Monday, July 16, 2012

tentang doa

Ku petik dari SUMBER : soalsolat sebagai panduan bersama...ayuh kita beramal dengan ilmu

 Assalamualaikum...
Soalan ringkas ana,

1. Nabi saw menegah membaca quran didalam sujud tetapi hendaklah kita memperbanyakkan doa didalamnya, musykilnya, boleh tak kita ambil doa-doa dari Quran dan dibaca didalam sujud dan sebelum salam disamping doa-doa yg Nabi saw baca.

Jazakallah khair...
----------

Salam

Yg dikatakan berlebihan (extra vaganza) adalah melamakan sujud yg terakhir didalam solat. Melamakan sujud Inshaallah tidak salah, tetapi melebihkan sujud yg terakhir adalah tidak dari Rasulullah s.a.w.
Wallahualam, saya pun bukannya pandai sangat (jahil teropong, worse than jahil tukil), so bersabarlah menanti jawapan yg lebih benar dari Al Fadhil Ustaz kita.
Wassalam
---------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. terima Kasih sdr Semutapi kerana memberi respond kepada soalan diatas. Kami akan cuba menjawab persoalan diatas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Nabi saw melarang membaca Al-Quran didalam sujud dan juga didalam ruku' sebagaimana hadith :

ألا وإني نهيت أن أقرأ القرآن راكعا أو ساجدا

"Bukankah tidak aku melarang membaca Al-Quran didalam ruku' dan sujud" -(Sharah Muslim 3,4/442)

Akan tetapi, tempat yang paling afdal berdo'a ialah didalam sujud, sebagaimana hadith nabi saw :

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد فأكثروا الدعاء

"Hamba yang paling dekat kepada Tuhannya adalah hamba yang bersujud. Oleh itu perbanyakkan do'a didalam sujud" (Hadith Riwayat Muslim didalam Sahihnya, Abu Uwanah dan Al-Baihaqi).

Mazhab Maliki menggalakkan berdo'a mengenai perkara-perkara yang meliputi bab dunia dan juga akhirat. Mazhab Hanbali pula berkata tidak mengapa membaca do'a-do'a yang ma'thur dan juga zikir-zikir didalam sujud. Mazhab Syafie juga menggalakan membaca do'a didalam sujud [Al-Fikh Al-Islami-I].

Persoalan sekarang ialah, apakah boleh membaca do'a-do'a yang terkandung didalam ayat-ayat Al-Quran semasa didalam sujud. Apakah ia dikira membaca Al-Quran? Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi, seorang pakar dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait dan juga ahli Rumah Fatwa Kuwait berkata :

وبعد يجوز الدعاء بعد التشهد والإبراهيمية في القعود الأخير، وقد خصه بعض الفقهاء بالدعاء بما يشبه دعاء القرآن كما في مثل قوله تعالى:(ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا....) وأجاز البعض الدعاء مطلقا، وأجاز بعض الفقهاء الدعاء في أثناء السجود في النوافل فقط، وأجازه البعض مطلقا

"dan beberapa ulama' membenarkan berdo'a selepas Tashahud dan selawat Ibrahimiyah didalam duduk terakhir, dan sebahagian fuqaha' mengkhususkan berdo'a sebagaimana yang terdapat didalam al-Quran, misalnya firmah Allah :("Rabbana La Tuaakhisnaa In nasiina au Ikhta'naa"...), dan ada yang membenarkan apa-apa jenis do'a, dan ada dikalangan mereka yang hanya membenarkan bacaan do'a semasa sujud pada solat sunat, ada ada yang membenarkan didalam kesemuanya [semua solat]"

Kesimpulannya, berdo'a dibenarkan didalam sujud terakhir didalam solat kerana ia merupakan saat hambanya hampir dengan Allah swt. Do'a-do'a yang ma'thur dan juga do'a-do'a yang terkandung didalam Al-Quran dibenarkan. Yang dilarang ialah membaca ayat-ayat dari Al-Quran yang bukan berbentuk do'a.
---------------------

Yang dimaksudkan sujud yang panjang didalam solat boleh dirujuk diurl dibawah ini :-

Apa yang dimaksudkan oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr didalam fatwa diatas (sila lihat SJ-2727) ialah, makmum hendaklah mengikut pergerakan-pergerakan Imam dengan tidak mendahului Imam dan juga tidak ketinggalan dari perbuatan Imam. Nabi saw memanjangkan ruku' menyamai perbuatan sujud. Ini menunjukkan keseragaman jangka masa sujud dan ruku' Nabi saw. Pernah terjadi Nabi saw memanjangkan sujud oleh kerana cucu baginda berada diatas punggungnya sebagaimana hadith riwayat Al-Nasaai' da Ibnu 'Asakir dan Al-Hakim, dan disahihkan oleh Al-Dzhabi. Ulama' hanafi juga tidak mengalakkan Imam membaca tasbih lebih pada 3 kali, bagi memberi keringanan kepada makmum. Bagi mereka yang ingin berdo'a didalam sujud, bolehlah melakukannya didalam solat-solat sunat atau memendikkan bacaan do'a didalam solat berjemaah. Wallahu'alam.

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi.   الدعاء في الصلاة

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ain

terima kasih
Insyaallah
akan jadikan pedoman


Selamat Menyambut Ramadhan

Kakzakie said...

Salam Ain.. betullah juga doalah selama boleh ketika sujud tapi bukan membaca ayat-ayat al-quran.

Kakak teringat masa di Raudhah (masjid nabawi) satu cara kalau tak nak kena halau polis wanita dia dgn berdoa secara sujud. Kalau tadah tangan memang kena halau sebab umat manusia punyalah ramai...

ainhany said...

waaalaikumusalam tuanhj,

sma2 kita beramal.

Terima kasih dan salam kemaafan jua dipohoni

ainhany said...

waaalikumusalam wbkth kak,

subhanallah, alhamdulilah, allah akbar...bertuahnya akak telah dan berpengalaman di raudzah..muga ALLAH kabulkan permintaan jua..

InsyaALLAH satu ilmu dari pengalaman yang dikongsikan..ucu hargainya..

Terimaksih ye