Thursday, October 3, 2024

Takdir itu indah

🍀 *1 Rabiul akhir*🍀

*🌹 اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Takdir Allah selalu baik. Cuma terkadang kita merasakan ianya buruk. Tapi hakikatnya ia selalu baik. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. 

Allah uji, tanda Allah sayang.
Allah uji, nak hapus dosa kita. 
Allah uji, nak naikkan darjat kita.
Allah uji, nak jadikan kita lebih kuat.
Allah uji sebab Allah nak bagi kita syurga.
Allah uji sebab Allah nak kita jadi manusia yang kuat.

Allah telah berfirman: 
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
 (QS Al-Ankabut:2-3).

Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya."
 (QS Al-Kahfi:7-8).

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." 
(QS al-Anbiya:35).



Jumaat, 4/10/24

No comments: