assalamualaikum wbkth
Selamat hari Raya Aidil Fitri 1441H
Salam kemaafan dariku untuk semuayang ku sayang
BAgaimana sambutan raya di musim PKPB? Semua ada cerita tersendiri. Kita sambut secara unik .
Apa yang penting kita sama -sama tafakur dan melihat diri sendiri dan mencari hikmahnya.
Saya sebagai insan kerdil yang banyak dosa dan sering mengulanginya . Dengan ketibaan syawal ini memberi ruang untuk saya bermuhasabah. Inilah hukuman Tuhan kepadamu. Belajarlah jadi baik dan mengajak orang berbuat baik. Apabila merasa kita tak baik bersahabatlah dengan orang baik baik, supaya kebaikannya dapat disedut. Usah menangguh di air keruh ( To Fish in Troubled Waters). Dan berazamlah jadi baik untuk semua
Sedih??
Ya.
Ini adalah tahun PERTAMA saya beraya di rantauan. Merayakan aidil fitri dimusim covEID 19. Seronok juga merasai pengalaman ini. Beraya tanpa family tersayang dengan tanpa menziarahi pusara tercinta. Jika kita katakan tak seronok, apa yang saya dapat.? Sedangkan kehidupan perlu diteruskan dan amanah mesti disempurnakan. Lebih baik menghantar signal syoknya raya sorang- sorang di rantauan. Ada sapa kisah kita?? Apa yang nak dirisaukan? Selama ni pun memang hidup keseorangan dan kita tak perlu menyusah diri dan menyusahkan orang lain. Dok diam -diam dan buat apa yang kita suka.
Kita semua asalnya seorang dan kita kan kembali juga berseorangan. Belajarlah untuk merasai hidup keseorangan tanpa kepedulian. Tiada siapa yang peduli ketupat dah makan, serunding dah jamah, nasi impit dah rasa, kuah lodeh dah habis dan lemang tak masak. Tiada siapa yang peduli nak ziarah ke mana . Belajarlah bersyukur kerana sekurangnya kita masih ada rezki dan tak perlu mengharap kepada sang rambulan. Terima kasih MESRAHOME yang mengajar saya untuk melihat masa hadapan. Saya mengkaji kehidupan mereka masa lampau, dan kehidpan mereka masa kini. Kesan terlalu berpaut pada insan bernama suami akan menatijahkan diri sendiri apabila kematian memisahkannya dan begitu juga apa diharap keluarga tersayang, apabila tua telah menjelang. Kita bebas mentafsirkan mengikut cara kita.
Terima kasih coEID di syawal 1441H ni. Mengajar kita solat di rumah dan buatlah sebanyak mana solat dan bermuhasabah sebanyak mana masa yang dikehendaki. Tanya diri kita dan tindakan kendiri dibuat..
Ramadan dilalui tanpa seharipun solatku tanpa berjemaah. Alhamdulillah, begitu juga solat aidil fitri. Terima kasih ALLAH. Biarpun tanpa imam lantikan atau imam sah, ia tak menghalang kita untuk berjamaah jika kita mahu. Terima kasih ALLAH yang telah menganugerahkan saya persahabatan baru untuk menumpang hidup. Kehidupan kita yang boleh terhenti pada bila-bila masa sahaja.
Kesimpulannya raya 2020 ini memang unik dan terbaik.
26/5/2020
Ramadan ke 3
No comments:
Post a Comment