Thursday, February 8, 2024

Usah Membenci

﷽ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحمَّـــدْ ﷺ


Jangan kotori hatimu dengan kebencian. Sebab jika sudah benci‚ penilaianmu terhadap seseorang selalu akan terlihat buruk meskipun ia berbuat kebaikan. 

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ 

“Di dalam hati mereka ada penyakit‚ maka ALLAH menambah penyakit tersebut‚ dan mereka akan mendapatkan siksa yang pedih akibat apa yang mereka dustakan.”
(QS. Al-Baqarah: 10) 

Benci adalah penyakit hati.
Apabila rasa benci kepada seseorang masih bersemayam dalam diri‚ setidaknya ada tiga kerugian:
1. Kebencian itu menutup kebaikan dan amal sholeh.
2. Kebencian itu menggotori kesihatan.
3. Kebencian itu membuat hidup Anda gelisah. 

Oleh itu‚ kita diperintahkan untuk berlindung kepada ALLAH dari penyakit hati tersebut‚ sebagaimana firman ALLAH dalam QS. Al-Falaq: 5:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ 

“Dan aku berlindung dari kejahatan orang yang hasad jika dia hasad.” 

Apakah kita tidak boleh memiliki rasa benci? Tentu boleh. 

Tapi gunakanlah rasa benci itu pada tempat yang tepat. 

Bencilah perbuatan dosa. 
Bencilah kemaksiatan. 
Bencilah perbuatan yang merosak dan merugikan orang lain dan lingkungan. 
Bencilah sesuatu yang menjauhkan cinta-Nya kepada kita. 

Untuk seseorang yang berbuat negatif pada kita maafkan dia, doakan yang terbaik‚ ajak ke hal yang baik‚ beri contoh baik dan tawakal pada ALLAH. 

Mari kita bersihkan diri dari hal negatif‚ kita kerahkan secara total diri untuk positif dalam tutur kata dan pola fikir....

Baca "بسْـمِ اللّه" sebelum menyebarkan, luruskan niat, sucikan serta lkhlaskan hati hanya untuk mendapatkan keredha'an dan pahala dari Allahﷻ semata.
Semoga yang sedikit ini dapat bermanfaat dan dapat kita amalkan..




Barrakallahu fikkum 

*Semoga bermanfaat*
Jumaat 9/2/23

Tuesday, February 6, 2024

Bersahabatlah


6/2/2024

Sahabat
Kita berkawan
Kita bergurau
Kita berguru

Hari ni
Semalam
Tanpa sengketa
Kita saling menghormati
Saling menghargai


Sampai bila??? 
Kita bergandingan 
Hingga di syurga
Terima kasih Allah
Terima kasih Sab'iyah Adnan

❤️❤️❤️
Momen indah dirakam oleh nurshafiqahnabilah pada satu pertemuan yang tak di rancang. Sahabatku yang berada di masjid kg baru telah sudi melayanku seketika sebelum menyambung kelas nya di masjid. Duhai sahabat.. Cari dan tariklah daku ke syurga andai ku tersasar ke neraka. Maafkan daku. 

Wallhu aklam. 

Tuesday, January 30, 2024

Bohey Dulang


Apa yg awk dapat di sana


Pertamanya Subhanallah
Masyaallah
Lepas tu kedu
Rasa gigil lutut
Inikah yang ku cari?? 
Inikah yang ku kecapi 


Apa yang Allah nak tunjuk kepada saya nie?? 
Apakah selama ni tak tahu bersyukur atau lupa diri..
Sehingga terpilih tengok sendiri anugerah ni...
Berbeza dengan lokasi lain adalah kegigihan tu.

Melepasi ketinggian  700 meter dari aras laut adalah satu perjuangan. Bukan sahaja perlu merentas arus di samudra tapi juga stamina mendaki bukit dan semangat. 

Dari mana datang tenaga??
Di sini juga Allah yg Izinkan..
Pada satu-satu ketinggian...
Saya juga tak mampu
Tapi bermonolog.
Sudah jauh perjalanan dan ditinggalkan sahabat
Haruskah saya u-turn
Tetapi kita ada Allah
Selagi ada tenaga
Kita kena usaha
Dan di balik usaha
Pasti ada kejayaan. 

Bohey Dulang view
tak tergambar kecantikkannya

satu perjuangan unuk tiba ke kemuncak




Thursday, January 25, 2024

Biarkan berlalu

Kehilangan tak akan pernah menjadi hal yang baik, cuma sampai satu masa kita kena cakap kepada diri kita. 

"ok, cukuplah. aku kena bangkit semula"



Jangan jadi macam Si Malim kundang

       
kan dah jadi batu..Dosa dengan bonda macamana nak dilangsaikan 




Wednesday, January 24, 2024

Hasrat dengki



▪️Hasad dengki dan penyakit ‘Ain adalah kejahatan yg besar -ada pada kita manusia 
Kita mengetahui tentangnya melalui Al-Qur'an dengan membaca dan berTADABBUR Al-Qur'an

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاٰنِ مَا هُوَ شِفَاۤءٌ وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَۙ
Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang yang beriman,
(Al Isra’ 17:82)
🔹Syifa dulu sebelum Rahmat
(Masuk syurga melalui Rahmat)
Hasad dengki ialah penyakit dlm jiwa manusia. Selagi ada hasad selagi itu tak dpt Rahmat
🔹Al-Qur'an sbg Syifa utk bersihkan jiwa drp hasad dengki.

Ada 2 jenis penyakit iaitu:-
1) Penyakit jasmani
Penyakit jasmani tidak begitu penting 
Utk orang beriman, sakit jasmani dpt pahala sbg Hadiah dari Allah 
- seperti Nabi Ayub sakit luarbiasa 
Saidina Umar AlKhatab, Uthman Affan, Ali mati sedang sakit

2) Penyakit Rohani 
Hasad dengki dan penyakit ‘Ain adalah penyakit rohani.
🔹AlQuran sebagai Syifa utk penyakit rohani supaya roh jadi sihat.
🔹Jasmani ikut rohani -Utk dpt jasmani sihat mesti utamakan rohani

▪️Jenayah pertama dibumi ialah Qabil bunuh Habil. 
Qabil & Habil adalah anak2 Adam as, 
Bagaimana Qabil tahu cara utk bunuh?
↪️Melalui hasad

▪️Yusuf as pun anak Nabi. Hasad ujud dlm keluarga nabi apatah lagi kita manusia biasa
🔺Saudara2 Yusuf as semuanya dewasa dari keturunan Nabi2. 
🔺Keputusan mereka utk campak Yusuf as ke dlm perigi adalah disebabkan hasad dengki. 
🔺Matlamat mereka utk menjauhkan Yusuf as dari bapa mereka. Hasad!
Mereka tak berfikir langsung tentang Yusuf as atau bapa mereka

🫶🏻Kita sayang manusia atau binatang kerana ada roh

▪️Kasih sayang vs benci
🔺perasaan benci wujud antara orang yg sudah kita kenal.
🔺Apabila perasaan bertukar drp sayang kpd benci tak boleh lebih drp 3 hari

"Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur sapa pada saudaranya lebih dari tiga hari lalu meninggal dunia maka ia akan masuk ke dalam neraka." 
(HR Abu Dawud)

▪️Kenapa tempoh 3 hari?
Utk kita berfikir serta muhasabah diri. In shaa Allah masalah dpt diselesaikan dalam tempoh masa itu.
Apabila hasad masuk kedlm hati, fikiran akan jadi jahat

• Yusuf 12:9
اقْتُلُوْا يُوْسُفَ اَوِ اطْرَحُوْهُ اَرْضًا يَّخْلُ لَكُمْ وَجْهُ اَبِيْكُمْ وَتَكُوْنُوْا مِنْۢ بَعْدِهٖ قَوْمًا صٰلِحِيْ
• Bunuh atau buang Yusuf ke tempat yg jauh supaya perhatian dan kasih sayang bapa mereka ditumpu kpd mereka saja.

Org yg ada hasad dlm hati tidak boleh jadi org yg baik dan hidup dgn baik!
🔹Hasad merosakkan jiwa dan hati
Mereka mahu ambil keseluruhan kasih sayang bapa mereka untuk  mereka sj
🔹Surah yg mengutamakan hasad dengki ialah SURAH YUSUF 

🔺Semua perasaan benci di dunia ini disebabkan HASAD DENGKI 
🔺 Kita tak boleh benci semua org kafir kecuali kafir harbi (yg bunuh org Islam). Kita benci perbuatan mereka bukannya Zat (spt rupa paras,fizik) mereka. 
🔺Kita mesti cari kasih sayang yg kekal (melalui agama) bukannya kasih sayang sementara 
🔺Kasih sayang di musnahkan jika ada hasad dengki dlm hati!
🔺Org yg hasad hanya fikir pada diri sendiri 
🔺Kita tak boleh takut sgt2 pada hasad dengki. 
🔺Takdir Allah pasti jadi -tiada halangan kpd Takdir
🔺Hasad Dengki ialah UJIAN dari Allah Azza Wajjal 
🔺Hasad spt musuh kpd kita. Kita perlu ambil perhatian/perlindungan dan berusaha utk keluarkan drpnya daripada hati kita 

▪️Rasulullah saw pernah didatangi oleh jin dan syaitan. Ada satu syaitan yg bawa api utk bakar Baginda saw. Jibril turun dan ajar doa kpd Rasulullah. Bila baginda berdoa, semua jin dan syaitan lari 

Doa Rasulullah saw:
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Artinya, “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.” 
(HR. Muslim no. 2709 dan Ahmad no. 2/290)

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…..
(At-Tahrim 66:6)

🔺Hasad seperti  api. 
🔺Yaakub as menasihat Yusuf as supaya tidak cerita apa2 ttg mimpi -Yaakub berusaha bersungguh2 utk menjaga Yusuf as dari rancangan buruk saudara2
🔺kasih sayang Yaakub as kpd Yusuf bertambah kerana:-
🔹Yaakub as  tahu Yusuf as akan mewarisinya sbg Nabi 
🔹saudara2 Yusuf as hasad terhdp Yusuf

▪️HASIL HASAD -Tindak tanduk saudara2 Yusuf 
🔺mereka berani mencela bapa mereka-tidak hormat kpd bapa mereka sendiri dan benci Yusuf as
🔺mereka berkata bapa mereka tersilap kerana terlalu sayang Yusuf. 
🔺Kekeliruan yg nyata, dgn menuduh bapa mereka tidak adil. (Yusuf 12:8)
🔺Org yg hasad tak nampak kesalahan diri sendiri. Hanya nmpk kesalahan org yg dia hasad
🔺Tidak setuju dgn bapa mereka. Mereka mahu ‘control’ fikiran bapa mereka 

▪️Tanda Cinta ialah mesti rasa AMAN
🔺Jika ada sifat ‘queen control’ takut kpd isteri bukan tanda Cinta. 
🔺Takut kpd suami bukan tanda Cinta 
🔺Hasad boleh terjadi antara suami isteri, ahli keluarga dan orang2 lain

▪️Semua yg Allah buat adalah baik untuk kita.
🔺Hasad sgt2 HALUS
🔺Bahaya bila benci org.
🔺Mesti muhasabah diri-tgk kpd kesalahan/kesilapan diri sendiri bukan fokus kpd kesalahan org yg dibenci 
🔺Kebencian, sifat tidak hormat (terutama kpd suami atau isteri) termasuk dalam  amalan kita. Allah akan tanya kita pada hari kiamat. Samada kita ada hak atau tidak
🔺Suami isteri berdiri dihadapan 
Allah-akan ditanya tentang hak masing2!

📌Allah subhanahu wataala akan soal kita tentang AMAL kita. 
📌Syaitan  akan berusaha utk masukkan hasad kedlm hati kita tanpa kita sedari. Hasad sgt halus, Wal’iyazubillah 
📌 Seorang Mukmin perlu sayang saudara2 lebih drp dirinya sendiri
untuk mendapat ‘Qalbun Salim’
(hati yg selamat iaitu bersih dan bebas drp hasad)
📌 sentiasa muhasabah diri sendiri 
📌 jika ada hasad dengki mesti bertaubat serta merta 

Semoga kita semua lulus dalam UJIANNYA dari segi hasad dengki 
Aamiin Ya Kareem Ya Rabbal’alamin 

Kelas Khas ‘Hasad Dengki’ SSK
9 Rejab 1445
21 Januari 2024

Tentang qarinah

Qarinah Maqaliah

 Qarinah ini bermaksud pembuktian berdasarkan perkataan ataupun maksud daripada perkataan. 

Contohnya seseorang mengatakan “Aku melihat singa sedang menulis”. Perkataan singa itu membawa maksud berani. Oleh itu ayat yang dimaksudkan sebenarnya ialah “ Aku melihat orang yang berani itu sedang menulis”.


 Qarinah Haliah
            Qarinah ini bermaksud pembuktian berdasarkan hal keadaan atau suasana. Sebagai contoh, seseorang berkata kepada sahabatnya yang hendak pergi belayar “Semoga engkau dalam jagaan Allah”. Ayat ini menerangkan perihal keadaan ketika itu. Oleh itu ayat itu sebenarnya bermaksud “ Aku ingin menemani mu dalam pelayaran ini”.

Kalau dalam Lughah bahasa arab, dia termasuk seni bahasa / kiasan kepada sesuatu
❤️❤️❤️

Ulasan saya. 
Sering kali kita mendengar dan membaca para sasterawan menggunakan bahasa berbunga2 dan mempunyai makna tersirat. Kaedah yang di guna pakai ini mungkin bersumber kan 'qarinah' yang dimaksudkan. Begitu juga tinta ilham daripada ustz Dr. Pak Buya Hamka. Sukar difahami jika tidak didalami. Tetapi ada kemanisannya apabila di Hayati. Indahnya bahasa sindiran, kiasan yang digunakan. MasyaAllah. 
Jom kita gali lagi.. 


Credit syafiqahnabilah

            


Wednesday, January 17, 2024

Happy birthday Akhyar

Alahai Akhyar
Dia tak pernah meminta 
Tapi dia pandai bermanja
 Love u anak


love u


Tuesday, January 16, 2024

2024



Bila lembaran 2024 di buka
Mana yang perlu diteruskan
Mana yang perlu digugurkan
Mana yang perlu penambahbaikan

Merancang tugas kita
 Yang Menentu Ya  bariq
Hidup perlu berlandas
Quran sebagai panduan
Sunah sebagai jalan 


Melangkah lah 
Jangan tersasar lagi
Pulang lah 
Istifarlah

Terima kasih 2023
Banyak kisah di lakar bersama 
Air mata semalam yang ditinggalkan.

Wallahuallam

 

Sunday, January 14, 2024

Ikhlaslah

Ada orang yang baru kenal setahun boleh buat rasa amat dihargai berbanding yang kenal 10 tahun. itulah pusingan kehidupan . Yang datang dan pergi bagai singgahan cuma . ada yang berbekas dan ada yang meninggalkan sejuta kenangan.

Masa tak penting kan
Yang penting ikhlas.


mak tentu suka juga kan 

mak...saya dapat coq badak sedap hari ini . Hanya mak yang tahu citarasa saya dan febret makanan. alhamdulillah. Walaupun 12 tahun berlalu tapi saya tak pernah merasai selama itu berpisah dengan emak. Macam pagi ini, apabila NSN ingin bertemu dengan saya sebelum dia bergerak ke opisnya, dia menghulurkan sebekas makanan. ALLAHU...bila saya buka saya terharu..dan bila saya menikmatinya..masyaALLAH....umpama air tangan mak makanan diberikan ini. TERIMA KASIH ALLAH hadirkan orang orang baik yang memugkinkan saya dapat tempias kebaikkannya.
Mak..izinkan cu bersahabat dengannya kerana ALLAH
walaupun mak tak berada di sini lagi tapi saya yakin mak tahu apa yang saya buat. Begitu juga ayah. Terimakash almarhum ayah dan almarhumah mak yang telah mendewasakan saya hingga kini. 
wallhu aklam   

Hargailah


Bila kah seseorang  itu akan belajar menghargai??
Bila gurunya adalah *kehilangan*.

Perlukah menunggu kehilangan untuk menjadi guru bagi subject menghargai.



jom cari ilmu
 

Terkadang

Terkadang
Menjadi takut dengan kehilangan
Di balik sebuah pertemuan

Kerna bertemu dan berpisah
adat manusia biasa


Monday, January 8, 2024

Cukuplaah

"Mengapa dia sanggup menderita dan berkorban sampai begitu sekali?"

"Diamlah wahai diri, kau tidak akan tahu betapa indahnya cinta Allah yang diburu olehnya, kerana kau sedang lena dibuai cinta dunia!"

Jika kau tidak merasa, jangan kau mencela.



Thursday, January 4, 2024

Ikon mesrahome


Terima kasih mesrahome
Ku cuma berjinak diri
Menumpang kasih ibu 
Membantu kepada yang perlu

Kita berkongsi pentas
Tanpa sadar itulah hikmah
Bersahabat dengan orang baik
Kelak terpalit juga kebaikannya



Mereka anak bajau yang terbiar
Di mandi di rapi kian berseri




Catatan lama yang berbasi Dari draf menjadi live

Keyakinan

Alah bisa tegal biasa. 

Memulai memang sukar
Tapi fokus dan bersemangat
Yang payah jadi mudah
Akan jadi  mangsa kecanduan


Rindu Baitullah

terkenangkan 
betapa RINDU

Kasut umrah
Telekung umrah
Tasbih tawaf

mengelilingi 7 pusingan baitullah
sambil butiran tasbih berkalih bilangan
sambil mulut dan hati mengingati Tuhan
 

Baitullah menjadi saksi
ku cari makna diri
berjurai air mata keinsafan
terlalu jauh aku dengan Mu
 ya Robb

ampunilah 
hambalah pendosa
sarat berdaki karat dosa
Astafirullah azim
 
 
 SUBHANALLAH
 8 oct 2019


menangislahh