Sampaikan pahala buat aruah yang telah menurunkan ilmu untuk kita ..
Bukan kaya di dunia sahaja ..bahagia di dunia..tapi sampaijadi saham di sana..
JIKA KESEMPITAN REZEKI, SILA AMALKAN.
Ramai juga rakan-rakan teringin sekali nak ke Makkah, tapi belum kesampaian. Puncanya rezeki yang belum ‘mendampingi’ kita!
Apa kata, kita pergiatkan amalan, buat nilaian peribadi kerana Allah memberi jalan kepada setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam perlbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Amalkan 20 perkara ini, Allah membantu mu.
1) Selalu menyempatkan diri beribadah
2) Memperbanyak istighfar
3) Meninggalkan perbuatan dosa
4) Senantiasa ingat kepada Allah
5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8] Banyak berselawat
9) Buat kebajikan sebanyak-banyaknya
10) Berpagi-pagi
11) Menjalin silaturrahim
12) Membiasakan selalu dalam keadaan berwuduk
13) Bersedekah
14) Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud)
15) Membiasakan Solat Dhuha
16) Bersyukur kepada Allah
17) Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
19) Berikhtiar setelah kuat berusaha
20) Bertawakkal
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selamat beribadah dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Petikan dari Facebook Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
No comments:
Post a Comment