Alhamdulillah dan jazakallahu khairon kathira...
Terima kasih kepada imam dan para jemaah di Masjid Shah Alam yang turut sama2 menunaikan solat hajat dan berdoa seusai solat isyak dikhususkan buat anak saudara saya Abdullah Ishaq yang masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah. Munajat kita mudahan ALLAH menyembuhkan penyakitnya.
Telah menghampiri sebulan beliau bermukim di wad Neuro. Sedaya mungkin bagi pihak family, terus memberi sokongan dan perhatian buat abang ngah. Saya juga menzahirkan saya terima kasih tidak terhingga bagi pihakkeluarga kepada semua yang telah sama2 memberikan sokongan perhatian dan semangat buatnya. Hanya ALLAH jua yang mmpu membalasnya atas segala kebaikan diberi...Kami sememangnya tak mampu membalasnya...
Abg Ngah bangun lahh..
Tolonglah buka mata dan tenguk alam ini..
Jangan terusan tidur lagi...
Buka mata dan buka peti suaramu
berkata sayang ...betapa kami merindui suaramu
lihatla sayang...betapa indahnya alam diciptakan
Doa dan harapan..muga ada kesembuhannya..
Terima kasih ALLAH kerana memilih Abdullah Ishaq di uji.. Dia seorang yang sabar.
namun izinkan kembali keceriaanya bersama kami..
Terima kasih sahabat:
yang turut sama dalam satu jamaah
sujud dan aminkan bersama
munajat padaNYA mohOn kesembuhan buat Abdullah
Iktizam saya:
Andai Abdullah Ishaq sembuh..pastinya akan ku bawa bersolat dan sujud syukur di sini..
Terima kasih masjid shah alam..yang bukan sahaja menjadi medan ilmu, medan munajat dan ukhuwah.
credit buat yatt, mal dan har dan mekti.
dicatat pada: 7/10/2011