Tuesday, April 13, 2021

Bersyukurlah

Kita akan gembira apabila:
.
1. Kita tidak ambil kisah tentang perkara "perkara bodoh" dan "hal hal remeh temeh" dalam hidup.
.
2. Kita tidak cuba membaca apa dalam benak fikir (minda) orang lain. Kita tidak bersangka sangka dalam hidup.
.
3. Kita tidak kisah apabila jatuh. Tidak meratap dan tidak sentap. Kita cuma siap untuk bangkit dari keadaan sulit dan jadi orang sakti yang kalis gempa.
.
4. Kita juga tidak bimbang dengan hari esok. Semuanya sudah dalam takdir Ilahi dan kita bangkit berdiri tadbir takdir - capai kejayaan yang kita impikan. Insha Allah.
.
Semudah itu sahaja kegembiraan akan datang menghampiri dan kita berdamai diri lalui hari hari indah.

Credit: Tn Roslan Ab Hamid

No comments: