Wednesday, April 18, 2012

sudahkan anda menunaikannya

salam sejahtera...
sudahkah kawan2 melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Hanya kurang dua minggu lagi untuk kita berinteraksi ngan e-hasil. Ayuh cepat laksanakan tanggungjawab dan isytiharkan harta2 yang telah digunakan sepanjang tempuh 2011. Ayuh cepat selesaikan urusan cukai tahunan kita... Jadilah seorang yang amanah dan anggaplah inilah hak rakyat yang kita kembalikan kepada rakyat. Cewah..cakap macam seorang ahli politik pulak. Kebetulan tanpa rakyat apakah makna negara dan begitulah sebaliknya.

Alhamdulillah saya telah menyempurnakannya  dengan jayanya hari ni.  
Terima kasih anakanda dee yang telah mengingatkan saya tentang tanggungjawab ini. Satu injuksi  dan motovasi untuk singgah ke sesawang LHDN. MAklum sajalah aktitivi setahun hanya sekali.. Syabas dan tahniah juga  buat anak saudara saya ni..tudia banyaknya nak....chu tabik lahhh!!
sory ye dee, cu copy tanpa izin

Masih saya ingat, aruah ayah walaupun hanya seorang bekas guru besar, namun dalam menunaikan tangungjawabnya beliau amat amanah. Samada di sekolah ataupun dalam komuniti masyarakat, ketelusan dan amanah ayah memang unggul. Ayah ...selepas bersara menjadi pengerusi PIBG sekolah anak2 nya dan setiausaha/bendahari masjid.   Terima kasih kerana mengajar kami tentang sifat mahmudah ni..Semuga ALLAH merehmati dan mengalir berterusan pahala dari  ilmu dan amal buat almarhum ayah. Rindu pada Ayah....tiap kali pulang kampung,  saya mesti mengunjungi pusara ayah....biarpun mnghampiri tiga tahun berlalu namun ayah masih subur bersama saya. AL FATIHAH

Dedaun menghijau senantiasa menghiasi pusara hijau: amin

No comments: