Thursday, April 3, 2025

Tasbih Cinta SKM


 Cu  ibu pernah berkata, 
"Jika ibu tak pegang  tasbih dah, itu petanda ibu nak mati." kata  along secara tiba-tiba apabila saya melangkah masuk ke bilik almarhumah kakak.

Along anak sulung yang telah sempurna menemani dan menjaga ibunya selama kakak  saya tak sihat.

Butiran ayat ni keluar ketika saya menyusun beberapa utas tasbih milik almarhumah kakak dibiliknya. Ketika itu, saya baru nak cakap, along, tasbih ni hidup dengan cara penggunaaanya. Tapi yang keluar dari mulut saya ialah... ALLAH. Rupanya ibu bagai mengetahui petandanya.
Benarlah apa yang almarhumah kata. sedihnya along....along menggangguk setuju.

Cukuplah tasbih cinta ni mempunyai nilainya tersendiri. Menjadi saksi bukan sekadar dipintal tapi ribuan bahkan jutaan tasbih diulang sebut kerana Allah. Ada beberapa tasbih digunakan.. Tapi saya tak amik fotonya pula... 

Yang pastinya amalan akk saya selain zikir dan tasbih adalah berselawat. Tiap utas biji tasbih ada zikir  tertentu. 
Allah... Kakak dah tunjuk perkara baik untuk kami lihat dan beramal juga

Al Fatihah
16/1/2025 :selamat jalan kakak. 


2 comments:

Anem Arnamee said...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Takziah. Moga syurga tempat kakak. Saya ambil hikmah juga.

ainhany said...

aminn. Doakan kita semua ditemukan di syurga kelak.terima kasih aneem