 |
| perjalananmu bermula ... |
"Sesungguhnya kita semua
adalah milik Allah dan kita akan kembali kepadaNYA."
Apabila mata sudah tertutup terus, maka berakhirlah tempoh pinjaman kita.
Segalanya yang dipinjamkan oleh Allah swt semasa hayat kita hidup perlu dipulangkan semula. Jasad, keluarga, sanak saudara, kenalan, pekerjaan, harta, dan kesemuanya yang hanya pinjaman semata-mata perlu dikembalikan.
Dan pulanglah kita menghadap pencipta. Bersiap sedia untuk dipanggil semula di Hari Perhitungan.
Selamat jalan bekas rakan seopis di BTP almarhum MUHAJI ABD KARIM. Tenang dan damailah dirimu di sana. Perjalananmu bermula 27092018 ,Khamis @818 pagi seminggu sebelum ualngthun kelahiranmu..Telah disemadikan di Sekincan selepas asar pada hari yang sama.
Yang tinggal kini hanya cebisan kenangan yang pernah kita lalui bersama. Seorang sahabat @abang yang baik hati, suka bekerja dan sentiasa berlapang dada bila di kritik. Agak pendiam jika tak mengenalinya , suka memasak dan belanja makan juga suka berkongsi ide. Penerbit dan editor berpisah tiada, pelengkap sebuah cerita. Di sinilah bermula pengalaman terindah.
Kali terakhir saya jumpa dia memaklumkan penyakitnya namun dari riak wajak dan percakapan masih ceria. Kami terputus hubungan biarpun bertugas di satu jabatan. Dia di bangunan dan bahagian yang berbeza dengan saya. Dia orang bakat dan seni dan saya orang kejuruteraaan..ini lumrah bila bertugas di RTM. Waktu kerja yang berbeza dan sebagainya .
Selamat jalan sahabatku,
Untuk seketika, ku bersyukur telah dapat menghubungi saudara terdekatmu ( Pn Roshastina Hassan@anak saudara aruah) bagi mengetahui biarpun terlewat perjalanan terakhirmu semalam. ALLAH telah susun terbaik buatmu . Mengakhiri kesakitan duniamu dengan diangkat dosa dgn mendapat pengampunan Ilahi.InsyaALLAH. ALLAHu robbi..
YA ALLAH, rahmatilah saudara ku ini , berikan kelapangan di alam kuburnya dan cahaya amal menemaninya. Ampunilah dosa-dosanya nya tempatkan aruah di kalangan solehin .
Andai ada khilaf antara kita mohon maaf dan halalkan segalanya. Semuga damaimu di sana ,,,,,Terima kasih ALLAH mengajar ku tentang kehidupan dan mengenalkan daku dengan sahabat2 yang baik dan kita bahagia bersama dan merasai kehilangannya..
AL FATIHAH ( jom sama-sama sedekahkan buat almarhum Muhaji Abd Karim)
Terima kasih Puan lizaKasa atas perkongsian foto terakhir ini
gii...semuga mengalir pahala berterusan untukmu
AL FATIHAH
28092018