Amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa & bangkit dalam hidup.
1. Jaga solat awal waktu.
Hadirkan rasa rindu dan tertunggu-tunggu untuk bertemu Allah SWT.
.
2. Baca surah Yasin setiap hari. Hanya 15 minit masa yang diambil untuk habiskan bacaan. Yasin ialah ubat yang sangat mujarab untuk pulihkan jiwa.
Usaha sungguh-sungguh tak tinggal Yasin.
Baca Yasin pada malam hari supaya Allah ampunkan dosa manakala selepas waktu subuh supaya Allah permudahkan segala urusan.
.
3. Jangan tinggal surah Al-Mulk sebelum tidur & pastikan membaca Al-Quran walaupun hanya satu muka surat setiap hari.
.
4. Sedekah subuh walaupun hanya RM1 setiap hari.
.
5. Istighfar di mulut. Biar lidah sentiasa dengan istighfar.
Moga Allah bukakan jalan keluar yang tak disangka-sangka.
.
6. Selawat minima 1000x sehari. Ia cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Sebenarnya Allah beri kita 1440 minit sehari.
20 minit sehari yang kita peruntukan untuk berselawat kepada Habibuna pun belum tentu dapat membalas rindu & cinta kepada insan yang terlebih dahulu mencintai & merindu kita, umatnya.
Sollu 'Alan Nabiy ﷺ 😭.
.
7. Sentiasa dalam keadaan berwudhu.
.
8. Bangun malam walaupun hanya solat sunat tahajjud 2 rakaat.
Bila dah ada rutin bangun malam, susun amalan waktu tahajjud dengan solat sunat tahajjud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat, solat witir, baca Al-Quran, berzikir, istighfar.
.
Tak perlu tunggu 5 malam mustajab berdoa yang datang setahun sekali, waktu tahajjud ini ada pada setiap malam, malah setiap hari.
Masa bersama Allah, cerita satu persatu pada Allah. Mengadu pada Allah. Luahkan segalanya pada Allah. Menangis, merintih lah hanya kepada Allah.
Inilah waktu "me time" terbaik.
.
8. Berdoa bersungguh-sungguh dengan YAKIN hanya kepada Allah SWT.
Mohon pada Allah supaya dikurniakan kelapangan hati, diangkat segala duka, mohon Allah bantu untuk memaafkan, mohon Allah bantu untuk redha dan dikeluarkan dari segala kesulitan.
Sekiranya doa kita belum dikabulkan, Allah pasti gantikan dengan sesuatu yang sangat mahal iaitu hati yang sangat tenang, yang tak dapat dibeli dimana-mana atau jika masih belum lagi dikabulkan, Allah pasti simpan semua itu di syurga. 😭
.
10. Ucapkan & lahirkan rasa SYUKUR supaya sentiasa merasa cukup walaupun sedang hadapi cabaran.
Allah bagi sedikit cabaran untuk angkat darjat kita di sisiNya.
.
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah datangkan hujan petir.
Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.
.
BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR.
InshaAllah, hidup lebih bahagia & tenang level kita. ❤️