Friday, November 29, 2019

rumah hanyut

Hanyut seketika 

usah bertanya kenapa 
panggilan tak bersuara
hanyut seketika di lautan rimba
jauh ke pendalaman
meneroka alam flora dan fauna

indahnya anugerah ALLAH
mengajak kta 
merenung
menikmati
menghargai 
mensyukuri
untuk apa ditaqdirkan
jika bukan untuk makhluk ciptaanNYA


ALLAH maha Pencipta.


Thursday, November 28, 2019

YA ALLAH Maha Pemberi


Semoga renungan di bawah bermanfaat.

DIA memberiku hidup,
tapi aku selalu lupa akan kematian.

DIA memberikan ku sihat,
tapi aku hanya ingat ketika sakit.

DIA memberiku nafas,
tapi aku sering lupa berterima kasih.

DIA memberiku tangan dan kaki,
tapi aku menggunakannya untuk bermaksiat.

DIA memberiku rezeki,
tapi aku tidak ingat siapa pemberinya.

DIA selalu memaafkan segala kesalahan,
tapi aku selalu mengulanginya lagi.

DIA selalu memberiku harapan,
tapi aku justeru mengambil keputus asa an.

DIA memberiku rasa cinta,
tapi aku menyalah gunakan rasa itu.

Ketika ingat semua hal itu, kita harus malu.

segalanya dari NYA


sumber : CNP



Sebuah kematian

Pagi ni dikejutkan dengan berita kematian adik beradik sabak bernam. Jika ikutkan salsilah family, aruah adalah berpangkat anak saudara.
Biarpun tika hayatnya, kita tak pernah ketemu tapi di penghujng perjalanan ke negera abadi, sempat juga saya menatap sekujur tubuh yg kaku ketika dikafankan.

YA ALLAH ampunilah aruah dan terimalah ibadahnya tika di dunia dan tempatkannya di syurga firdaus dan istirehat yang luas dan terng benderang di alam kubur.. 

Pergilah duhai anak, masamu telah berakhir dan kau dijemput dengan mudah di waktu pagi yg tenang. Sudah rezkimu di keliling family tercinta mereka mengiringi hingga ke kuburan.

Pada usia 44 tahun, dengan 10 orang anak, dapat ku katakan aruah  adalah seorang supermum. Aruahlah yang menguruskan family dari celik mata hinggalah dijemput pulang di pagi hari.. Semuga puteri bungsu terus mendapat kasih sayang kakak dan abnag nya tanpa kekurangannya, Puteri bungsu baru berusia 3 tahun dan ku saksikan dia nyenyak lena dipangku saudra mara yang menziarahi.

Daku menghitung diriku yg serba kekurangan. Andai jenazah itu adalah daku, apakah amalan yg kubawa.. Apatah lagi pedih dan azabnya di untai dosa yang tak pernah terhenti. Belajarlah wahai diri menjadi baik, melepaskan dunia  dan membawa bekal akhirat .


mengakiri perpisahan dengan keluarga sabak, dakapan kasih sayang kita tetap sama walaupun jarang bertemu. Terima kasih kerana masih ingat diri ini walaupun sekejap hanya pertemuan singkat kita.
Semuga jalinan kekeluargaan ini kita kekalkan hingga ke generasi berikutnya. Kita semua serupa dan ketanah jua jalan terakhir kita di dunia ini . Langkah sebaiknya dan tariklah daku andai aku tergelincir dan serulah namaku andai kalian telah ke syurga.


TErima kasih ALLAH
Terima kasih ayang dan ayong yeng cepat memaklumkan berita kematian ini. Namun kekangan kerja dan tanggung jawab membataskan pertemuan kita.. semuga ALLAH jaga silaturahim kita







    





raikan cinta Fatiyah _asmizan




raikan cinta

nikah:30/4/17

Anak kelahiran Kedah dan Kelantan berputik cinta di Perlis.
Polar cinta anak sulung dan bungsu
akhirnya  selamat diijab qabul 
sekali nafas beralih tanggungan.

suami dan isteri
Fatiyyah dan Asmizan
pelengkap satu rumahtangga
Barokallah hu lakonu wabaroka
semuga kekal hingga ke syurga 
bahagia selamanya ,
diberkati perjalanan hidup 


Catatan ini ku tulis tahun 2017. 
KK baru perasan banyak  catatan  draf yang tersimpan  dan berakhir begitu sahaja.
Maafkan daku kerana yang ku tulis tak sempat / lupa ku kongsikan .


Wednesday, November 27, 2019

Ombak rindu


desiran ombak memanggil
angin lembut menyapa
pepasir setia menunggu



ya

kulit siput itu mengingatkan 

pada pagi yang dahulu
singgahan seketika  
di pantai cahaya bulan

unity






kita





satu jemaah
satu tujuan 
satu matlamat
kerana ALLAH Dan RASUL

fitrah





Friday, November 15, 2019

Hadiah buat diri

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI
al fatihah 

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...? 

Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...

1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan : 

" ALHAMDULILLAH "

4. Kemudian katakanlah :
 Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
 Aamiin Ya Allah. 

Lalu  baca surah" Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." 
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal'alamin

Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin.

Kredit Ustaz Ebit Lew


Sunday, November 3, 2019

Berpadalah

Ketahuilah,
Cintakan pada bunga, pasti satu masa bunga akan layu.
Terlalu suka mengumpul harta, satu ketika pasti harta akan hilang dan ditinggalkan.
Terlalu mencintai manusia, bila ajal menjemput manusia akan mati.

Tetapi, 
carilah ALLAH 

cintakan Allah pastikan kekal abadi.
-nhm-

sampai bila??

Saturday, November 2, 2019

Thursday, October 31, 2019

memaknakan HIDUP

Sahabat,
 erti sebuah kehidupan akan dapat dihayati maknanya kerana 3 perkara:
1. Hidup dalam Redha Allah swt
2. Hidup dalam Hidayah Allah swt
3. Hidup dalam Berkat Allah swt
Tanpa ketiga-tiganya, tiada makna dalam erti kehidupan yang sebenarnya.
Ingat, hidup ini milik Allah SWT bukan milik kita,
 kita sekadar pemegang amanah dari Allah SWT sahaja.

bila kita tiada tempat berpaut..



ingatan buat diri.
NHM

Bertabahlah

Bersyukur dan bersabarlah.

Kerana Allah tidak akan bebankan hambaNya dengan suatu ujian yang tak mampu dia hadapi.
Setiap perkara yang terjadi. Allah dah atur yang baik-baik untuk kita.

Terima sahaja semua ujianNya. In sya Allah ada hikmah menanti dihujungnya.

Tuesday, October 29, 2019

Hidung tak mancung, pipi tersorong2



Lain kali fikir dua kali lebih baik, tak perlu terpa ikut dan 
Padan muka.. 
Kan dah kena.. 

Bila dapat info
Diam
Filter
Fikir dan zikir
Baru pi ziarah
Kalau sakit
Jumpa doktor
Makan dan ambil ubat
Itu ja kaedahnya

Biarlah
Semalam mengajar
Hari ni 
Dan besok

Terima kasih semalam


520am
30 oct 2019


Monday, October 28, 2019

Ganti baru

Dva ku yang kini berusia 11 tahun telah menunjukan petanda kedewasaannya.
Apa tak nya.. Cermin pandang belakang pula telah patah hooknya.. Ini petanda perlu ganti yg baharu. 

Mengenangkan faktor waktu kerja yg tak menentu dan cermin ni menjadi satu keperluan. Saya pun  membelinya dari kedai sparepart kereta. Pihak kedai tak mahu memasangnya  kerana tak tahu. Jadi saya ke kedai aksesori untuk minta khidmat mereka memasangnya. 
Syukurlah, 

Akhirnya... Yeay... Dah siap.. Saya serahkan duit upah rm5 walaupun dia menolaknya. Takpelah... Anggapnya ini duit untuknya minum kopi bagi menghilangkan dahaga.

Kos :
Cermin rm    58
Upah rm         5
Jumlah  rm     63



yang lama berganti baru


yang ni yang ori

selamat berkhidmat


Wednesday, October 23, 2019

Serba tak kena

Hari ni allah sedang mengajar saya.


Kebetulan pula dengan air. 
1.Menu awal pagi...  blend susu dan kurma, tanpa disangka... Terbuka pula penutup bawahnya.. Aduh... Hanya secawan yang mmpu diselamatkan. 
Dah satu kerja pula, awal pagi kena mengemop lantai

2. Semasa solat subuh, bunyi macam benda jatuh... 
Rupanya botol air zam2 yg diletakan di kotak telah senget dan tertumpah airnya. Allahu robbi syangnya air zam2 pula tu. Tak sampai hati nk lap dgn moop... Memadailah letakkan bju t lama utk telapkan air.  Senyum..  Allah sedang mengajar saya. 

3. Dah sampai opis, ketika nak katop pintu kereta... Dammm.... Terkepit pula ibu jari... Aduhhh..... Tiup sikit... Muga Allah ampuni dosaku dgan kesakitan ni. 

4. Satu lagi kejadian
Botol air kagen yg dibawa pula tertumpah dan kebetulan penutupnya tak ditutup rapat. 
Ya Allaah... Kali ni ada apa dengan air ni... Satu penyucian dariNya yang boleh mmberi manfaatnya. 

Maka berhati2lah saya utk seharian.. Melihat dengan mata hati setiap kejadian dan berfikir dgan akal. ALLAH PASTI ADA asbabnya dan kitalah pelajarnya... 

Sakit itu tanda kasih sayangnya dan sabar itu mengujakan. 


Moralnya
Sabar kerana Allah ada cara mengajar kita dan 

Senyum dan katakan astafirullah

Segalanya biiznillah. 

Wallhu aklam
23/10/2019