtul firdaus
amein


8dis2017 

Thursday, December 7, 2017

nikmat




Andai ni makanan terakhirku
bagaimana makanan batinku

Ya ALLAH
jadikan asbab makanan ini
hati menjadi tenang
badan semakin sihat
sujud semakin senang
syukur sentiasa


                                                                    @mandarinhotel

Sunday, December 3, 2017

Engine cable

ini tanda amaran  ada masalah wiring  

satu set cable engine

dilengkapi penebat getah anti gegar

slot cable yang lama tanpa penebat digantikan baharu


Setelah berkhidmat selama 9 tahun rupanya  khidmatnya perlu diganti. Apabila telah dua kali warning display  appear pada meter kereta , saya tak teragak-agak lagi membuat keputusan untuk mnggantikan yang baharu. Almaklumlah kereta D'vaku ini setiap hari berkhidmat. Klimaxnya keputusan diambil dengan mengambil kira kesannya ialah   ketika dalam perjlanan jauh kedah ke KL dan ini sangat mengujakan.. Dalam kesesakan di rempuhi jua dengan iringan doa berterusan. 
Saya mmbuat keputusan menggantikannya bagi mengelakan sebarang masalah berbangkit. Syukur..muga selamat dan tak berlaku lagi.

Terima kasih yang lama..Sumbangan mu ku hargai

asam 2016

SEMUGA 2017 AKAN MEMBERIKAN KEBAIKAN BUAT SELURUH FAMILY KU
Lembaran 2016 bakal melabuhkan tirainya , disember bakal sampai ke penghujungnya.
Sungguhpun 355 hari dilalui, memadailah catatan ini menggamit kenangan masam manis dalam family ku.



Di  tahun2016  juga kami dikejutkan dengan kehilangan dan pemergian bapa saudaraku yang bongsu di dada akhbar. DI usia 62 tahun dia adalah seorang mantan askar melayu diraja malaysia yang telah berkhidmat bakti seluruh hayatnya...Aruah juga sangat yang peramah dan dikenali ramai. Dialah juga  peminat tegar HIJAU KUNING. Kehilangan pakcik Hamid memang tak di duga dan kematian pakcik juga satu tragis buat kami. AL FATIHAH

tahun 2016 punya cerita..
Rotavirus menyerang dua anak saudaraku anna dan annie. Mungkin berpunca dr nursery ataupun sebaran virus persekitaran. Seminggu lebih mereka di kuarantinkan di hospital sebelum dibenarkan balik rumah. 

Percutian terpaksa disingkatkan bila cucu saudaraku terlibat dengan lemas di kolam mandi ketika berada di Langkawi. Diney telah dikesan jatuh ke kolam renang dewasa dan diselamatkan oleh orang ramai dgn rawatan CRP drpa ayahnya. Namun kerana  keadaannya yang kritikal , dia telah dibawa degn bot kecemasan hospital langkawi ke Hospital di Perlis. Alhamdulillah setelah berada di zon selesa, barulah saya dimaklumkan dan hanya lafaz alhamdulillah yang diucapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi perancangan ALLAH maha hebat. Allah dah buat sebaiknya....andaikan ianya berlaku di laut atau di pukul ombak...Allahu robbi....

Dan tahun ini juga Danial dan Irham selamat disunatkan. Alhamdulillah anak lelaki yang berani dan hebat. 

Kerana salah  skil, akhirnya shahmi tewas dengan keadaan. Lara kakinya terseliuh akibat bermain bole keranjang mengundang satu mimpi ngeri. Kesakitan dan bengkak yang tak tertanggung memaksanya untuk di  rawat di Klinik berhampiran. Walaupun cuti diberi namun dipendekkan kerana kekangan pembelajaran di kolej. Mengambil masa lebih kurang sebulan juga untuk pulih sepenuhnya dan kini biarlah ianya menjadi teladan dalam hidupnya.

catatan ini dibuat pada tahun 2016 dan baru hari ini ku perasan ia belum dipost.

Thursday, November 30, 2017

30 November


Selamat Ulang Tahun
muga menjadi semakin dekat 
mengenal ALLAH

Jaga diri
Jaga Agama
Jaga IMAN

semuga bahagia dunia hingga akhirat
kakak tiyah dan dik mat
berkongsi tarikh 


Monday, November 27, 2017

2810 hari lahir mak

selamat ulang tahun mak

2810
semalam dalam sesi bedah buku di pesta buku islam di keramat, penulis undangan  dr marlia membicarakan tentang buku penulisannnya....Ianya  begitu menyentap hatiku..bicara tentang ibu..inilah satu2 pujangga yang telah hilang dalam hidupku.....Saat itu juga...angin kuat disertakan dengan hujan lebat  menguatkan ingatanku kepada emak. Dalam tenang..ku panjatkan doa buatmu emak...di kesempatan ujan yang mencurah-curah....

Mengenang kembali perananku sebagai anak berbanding tugas emak yang terlalu banyak untuk ku ungkit...namun tiada satupun mampu ku bayarkan...Benarlah perkongsian Dr tadi, sibuk itu adalah dari kita dan kitalah yang mengolahnya....Bila kita berkehendakan sesuatu....sesibuk manapun kita akan cuba melapangkannya tetapi sekiranya kita 'menyampah', enggan berubah atau malas bertemu seseorang kita akan mncari alasan dan pastinya sibuk adalah jawapan penyelamatnya....

maafkan saya mak,
saya bnyak salah
Saya rindu mak
28 oct hari jadi mak. .




Monday, November 20, 2017

Saiful dalam kenangan

Bismillah hirohma nirrohhim
Salam takziah didahului ... Kita semua akur kematian adalah sebuah perjalanan menuju alam kubur dan alam akhirat. Sebuah perjalanan hidup yang perlu ditempuhi...
Tanggal 23 julai 2015 bersamaan 8 syawal. , seorang sahabatku Saiful Zakaria Arif 
 telah dijemput ALLAH ,Penyakit jantung telah dikenalpasti sebagai asbab kematiannya.. Nun di jakarta, beliau salah seorang penerbityamg kreatif di TVRI  Menerusi FB puterinya nada, saya mengetahuinya....Inna lillahi wainna ilaihirojiun....darinya kita datang, kepadaNYAlah kita dikembalikan...Saya ungkapkan bicara sepontan ini sebagai mengenang 2 tahun pemergiannya

aruah syaiful di baris hadapan no dua dari kiri,  
Duhai sahabat
noktah sudah deritamu
kau ngak bisa mengadu lagi
Saat tikanya dijemput pergi
selamat jalan sahabat ..
Betapa DIA menyayangi kamu.
Merindui kamu

Di sini
kita ngak bisa ketemu lagi...
menahannya jauh sekali
Selamat jalan sahabat

Lewat tahun 2001 menyapa pertemuan kita
Indonesia
Thailand
Sri langka
Butan
Mauritious
Juga malaysia

Di airpot Berlin kita bersapa
Menjadi akrab 6 negara
Tiga bulan kita berkelana
rumpun  bahasa kita bicara 

meredah lorong S-Bahn, U-bahn
menanti keretapi bawah tanah
dalam dingin kita berkelana
mencari ilmu manfaat bersama

berbaris kita di telefon berkarat
berkongsi cerita,bertanya khabar,
keluarga di sana diucap selamat 
hidup di rantauan rindu teramat

Dari Berlin ke Hamburg
Keenakan kebab dinikmati bersama
Minyak wangi 4711 kita jejaki
Singgah juga kota Koln
menyusuri  Rien river
Berlegar di flea market
juga singgah di restoran turki

Sesekali kamu mengacu kamera
Tegasmu usah dipandang bucu kameraku
aku suka yang real
Biar aku mata-mata yang akan merakam
aku suka  yang candid


Tempe pula makanan febret
Biar tanpa nasi ditemui
bintang  kreatif dari TVRI
Sama Pak Basuki temanmu sekamar

Masih ku ingat
Kita makan bersama
Walau dari beza negara
Menu juga lain rupa
Tapi semua masih berselera


Bertemu kita di Kuala Lumpur
kursus animasi jiwa senimu
bertemu dan berbual di kg baru
cerita kita tentang rakan dulu
Rupanya
itulah akhiran pertemuan
tiada lagi bicara teman
yang setia baik hatinya

Terima kasih  
Dankeshooon 
Kita hanya musafir seketika
Kelak di panggil kembali kepadanya
Hanya memori menjadi nostalgia

Temanku aruah pak Saiful
Mudahan dicucuri rahmat berterusan ..
Kau telah buat yg terbaik
Sebagai bekal perjlanmu kesana
Al fatihah

21 Nov ulang tahun kelahiranmu.
hanya ingatan jadi kenangan.

seketika singgah mengenali Loreley
Sema-sama kita sedekahkan Alfatihah khusu buat almarhum Saiful Zakaria Arif, Muga ALLAH memaafi dan memberikan keluasan persemadiannya dan berada dikalangan solihin.
AL FATIHAH









Thursday, November 16, 2017

spm 2017

pejam celik pejam celik  SPM dah menghampiri garis penamatnya.
Ini bererti selesai sudah segala ilmu yang ditimba selama 2 tahun sebelum ini .
Kali ni dua anak saudaraku juga seorang cucu saudara diantara ribuan calon SPM 2017
Mudahan ini memberi erti buat mereka .

Kajayaaan esok bermula hari ini
Andai hari ini disiakan
Esok pasti kelam dengan harapan yang suram
Pastikan hari ini untuk berusaha
Muga besok ada jayanya

muga suksess
aisya
shahira
harith

cu turut mendoakan kejayaaan buat kalian. Semuga ALLAH mencatat usaha ikhitiar dan doa kalian bagi menghasilkan tawakal berterusan.

Thursday, November 2, 2017

indahnya

subhanallah
tenang 
damai
bersahabat dengan alam
temui CINTA ILAHI

Tuesday, October 31, 2017

ada apa

apa ada pada CINTA
nafas yang tanpa SUARA

Ada apa dengan TENAGA
jika bukan kerana AGAMA


Ada apa pada MEREKA
jika kita tak MEMBERI




hi tea anak syurga - siri 4

bismillah hirohmanirohm

di mata mereka
padam sudah airmata
di dada mereka
tersarat sebuah harapan
dalam doa mereka
terukir satu harapan

mereka empunya cerita
saat anak kecik bertarung
hanya satu pengharapan
 nyawa sebagai gantian

ketabahan mereka mengujakan
kesakitan anak itu ada penawarnya

Melihat satu demi satu anak-anak syurga yang di sayangi membuatkan hati kecil saya berteka teki. Merekalah ibu dan ayah yang yang terpilih.. Melihat wajah ceria mereka yang menyimpan seribu satu rahsia, saya begitu respek.

YA ALLAH hebatnya mereka di kalangan ibu2 yang diamanah untuk menjaga anak2 syurga ini. Mereka begitu tabah dan menceriakan. Terharu....
benarlah janji ALLAH, hanya yang terpilih sahja yang menerima ujian ini

Dakapan kasih sayang mereka begitu erat. Anak juga lebih selesa pada dakapan kasih ibu dan ayah tercinta. YA ALLAH, jagakan anak-anak syurga ini.
daripada seorang hamba ALLAH  yang sudi menaja cabutan bertuah

ibu muhamad dan ibu cahaya imani. dua insan tabah dan kaya kasih sayang

bersama family aisya

bersama anak CP dan jantung .sayang kalian..

antara yang turut bersama..

seketika koleksi ini bertukar tangan..demimu anak2 syurga
flashback....
24/2/2017

Syukur

Terima kasih Allah
Memberiku peluang dalam beramal
Sebagai bg pengurus acara 
Juga floor manager
Dari zero
Belajar segala

Terima kasih ALLAH
Kurniakanku sahabat yg mudah
Bekerja bersama
Tanpa ragam.mengada
Semua fokus
Mudah laksana

Alhamdulillah...Retro dinner with grannies  telah sempurna dengan jayanya...terima kasih buat semua





Friday, October 27, 2017

Bermulaanya Di Sini

Makin mengejar, makin dikejar
Menghambat rasa
Mampu kah sgala
Berjalan lancar


Monday, October 23, 2017

Suka dan rela

Bismillahirohmanirohim

Denga Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayng

Saya cuba mengatakan pada diri BERSABARLAH ..ANDA BOLEH LAKUKAN.
Perbaharui niat dan buat sebaik mungkin...

Buat baik, sangka baik dan fikir baik

So..maafkan saya jika saya tak layan wasap , massage FB juga lebih banyak berdiam.
jadi kalau rasa tertekan dengan 'diamnya saya ' silalah move saya ..jangan biarkan lara menghantui diri kerana saya..Saya hanya manusia yang ada 24 jam. Saya yang banyak khilaf ni  ada masa kalut dgn  himpitan tugas dan tanggungjawap dari jam8-5 ptg juga. Jadi jika tak sempat reply sebarang massage tu ...harap maklum situasi ini.
kenapa tak reply,
kenapa tak angkat telefon....
kenapa diam...

Kadang letih bercakap hakikatnya semua patah balik salah pada diri...
maafkan familyku..kita tak dapat berbual panjang ...tapi semua tu hanya seketika

SOALAN berikutnya:
kenapa tak agihkan tugas??
agaknya nak agih ke sapa...Sapa yang sudi nak buat kerja secara suka dan rela?? kerja belakang tabir..merangka membuat kertas kerja, kutip data dan merangka aturcara...??Bayarannya kepuasan bila kerangka menjadi kenyataan.....


mana AJK lain??
macamana nak bentuk AJK sedangkan kita tak kenal siapa..tua ke muda kee mampu kee??
Takkan nak beri shaja tnggungjawap sedangkan  kita tak tahu kemampuannya..ini kerja sukarela dan bukan ada upah untuk dibayar

kalau  jadi sukarela dapat foc seat ke??
SEDIH....ini yang saya rasa "SEBAK".Saya tak mampu menjawapnya.....sila renung diri dan tanya diri lagi dan lagi...Dalam urusan sukarela ni tenaga dan duit seiring..kalu ada orang bagi upah itu habuan tapi bukannya kewajipan.

TERIMA KASIH ALLAH memberikan saya peluang secara tak langsung dengan aktiviti amal . Saya sedang belajar mengenal makna suka dan rela dan makna keiklasan seperti yang sering diucapkan...
Semuga ALLAH mudahkan urusan saya dan semua aktivis yang menjayakan program dari masa ke semasa.


projek ni mencabar...
Soalan berikut:
kenapa pilih penyanyi?? takkan nenek nak berhibur ?
Mohon maaf jika ini satu kesalahan . Cuma pemilihan penyanyi ini sebagai satu daya penarik(magnet).Itupun penyanyi yang dipilih ni adalah tajaan dari orang perseorangan. Penganjur meminimakan  kos untuk hal ni .  Ada juga yang minta kami hubungi penyanyi nasyid dan ketuhanan  tapi kosnya berganda. Mohon ampun kami tak mmpu melayaninya...Biarpun artis yang dipilih ini  tak dikenali tetapi mereka mamapu mencakna bakat yang ada. ..Muga nenek terhibur seketika dan mengubat kerinduan kepada sanak saudara.

Lagi...
fenomena orang kita last minit baru nak tempah.. biarpun ada tarikh tutup dan kami hampir tak terjual meja dalam masa tertentu....tetapi bila hampir hari kejadian...banyak pula permintaan . Ini memeningkan sebab kami  tiada pengalaman. ..Di sinilah saya mula belajar ketegasan dalm tindakan.

Akhirnya,
Saya mohon ampun maaf   atas segala luahan ini. Ini adalah satu perkongsian dan saya noted supaya menjadi  berharga untuk di kenang.  Saya akui kelemahan dan kekurangan diri dan cuba dan sedang membaikinya


24/10/2017