Friday, September 23, 2022

Buat baik biar berpada



Perangai cepat kesian kat orang, kadang-kadang makan diri kita sendiri. Buat baik memang bagus, tapi jangan keterlaluan. Bila terlampau baik, macam-macam dia ambil kesempatan atas kita. Kadangkala kita rasa kita ni penting dalam kehidupan seseorang tapi sebenarnya tidak. Kita hanya diperlukan bila dia inginkan sesuatu. Jadi, kita janganlah terlampau baik sangat dengan orang, sampai dipergunakan dalam diam. Orang yang cepat kesian macam kita ni selalu kena "game".

Rule in life; jangan terlampau baik dengan orang sebab tak semua orang sama macam kita. Tak semua orang akan baik kat kita. Ada yang akan ambil kesempatan dengan kebaikan kita. So be neutral. If they don't like you. Just ignore. You don't have to be someone else. Tipu lah kalau kita cakap, kita tak pernah rasa dipergunakan oleh seseorang. Kadang tu, bukan rasa je, tapi benda tu memang betul. Lebih baik rasa lonely dari rasa diperguna.

Makin jadi baik, makin teruk orang layan. Mungkin ALLAH nak uji kesabaran. Ada yang ambil kesempatan bila kita dalam kesulitan. Ada yang buat kita macam tunggul. Dan ada juga pengkhianat yang berkalibar. Kita kena berhati-hati, dah tak boleh cepat kesian kat orang lepas tu kita yang kena buli. Kita kesian kat orang tapi orang tak kesian pun kat kita. Kita kena sedar diri, jangan biarkan diri diperbodohkan lagi. Tak payahlah korbankan kebahagian kita untuk kebahagian orang lain. Lebih baik kesiankan kat binatang daripada kesiankan kat orang yang salah.

Berpada-pada rasa mudah kesian dan mudah rasa bersalah pada diri kita. Biasanya setelah orang lain mengetahui titik kelemahan diri kita, selalunya orang lain akan mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka. Kita akan diperalatkan atas alasan ‘pertolongan’. Jika kita berjaya melindungi kelemahan diri kita dan mengawalnya, kita akan berjaya melindungi diri kita daripada diperalatkan.

#katapositif

Wednesday, August 31, 2022

Tahniah Aris

Dalam kepayahan dan kekangan belajar... Mereka diuji
bukan senang belajar dalam kekangan Covid 19.
Ketika melangkah di tingkatan 4, baru nak berasa belajar di KISAS dalam suasana berjauhan dari family tetiba Covid19 melanda dunia. 
Tetiba sekolah perlu dikosongkan dan pelajar asrama diarah pulang bagi memberi laluan kepada calon SPM 2020 sahaja. 
Kemudian waktu pembelajaran dari bersemuka menjadi Online
kemudian penggal persekolahan juga berubah kemudian dikurantin dan kemuncaknya peperiksaan SPM pula ditangguh kerana menjadi mangsa c19. 

Begitulah pengalaman yang dihadapi oleh Aris Fathi dalam mencipta sejarah peribadinya. 
Kita mampu mendoa dan mengharapkan semoga kejayaan demi kejayaan dicipta oleh Aris dengan izin ALLAH. 

Namun benar sabar dan  usaha membuatkan hasilnya. Tahniah Aris. Genggaman 9A adalah milikmu. Dirimu harus diraikan kerna ranjau dan likunya bukan sedikit. Tanpa semangat dan sokongan family ramai yang  kecundang dan tak dapat meneruskan pmbelajaran. Belajar tanpa hadir ke kelas memang berbeza.

Semoga Aris terus berjaya dan membahagiakan family. MENJADI contoh buat generasi dan sentiasa menjaga nama baik Maahad Mahmud dan Kolej Islam sultan Alam Shah(Kisas) yang menyumbang membentuk disiplin dan menumpang ilmumya.

Selamat mengejar ilmu dan kejayaan di dunia hingga akhirat. 

     
kek untuk aris



Monday, June 20, 2022

Takkan rugi berbuat baik

3 PERKARA YANG HARUS KAMU INGAT AGAR SENTIASA MERENDAH DIRI (MENJAUHI DARI SIFAT SOMBONG)…

1.   Bukanlah tentang berapa besar rumah yang kamu miliki.  Atau emas berlian yang dipakai.  Tetapi yang paling penting adalah kebahagian seisi keluarga di dalam rumah itu.  Kebahagiaan dari hati yang tulus ikhlas.  Bahagia itu sifatnya sederhana.  Apabila kita ikhlas dan redha, bahagia hadir tanpa kamu perlu berlumba untuk mempamerkan apa-apa…

2.  Jika kamu tidak pernah diuji dengan kesusahan yang serupa dengan orang lain, janganlah memperlekehkan ujian mereka.  Tentang jodoh, belum mendapat zuriat, kesukaran dalam menjadi seorang ibu, menguruskan keluarga dan pasangan juga kerjaya, kesulitan berniaga, menguruskan orang tua yang sedang uzur, kepayahan dalam mencapai kejayaan, keperitan menjadi seorang ibu tunggal…. Kamu tidak akan pernah mengerti.  Jangan bandingkan bulan dengan matahari.  Kerana ujian kita semua berbeda.

3.  Selalu ingatkan diri.  Bahawa segala apa yang kita miliki hari ini bisa musnah hanya dalam sekelip mata.  Ingat bukan hanya di bibir, tetapi mengertilah tentang ini dengan sedalam-dalamnya.  Kehilangan itu nanti, bukanlah dengan cara kita berfikir.  Tetapi dengan cara yang langsung tidak dapat kamu fikirkan. (Iaitu, selagi kamu mampu memikirkannya - ia bukanlah cara mana Tuhan bakal mengambil semula kesemua harta mu.  Bahkan nikmat mu dalam memiliki segala yang kau ada hari ini…).

Kredit Sumber:Dzuriasikim Dzulkefli

Thursday, June 9, 2022

Bidadari SAICT


 

Untuk seketika
Berat untuk menerima

Ku cuba senyum
Menyembunyi rasa terharu
Lidah Kelu
Namun hati sangat sayu
Terima Kasih Bidadari SAICT 


Ramadan 2022
Titik pertemuan
Ada misi
Ada visi
  
Demi al quran 
Ditemukan
Demi ukhuwah
Dijalinkan
Demi Allah
Kita bina jambatan silaturahim

Terima kasih bidadari SAICT
Ku sayang semua
Teruskanlah perjuangan
Lazimi Al Quran 
tariklah daku untuk mendekatimu


                                                     
                                               my loved













aku

Ke PBKL 2022

Tuesday, May 24, 2022

Kunjungan syawal 2022

Assalamualaikum mak dan ayah

Chu datang lagi ziarah mak.
Maafkan anakanda tak p sblum aidelfitri. Bru je sampai... Dah tau tau kalut   raya.

Terima kasih mak dan ayah yg penyayang. Menjaga dan melaksanakan amanah menjaga dan mendidik anakmu ini.


ku merindui

Back to Allah

Bila kita serahkan semuanya pada Allah, hati akan rasa lebih lapang. 

Kerana kita tahu Allah itu Maha memberi dan DIA tidak akan mengecewakan kita.

Kadang-kadang bukan taknak jaga hati orang lain cuma hati sendiri pun masih minta disembuhkan dulu.

‎Kita baik macam mana pun, tetap akan ada orang yang tak suka. 

‎Doalah agar Allah jauhkan kita dari benda benda buruk dan hasad dengki manusia.

Hidup lah dalam sederhana dengan merasa cukup dalam segala hal.

Itu jauh lebih baik dari mendambakan sebuah kehidupan yang sempurna.


Sumber jamaaludian
#Zariena_sKitchen
#nasihat_buathati

Saturday, May 21, 2022

Buat baik berpada-pada

Hidup ni, jangan terlalu berusaha untuk buat semua orang suka kita. Kita tak mampu. 

Hargai orang yang hargai kita.
Sayangi orang yang sayang kita. 
Berusaha bahagiakan orang yang pilih kita. 
Buat lebih baik untuk orang yang setia dengan kita. 
Terima kasih untuk mereka yang masih setia. 

Sahabat, akhirnya kita faham, pilihlah orang yang pilih kita. 


Sumber:
Afifah Alwi 
 

#afifahalwi

16 mei Birthday boy n gulz.



to anak saudara dan cucu saudara

Thursday, May 12, 2022

Sunday, May 8, 2022

Lepaskanlah...

Sahabat...

Jika kalian menggenggam sesuatu yang sangat panas, secara automatik tangan akan melepaskan.
Jika tidak ia akan hangus terbakar.

Begitulah juga dengan hati, apabila menggenggam sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan, belajarlah melepaskan.

Lepaskan dan serahkan kepada Allah. 
Semoga terlerai dan terungkai segala dendam, kebencian, kekecewaan dan kemarahan.
Kita terus melangkah dengan lebih semangat... 

.

                           
                    sahabat kerna  ALLAH

Monday, May 2, 2022

bersahabat kerna Allah

Kata Ustaz, 

Jika kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Jika kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadah mu.

Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan diri mu dari sahabat kamu, fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadap mu. 

Supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyian mu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu. 

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabat mu, muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya untuk kamu memperbaiki diri dan hati mu. 

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapannya kepada mu,  berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu. 

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi akhlak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasannya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya. 

Ingatlah, 
selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, 
lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu. 
Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu kamu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.

Jadi cahaya di kalangan sahabat dan bersahabat kerana Allah.


https://t.me/SafiudinAbdulAdv.

Sunday, May 1, 2022

salam edulfitr 2022

Salam Kemaafan

Saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya lakukan yang mana telah mengundang rasa kurang sahabat maya semua. Juga kepada semua yang mengenali saya secara fizikal.

Semoga semua gembira dan bahagia bersama family. Yang ada emak ayah, hargailah dan hormatilah, yang ada suami buatlah apa yang patut untuk masuk syurga dulu. Yang ada tanggung jawab sempurnakanlah sebaiknya, lunaskan  zakat fitrah dan zakat penyucian lain.  Yang tak ada apa nak buat, muhasabahlah sejauhmana Ramadan telah mendidik diri sendiri. Berdoalah semoga ketemu lagi dan segala lontaran doa dikabulkan ALLAH


Kepada yang pernah cipta bahagia bersama saya terima kasih  ye. Alhmdulillah kerna ALLAH izinkan kita bersama dan hingga kini ukhuwah kita tetap ada. Syukur saya masih ada sahabat yang baik baik yang bertanya khabar dan mengusik kenangan. Semua rasa bahagia itu kita simpan dan bajai..


Andai ini tinta terakhir saya, saya dah maafi semua sahabat teman dan rakan . Jangan bersedih kita mungkin berpisah di dunia tapi kita ada dunia lagi selepas mati. Semoga berjumpa lagi 


jom balik kg

2 May 2022 @ aidul fitri