Lembaran 2016 bakal melabuhkan tirainya , disember bakal sampai ke penghujungnya.
Sungguhpun 355 hari dilalui, memadailah catatan ini menggamit kenangan masam manis dalam family ku.
Di tahun2016 juga kami dikejutkan dengan kehilangan dan pemergian bapa saudaraku yang bongsu di dada akhbar. DI usia 62 tahun dia adalah seorang mantan askar melayu diraja malaysia yang telah berkhidmat bakti seluruh hayatnya...Aruah juga sangat yang peramah dan dikenali ramai. Dialah juga peminat tegar HIJAU KUNING. Kehilangan pakcik Hamid memang tak di duga dan kematian pakcik juga satu tragis buat kami. AL FATIHAH
tahun 2016 punya cerita..
Rotavirus menyerang dua anak saudaraku anna dan annie. Mungkin berpunca dr nursery ataupun sebaran virus persekitaran. Seminggu lebih mereka di kuarantinkan di hospital sebelum dibenarkan balik rumah.
Percutian terpaksa disingkatkan bila cucu saudaraku terlibat dengan lemas di kolam mandi ketika berada di Langkawi. Diney telah dikesan jatuh ke kolam renang dewasa dan diselamatkan oleh orang ramai dgn rawatan CRP drpa ayahnya. Namun kerana keadaannya yang kritikal , dia telah dibawa degn bot kecemasan hospital langkawi ke Hospital di Perlis. Alhamdulillah setelah berada di zon selesa, barulah saya dimaklumkan dan hanya lafaz alhamdulillah yang diucapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi perancangan ALLAH maha hebat. Allah dah buat sebaiknya....andaikan ianya berlaku di laut atau di pukul ombak...Allahu robbi....
Dan tahun ini juga Danial dan Irham selamat disunatkan. Alhamdulillah anak lelaki yang berani dan hebat.
Kerana salah skil, akhirnya shahmi tewas dengan keadaan. Lara kakinya terseliuh akibat bermain bole keranjang mengundang satu mimpi ngeri. Kesakitan dan bengkak yang tak tertanggung memaksanya untuk di rawat di Klinik berhampiran. Walaupun cuti diberi namun dipendekkan kerana kekangan pembelajaran di kolej. Mengambil masa lebih kurang sebulan juga untuk pulih sepenuhnya dan kini biarlah ianya menjadi teladan dalam hidupnya.
catatan ini dibuat pada tahun 2016 dan baru hari ini ku perasan ia belum dipost.

No comments:
Post a Comment