Wednesday, June 9, 2021

kunjungan yang tertangguh

Assalamualaikum ya ahli diyan 


“Assalamuallaikum, hai tempat bersemayam kaum mukmin. Telah datang kepada kalian janji Allah yang sempat ditangguhkan besok, dan kami insyaallah akan menyusul kalian.”

kubur satu-satunya cara kita ingat mati.

mengunjunginya bukan sekadar ziarah

tetapi apakah persediaan kita untuk pergi

mati itu benar.



untuk kesekian kalinya ...

tiada kunjungan di pusara ayah dan mak

Tahun 2021 dunia  dibelenggu dengan pandemik C19.  Peningkatan kes dari masa ke semasa akhirnya mengundang kerajaan menghadiahkan PKP buat negara tercinta. Puasa dan ramadan kita kucar kacir. Tiada lagi kemeriahan solat terawih  di masjid dan keghairahan juadah di bazar ramadan. Semuanya menjadi sepi dan sunyi...sehingga klimaknya tiada lagi kemeriahan raya seperti sebelumnya.  Lebih sedih lagi ramadan dan raya dalam situasi terhalang dari rentas negeri dan daerah.

Kita terpisah dengan family  buat kedua kalinya. Namun tahun ini lebih parah kerana tiada kunjungan raya. ALLAH jua lebih mengetahui bagaimana rasa sedih dan sebak menyambut Syawal di rantauan dalam keseorangan. Saya mengambil pendekatan untuk bertugas sepanjang musim raya sebagai satu cara mengisi kekosongan jiwa ini.    Syukur ada sahabat sepasukan yang sporting dan menghiburkan dan kami mengisi raya cara kami. alhamdulillah.


Saya cuma mampu mengirim pesan kepada saudara di kg untuk mengunjungi dan membersihkan pusara ayah dan mak seperti lazimnya. Syukurlah shami dan shahir sempat membersihkannya. Terima kasih anak-anakku. Walau bagaimana pun, dalam masa yang sama kakak saya juga terhad pergerakkannya kerana dipilih memakai gelang pink beberapa hari menjelang raya. Inilah risiko seorang guru apabila ada di kalangan anak muridnya positif C19.  Pada hari raya larangan mengunjungi pusara telah diwartakan.  

Apa yang mampu kami lakukan...

semua saling mendoakan dan stay at home 


aidil fitri berlalu tanpa ziarahi pusara emak dan ayah 

No comments: