Hidup dan umur panjang bukanlah satu nikmat.
Hidup dan mati awal juga bukan satu musibah.
Sebaik baik manusia ialah orang yang panjang umur dan baik amalannya.
Panjang umur boleh menjadi musibah sehingga Nabi berkata seburuk-buruk manusia ialah panjang umur tetapi amalannya tidak soleh.
Kat dunia ada satu syarikat yang boleh menyalurkan elektrik kepada semua manusia tak kira baik, beriman mahupun orang itu jahat dan tidak beriman, tetapi elektrik hanya setakat di dunia sahaja.
Bila kita mati ada satu lagi yang boleh menyalurkan elektrik dalam kubur kita iaitu daripada Al Quran
Al Quran akan memberi syafaat kepada siapa yang meletakkannya di hadapan iaitu baca,faham dan ikut ,Al Quran akan memimpinnya, kubur menjadi cerah, Padang Mashyar selamat sehingga ke Syurga.
Siapa yang meletakkan Al Quran di belakangnya iaitu tak ikut Al Quran walaupun dah baca dan faham kesannya Al Quran akan mengheretnya sampai ke neraka.
Kita kena tahu jiwa MERDEKA daripada apa..?
Ada tak kita sekarang ni MERDEKA..?
- Kita susah nak jawab sebab tak jelas MERDEKA daripada apa.
- Nak tahu kita MERDEKA daripada apa kena tahu kita dicipta untuk apa.
Kita dicipta untuk apa...?
Jawapan 👇QS. Az zariyat ayat 56.
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
MERDEKA yang sebenar bila kita berjaya menundukkan hawa nafsu.
31/8/2024

No comments:
Post a Comment